Showing posts with label NOVEL. Show all posts
Showing posts with label NOVEL. Show all posts

Sunday, 18 October 2020

PLOT NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA : ABDUL LATIP BIN TALIB

PLOT NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA


Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat lima peringkat garapan plot iaitu:

Permulaan 

Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan ibunya, Mak Milah.  Adnan merupakan seorang anak yang sangat baik dan rajin kerana sering membantu ayahnya menoreh getah, bersawah padi dan membersihkan kebun durian. Bapanya, Pak Saidi seorang yang sangat tegas dan berpandangan jauh kerana sanggup menentang tohmahan orang kampung demi menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris. Oleh itu, Adnan mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris di pekan sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Kem Haig Lines untuk melayakkannya menjadi seorang tentera. Adnan telah berjaya menjadi rekrut terbaik selepas tamat sesi latihan di Port Dickson. Adnan juga mendapat kenaikan pangkat yang sangat cepat dalam ketenteraan kerana kredibilitinya malah telah dianugerahkan uniform khas sewaktu berada di London untuk majlis pertabalan King George IV. Dia kemudiannya berkahwin dengan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak iaitu Mokhtar, Zainuddin dan Fatimah sebelum Perang Dunia Kedua.

 

Perkembangan

Peristiwa tertumpu pada suasana kehidupan penduduk di Kamung Sungai Ramal yang hidup dalam kemikinan. Kebanyakkan penduduk kampung melakukan aktiviti bercucuk tanam, bersawah padi, menorah getah, dan menternak. Kemiskinan penduduk kampung telah memberikan kesedaran kepada ayah Adnan iaitu Pak Saidi untuk mengubah nasib bangsanya. Mereka tidak harus kekal menjadi petani yang miskin. Pak Saidi berpendapat bahawa anak-anak perlu diberi pelajaran yang sempurna agar mereka lebih berpendidikan dan akhirnya mampu membawa perubahan kepada keluarga, bangsa dan negara. Pak Saidi juga turut membekalkan anak ilmu silat sebagai pertahanan diri dan mengajar anak-anaknya ilmu agama dengan mengaji al-Quran pada waktu malam. Malah, Pak Saidi sentiasa menasihati anak-anaknya tidak kira masa dan membawa mereka bersembahyang berjemaah di surau di kampung mereka.

 

 

Perumitan

Perumitan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua.  Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir Panjang dan Bukit Candu  bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu.  Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan senjata dan ubat-ubatan.  Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur.  Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru. 

 

Klimaks

Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun.  Askar Melayu terus berjuang dan tidak berputus asa.  Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu mati sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu.  Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adnan turut tercedera.  Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu mengheretnya. Tentera Jepun kemudiannya telah mengikat dan mneyerkup dengan guni Leftenan Adnan yang cedera parah itu. Leftenan Adnan digantung pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur. Peristiwa ini telah dilihat oleh Koperal Yaakob yang cedera parah di sebalik timbunan mayat askar-askar yang lain. Beliaulah yang telah menceritakan peristiwa ini kepada penduduk kampung yang telah menyelamatkannya. Penghulu Baharom dan penduduk kampung telah bekerjasama menggali lubang kubur bagi mengebumikan semua mayat askar Melayu yang terkorban di atas Bukit Candu.

 

Peleraian

Zaman pemerintahan Jepun merupakan zaman yang penuh penyiksaan bagi seluruh penduduk Tanah Melayu tidak kira bangsa. Perlakuan kejam berlaku di mana-mana dan penduduk tiada kebebasan. Pada masa inilah Sophia telah melahirkan bayi ketiganya iaitu Fatimah. Namun, satu-satunya nak perempuan Leftenan Adnan itu tidak dapat hidup lama kerana diserang demam panas. Sophia membesarkan anak-anaknya dengan kepayahan hidup pada zaman pemerintahan Jepun. Beliau melakukan kerja-kerja bercucuk tanam dan bersawah padi sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Melayu Sungai Ramal apabila sekolah itu dibuka setelah British mengambil alih Tanah Melayu dengan kekalahan Jepun.  Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Penduduk kampung kembali bebas dengan melakukan kerja-kerja pertanian. Sewaktu bertugas sebagai guru di sekolah tersebut, Sophia telah bertemu dengan seorang guru agama lelaki yang baharu bertugas di situ.  Sophia berkahwin dengan Ustaz Riduan dan berpindah ke Melaka. Sophia kemudiannya meninggal dunia akibat penyakit leukemia setelah 4 tahun berkahwin dan hidup bahagia.

PLOT NOVEL TIRANI : BEB SABARIAH

PLOT NOVEL TIRANI : BEB SABARIAH


Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat lima peringkat garapan plot iaitu:

Permulaan:

Waheeda Nur Lyana binti Haji Fadhil ialah seorang yang gigih berusaha dan tabah untuk mencapai cita-cita dan sasarannya. Dia tinggal dengan keluarganya di Tajau Emas, Sarawak. Keluarganya mengasaskan industri perkhidmatan pelancongan. Waheeda selalu memandang rendah terhadap diri sendiri kerana wajahnya tidak cantik.  Waheeda memiliki mata yang sepet dan hidung yang pesek. Pada zaman sekolah rendah, Waheeda sering menjadi usikan budak-budak nakal iaitu Si Nuar, Si Man, dan Mat Gusi yang memanggilnya dengan gelaran muka keropok. Setelah menjelang zaman remaja,  Waheeda menaruh keinginan  untuk menjadi cantik walaupun ibunya, Puan Raidah sentiasa menasihati Waheeda agar dia  menghargai wajahnya kerana itulah ciptaan atau hadiah yang diberikan oleh Tuhan. Secara kebetulan, wajahnya mengalami kecederaan setelah diserang oleh seekor monyet belanda ketika sedang berada di dalam pejabatnya bersama dengan sepupunya, Fatimah.  Waheeda telah dikejarkan ke Hospital Besar Kuching bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Namun, Dr. Zakaria menyarankan Waheeda mendapatkan rawatan pembedahan kosmetik sekiranya ingin menghilangkan parut tersebut. Oleh hal yang demikian, dia mengambil keputusan untuk menjalani  pembedahan plastik di Singapura bagi mengelakkan sentimen pandangan masyarakat.

 

Perkembangan:

Waheeda telah meninggalkan Sarawak dan bertolak ke Singapura untuk menjalani pembedahan plastik. Di sana, dia tinggal di rumah kawan lamanya, Bazilah di Yinshun Street dan telah mengenali kawan baharu seperti Dr. Zahari iaitu tunangan kepada sahabat baiknya. Waheeda juga mengenali Dr. Alma Chan, Dr. Sirrim Gazizadeh dan Dr. Rushdi (Averose) semasa menjalani pembedahan plastik atau rekonstruksi pada hidungnya di Silicon Medical Centre. Selepas beberapa bulan, dia mendapat pekerjaan baharu di Flamingo Resort semasa dia bercuti di Pulau Sentosa. Dia bekerja sebagai seorang pegawai perhubungan awam. Pada masa itu, dia  mengenali banyak kawan baharu termasuklah Lais dan Halloway. Waheeda juga berkenalan rapat dengan Zahid yang menginap di situ setelah pulang dari Amerika Syarikat. Secara kebetulan, Zahid merupakan anak kepada Dato Yasser yang memiliki Hotel Sri Gading di Sarawak. Syarikat pelancongan Waheeda sering kali melakukan kerjasama dengan syarikat Dato Yasser. Perhubungan Waheeda menjadi semakin serius dan mereka telah dilamun percintaan. Waheeda kemudiannya terpilih untuk mewakili Flaminggo Resort dalam pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa. Setelah dia memenangi pertandingan tersebut, Waheeda menjadi Ratu Pelancongan Antarabangsa dan semakin sibuk dengan kerjayanya. Akibat kesibukkannya,  Waheeda juga telah jatuh sakit dan terkena selesema sehingga tulang rawan hidungnya runtuh. Selepas masalah hidungnya yang runtuh  selesai, Waheeda pulang ke Sarawak untuk melangsungkan  majlis perkahwinan dengan Zahid. 

