PROSA TRADISIONAL- BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA
SINOPSIS
Raja Benua Siam mendengar khabar bahawa negeri Melaka masih belum
dtakluk oleh mana-mana negeri lalu
menyuruh wakilnya menghantar surat sembah. Raja Melaka Sultan Muzaffar
Syah enggan menyembah raja Siam. Raja
Siam memerintahkan panglimanya Awi Cakri menyerang Melaka. Sultan Muzaffar mendengar khabar tersebut tersebut lalu mengarahkan rakyat dari negeri-negeri sekitar dihimpun di
Melaka.
Raja Benua Siam mendengar khabar bahawa negeri Melaka masih belum
dtakluk oleh mana-mana negeri lalu
menyuruh wakilnya menghantar surat sembah. Raja Melaka Sultan Muzaffar
Syah enggan menyembah raja Siam. Raja
Siam memerintahkan panglimanya Awi Cakri menyerang Melaka. Sultan Muzaffar mendengar khabar tersebut tersebut lalu mengarahkan rakyat dari negeri-negeri sekitar dihimpun di
Melaka.
Tun Perak sanggup dipecat sekiranya dia dicerca orang. Tun Perak
membawa rakyat lelaki dan perempuan dari
Kelang supaya mereka dapat berlawan dengan musuh seperti menjaga anak isteri
mereka sendiri. Baginda sultan gembira mendengar alasan Tun Perak lalu
memerintahkan Tun Perak supaya menetap di Melaka.
Siam menyerang Melaka..Siam menyerah kalah .Banyak rakyatnya yang
mati. Lalu berundur ke Muar. Semua rakyat negeri jiran pulang ke negeri
masing-masing. Sultan Muzaffar terpikat dengan kebijaksanaan Bentara Tun
Perak dan dilantik menjadi Perdana
Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Duduk setaraf dengan Seri Nara Diraja.
Anaknya Tun Nina Madi diberi gelaran Tun Bijaya Maha Menteri .
Rakyat Melaka berpecah
menjadi dua kumpulan berpihak kepada Paduka Raja (Tun Perak) dan Seri Nara
Diraja (Seri Amerta) yang merupaka
pemimpin yang hebat. Kedua-dua pemimpin ini sering berselisih pendapat. Keadaan ini merisaukan baginda
sultan. Baginda sangat dukacita dan risau
khuatir negeri akan binasa kerana tiada muafakat dalam kalangan
pemimpin.
Baginda mencari akal yang boleh mendamaikan mereka dengan mencadangkan Seri
Nara Diraja mengahwini Tun Rakna
Sandari saudara kepada Paduka Raja. Ditolak.dicadangkan Tun Kanaka saudara
Bendahara Seri Wak Raja juga ditolak.
Dia bersetuju berkahwin dengan Tun Kudu.
Oleh itu Sultan telah menceraikan isterinya Tun Kudu. Selepas habis edah
Tun Kudu dikahwini oleh Seri Nara Diraja.
Pada zaman kegemilangan itu terdapat tiga orang pembesar yang
bijaksana di tiga buah negeri besar iatu Patih Aria Gajah Mada di Majapahit,
Orag Kaya Kanayan di Pasai dan Bendahara Paduka Raja serta Seri Nara Diraja
penghulu Bendahari di Melaka
Selepas itu Siam yang diketuai oleh
panglima Awi Dicu mahu meyerang Melaka.
Berita itu dimaklumkan kepada Sultan.
Lalu Sultan menitahkan
Bendahara Paduka Raja bersiap sedia.
Seri Bija Diraja yang berasal dari Muntah Lembu digelar Datuk Bongkok
telah dititahkan mengiringi Bendahara Raja berlawan dengan orang Siam. Orang Siam telah lari ke Batu Pahat.
Pada masa yang sama Tun Umar anak Seri Bija Diraja yang gila-gila
bahasa telah pergi dengan sebuah perahu olang oleng (perahu kecil) melanggar
perahu-perahu orang Siam. Orang Siam hairan melihat perlakuan Tun Umar.
Pada waktu malam, Bendahara Paduka Raja mengarahkan segala pohon
kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api dipasang puntung api sehingga menakutkan
orang Siam kerana menyangka hulubalang Melaka terlalu ramai berada di Pantai.
Awi Dicu telah mengarahkan orang Siam berundur dari Melaka.
Baginda telah menganugerahkan persalinan kepada Bendahara Paduka
Raja dan para hulubalang kerana berjaya menghalau orang Siam.
Awi Dicu melaporkan kekalahan meraka kepada Paduka Bubunnya. Baginda terlalu marah dan dia sendiri ingin
menyerang Melaka. Cau Pandan anak Paduka Buka menawarkan diri menyerang
Melaka. Baginda bersetuju dan
melengkapkan Pra Kelong lapan ratus sum
dan perahu kecil yang sangat banyak.
Di Melaka, Sultan mendengar
khabar Cau Pandan akan menyerang Melaka.
Sidi Arab seorang yang alim
berbangsa Arab yang pandai bermain panah lasykar telah menghadap sultan Muzafar
Syah dan menawarkan diri membunuh Cau Pandan dari jauh dengan menghala panahnya
ke benua Siam dengan berkata mati engkau Cau Pandan . Sultan hanya tersenyum jika memang benar Cau
Pandan mati, memang Sidi Arab seotrang yang keramat.
Di Siam, Cau Pandan berasa
dadanya seperti terkena panah, telah muntah darah lalu mati. Siam telah membatalkan niat menyerang
Melaka. Sultan mendengar khabar kematian
Cau Pandan dan menganugerahkan Tuan Sidi Arab.
Sultan Muzafar Syah mangkat setelah memerintah selama 42 tahun diganti
oleh anakandanya Raja Abdullah dengan gelaran Sultan Mansor Syah ketika berusia
27 tahun. Telah berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam anak Seri Nara Diraja
No comments:
Post a Comment