DRAMA BUKAN GILA (SHARIF SHAARY)
SINOPSIS
Di wad sakit jiwa, Hospital Besar, Azmir sedang mendapat rawatan. Azmir sentiasa berkhayal tentang peranan
Hamba dan Tuan Hamba. Azmir mendapati bahawa penderitaan Hamba merupakan satu
kepuasan kepada Tuan dan Hamba. Seterusnya, Azmir berasa kesakitan yang tidak
tertanggung. Ketika itu juga dia mengucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah,
akal, takdir dan manusia budiman. Ucapan terima kasih tersebut diucapkan kerana
semuanya telah memberi sumbangan kepada Azmir kepada petani dan nelayan
Azmir juga berkhayal akan kehadiran Ani, kekasihnya.Azmir juga meminta
Ani mengeluarkannya dari tempat itu tetapi Ani terus memujuk Azmir supaya terus
tinggal di situ kerana mereka boleh bahagia.
Azmir berkhayal pula tentang kemunculan bapanya. Azmir meminta Ani
menghalau bapanya kerana bapanya tidak sayang akannya. Azmir mengatakan bahawa
ayahnya berbohong dan mereka bertengkar
Muncul pula khayalan tentang Pak
Haji datang dan memberi salam. Mereka berdebat tentang hukum dan Pak Haji mempersoalkan nama
Azmir yang telah diubah dan sikap manusia iaitu bercakap lain dan berbuat lain.
Ani muncul semula dan menyatakan bahawa Ani masih cintaakannya.
Azmir mempersoalkan cinta Ani yang hanya bersikap luaran.
Azmir dikunjungi doktor. Setelah diperiksa, doktor membenarkannya bersiar-siar
di luar. Azmir mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri. Akhirnya, dia tiba
di lokasi penggambaran drama Sasau. Perdebatan berlaku antara pelakon dan Arif
tentang kekuasaan. Akhirnya Azmir memberikan pendapat bahawa system prorakyat
yang menentukan kekuasaan bukan wang atau fikiran. Ketika ini, kepala Azmir berasa
sangat sakit
Dia menyatakan bahawa penyakitnya adalah betul. Azmir ditanya
tentang gila dan sebenarnya dia bukan gila tetapi suatu penderitaan yang tidak
tertanggung. Kemudiandia menghantukkan kepalanya sehingga berdarah.Dia
menderita sakit sehingga tidak terucap dengan kata-kata.
Kemudian, doktor datang dan membawa semula Azmir ke hospital. Arif
dan rakan-rakannya memberitahu ibu bapa Azmir tentang keadaannya yang
sebenar.
Mereka meminta ibu bapa Azmir melawatnya sebelum terlambat. Arif juga
menasihati ibu bapanya supaya memberi lebih kasih sayang kepada Azmir.
Di wad pesakit
jiwa, Azmir teringat akan cintanya kepada Ani. Ketika itu dia lemah dan jatuh
tersungkur.
Ani berada di
rumah dan membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad.
Kematiannya dikatakan berpunca daripada barah otak. Ani berasa bersalah.
TEMA
Ketabahan seorang anak muda melawan
penyakit yang dihidapi
PERISTIWA
|
PERSOALAN
|
PERWATAKAN
|
LATAR MASYARAKAT
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Azmir yang menghidap penyakit barah
otak melawan penyakitnya itu bersendirian tanpa ibu dan ayahnya mengetahui
tentang penyakitnya
|
Ketabahan
seorang pesakit melawan penyakit
|
Seorang yang tabah
|
Masyarakat yang tabah
|
ketabahan
|
Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan
hidup
|
Azmir berterima kasih kepada ayah dan ibunya yang telah melahirkan dan
membesarkannya.
|
Penghargaan seorang anak terhadap ibu bapanya
|
Seorang
yang menghargaijasa
|
Masyarakat yang menghargai jasa
|
Mengenang jasa
bertanggungjawab
|
Kita hendaklah mengenang jasa orang lain
|
Azmir mengucapkan terima kasih kepada petani, nelayan dan buruh
perkasa yang telah membangunkan rakyatdan
negara.