 

Perumitan:

Selepas berkahwin, hubungan antara Waheeda dengan Zahid semakin erat. Waheeda ingin memajukan syarikat sektor perlancongannya sendiri. Oleh itu, Waheeda menolak tawaran penggabungan syarikatnya dengan syarikat Dato Yasser. Hal ini menyebabkan Zahid merasakan Waheeda agak bongkak. Kesibukan bekerja juga menyebabkan hubungan mereka tidak rapat lagi.  Mereka terpaksa berjumpa dengan pelbagai tetamu sehingga sentiasa lupa akan janji temu untuk makan tengah hari bersama-sama. Zahid yang sentiasa dilupakan oleh Waheeda berasa sangat marah dan mula  mengesyaki keikhlasan hati Waheeda terhadapnya. Zahid telah menuduh Waheeda curang dan menganggap anak dalam kandungan Waheeda bukan anaknya. Hal ini telah mengakibatkan Zahid sentiasa tidak pulang ke rumah walaupun Waheeda hamil. Semasa Waheeda hendak melahirkan anak, Zahid menghilangkan diri. Raidah berasa tidak berpuas hati terhadap perbuatan Zahid yang membiarkan anak yang baru dilahirkan dan isterinya di hospital.

 

Klimaks:

Hubungan Waheeda dan Zahid semakin meruncing. Hal ini disebabkan sikap pemarah dan sikap cemburu Zahid terhadap Waheeda. Zahid bertambah marah apabila melihat wajah bayi mereka tidak mewarisi kecantikan dirinya apatah lagi Waheeda. Waheeda cuba membuktikan tuduhan Zahid tidak benar dengan menunjukkan keputusan  DNA anaknya yang dapat membuktikan bahawa Izzati ialah anak Zahid ketika Zahid melawatnya di hospital. Hal yang menyedihkan ialah Zahid langsung tidak mahu melihat keputusan DNA itu. Dia menuduh Waheeda mengkhianatinya kerana mempunyai seorang anak dengan lelaki lain.  Hal ini menyebabkan Zahid menceraikan Waheeda dengan talak 1. Akibat penceraian tersebut, Waheeda mengalami migrain meroyan dan kemurungan kerana terlalu mencintai Zahid  serta tekanan emosi. Namun, keluarga Waheeda segera merawat Waheeda dengan membawanya ke Hospital PUSRAWI dan mendapatkan rawatan melalui Dr. Kamariah. Di sana, Waheeda terserempak dengan Lais lalu mencetus idea pembelian Chalet Iwana Iwani di Tanah Tinggi Cameron  melalui Pak Cik Aziz yang merupakan bapa saudara Lais. Waheeda kemudiannya memulakan kehidupan barunya di sana bersama Izzati.


Peleraian:

Waheeda telah berumur 45 tahun tetapi kelihatan wajahnya lebih cantik dan muda berbanding dengan Izzati yang telah berumur 20 tahun sehingga menjadi tanda tanya kepada Izzati. Waheeda menjelaskan kepada Izzati bahawa kecantikan itu adalah tirani yang berumur pendek dan tidak kekal. Walaupun hanya berumur 20 tahun, Izzati telah menamatkan pelajarannya dan mempunyai ijazah. Izzati membantu ibu menguruskan hal ehwal syarikat ibunya di Syarikat Aya-Sajinah. Zahid yang baru pulang dari Los Angeles sedang bercuti di Aya-Sajinah ternampak Izzati dan dia berasa terdapat satu ikatan antara mereka iaitu ikatan antara seorang ayah dengan anak. Zahid bercuti bersama rakan baiknya, Aiman telah meluahkan segala kekesalan dalam hidupnya kepada Aiman termasuklah peristiwa Zahid menceraikan Waheeda kerana bersikap cemburu serta peristiwa dia menolak untuk melihat keputusan ujian DNA anaknya. Zahid juga menceritakan bahawa dia mengalami kemalangan lalu menjadikan dirinya tempang serta tidak mampu mempunyai anak lagi. Akhirnya, Zahid dan Waheeda bertemu. Zahid menyesali segala perbuatannya terhadap Waheeda dan Izzati dan meminta pengampunan daripada Waheeda. Izzati merayu kepada ibunya supaya mengampunkan kesalahan bapanya, Zahid.

Wednesday, 9 September 2020

KONFLIK WATAK UTAMA & CARA WATAK UTAMA MENYELESAIKAN KONFLIK

Terdapat beberapa konflik dalam setiap novel yang telah anda kaji semasa di Tingkatan 4 dan 5.

Berdasarkan dua buah novel tersebut huraikan satu konflik yang dialami oleh watak utama dan cara watak utama  menyelesaikan konflik tersebut.

Rangka jawapan berdasarkan Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa (Abdul Latib bin Talib) dan Novel Tirani (Beb Sabariah).

KONFLIK WATAK UTAMA LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA : ADNAN BIN SAIDI

KONFLIK

LANGKAH MENGATASI

(Ayat utama jawapan)

Watak utama novel ini iaitu Adnan mengalami konflik dengan Budin sewaktu zaman kecilnya.

 

(Bukti peristiwa)

Konflik dengan Budin bermula setelah tamat  perlawanan bola sepak antara Kampung Sungai Merap dengan Kampung Sungai Ramal. Budin daripada pasukan Kampung Sungai Merap tidak berpuas hati kerana kekalahan di tangan pasukan Kampung Sungai Ramal. Konflik ini menjadi buruk akibat ejek-mengejek antara penyokong kedua-dua pasukan tersebut.

Bagi meredakan keadaan tidak puas hati itu, mereka mengatur pula perlawanan tinju antara kedua-dua pasukan. Mereka membuat gelanggang tinju di tepi sungai dan memaksa Adnan dan Budin bertinju bagi menunjukkan kekuatan pasukan masing-masing. Dalam perlawanan tersebut, Adnan dan Budin saling mengacah namun tiada yang memulakan tumbukan. Adnan yang mempunyai ilmu seni silat hanya bertahan kerana dia tidak mahu menyalahgunakan ilmu silat yang dipelajarinya. Akhirnya, Adnan dan Budin bersepakat untuk tidak meneruskan perlawanan tinju itu dan mereka menjadi sahabat. Mereka bersalam-salaman dan berpelukan sebagai tanda berdamai walaupun penyokong pasukan masih tidak berpuas hati.

