Showing posts with label RUMUSAN DAN PEMAHAMAN. Show all posts
Showing posts with label RUMUSAN DAN PEMAHAMAN. Show all posts

Tuesday, 4 April 2017

MENUKAR KATA KUNCI SOALAN RUMUSAN


*Mengubah maksud perkataan kata kunci pertama soalan:
 
*Faktor = punca = sebab = penyebab = perkara yang mempengaruhi
 
*Langkah = inisiatif = cara = kaedah = tindakan
 
*Kesan = implikasi = keburukan = kesan negatif
 
*Kebaikan =  kesan positif
 
*Ciri = sifat = bentuk = kriteria
 
*Faedah = kepentingan = kebaikan = manfaat = kelebihan
 
*Tanggungjawab = peranan = sumbangan
 
*Masalah = kekangan = kesulitan = kerumitan = halangan
 
*Cara-cara = langkah = kaedah = usaha = modus operandi

Thursday, 4 August 2011

RUMUSAN - CONTOH SOALAN DAN SKEMA PEMARKAHAN JAWAPAN

SOALAN 1
RUMUSAN
(30 MARKAH)

Baca petikan di bawah dan buat suatu rumusan tentang langkah-langkah yang dapat menggalakkan remaja menghayati semangat kejiranan dan faedah-faedah yang diperoleh masyarakat daripada penghayatan tersebut.. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah kata.

Masyarakat bermula daripada jiran. Jiran pula terdiri daripada semua lapisan. Oleh hal itu, remaja merupakan satu daripada entiti yang memenuhi definisi kejiranan.  Dalam hal ini remaja ada peranannya yang tersendiri. Konsep kejiranan serta persaudaraan cukup menarik dan mesti dikekalkan oleh masyarakat , khasnya oleh golongan remaja. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan perasaan  kasih dan bantu-membantu tersemai dalam diri malah dapat membantu mewujudkan kekuatan dalam kalangan rakyat untuk ingat-mengingati dan tegur-menegur, sehingga seseorang itu berasa begitu lemah jika hidup tanpa jiran.
            Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga dapat menghilangkan perasaan dengki, iri hati, bermusuh-musuhan dan sifat negatif lain yang membawa perpecahan. Oleh sebab remaja merupakan entiti penting dalam masyarakat maka remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat seperti Rukun Tetangga yang semakin luas fungsinya meliputi aktiviti pendidikan, alam sekitar, sukan, kesihatan,keagamaan dan ekonomi. Selain itu, remaja boleh berperanan sebagai mata-mata kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah jenayah di kawasan kejiranan masing-masing.  Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan guru berperanan untuk memastikan remaja berupaya mentafsirkan peranan masing-masing dalam masyarakat apabila dewasa kelak.
            Namun begitu, pegangan agama mesti menjadi pegangan kuat dalam kalangan remaja. Mereka perlu memahami dan menghayati matlamat hidup di dunia agar menjadi lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, agama dan masyarakat. Hal ini akan menjadikan remaja lebih peka akan konsep kejiranan.  Pada masa yang sama, Rukun Tetangga perlu berbincang dan bersepakat melaksanakan program yang bersesuaian dengan kehendak remaja demi kemaslahatan jiran tetangga.  Sebagai contoh, penganjuran Hari Keluarga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk, bak kata peribahasa “sepakat membawa berkat”.  Masyarakat pula perlu mempunyai kesedaran untuk berubah. Hasil kajian Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional menunjukkan bahawa sikap mementingkan diri merupakan satu faktor utama kelunturan semangat kejiranan. 
            Tindakan seterusnya ialah kesediaan  pihak polis melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah dalam kalangan masyarakat. Rakan Cop yang diperkenalkan pada 9 Ogos 2004 diilhamkan atas kesedaran bahawa polis merupakan elemen pelengkap sesebuah masyarakat yang aman dan harmoni.  Pendekatan Rakan Cop adalah untuk membentuk interaksi dua hala dengan masyarakat.   Secara tidak langsung remaja boleh bertindak sebagai “mata dan telinga” kepada pihak polis demi keselamatan jitan mereka. Sementara itu, Gagasan 1Malaysia yang sangat menekankan semangat perpaduan antara semua kaum di Malaysia perlu dihayati dan diaplikasikan oleh golongan remaja dalam aktiviti seharian mereka demi pemupukan semangat kejiranan yang utuh dalam kalangan masyarakat.   Peranan semua pihak ini akan lebih berkesan jika media massa memainkan peranan penting menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan remaja dan masyarakat. Program penyiaran yang melibatkan remaja dalam aktiviti kejiranan dan perpaduan mampu mempengaruhi sikap dan mentaliti remaja terhadap kepentingan semangat kejiranan dalam hidup mereka.
            Segala usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, sentiasalah beringat bahawa “tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni”. Demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan remaja yang peka akan kepentingan bermasyarakat, semua pihak dan anggota masyarakat perlu berganding bahu.
           

