SINOPSIS KESELURUHAN
TIRANI
mengisahkan tentang seorang gadis yang
bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya
pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang
pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan
batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang
kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau
pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya
mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah
kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu
Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda
tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi
kenyataan kerana apa yang diperolehnya
itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda
tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya
begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya.
Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi
kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam
bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland.
Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik
kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di
chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah
hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.
BAB
|
SINOPSIS
|
1
Melontar Puing Duka
|
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari
laman sesawang tentang kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim
dengan sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang
kemet yang menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man
dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat
ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat
diredakan.
Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk
telah mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan
persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu
Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu
daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat
Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang
galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat
tinggal, pengurusan homestay Waheeda
menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga
pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi
penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan
tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.
|
2
Dayang Muda
|
Semasa di pejabatnya,
Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi pelancongan dan lawatan
Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah
Jais seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan
bagi menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang
hadir.
Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa
amat gembira. Namun di sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat
kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat
untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya,
Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda
terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan
apa yang dihajatinya.
Tidak beberapa
lama kemudian, keadaan chalet pada
malam itu menjadi kelam kabut. Seekor
monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah
menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka
parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh
Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda
telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan
kepakaran di Singapura.
|
3
Katarsis
|
Perjalanannya
menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda
(Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera
di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan
keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila
menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat
jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi. Dalam
perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata
ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah
banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang
dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri
Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan
sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada
Perikatan Bandar Sihat Sedunia.
Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching
sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan
rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis.
Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura,
Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu
kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah
sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang
dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
|
4
Semarak Api Semarak Hati
|
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum
dengan kebersihan bandar raya Singapura dan Waheeda melihat
kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk membeli belah.
Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga.
Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta
sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke
rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda
akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah
kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali
peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan
oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan
doktor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran,
Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui
oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan
pembetulan di kelopak matanya.
Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini,
Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen
perubatan dari hospital di Sarawak.
Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk proses
pembedahan tersebut.
|
5
Doa Selamat
|
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang
menceritakan rawatan yang akan dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan
pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya, Raidah
menjadi gusar lalu bertindak dengan
menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat
lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala.
Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah
akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak
bala.
Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada
ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan
kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan
pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka
ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga
memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.
Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda
ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa
dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk
anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah.
Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah
demi kecantikan wajahnya.
|
6
Metamorfosis
|
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang
berjalan dengan lancar. Operasi ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan
dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda
sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya.
Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam.
Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia
ditemani oleh ibunya yang menunggu di luar
bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya
selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda
berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan
sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu
tawaran pakej pelancongan yang
ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa,
Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang
membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
|
7
Ke Pulau Sentosa
|
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya
Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama rakannya menghabiskan masa di pulau
tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di
hotel tersebut. Mereka juga menghargai
anugerah alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti
pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana
di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi
homestay kepunyaan bapanya.
Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang,
tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr
Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan
kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan
pandangan.
|
8
Hadiah Alam
|
Waheeda dan Dr
Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani yang hadir hanya
sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari
Greek. Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka
berdua.
Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum
teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan
kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan
kampung halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen
Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga
menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan
tersebut.
Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan
oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat
semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan
hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau
Emas.
Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira
untuk menghadiri satu temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort.
Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan
Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir
mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort
terletak jauh di sebelah selatan Singapura.
|
9
Wajah Pesono
|
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang
baru di Flamingo Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ.
Kecantikan dan keramahan Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang staf
di situ seperti Lais, Anati dan Kong.
Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia
masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran
La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat
seorang lelaki yang bernama Zahid
setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.
Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr
Zahari muncul. Waheeda sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke
rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan
Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari
melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan
Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan alasan ini,
Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.
Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah
menerima tugas yang agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda
cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak.
Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku
kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.
Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort
tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan
ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam
pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar
tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan
Waheeda.
Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid.
Melalui perbualan tersebut, Waheeda
dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
|
10
Senyum Sepuluh Ela
|
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di
Flamingo Resort dengan tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang
dari Amerika. Datuk Yasser banyak membincangkan isu yang terkandung dalam
akhbar hari itu,termasuklah tentang
Islam, rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk
bertanya kepada Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid
menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana kerana beberapa isu negatif
terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan
Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan
perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan
perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan
Zahid.
Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway,
Waheeda didatangi oleh Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada
ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari
Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri
Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama
pada malam itu.
Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah
tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang
bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati
yang sibuk memberi idea tentang pakaian
yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism
Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen
yang berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh
Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.
|
11
Orang Rumah Sebelah
|
Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan
Zahid. Fatimah menceritakan bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah
anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah sangat
gembira mendengar berita tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss
Tourism International disebarkan
kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua
warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya
Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga
menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira
dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.
Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila
diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan
Waheeda masih berada di Singapura.
Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan
Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
|
12
Bidadari dari Langit
|
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti
melibatkan dirinya setelah digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway
terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda
untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi
kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia
tiada di sana.
Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada
Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus
berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka
agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda
supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan
kontraknya masih belum berakhir.
Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh
Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan
bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat
dan sering selesema.
Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari
doktor di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya
masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan
hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC
untuk mendapatkan rawatan.
|
13
Mati Hidup Semula
|
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering
menelaah statistik pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung,
Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di
Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk Yasser
menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak
mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu,
Datin Hazirah, isterinya menyatakan
kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah,
berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah
juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari
sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu
Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu
Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga
lalu mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan
Waheeda berubah hati.
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari
Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser.
Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara
Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya
kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia
mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa
Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan
kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya
Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan
semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang
telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya
dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC.
Zahid bergegas ke sana. Di sana proses
merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat
kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu
dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku
kerana Dr Rushidi ingin menguji deria
bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk.
Zahid kembali tenang.
|
14
Bagaikan Puteri
|
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung
di Taju emas. Rombongan daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta
yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah. Tetamu yang diundang
melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas
juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan
teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong
untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak
dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah.
Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan
dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja.
Selepas acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua
pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis
perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua
kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang
serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang
bersatu itu sungguh gembira
|
15
Hidup Ranggi
|
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang
yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa
kelihatan mengapung awan. Senario pemandangan
dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini
telah digambarkan oleh zahid semasa
dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji pemandangan di
kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa
kawasan yang menghijau tersebut
sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya
Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara
bersama beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.
Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi
Zahid tentang cinta dan kehidupan kini
berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai
ke mana sedangkan usia semakin meningkat.
Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman
semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana
berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.
|
16
Mimpi Lain-lain
|
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang
dibuat oleh The Expert banyak memberikan gambaran negatif kepada Malaysia.
Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu
pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan. Seri Gading dan Tajau Emas bakal
menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor
lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan. Kemudian
dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh
NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul Rahim. NAR merupakan rakan yang sudah
terputus hubungan dengannya. Di
sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.
Sepanjang pagi Zahid tekun menelaah akaun
hotelnya. Dalam masa yang sama, Zahid
menanti isterinya, Waheeda untuk makan
tengah hari di restoran Sri Gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing
menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.
Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu
bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas,
Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid
kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi
mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.
Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik
masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap
malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan
kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading
dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari.
Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser
dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja
dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang
dimiliki oleh ayahnya.
|
17
Konflik
|
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser
seakan membayangkan dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila
enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin
berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk
membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana
masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga,
Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang
kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang
dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.
Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360
darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal
tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat
migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut.
Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit
kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.
Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala
Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan
Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid
mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC
dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda.
Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari
suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang
dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan
kenangan dalam kenangan yang melingkari
hidupnya.
Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati
Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah
faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam
kandungan.
|
18
Dilanda Nostalgia
|
Zahid menemani
isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan
Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah,
Waheeda telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang
bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau
semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri
untuk menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji
kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti
Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.
Zahid melenting di hujung talian telefon
sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan
Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di
Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.
Nostalgia pada peringkat awal begitu
romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila mengetahui
kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah
tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas
melihat suaminya yang terlalu cemburu.
Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya.
Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya
jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi
diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya.
Waheeda bangun sebelum mentari menyinari
bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda
bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA.
Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan
yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan
mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan
oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada
petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa
kehadiran Zahid.
|
19
Bagaikan Bongkah Batu
|
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk
bersalin. Di wad eksklusif Hospital Normah, Raidah tidak senang duduk.
Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid tidak datang. Pada
masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya datang menziarahinya dengan
membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk
kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.
Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut,
fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu
tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara
yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti
anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak
bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu
sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan
makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang
tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel
rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat
tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.
Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel
mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia
membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik
tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan
Waheeda. Manakala rambut lebat seperti
dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa
inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah
menunjukkan DNA yang telah dibuatnya.
Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah
meninggalkan bilik tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan
Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas.
Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka di hati
Waheeda.
Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah
perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai
terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda
juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat
bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
|
20
Ke Pusat Rawatan Islam
|
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira
apabila terserempak dengan Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling
bertanya khabar dan Lais menjelaskan
kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke
pusat rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah
diserang strok dan kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas
bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan
kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik
Aziz ingin menjualkan perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais
memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar
Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor
telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan
kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan
yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang
panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya
di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta
sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih
serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung
lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di
apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu
dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan
chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada
keesokan harinya.
|
21
Sinar Di Hujung Terowong
|
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau
Emas. Dia amat rindu akan cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula
perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan
rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana
penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat
berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron
Highlands setelah pergi melihat
sendiri esok. Urusan mengambil alih
berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan
hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin
melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading.
Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet
Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan
menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
|
22
Bagaikan Air Gunung
|
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA
yang disimpannya berpuluh tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati
ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir
menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka
terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya.
Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan
keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa
bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati
terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan
kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet
Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan
dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang
diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari
gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada
suatu pagi Lais melihat Izzati
menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.
|
23
Sejuk-sejuk Tropika
|
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa
santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid
menceritakan kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas
isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak
langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah
keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu
hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya
sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana
dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di
kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.
Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu
malam untuk melihat para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada
waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais
juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua
orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan
mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati
bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu,
Zahid dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan
Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati
Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan
antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan
isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang
tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman
tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak
mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los
Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak
lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais
pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang
pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia
bekerja di sana dahulu. Ketika ingin
membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu
tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang
wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan
anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan
wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan
melihat tingkah laku anak gadisnya itu.
|
24
Kamar Hati
|
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar
melelapkan mata. Ingatannya terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang
benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu matanya, lekuk pada
dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya dan
gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah
disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA
dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid
memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul
awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan
lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa
kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah
anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk
meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan
dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan
Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu
seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat
bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia
jiwanya dan meminta ibunya memaafkan ayahnya.
|
TEMA
Kegigihan seorang wanita dalam menempuh pelbagai cabaran
dan dugaan dalam kehidupannya.
PERSOALAN
|
PERSOALAN
|
CONTOH
|
1
|
Kecantikan merupakan perkara yang diutamakan oleh
seorang wanita.
|
“Dr Alma Chen menyatakan kepada Waheeda dalam proses
ini, pihak pakar kami akan mengubah dorsum
atau aliran atas hidung agar mancungnya terbentuk”
|
2
|
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
|
“Hmm, bila mak sampai?.” Tangan ibunya terus digenggam
“Baru sekejap. Mak sebenarnya berada di bangku di luar bilik ini.”kata
ibunya. “Dari sejak Eda dimasukkan ke bilik bedah?” Waheeda mengumpil
kesetiaan ibunya. “Berapa lama?” Kira-kira 12 jam
|
3
|
Persahabatan antara dua sahabat yang sudah lama tidak
berjumpa
|
Ketika Waheeda menghubungi sahabatnya Bazilah, Bazilah
menjawab “Kecil tapak tangan, lapangan terbang Changi Illa tadahkan”. Lantas
Waheeda menjawab “Kaulah kawan aku dunia akhirat, terima kasih seluas negeri
Sarawak”.
|
4
|
Tanggungjawab seorang anak terhadap keluarga
|
Waheeda bersandar sambil termenung melayari lamunan.
Dia amat berterima kasih kepada Ghazi kerana sanggup balik ke pangkuan
keluarga, melepaskan jawatannya di PETRONAS Miri untuk balik membantu ayahnya
menguruskan Tajau Emas sejak bulan lepas.
|
5
|
Muafakat antara keluarga
|
“Nampaknya kita tidak perlu bertolak ke rumah pihak
perempuan, kata Datuk Yasser kepada wakil rombongan dari keluarga terdekat serta kenalan
memberi alasan. Kita buat lain kali,” katanya optimis
|
No comments:
Post a Comment