 

(Ayat utama jawapan)

Watak utama, Adnan juga mengalami konflik pelekehan rakan-rakannya  berkaitan dengan cita-citanya untuk menjadi askar.

 

(Bukti peristiwa)

Nordin dan beberapa rakannya memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera. Adnan telah dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana keluarganya pernah menjadi tali barut kepada Inggeris ketika moyangnya telah menjadi orang buruan Inggeris. Adnan juga dihina kerana ingin berkhidmat dengan penjajah yang telah menjajah Tanah Melayu. Malah, Adnan sanggup bersekolah di Sekolah Inggeris.

Bagi menyelesaikan konflik ini, Adnan bersabar dengan pelekehan rakan-rakannya dengan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya itu. Baginya, Nordin dan rakan-rakannya itu tidak memahami niat Adnan iaitu untuk berkihdmat dengan Tanah airnya sendiri dan bukannya menjadi hamba pihak British. Semangatnya berjuang semasa peperangan dan kejayaan menjadi rekrut terbaik membuktikan bahawa tanggapan Nordin serta rakan-rakannya itu salah. Adnan kembali ke kampung dengan kejayaan dan mendapat pangkat dalam ketenteraan malah telah mendapat anugerah khas daripada King George IV sewaktu ke London. Adnan telah menjadi kebanggaan seluruh kampungnya.

 

 

(Ayat utama jawapan)

Watak utama, Adnan menghadapi konflik dengan ibunya berkaitan dengan cita-citanya untuk menjadi askar.

 

(Bukti Peristiwa)

Selepas tamat pembelajaran dengan cemerlang dari Sekolah Inggeris, Adnan menyuarakan cita-citanya kepada ibu bapanya. Pak Saidi menerima baik cita-cita Adnan namun, Mak Milah langsung tidak bersetuju dengan hasrat Adnan untuk menjadi askar. Mak Milah lebih berbangga sekiranya Adnan bekerja di pejabat atau menjadi seorang guru.

Adnan meredakan konflik ini dengan menjadi seorang guru di Sekolah Sungai Ramal. Namun selepas setahun berkhidmat sebagai guru, Adnan mengambil keputusan untuk menyertai Rejimen Askar Melayu setelah kedatangan pihak British ke kampung mereka bagi mencari rekrut tentera yang baharu. Adnan meleraikan konflik dengan memujuk ibunya serta menjelaskan niat sucinya untuk berbakti kepada negara tercinta. Akhirnya, Mak Milah merestui pemergian Adnan untuk menjalani rekrut sebagai tentera di Kem High Lines Port Dickson.

(Ayat utama jawapan)

Watak utama, Adnan menghadapi konflik dengan tentera Jepun sewaktu mengetuai Kompeni C mempertahankan Pasir Panjang dan Bukit Candu.

 

(Bukti peristiwa)

Leftenan Adnan yang mengetuai Kompeni C telah menghadapi serangan sengit daripada tentera Jepun. Peristiwa pertama adalah sewaktu sepasukan askar Jepun yang menyamar sebagai tentera Sikh cuba merapati kubu pertahanan Leftenan Adnan di Pasir Panjang. Selepas itu, Leftenan Adnan juga menhadapi tentangan yang amat sengit dengan jumlah askar Jepun yang lebih ramai di Bukit Candu. Pertahanan Bukit Candu amat penting bagi melindungi depot penyimpanan senjata dan ubat-ubatan iaitu Alexandria. Keadaan semakin sukar apabila semakin ramai anggota tentera Melayu mati, cedera parah dan mereka kehabisan peluru serta bom tangan.

Konflik di Pasir Panjang dapat ditangani oleh Leftenan Adnan dan pasukannya. Leftenan Adnan yang bijak telah berjaya mengesan teknik penyamaran askar Jepun dengan mengamati senjata mereka yang mempunyai bayonet serta formasi tentera yang salah. Malah, saiz mereka juga kecil jika dibandingkan dengan saiz tentera Sikh. L.Adnan telah mengarahkan pasukannya menembak mati semua tentera Jepun yang menyamar tersebut. Pasukan L.Adnan menang. Sementara itu, di Bukit Candu, L.Adnan menyedari bahawa mereka tidak akan mampu menang dengan jumlah askar Jepun yang semakin bertambah. L.Adnan mengarahkan pasukannya berlawan dengan jarak dekat setelah kehabisan peluru dan bom. Dia memberikan semangat kepada pasukannya untuk terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir dan tidak melarikan diri dari medan perang. Akhirnya, kesemua mereka terkorban. Terakhir kali, L.Adnan dilihat oleh Koperal Yaakob yang cedera parah, diseret dan digantung di bawah pokok ceri. L.Adnan telah diserkup dalam guni dan ditikam sehingga mayatnya hancur oleh tentera Jepun. Hal ini membuktikan bahawa L.Adnan bersikap tidak menyerah kalah dan rela mati demi negara.

 

KONFLIK WATAK UTAMA NOVEL TIRANI : WAHEEDA NURLYANA HAJI FADHIL

KONFLIK

LANGKAH MENGATASI

(Ayat utama jawapan)

Salah satu konflik yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik Waheeda antara dirinya dan ibu bapanya berkaitan hasratnya untuk menjalani pembedahan plastik pada wajahnya.  

 

(Bukti peristiwa)

Konflik ini tercetus apabila Waheeda merupakan seorang gadis biasa yang mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Hidungnya yang kemet  atau pesek ini menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti  Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik di bahagian hidung dan matanya.

 

Bagi mengatasi konflik dirinya yang mahu kelihatan cantik, Waheeda telah menyatakan hasrat tersebut kepada ibu bapanya iaitu Raidah dan Fadhil. Namun begitu, bapa Waheeda tidak menggalakkannya kerana  bercanggah dengan hukum agama. Ibu Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan perkara yang dihajatinya. Waheeda menerima baik nasihat ibu bapanya dengan menerima keadaan dirinya. Namun selepas peristiwa mukanya dicakar monyet belanda yang mengakibatkan parut yang dalam, Waheeda telah menjalani pembedahan kosmetik di SMC Singapura dan menjadi sangat cantik. Hal ini telah menyelesaikan konflik dalamannya. Ibu bapanya juga terpaksa membenarkan Waheeda menjalani pembedahan tersebut.

(Ayat utama jawapan)

Selain itu, watak utama, Waheeda juga menghadapi konflik dengan suaminya, Zahid berkaitan pelbagai tuduhan dan rasa cemburu dalam hubungan rumah tangga mereka.

 

(Bukti peristiwa)

Konflik ini tercetus apabila Zahid telah menemui Waheeda di sebuah bilik penginapan penghuni di Chalet Tajau Emas. Zahid berasa cemburu dan salah sangka atas kesetiaan Waheeda itu. Zahid juga berasa cemburu kerana Waheeda bersahabat baik dengan Halloway dan Dr.Rushdi semasa dia di Singapura. Rentetan daripada peristiwa itu, Zahid telah mempertikaikan status anak yang dilahirkan oleh Waheeda setelah meneliti ciri-ciri fizikal yang terdapat pada anak perempuannya itu yang tidak mewarisi kecantikan mereka berdua.