(dipetik dan diubah suai daripada ,Hidup Berjiran Muafakat Masyarakat
Oleh Juliana Mansor
Majalah Dewan Siswa, Mac 2011)



Markah penuh 30 dibahagi kepada :

(a)   Isi                          -           20 markah
(b)   Bahasa                  -           10 markah

(a)  Isi [20 markah]

Nota :
(i)                 Panduan mengira perkataan
      Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
-          Nama khas
-          Perkataan berulang
-          Penggunaan kata depan di dan ke
-          Tarikh
-          Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
-          Gelaran



(ii)      Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.
(iii)     Periksa jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.
(iv)              Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja. 


BAHAGIAN
MARKAH
MARKAH
PENDAHULUAN

2
ISI TERSURAT
4
5
6
7
8
9
10
11
12
16
ISI TERSIRAT
12
11
10
9
8
7
6
5
4
KESIMPULAN

2

JUMLAH
20



PENDAHULUAN ( 2 markah )

Petikan membincangkan cara-cara menggalakkan remaja menghayati semangat kejiranan di Malaysia.                                                                                                                                                   ( 2 markah )

ISI TERSURAT ( 4-12 MARKAH )

BIL
ISI
MARKAH
1
remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat
2
2
boleh berperanan sebagai mata-mata kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah jenayah di kawasan kejiranan masing-masing.  
2
3
pegangan agama mesti menjadi pegangan kuat dalam kalangan remaja
2
4.
Remaja memahami dan menghayati matlamat hidup di dunia
2
5
Rukun Tetangga berbincang dan bersepakat melaksanakan program yang bersesuaian dengan kehendak remaja
2
6
masyarakat pula perlu mempunyai kesedaran untuk berubah
2
7
Pihak polis melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah
2
8
Gagasan 1Malaysia perlu dihayati dan diaplikasikan oleh golongan remaja dalam aktiviti seharian mereka
2
9
media massa memainkan peranan penting menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan remaja
2

ISI TERSURAT ( 4-12 MARKAH )

BIL
ISI
MARKAH
1
Remaja/masyarakat tidak bersikap keakuan
2
2
Sikap saling menghormati /mesra menjadi budaya dalam masyarakat
2
3
Unsur-unsur negatif/jenayah dapat diatasi bersama-sama dalam kawasan kejiranan/kejadian jenayah berkurangan
2
4
Remaja /masyarakat hidup dalam suasana harmoni/perpaduan
2
5
Meningkatkan semangat patrotik dalam kalangan masyarakat
2
6
Masyarakat di dalam kawasan kejiranan dipandang tinggi
2
7
Kegiatan sosioekonomi bergerak lancar
2

KESIMPULAN ( 2 MARKAH )

Kesimpulannya,
Semua pihak perlu berusaha bagi memastikan remaja peka akan hal-hal kejiranan agar  remaja yang mesra jiran dapat diwujudkan.
( 2 markah )



SOALAN 2
(35 MARKAH )

Soalan 2(a) Petikan Umum

1. Berikan maksud rangkai kata satu daripada entiti yang memenuhi definisi kejiranan
    berdasarkan dalam petikan.
( 2 markah )

-          Sebahagian daripada ciri kejiranan.      ( 2 markah )
-          Sebahagian daripada unit kejiranan      ( 2 markah )
-          Sebahagian daripada jiran                      ( 2 markah )
-          Sebahagian/sekelompok/sekumpulan masyarakat yang memenuhi maksud kejiranan   ( 1 markah )

2. Mengapakah kejiranan yang akrab penting dalam hidup bermasyarakat?
( 3 markah )
- perasaan  kasih dan bantu-membantu tersemai dalam diri
-mewujudkan kekuatan dalam kalangan rakyat untuk ingat-mengingati dan tegur-menegur,
- seseorang itu berasa begitu lemah jika hidup tanpa jiran.
- menghilangkan perasaan dengki, iri hati
- menghilangkan perasaan bermusuh-musuhan

3. Pada pendapat anda mengapakah golongan remaja dianggap sebagai satu entiti penting di sebuah
   kawasan kejiranan.
( 4 markah )

-          Kelakuan mereka menggambarkan kelakuan masyarakat di kawasan kejiranan
-          Golongan remaja dapat bergerak lebih aktif untuk menjalankan  aktiviti di kawasan kejiranan
-          Golongan remaja lebih kreatif apabila merancang program kejiranan
-          Golongan lebih mudah mendekati dan menasihati rakan sebaya berbanding golongan dewasa di kawasan kejiranan.
-          Remaja ialah pewaris kepimpinan masyarakat/negara
-          Remaja lebih peka akan masalah sosial yang berlaku di kawasan kejiranan

Wednesday, 29 June 2011

RUMUSAN - CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

CONTOH MENJAWAB SOALAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN RUMUSAN

