A. Punca-punca berlakunya kemalangan
jalan raya
1. Kecuaian Pengguna jalan raya
-
sikap cuai dalam meneliti keadaan kenderaan- sistem brek, lampu isyarat
atau
tayar berbunga atau tidak
-
tidak menumpukan
perhatian semasa memandu – menerima atau membuat
panggilan telefon dengan menggunakan
telefon bimbit, menghantar
sms(pesanan
ringkas), bergurau senda dengan penumpang lain
-
memandu dalam
keadaan mabuk atau marah
-
memandu dalam
keadaan letih-lesu
-
tidak menggunakan
lampu isyarat ketika membelok
-
tidak memegang
tangan anak kecil ketika melintas jalan
2. Tidak mematuhi undang-undang jalan raya
-
tidak mematuhi had laju yang ditetapkan
-
memecut kendaraan semasa lampu isyarat masih bewarna merah
-
memotong/memintas kendaraan secara berbahaya di kawasan larangan/selekoh
tajam
-
memintas kenderaan
dari sebelah kiri atau menggunakan lorong kecemasan
3. Keadaan jalan raya
-
jalan raya yang sudah lama tidak dibaiki semula, mengalami kerosakan
yang
teruk seperti berlekak-lekuk,
permukaan pecah dan menjadi jendal-jendul
-
jalan terlalu sempit
4. Keadaan cuaca
-
hujan lebat
-
keadaan berjerebu
5. Lebuh raya atau jalan raya dijadikan
gelanggang perlumbaan
-
mengadakan lumba haram secara besar-besaran pada tengah malam
6. Penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang
lemah
-
penguatkuasa seperti JPJ atau Polis menerima rasuah atau pemandu memberi
rasuah untuk mengelakan tindakan
saman
Peribahasa atau cogankata yang berkaitan dengan isu kemalangan
1. Biar lambat asalkan selamat
2. Pandu cermat jiwa selamat
3. Berhati-hati di jalan raya
4. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
5. Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing
6. Bagai melepaskan batuk di tangga
7. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
8. Umpama ketam mengajar anaknya berjalan dengan
betul
9. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
10. Sudah
terhantuk baru tengadah
11. Hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih
B. Langkah-langkah menangani
kemalangan jalan raya
1. Peranan ibu bapa
-
ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak iaitu memandu
kendaraan dengan berhemah
- ibu bapa perlu
mendidik anak tentang keselamatan jalan raya sejak kecil –
melentur buluh biarlah dari rebungnya
2. Peranan sekolah
-
menerapkan ciri-ciri keselamatan jalan raya dalam mata pelajaran Sivik,
Pendidikan Moral dan mata pelajaran
bahasa
-
menimbulkan kesedaran tentang keselamatan diri dan keselamatan orang
lain.
Sesungguhnya dengan mengindoktrinasikan
pucuk-pucuk hijau di sekolah
tentang sayang akan nyawa ketika
menggunakan jalan raya, diharapkan
golongan pelapis itu akan dapat memainkan
peranan yang positif ke arah
kemalangan sifar pada masa hadapan
3. Peranan Masyarakat
-
memastikan keadaan kenderaan dalam keadaan terbaik sebelum memulakan
perjalanan
-
mendapat rehat yang secukupnya sebelum memulakan
perjalanan
-
berehat dan tidur dahulu di hentian rehat dan rawat
sekiranya berasa letih atau mengantuk kerana ”terlelap sesaat membawa maut”
-
mengamalkan pemanduan berhemah
-
mematuhi had laju dan sentiasa peka akan papan-papan
tanda di tepi jalan raya
-
tidak menggunakan telefon bimbit atau menghantar pesanan
ringkas ketika memandu kenderaan
-
sentiasa memakai tali pinggang keledar atau topi keledar
-
berhemah dan bersabar ketika kesesakan lalu lintas dan
tidak mernggunakan laluan kecemasan
-
melaporkan perlumbaan haram kepada polis
-
melaporkan kemalangan langgar dan lari supaya pemandu
yang bersalah dihadapkan ke muka pengadilan
4. Peranan media massa
-
iklan mengenai keselamatan jalan raya disiarkan melalui media elektronik
dan
media cetak khasnya pada waktu
perdana