 

Bagi menyelesaikan konflik ini, Waheeda telah menerangkan bahawa dia benar-benar mencintai Zahid dan tidak pernah bersikap curang dalam hubungan perkahwinan mereka. Waheeda juga telah melakukan ujian DNA ke atas anaknya dan menyerahkan laporan ujian tersebut kepada Zahid sebagai bukti kesetiaan dan status anak perempuan mereka. Bagaimanapun, Zahid menolak untuk melihat laporan tersebut lalu menceraikan Waheeda dengan talak 1 dalam kemarahannya.

(Ayat utama jawapan)

Watak utama, Waheeda juga mengalami konflik dalaman antara dirinya selepas penceraian dengan suaminya, Zahid.

 

(Bukti Peristiwa)

Konflik ini tercetus selepas Waheeda tidak dapat menerima hakikat bahawa dia telah diceraikan oleh suaminya dengan talak 1. Bukan itu sahaja, penceraian itu juga amat menyakitkan kerana Waheeda telah dituduh curang dalam hubungan mereka lalu menyebabkan Zahid tidak mengakui anak yang baharu sahaja dilahirkan itu adalah darah daging mereka. Zahid juga tidak melihat langsung laporan DNA tersebut. Waheeda telah mengalami tekanan perasaan yang teruk lalu dia mengalami migrain meroyan dan tekanan mental.

Bagi mengatasi konflik dalaman ini, Waheeda telah bersetuju untuk menjalani rawatan psikologi di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) Kuala Lumpur. Keluarga Waheeda telah membawanya menjalani rawatan dengan Dr.Qamariah. Waheeda meluahkan semua kekesalan dan permasalahannya yang mengakibatkan penceraiannya kepada Dr.Qamariah. Melalui sesi kaunseling tersebut, Waheeda kembali pulih dan bersemangat untuk menjalani kehidupan yang baharu. Waheeda kembali menumpukan perhatian ke atas anaknya yang terabai sepanjang dia mengalami depresi. Malah, Waheeda telah mengambil keputusan membeli Chalet Iwana-Iwani daripada Pak Cik Aziz dan memulakan kehidupan baharu di Cameron Highland bersama anak perempuanya, Izzati.


Wednesday, 9 October 2019

LATIHAN NOVEL - LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA


LATIHAN MENJAWAB SOALAN NOVEL
Jawab soalan di bawah berdasarkan Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa Karya Abdul Latip Talib.

1)      Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca. Berdasarkan  novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dijadikan teladan.
[8 markah]
JAWAPAN :

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Peristiwa yang dapat menjadi teladan ialah peristiwa Penghulu Deraman bersama-sama anak buahnya yang terdiri daripada pengawal kampung datang bertemu dengan Leftenan Adnan. Tujuan mereka untuk menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan Askar Melayu menentang Tentera Jepun. Penduduk kampung sangat prihatin bahawa Rejimen Askar Melayu kekurangan anggota dan sanggup menawarkan khidmat mereka demi mencapai kemenangan melawan tentera Jepun. Hal ini menunjukkan bahawa semangat patriotik dalam kalangan orang Melayu dalam menentang musuh dapat diteladani oleh generasi pada masa ini.

Peristiwa seterusnya ialah peristiwa berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Penduduk kampung telah berpakat untuk tidak bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Hal ini menunjukkan bahawa keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun . Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Semangat dan keberanian Leftenan bukan sahaja menjadi teladan kepada penduduk kampung pada masa itu malah generasi kini juga perlu mempunyai rasa sanggup berkorban demi negara.


2)  Watak utama lazimnya mendapat perhatian dan disukai oleh pembaca.Berikan tiga alasan bagi menyokong pandangan anda dengan berdasarkan novel yang telah anda kaji.                                                                                                           
[7 markah]

JAWAPAN:

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib. Watak utama dalam novel tersebut ialah Adnan bin Saidi. Perwatakan  beliau yang disukai oleh pembaca ialah beliau merupakan seorang yang rajin. Buktinya, Adnan rajin membantu ayahnya menoreh getah, bersawah padi dan memungut buah durian di dusun duriannya. Adnan juga seorang pelajar yang sangat rajin menuntut ilmu.

Seterusnya, Adnan juga seorang yang memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi. Buktinya, Adnan bercita-cita untuk menjadi seorang tentera kerana sayang akan negaranya. Untuk mencapai cita-citanya, Adnan menolak jawatan sebagai guru pelatih, sebaliknya memohon jawatan sebagai seorang tentera. Adnan sanggup meninggalkan kedua ibu bapanya demi mengejar cita-cita sebagai pejuang negara. Malah, Adnan juga berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir demi menjaga maruah Rejimen Askar Melayu.

Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang berani. Buktinya, Adnan berikrar tidak akan sekali-kali menyerah kalah walau apa-apa pun yang terjadi dalam peperangan menentang tentera Jepun. Setelah kehabisan peluru, beliau sanggup bertempur jarak dekat dengan bersenjatakan bayonet sahaja. Walaupun bilangan askar Jepun semakin ramai tetapi bilangan anggota tentera Melayu semakin berkurangan, hal tersebut tidak melemahkan semangat beliau malah beliau semakin berani mengasak pihak musuh.

Seperti yang dihuraikan di atas, watak utama mempunyai keistimewaan, kesempurnaan nilai-nilai kehidupan dan bersemangat serta penuh kecekalan yang menjadikan watak utama tersebut mendapat perhatian pembaca.

3) Mengapakah unsur konflik antara watak dalam sesebuah novel itu sangat penting? Nyatakan tiga alasan berdasarkan novel yang telah anda kaji.                     
[7 markah]

JAWAPAN:

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan karya Abdul Latip. Unsur konflik antara watak dalam sesebuah novel itu sangat penting kerana konflik dapat menjadikan jalan cerita lebih menarik. Buktinya, konflik antara Pak Saidi dengan penduduk Sungai Ramal. Mereka gempar apabila mendapat tahu Pak Saidi menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Hal ini demikian kerana ada sekolah pondok dan sekolah Melayu di sekitar kawasan tersebut. Mereka khuatir anak Pak Saidi menjadi murtad. Berdasarkan realiti tersebut, kita dapat menilai corak pemikiran masyarakat pada waktu itu.

Seterusnya konflik juga digunakan untuk memperlihatkan keistimewaan watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi. Buktinya, konflik askar Melayu dengan tentera Jepun. Leftenan Adnan terus memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya. Mereka semakin kehabisan peluru sedangkan asakan tentera Jepun semakin bertambah. Berlaku pertempuran jarak dekat antara askar melayu yang menggunakan bayonet dengan askar Jepun yang menggunakan pedang samurai. Unsur konflik ini menunjukkan betapa watak utama iaitu Leftenan Adnan memainkan peranan penting dalam menaikkan semangat askar-askar Melayu untuk menentang penjajah.