|
Penghargaan terhadap insan yang berjasa
|
Seorang yang menghargai jasa
|
Masyarakat yang menghargai jasa
|
Mengenang jasa
|
Kita hendaklah mengenang jasa orang lain
|
Azmir
amat setia mencintai Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu Azmir
berhadapan dengan sakit barah otak
|
Kesetiaan seseorang terhadap kekasih
|
Seorang yang setia
|
Masyarakat yang setia
|
Kesetiaan
|
Kita hendaklah setia
kepada seseorang
|
Azmir mempertikaikan sikap Pak haji
yang sepatutnya prihatin terhadap penderitaan yang dilaluinya dan orang yang
senasib dengannya
|
Prihatin terhadap masyarakat yang menghadapi masalah
|
Seorang yang prihatin
|
Masyarakat yang prihatin
|
Mengambil berat
|
Kita hendaklah prihatin terhadap masalah orang lain
|
PLOT
Permulaan
Watak Azmir yang berada di wad pesakit jiwa di Hospital Besar
seorang diri dan sentiasa berada dalam khayalan.
Perkembangan
Azmir sentiasa berkhayal akan kehadiran Ani, kekasihnya yang
sudah meninggalkannya kerana Azmir dikatakan gila. Azmir juga berkhayal tentang
kehadiran bapanya yang menziarahinya di wad. Azmir menuduh bapanya tidak
menyayanginya kerana menghantarnya ke situ. Seterusnya, Azmir berkhayal pula
tentang Pak Haji yang melawatnya di wad. Dia bertengkar dengan Pak Haji tentang
Azmir yang menukar namanya kepada nama orang putih. Azmir berkhayal lagi tentang
Ani yang muncul semula dan menyatakan bahawa
Ani masih cinta akannya. Azmi rmempersoalkan cinta Ani yang hanya bersikap luaran.
Azmir dikunjungi doktor. Setelah diperiksa, doctor membenarkannya bersiar-siar
di luar. Azmir mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri.Akhirnya, dia tiba
di lokasi penggambaran drama Sasau. Perdebatan berlaku antara pelakon dan Arif tentang
kekuasaan. Akhirnya Azmi rmemberikan pendapat bahawa system prorakyat yang
menentukan kekuasaan bukan wang atauf ikiran.
Ketikaini, kepala Azmir berasa sangat sakit. Dia menyatakan bahawa penyakitnya
adalah betul. Azmir ditanya tentang gila dan sebenarnya dia bukan gila tetapi suatu
penderitaan yang tidak tertanggung.
Klimaks
Azmir menghantukkan kepalanya sehingga berdarah. Dia
menderita sakit sehingga tidak terucap dengan kata-kata.
Kemudian, doktor datang dan membawa semula Azmir ke hospital. Arif
dan rakan-rakannya memberitahu ibu bapa Azmir tentang keadaannya yang sebenar.
Mereka meminta ibu bapa Azmir melawatnya sebelum terlambat. Arif juga
menasihati ibu bapanya supaya memberi lebih kasih sayang kepada Azmir.
Peleraian
Di wad pesakit jiwa, Azmir teringat akan cintanya kepada Ani.Ketika
itu dia lemah dan jatuh tersungkur.
Ani berada di rumah dan membaca berita tentang kematian Azmir
seorang diri di wad. Kematiannya dikatakan berpunca daripada barah otak. Ani
berasa bersalah.
TEKNIK PLOT
1. Dialog
Contoh:
1. Dialog antara Azmir dengan Ani semasa Azmir berkhayal akan kehadiran
kekasihnya.
2. Semasa Azmir melakonkan watak
Hamba dan Tuan Hamba
2. Monolog
Contoh:
1. Azmir bercakap seorang diri di wad pesakit jiwa.
3. Imbas Kembali
Contoh:
1. Bapa Azmir teringat akan waktu penyakit gila-gila Azmir berlaku.
4. Pemerian
Contoh:
1. Pengarang memerihalkan keadaan Azmir yang sedang sakit.
GAYA BAHASA
1. Perulangan
Contoh:
Duniaku ialah kuasa. Kuasa ialah duniaku. Dengan kuasa, dunia
berada di bawahku. Kuasa mencipta kuasa.
2. Sinkope
Contoh: Abang dah
tak sanggup lagi..
3. Simile
Contoh: Bapa pun macam
doktor juga dan macam mereka semua
4. Simpulan
Bahasa
Contoh: gila-gila bahasa, berbesar
hati, minta diri
5. Bahasa Arab
Contoh: Assalamualaikum,
Astaghfirullah
6. Bahasa
Inggeris
Contoh: realistik, sensitif, realiti,
horizon
No comments:
Post a Comment