01. sebaik-baik
kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah
buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang
abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan
terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang
takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
04. Yang dikatakan
kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang
dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. Kalau hidup
ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita,
Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
06. "Dan
berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah
al-Hajj:77
07. "Maka
sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta
pertolongan" ~Surah Yusuf:18
08. Berunding
cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling
kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi
semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John
Schwartz
10. "Peristiwa
itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap
profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku
Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. "Satu
perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara
umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang
dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar
penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga
mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau
sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak
cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang
banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga
dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan
orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda
Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka
merosakkan madu."
18. Kita sering
mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar
impian hari esok.
19. Manusia yang
berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan
berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang
erat tiada yang berat.
21. Belajarlah
berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil
tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan
iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan
bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa
yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan
untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk
berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang
hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang
hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang
sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti
pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi
telaga budi, ajar menjadi suluh hati.
26 “Kebijaksanaan
bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur hidup untuk mendapatkannya.”
-Albert Einstein
27. Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang
dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang
penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. -Joseph Conrad
28. Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang.
Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya
menaikkannya -John Petitsenn
29. Apabila kepercayaan telah hilang lenyap,
kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu. -Whittier
30. Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan
untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera
hidupnya -Saidina Ali
31. Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. -
Charles Cahier
32. Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi
yang lemah -Rahmohan Ghandi
33. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih
mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. -Richard Brinsley Sheridan
34. Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang
paling takut pada perubahan -Mognon Me Lauhlin
35. Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan
kesabaran -Horatius
36. Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya
agama, bagaimana lagi jika tiada agama?-Benjamin Franklin
37. Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka
gagal untuk merancang. -William J. Siegel
38. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak
kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran -Flower A. Newhouse
39. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.-Samuel
Johnson
40. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar
daripada bangun tidur dengan banyak hutang-Anonim
41. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri
seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya
-Voltaire
42. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada
satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire
43. Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri
engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang –Hamka
44. Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai
adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya
membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan
45. Dalam masyarakat manusia ada binatang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada
satu pun manusia -Aristotle
46. Perjalanan seribu batu bermula dari satu
langkah.-Lao Tze
47. Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak
membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. –Confucius
48. Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap
–Al-Ghazali Bayruni
49. Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat,
pokoknya pun sihat -Beng Tju
50. Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama
adalah lumpuh -Albert Einstein
51. Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara
untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincoln
52. Semiskin-miskin orang ialah orang yang
kekurangan adab dan budi pekerti -Hukama
53. Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan
dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa
merdeka –Soekarno
54. Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak
merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan -Andre
Colin
55. Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang
pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah
-Wahab B Munabin
56. Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang
itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu -Aflatun
57. 'Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk
sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum
dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan' - Hamka
58. 'Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan
adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya'-
Hamka
59. 'Bertambah kuat kepercayaan kepada agama,
bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah
laku dan akal budinya'- Hamka
60. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari
jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. -
Peribahasa Arab
No comments:
Post a Comment