Akhir sekali, konflik juga dapat dijadikan iktibar atau teladan kepada pembaca. Buktinya, konflik Samad bertengkar dengan Penghulu Sidek. Samad mengatakan bahawa kedatangan Jepun bukannya mahu menjajah tetapi British yang mahu menguatkan cengkaman penjajahannya. Dari sini kita mengetahui bahawa terdapat segelintir penduduk yang menjadi penyokong kepada kedatangan tentera Jepun di Tanah Melayu kerana terpengaruh oleh propaganda pihak Jepun.

TEKNIK PLOT - LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA


TEKNIK PLOT - LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Teknik plot merujuk kepada cara atau kaedah pengarang mengembangkan plot cerita supaya menjadi lebih menarik dan menambat hati pembaca. Perkara ini menyebabkan pembaca ingin meneruskan pembacaannya hingga ke penamat cerita. Biasanya, teknik plot yang digunakan ialah dialog, monolog luaran, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka, kejutan dan saspens.

DIALOG.
Dialog bermaksud pertuturan atau percakapan sekurang-kurangnya antara dua watak ataupun lebih. Pengarang menggunakan teknik ini untuk menggerakkan atau mengembangkan cerita selanjutnya. Melalui dialog, pengarang dapat memaparkan atau menggambarkan pendapat atau pemikiran berkenaan dengan tema atau persoalan dalam novel tersebut. Sebagai contohnya, dialog antara Pak Saidi dengan Mak Milah. Pak Saidi melahirkan rasa terkilannya kerana orang Melayu miskin di tanah air sendiri. Hasil kekayaan negara diangkut keluar oleh penjajah sedangkan kaum bumiputera yang tinggal di kampung masih ketinggalan dari segi ekonomi.

MONOLOG LUARAN
Teknik ini merujuk kepada pengucapan atau tutur kata oleh sesuatu watak secara bersendirian. Dengan perkataan lain, teknik monolog bermaksud sesuatu watak itu akan bercakap seorang diri. Kadangkala, monolog itu juga mungkin berupa doa, rungutan, keluh-kesah ataupun ratapan. Sebagai contohnya, Adnan menuturkan kata-kata sewaktu bermain dan melakonkan watak Hang Tuah sambil menikam-nikam pokok pisang. Beliau berimaginasi menjadi pendekar dan menutur kata-kata sebagai pendekar menyerang musuh. Contoh lain pula, Mak Milah meratap hiba apabila mendapat berita kematian Ahmad sewaktu berlayar ke Australia kerana kapal British telah dibom oleh pihak Jepun.

MONOLOG DALAMAN
Teknik ini merujuk kepada percakapan, lintasan, atau rintihan dalam hati atau fikiran sesuatu watak dan tidak diketahui oleh watak-watak yang lain, contohnya pengarang menggunakan teknik ini semasa Adnan berkata dalam hatinya tentang Tok Mudin yang akan mengkhatankannya. Adnan juga menyimpan rasa gementar dan takut dan banyak berfikir dalam hatinya sewaktu majlis berkhatan.


PEMERIAN
Teknik pemerian digunakan oleh pengarang untuk menerangkan peristiwa dalam plot secara langsung. Hal ini bermaksud, pengarang menerangkan atau menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung. Dengan perkataan lain, pengarang seolah-olah menjadi tukang cerita dan menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung, contohnya pengarang menggambarkan keadaan sewaktu Leftenan Jeneral A.E Percival yang masih yakin bahawa kekuatan tentera British sebanyak 85 000 orang masih mampu menyekat kemaraan tentera Jepun yang hanya berjumlah 30 000 orang.

IMBAS KEMBALI
Teknik ini merupakan satu teknik plot yang digunakan oleh pengarang untuk menceritakan sesuatu peristiwa yang sudah berlaku sebelum peristiwa itu. Pengarang menggambarkannya melalui ingatan, kenangan, lintasan atau imbasan sesuatu watak terhadap sesatu peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Sebagai contohnya, Pak Saidi terkenang kembali peristiwa basikalnya yang dirosakkan oleh orang yang mencerobohi kawasan rumahnya. Beliau juga teringat akan kata-kata Adnan bahawa dia sempat membaling kayu belati dan terkena pada salah seorang daripada dua lembaga yang mencerobohi kawasan rumahnya.
Terdapat juga peristiwa imbas kembali tentang kehebatan dan kejatuhan Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Contohnya, Pak Saidi menceritakan kegemilangan kesultanan Melaka suatu masa dahulu kepada Mak Milah. Namun, kerajaan yang begitu kuat dan berkuasa itu berakhir akibat sikap negatif pemimpin dan pembesar Melaka.

IMBAS MUKA
Teknik ini merupakan satu teknik plot yang digunakan untuk memberikan bayangan awal tentang sesuatu peristiwa atau perkara yang akan berlaku dan masih belum berlaku lagi. Bayangan tersebut mungkin berpunca daripada sesuatu aksi watak atau aksi watak-watak lain atau perkara-perkara lain. Sebagai contohnya, pengarang menggambarkan kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku iaitu semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar.  Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan menembak musuh yang datang. Adnan memberitahu tentang cita-citanya apabila dewasa nanti kepada Mamat.

SASPENS
Teknik ini merujuk kepada peristiwa yang menggambarkan perasaan tertanya-tanya dan ingin tahu para pembaca untuk mengikuti cerita. Pembaca ingin tahu perkara yang akan berlaku seterusnya. Sebagai contohnya, peristiwa kedatangan seorang askar Jepun yang memakai turban mendapat pangkat Leftenan. Askar Jepun itu telah menyamarkan diri sebagai tentera Sikh. Peristiwa ini telah menimbulkan perasaan ingin tahu dan saspens kepada para pembaca sama ada dia benar-benar tentera Sikh. Akhirnya, Adnan sedar akan penyamaran itu dengan mengamati cara mereka melakukan formasi serta senjata mereka mempunyai bayonet. Tentera Jepun itu akhirnya telah mati ditembak oleh Adnan dan pasukannya. Hal ini melegakan perasaan saspens para pembaca.
Antara unsur saspens ialah hubungan antara Adnan dengan Budin dan Nordin. Dalam novel ini, hubungan mereka tidak begitu rapat selama berada di kampung. (……………………) Pembaca tertanya-tanya mengenai kesudahan hubungan mereka ini.

Selain itu, novel ini juga mengandungi unsur saspens tentang keselamatan Leftenan Adnan dan pasukannya. (……..) Pembaca tertanya-tanya tentang nasib Leftenan Adnan dan rakan-rakan sepasukannya ketika menentang Jepun.


KEJUTAN
Teknik ini merujuk kepada keadaan atau peristiwa yang berlaku tanpa disangka-sangka oleh pembaca. Dengan kata lain, pembaca tidak dapat menjangkakan peristiwa itu akan berlaku dan peristiwa tersebut berlaku secara mengejut. Pengarang menggambarkan teknik ini melalui peristiwa Samad yang ditangkap oleh penduduk kampung kerana mencuri. Pada mulanya, tiada seorang pun yang tahu indentiti lembaga yang memecah masuk ke dalam rumah orang-orang kampung yang telah dikosongkan demi keselamatan mereka. Namun, setelah hendapan dibuat, mereka berjaya menangkap lembaga tersebut yang memakai penutup di mukanya. Setelah penutup muka dibuka, penduduk kampung sangat terkejut kerana pencuri itu ialah Samad yang sebelum ini dipercayai oleh orang kampung. Hal ini memberikan unsur kejutan dalam cerita. Malah, unsur kejutan juga berlaku apabila sikap Samad yang sebenar terbongkar kerana Samad rupa-rupanya merupakan pemberi maklumat kepada Jepun serta sanggup mengkhianat bangsa dan tanah air sendiri demi kepentingan diri. Samad akhirnya mati ditembak oleh tentera Jepun yang dipercayainya sewaktu cuba melarikan diri dari askar Melayu.