- tujuan –
mengingatkan pengguna jalan raya supaya berhemah di jalan raya
5. Peranan penguatkuasa
-
JPJ mengenakan kompaun RM300 terhadap pemandu yang melakukan kesalahan
lalu lintas dalam tempoh dua minggu
sebelum dan dua minggu selepas musim
perayaan
- menjalankan pelbagai operasi penguatkuasaan
yang khas untuk mengurangkan
kemalangan jalan raya seperti operasi
kurau, ops statik, ops asap, ops sikap, ops
pacak dan sebagainya
-
nama pesalah lalu lintas disenaraikan dalam Sistem Keselamatan Jalan
Raya(KEJARA) sebagai peringatan
kepada mereka supaya tidak mengulangi
perbuatan tersebut
-
polis trafik memperbanyak rondaan untuk menangkap pelumba haram
-
lesen memandu bagi pemandu jalan raya yang sering melanggar
undang-undang
jalan raya atau yang terbabit dalam
kemalangan maut digantung
-
meletakkan lebih banyak anggota penguatkuasa di jalan
raya
-
menambahkan jumlah kenderaan pacuan empat roda untuk
kegunaan mereka
-
anggota JPJ yang baru dilantik perlu menjalani kursus
jangka pendek sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum ditempatkan di seluruh
negara
-
memperbanyak sekatan jalan bagi mengesan kesalahan
pemandu
-
polis yang menerima rasuah harus dikenakan tindakan
tatatertib
6. Peranan PLUS
-
Kalau lebuh raya sedang dibaik pulih, papan-papan tanda proses baik
pulih
diletakkan lebih awal dan jelas
-
lampu-lampu di lebuh raya mesti dalam keadaan yang baik
-
CCTV dipasang untuk memantau keadaan lalu lintas
-
Papan amaran dipasang di lebuh raya-mesej seperti
”tentukan jarak yang selamat antara kenderaan”, ”berehat ketika letih”,
”berhemah ketika memandu” disampaikan
-
Laluan khas untuk motosikal disediakan
-
Mengadakan operasi pencegahan dengan mengamalkan pendekatan mesra
dengan pengguna jalan- polis trafik ditempatkan di seluruh negara sepanjang
operasi untuk memberi nasihat, peringatan dan amaran – diharapkan mengubah
sikap negatif pengguna jalan raya
C. Kesan-kesan Kemalangan Jalan Raya
1. Kehilangan nyawa
2. kerosakan kenderaan
3. kecederaan ringan atau parah
4. kesesakan lalu lintas
5. kerosakan hak milik kerajaan seperti pemisah
lebuh raya, tiang elektrik, lampu
isyarat, tol plaza – wang dibazirkan untuk
membaik pulih
6. kehilangan tempat bergantung keluarga jika
ibu bapa yang mencari nafkah hidup
terlibat dalam kemalangan
7. Jika ibu bapa terlibat dalam kemalangan maut,
anak yatim atau anak yatim piatu
terhasil
8. kerugian syarikat insuran jika banyak kes
kemalangan berlaku
9. industri pelancongan terjejas jika banyak bas
persiaran terlibat dalam kemalangan
Peribahasa atau cogankata yang
berkaitan dengan isu kemalangan
1. Biar lambat asalkan selamat
2. Pandu cermat jiwa selamat
3. Berhati-hati di jalan raya
4. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
5. Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing
6. Bagai melepaskan batuk di tangga
7. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
8. Umpama ketam mengajar anaknya berjalan dengan
betul
9. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
10. Sudah
terhantuk baru tengadah
11. Hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih
bruhhh
ReplyDeletePls
Deletewth??
Deleteyey
Deleteoppa gangnam style
DeleteHi pls send peribahasa covid 19
ReplyDeleteBoleh tak bagi satu peribahasa yang sesuai untuk keselamatan di jalan raya
ReplyDeletehi. terima kasih atas info yang diberikan.
ReplyDeletesama sama puteri zulaikha ziela sharif 😘
DeleteBaik
ReplyDeletePeribahasa untuk kesihatan gigi boleh?
ReplyDeleteNice
ReplyDeleteBoleh nak minta peribahasa yang berkaitan jalan raya dan lebuh raya mampu memendekkan masa perjalanan. Terima kasih😊
ReplyDeleteterima kasih info yg sngt berguna
ReplyDelete