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

LATIHAN MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM – 
BUKTI PERISTIWA (NOVEL LEFTENAN ADNAN)

3 Bukti peristiwa pengajaran “kerajinan” :-

Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib. Terdapat pelbagai pengajaran dalam novel tersebut. Salah satunya ialah kita hendaklah rajin berusaha dalam melalukan sesuatu.

Bukti pertama ialah peristiwa Adnan rajin membantu ayahnya melakukan kerja-kerja untuk menyara kehidupan. Adnan selalu membantu ayahnya menoreh getah, bersawah padi, menangkap ikan dan membersihkan kebun durian selepas waktu persekolahan. Adnan gembira kerana dapat membantu ayahnya serta mengurangkan beban keluarga.

Bukti seterusnya ialah peristiwa Adnan yang rajin ke sekolah serta rajin belajar. Hal ini terbukti apabila basikal Pak Saidi rosak, Adnan masih berkeras mahu ke sekolah. Malah, Adnan juga terbukti rajin belajar kerana akhirnya Adnan menjadi pelajar terbaik di Sekolah Inggeris.

Bukti terakhir ialah peristiwa Adnan menyertai pertandingan syarahan bahasa Inggeris. Adnan rajin berlatih supaya fasih dalam bahasa Inggeris. Adnan sentiasa berlatih di hadapan keluarganya supaya berasa yakin. Akhirnya, kerana sikap rajin tersebut Adnan telah memenangi pertandingan syarahan tersebut.

3 Bukti peristiwa persoalan “keberanian”:-

Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Terdapat pelbagai persoalan dalam novel tersebut. Salah satunya ialah persoalan keberanian dalam menghadapi cabaran hidup.

Bukti peristiwa yang pertama ialah peristiwa Adnan dan Rejimen Askar Melayu yang berani menentang musuh iaitu pihak Jepun. Walaupun peperangan di atas Bukit Candu sangat sengit kerana askar Jepun terlalu ramai, askar-askar Melayu tidak gentar dan mereka berlawan sehingga kehabisan peluru. Mereka juga berani melawan Jepun dalam jarak dekat dengan menggunakan bayonet. Hal ini membuktikan mereka sangat berani menghadapi musuh.

Bukti berikutnya ialah peristiwa Pak Saidi melawan Jepun sewaktu askar Jepun masuk ke Kampung Sungai Ramal untuk menangkap seluruh ahli keluarga Leftenan Adnan. Penduduk kampung bekerjasama untuk menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Namun, pihak Jepun telah menangkap Pak Saidi dan mengheretnya ke atas lori untuk di bawa ke Melaka. Pak Saidi tidak membiarkan mereka memaksanya lalu menikam beberapa orang tentera Jepun dengan kerisnya. Pak Saidi kemudiannya ditembak bertubi-tubi sehingga mati. Hal ini membuktikan bahawa Pak Saidi sangat berani menghadapi pihak musuh.

Bukti seterusnya ialah peristiwa Adnan berani menyertai pertandingan syarahan bahasa Inggeris. Adnan berlatih bersunguh-sungguh supaya fasih dalam bahasa Inggeris. Adnan sentiasa berlatih di hadapan keluarganya supaya berasa yakin dan mendapat keberanian menghadapi hari pertandingan tersebut. Akhirnya, kerana sikap rajin dan berani menghadapi cabaran tersebut Adnan telah memenangi pertandingan syarahan tersebut.


3 Bukti peristiwa nilai “tanggungjawab” :-

Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Terdapat banyak nilai dalam novel tersebut. Salah satunya ialah nilai tanggungjawab.

Bukti peristiwa nilai tanggungjawab yang pertama ialah peristiwa Adnan yang bertanggungjawab sebagai seorang anak. Adnan bertanggungjawab membantu ayahnya melakukan kerja-kerja untuk menyara kehidupan. Adnan selalu membantu ayahnya menoreh getah, bersawah padi, menangkap ikan dan membersihkan kebun durian selepas waktu persekolahan. Hal ini membuktikan nilai tanggungjawab dalam diri seorang anak yang baik.

Bukti berikutnya ialah peristiwa Adnan bertanggungjawab sebagai seorang pelajar. Adnan sentiasa merasakan kewajipan untuk ke sekolah. Oleh itu, walaupun basikal ayahnya telah rosak, Adnan tetap berkeras mahu ke sekolah. Adnan sedar bahawa pentingnya ilmu untuk mengubah kehidupan. Adnan mahu belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai cita-citanya. Terbuktilah bahawa Adnan mempunyai nilai tanggungjawab dalam dirinya.

Bukti seterusnya ialah peristiwa Sophia yang bertanggungjawab menyara anak-anaknya setelah kematian Leftenan Adnan. Sophia terpaksa bersusah payah kerana kehidupan pada zaman Jepun sangat kekurangan. Namun, rasa tanggungjawab sebagai seorang ibu memaksa Sophia bekerja keras dengan menoreh getah dan bercucuk tanam supaya dalam menyara dua anak lelakinya. Selepas zaman Jepun, Sophia menjadi guru semula mengajar di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Hal ini membuktikan bahawa nilai tanggungjawab terdapat dalam diri Sophia.

Wednesday, 2 November 2016

NOVEL TIRANI ( BEB SABARIAH)



TEMA, PERSOALAN, NILAI, PENGAJARAN, LATAR MASYARAKAT DAN PERWATAKAN

HURAIAN & PERISTIWA
PERSOALAN
NILAI
PENGAJARAN
LATAR MASYARAKAT
PERWATAKAN

·   Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas,Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.

·      Waheeda cekal mengharungi liku-liku yang manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga beroleh cahaya mata perempuan.

·      Kegigihan Waheeda dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari.


Kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan.



Nilai Kegigihan

Kita hendaklah gigih dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan

Masyarakat yang gigih dalam menempuh cabaran dugaan.

Seorang yang gigih
-  Waheeda
HURAIAN & PERISTIWA
PERSOALAN
NILAI
PENGAJARAN
LATAR MASYARAKAT
PERWATAKAN

·      Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.

·      Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.

·      Datin Hazirah membawa sejambangan bunga dan sekeping kad ucapan yang kononnya daripada Zahid untuk menjaga perasaan menantunya, Waheeda.

·      Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah mengalami masalah kemurungan dan migran meroyan akibat tindakan Zahid yang menceraikannya.






Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandungan



Persoalan kasih sayang seorang isteri  terhadap suami


Persoalan Kasih sayang ibu mentua kepada menantu


Persoalan kasih sayang seorang anak kepada ibunya.

Nilai kasih sayang

Kita hendaklah mengamalkan nilai kasih sayang untuk mempererat hubungan antara ahli keluarga.

Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan

Seorang yang penyayang:

-Raidah
    - Datin Hazirah
-Waheeda
    - Izzati


·      Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.

Persoalan keberanian mengambil risiko untuk memajukan perniagaan.



Nilai Keberanian

Kita hendaklah berani menghadapi risiko  dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Masyarakat yang berani mengambil risiko dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Seorang  yang berani:
- Waheeda Nurlyana

·      Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling  Dr. Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur)

·      Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.

·      Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau.





Persoalan kebijaksanaan berikhtiar dalam menyelesaikan masalah





Nilai Kebijaksanaan

Kita hendaklah bijak dalam mencari ikhtiar menyelesaikan masalah  yang dihadapi.

Masyarakat yang bijak bertindak dalam menyelesaikan masalah.


Seorang yang bijak bertindak:
- Waheeda Nurlyana
- Pak Cik Aziz

·      Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam.
·      Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas


Persoalan ketegasan dalam membuat tindakan dan keputusan






Nilai Ketegasan

Kita hendaklah tegas dalam membuat tindakan dan keputusan.

Masyarakat yang tegas dalam membuat tindakan dan keputusan.

Seorang yang tegas :
- Waheeda Nurlyana

·      Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan  membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan  perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya  Zahid.

·      Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran.


Persoalan ketabahan menghadapi keruntuhan dalam rumah tangga






Nilai Ketabahan

Kita hendaklah tabah berhadapan dengan masalah dalam kehidupan seharian.

Masyarakat  yang tabah menghadapi dalam kehidupan khususnya dalam rumah tangga

Seorang yang tabah :
- Waheeda Nurlyana

·      Waheeda sabar apabila dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda yangmenginap di chalet mereka.

Persoalan kesabaran menghadapi dugaan dalam kehidupan.



Nilai kesabaran

Kita hendaklah sabar dalam menghadapi dugaan agar dapat meneruskan hidup dengan tenang.

Masyarakat yang sabar menghadapi tuduhan tanpa usul periksa.

Seorang yang sabar :
- Waheeda Nurlyana

·      Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya –Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak.
·      Emak Waheeda Iaitu Raidah menyedikaan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka.

·      Waheeda memilih untuk mengenakan pakaian Cheongsam Brooked Merah ketika menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan Antara bangsa yang akan diadakan pertengahan bulan, di The Four Seasons Hotel.


Persoalan menghargai budaya dan warisan bangsa.





Nilai Menghargai

Kita hendaklah menghargai budaya dan warisan bangsa supaya tidak ditelan zaman.

Masyarakat yang menghargai budaya dan warisan bangsa.

Seorang yang mengahragai budaya dan warisan bangsa:
-         Waheeda Nurlyana
-         Raidah
-         Izzati

·      Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati.

Persoalan keinsafan terhadap kesilapan masa lalu akibat tindakan terburu-buru.



Nilai Keinsafan

Kita hendaklah mengakui kesalahan yang telah dilakukan untuk memulihkan kekeruhan dalam sesuatu hubungan.

Masyarakat yang insaf terhadap kesilapan masa lalu.

Seseorang  yang menyesal dan insaf akan kesilapan yang telah dilakukan:
-         Zahid

·      Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak bersua.

·      Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

·      Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo


Persoalan hubungan persahabatan yang erat dan utuh.

Nilai Setiakawan

Kita hendaklah menghargai hubungan persahabatan yang terjalin agar ukhuwah berpanjangan.

Masyarakat yang menghargai hubungan persahabatan.

Seorang yang menghargai hubungan persahabatan :

-         Waheeda Nurlyana
-         Bazilah
-         Nasuha
-         Nurjihan


·      Waheeda berkeinginan untuk membuat pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek walaupun tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapanya.

Persoalan bersyukur atas ciptaan  tuhan

Nilai Bersyukur

Kita hendaklah bersyukur atas kurniaan ciptaan tuhan agar tidak mudah berasa rendah diri.

Masyarakat yang tidak bersyukur atas kurniaan ciptaan tuhan.

Seorang yang tidak bersyukur atas kurniaan ciptaan tuhan:
-         Waheeda Nurlyana







TEKNIK PLOT

TEKNIK
HURAIAN DAN CONTOH

IMBAS KEMBALI -  Ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialami



1.      Waheeda teringat akan kain sarung birunya terbelah sehingga paras peha seperti busana cheongsam kerana mengejar rakan-rakan sekolahnya yang selalu mengejeknya berhidung pesek.

2.      Waheeda terkenang kata-kata semangat ayahnya yang  semasa dia  dan Ghazi  berada dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari banglo mewah Pak Cik Aziz. Ayahnya mengatakan  bahawainsan tanpa kejayaan umpama mati sebelum ajal.



IMBAS MUKA – Teknik atau cara mengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.





1.      Bazilah berasa gerun semasa membayangkan keadaan meja bedah dan alat perkakasan yang lazim digunakan semasa sesi pembedahan dijalankan sewaktu mendengar penerangan tentang prosedur pembedahan dari Dr Zahari.

2.      Semasa menantikan kedatangan doktor untuk menjalankan pembedahan ke atas Waheeda, dia membayangkan keadaan dirinya disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan itu nanti.

3.      Waheeda membayangkan suasana mesra yang berlaku sesama kakitangan  di Chalet Tajau Emas yang sedang belajar menganyam kelonsong ketupat lepas daripada ibunya, Raidah ketika dia membaca kiriman e-mel yang dihantar oleh sepupunya, Fatimah.


SASPENS-   peristiwa dalam novel yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu daalm kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.






1.      Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu.  Monyet itu telah menyerang dan mengigit muka  Waheeda. Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada Waheeda. Akhirnya Waheeda di bawa  Hospital oleh Raidah dan Fadhil. Dr Zakaria telah menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda.

2.      Peristiwa  tulang rawan hidung Waheeda dirasakan runtuh akibat demam selesema, walhal tarikh pertunangan Waheeda dan Zahid hampir tiba. Pembaca tertanya-tanya, adakah sempat hidung Waheeda pulih sebelum pertunangannya? Akhirnya majlis pertunangan Zahid dan Waheeda terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan Ghazi dan Fatimah.

3.      Peristiwa Zahid  menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka Zahid. Pembaca tertanya-tanya, adakah  rumah tangga Zahid dan Waheeda bertahan atau tidak disebabkan perasaan cemburu buta Zahid. Akhirnya, rumah tangga mereka tidak bertahan, Zahid menceraikan Waheeda dengan talak satu.

4.      Peristiwa ketika keputusan DNA anak Waheeda dikeluarkan.  Pembaca tertanya-tanya, adakah Izzati anak kepada Zahid atau tidak ? Akhirnya keputusan itu mengesahkan bahawa Izzati ialah anak kandung Zahid.

5.      Peristiwa  Zahid pertama kali Zahid  melihat anak mereka Izaati. Pembaca tertanya-tanya, apakah penerimaan Zahid terhadap anak itu. Akhirnya Zahid tidak dapat menerima hakikat Izzati adalah anak kandung memandangkan anak itu tidak mempunya ciri-ciri persamaan dengannya.


KEJUTAN  - Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa di duga oleh pembaca / watak.


1.      Peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas. Pembaca tidak menyangka bahawa monyet-monyet itu bertindak agresif hingga sanggup mencederakan orang-orang yang berada di situ, iaitu Waheeda.

2.      Peristiwa Waheeda akan menjalankan pembedahan di Singapura.  Pembaca terkejut  ibu Waheeda , datang ke Singapura dan sudah berada di hadapan rumah Waheeda, sedangkan pada awal cerita ibu Waheeda tidak bersetuju dengan hasrat Waheeda itu.

3.      Peristiwa Izzati dan Zahid bertanyakan nama ibu Izzati. Izzati menyatakan ibunya bernama Waheeda Nurliyana. Zahid berasa terkejut bahawa di hadapannya ialah anak kandungnya yang sekian lama ingin ditemunya.

4.      Peristiwa Waheeda menunjukkan keputusan DNA kepada Zahid. Pembaca terkejut dengan tindakan Zahid mempertikaikan keputusan DNA yang ditunjukkan oleh Waheeda. Zahid telahmenuduh  Waheedabersubahat dengan pakar DNA.

5.      Peristiwa Waheeda sangat sedih kehilangan suami. Pembaca terkejut kerana tidak menyangka waheeda mengalami tekanan perasaan sehingga meracau dan bercakap yang bukan-bukan.


MONOLOG / MONOLOG DALAMAN– kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak, sama ada ditujukan kepada orang lain atau dirinya sendiri.






1.      Waheeda bermonolog ketika teruja dan seronok untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Waheeda berbisik dalam hati bahawa kalau boleh hendak menjalani pembedahan plastik sekarang juga.

2.      Waheeda bermonolog untuk memujuk nafsunya bahawa pemergiannya ke Singapura adalah untuk melakukan pembedahan pada wajahnya dan bukannya untuk membeli- belah.

3.      Waheeda bermonolog dengan memperli perwatakan Zahid yang dilihatnya amat berbeza pada waktu itu dan hari semalamnya. Dalam fikirannya semalam Zahid seperti robot, tetapi hari ini bukan main ligat macam gasing.









GAYA BAHASA

GAYA BAHASA
HURAIAN DAN CONTOH
DIKSI BAHASA INGGERIS
All Yahoo! Health, Shopping Mall, Weeping willow , Gentleman , Baby , Business , Coffee house, Erectile Dysfunction
DIKSI  BAHASA ARAB
Al-Fatihah , Subhanallah , Wallahuaklam bissawab , Insya-Allah , Assalamualaikum, Bismillah
DIKSI MELAYU SARAWAK
Kerisit kerumun, tekul, bertekul, ditekul, mereya , jembuk, nasi temuan.

PERIBAHASA

Peribahasa yang digunakan ialah simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, dan bidalan.

Simpulan bahasa
1.      Waheeda senyum kambing mengingatkan kain sarung...
2.      ...panjang lebarpula lontaran buah fikirannya...
3.      Waheeda digamit seronok berkawan dengan ulat buku...
4.      Kaumyang degil dan keras kepala ialah kaumAragon"...

Perumpamaan, pepatah dan bidalan
1.      Waheeda semakin terasa ada udang di sebalik batu.
2.      "Ikan di laut, asatn di darat, dalam periuk bertemu juga"...
3.      Waheeda dan Bazilah tidak keringgusi dibuatnya...
4.      Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, Waheeda...
5.      Bijak, bijak, mengangkat bakul sendiri
6.      'Jauh di mata, namun dekat di hati, 'gesit Waheeda..


SIMILE

Membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.
Perbandingan menggunakan perkataan  seperti , bagai , bak , laksana , umpama , macam dan ibarat.

1.                 ...berlari ke rumah macam pelesit.
2.                
PERUMITAN

Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan di bilik wad eksklusif, Fiospital Pakar Normah, Zahid tidak datang menjenguk bayinya. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA apabila suaminya, Zahid mempertikaikan status Izzati sebagai anak kandungnya.


 
Fatimah terus menghampiri meja pengurus Tajau Emas yang kelihatan ceria bagaikan bunga cina kembang pagi.
3.                 Serta-merta timbullah gambaran dirinya seperti mumia Mesir kuno yangsedang berada di perbaringan untuk pameran…
4.                 "Orang dulu-dulu memuji hidung bak seludang mayang, pipi bak pauh dilayang, memang banyak kiasnyaRaidah... )
5.                 Kecantikan ibarat baranganyang mudah remuk.

PERSONIFIKASI

Pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati seperti objek atau benda.

1.      Tiba-tiba pandangannya menyambar wajah Fatimah yang muncul dari balik dinding kaca.
2.      Rasa kesal mulai mengasak benak.
3.      Ciuman ibu berdecit singgah di pipi.
4.      Udara sejnk dan nyaman meramas kulit yang dibaluti blaus nipis.
5.      ...,pokok itu nampak sayu dan melankolik sekali,...
6.      Cengkerik yang berbenti menyanyi seketika kembali mengalunkan  irama dalam simfoni orkestra malam yang mungkin bersenandung sehingga pagi.

METAFORA

Perbandingan secara terus atau langsung tanpa
menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama,
macam, dan sebagainya.


1.      ..., dari suak dahi ke tebing dagunya.
2.      Beralun-alun wap keluar dari mulut buluh yang disumbat dengan pucukubikayu...
3.      Waheeda melangkah laju setelah tiketnya dikoyak, bcrjalan menelusuri jambatan udara untuk terus masuk ke perut pesawat.
4.      ... dia lelah berjaya keluar daripada rantai konvensional,...
5.      Terowong minda mengundang tafsiran saraf daripada renungan mata Zahid.
6.      Awan kumulus yang berarak dari barat tiba-tiba menutup wajab bulan.
7.      Lama Raidah termenung di tubir katilnva memikir,...

HIPERBOLA
Hiperbola merupakan perbandingan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan

1.                  Dura berpuing-puing di cepu kepala setelah menyelami hati nurani sepupunva.
2.                  Hujan gerimis hilang di lautan senyap.
3.                  Terasa bangat dadanya oleh dengupan jantung yang menendang- nendang rongganya.
4.                  Kesan ubat penahan sakit yang meloyakan merobek-robek dadanya.
5.                  Mereka sedang menyiapkan sarapan pagi bagi semua penghuni inap desanya sebelum matahari menyergah burni dengan kenyitan sinarnya yang tiada tara mesranya itu.

PARADOKS

Paradoks merupakan gaya bahasa yang mempertentangkan kata-kata dalam ayat.Paradoks juga memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang berlawanan.

1.                   Walaupun miskin barta tetapi orang Melayu memang kaya ketawa.
2.                   Hati Waheeda dijentik sayu, namun semakin tabah setelah menerima sokongan keluarga sebagai doa dan harapan untuk dia keluar dari bilik itu dengan selamat.
3.                   Waheeda cuba mengekel walaupun hati dijentik kesedihan oleb kejauh an yang memaksa.
4.                   Seseorang akan hanya tabu akan nikmat sib at apabila berada dalam keadaan sakit,...
5.                   Natijahnya sama seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.