1.Arahan Soalan
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang langkah-langkah kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan kesan-kesan pemulihan ekonomi kepada rakyat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Usaha membasmi kemiskinan tegar menjadi agenda utama kerajaan menjelang 2010. Bagi meringankan beban rakyat, usaha diambil dengan memperuntukkan RM214 juta bagi pelaksanaan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat untuk tujuan pembasmian kemiskinan. Langkah ini juga akan memastikan agenda masyarakat penyayang terus diamalkan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi pertama khusus untuk meningkatkan pemilikan rumah oleh rakyat. Oleh itu, bagi merangsang sektor perumahan kerajaan mencadangkan supaya pembeli diberi pelepasan cukai atas faedah pinjaman. Kerajaan juga telah membantu rakyat dengan menambah baik infrastruktur awam. Dalam hal ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta untuk menambah baik infrastruktur yang rosak serta menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih pelbagai kemudahan dan prasarana awam. Bon Simpanan Kerajaan telah diterbitkan untuk menjanakan pendapatan rakyat. Bon ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk memperoleh pendapatan tambahan. Bon ini dibuka kepada setiap rakyat berusia 21 tahun ke atas dengan nilai minimum pelaburan sebanyak RM1,000.
Selain itu, kerajaan menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar seperti bekalan elektrik dan air terutama di Sabah dan Sarawak. Usaha ini akan meningkatkan ekonomi rakyat melalui pengambilan kontraktor kecil dan pekerja tempatan di kawasan luar bandar. Di samping itu, pelbagai program dan projek dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak seperti pembesaran Lapangan Terbang Sibu, Sarawak dan Projek Sistem Penghantaran Elektrik Kota Kinabalu, Sabah.
Kini, terdapat beberapa program mikrokredit tanpa cagaran disediakan oleh pelbagai pihak seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, AgroBank dan TEKUN. Program ini bertujuan untuk membantu peniaga kecil di bandar dan luar bandar. Kaedah lain yang dilaksanakan adalah dengan memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik seperti warga emas, golongan kurang upaya dan ibu tunggal. Bantuan yang diberikan adalah seperti program jaringan keselamatan sosial, bantuan kewangan dan bilangan tenaga kerja, meningkatkan kemudahan pusat penjagaan warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambahkan kemudahan pusat asuhan kanak-kanak.
Bagi mengurangkan tanggungan orang ramai, kerajaan mengambil langkah pengecualian cukai yang diberikan atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan. Langkah ini diambil bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan. Di samping itu, kerajaan menggalakkan pihak bank untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan.
Kesimpulannya, kerajaan yakin usaha yang dirangka dan dilaksanakan adalah komprehensif dan menyeluruh untuk menghindarkan ekonomi negara daripada terjerumus dalam kancah kemelesetan yang mendalam sehingga memberi kesan kepada rakyatnya. Dengan landasan kukuh yang telah kita bina, kita yakin dapat mencipta kejayaan lebih besar
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‚‛Pakej RM60b Perkukuh Ekonomi Negara Hadapi Kegawatan Global’, Berita Harian, 11 Mac 2009)
(c) Peperiksaan Percubaan MRSM 2009


2.Panduan Isi
Pendahuluan
Petikan membincangkan usaha-usaha kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomi di negara ini @ Petikan membincangkan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat dalam menangani kegawatan ekonomi di negara ini.

Isi Tersurat
Langkah-langkah kerajaan meringankan beban rakyat:
1. Kerajaan melaksanakan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat.
2. Kerajaan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi pertama (khusus untuk
meningkatkan pemilikan rumah oleh rakyat).
3. Pembeli diberi pelepasan cukai atas faedah pinjaman.
4. Kerajaan menambah baik infrastruktur awam.
5. Kerajaan telah menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan untuk menjana pendapatan rakyat.
6. Kerajaan menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar.
7. Pelbagai program dan projek dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak.
8. Pelbagai pihak menyediakan program mikrokredit tanpa cagaran.
9. Kerajaan memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.
10.Kerajaan mengecualikan cukai atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan.
11.Kerajaan menggalakkan pihak bank untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman
perumahan.

Isi Tersirat
Kesan-kesan pemulihan ekonomi terhadap rakyat
1. Kehidupan rakyat akan lebih selesa/ Rakyat berpeluang membaiki ekonomi masing-masing.
2. Peluang pekerjaan terbuka luas untuk rakyat/ Pengangguran dapat dikurangkan
3. Rakyat tidak lagi meminjam wang secara haram/melabur skim cepat kaya.
4. Rakyat tidak mengalami tekanan/stres,
5. Rakyat tidak melakukan / mengadakan demonstrasi terhadap kenaikan harga barang. .
6. Kuasa beli rakyat terjamin/mampu berbelanja .
7. Rakyat terhalang daripada melakukan jenayah.

Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama menangani kemelut ekonomi negara agar rakyat dapat hidup dalam harmoni.


3.Jawapan Contoh

Petikan membincangkan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat dalam menangani kegawatan ekonomi di negara ini.
Antara langkah kerajaan menangani kegawatan ekonomi ialah mengambil langkah pemulihan dengan melaksanakan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. Pakej rangsangan ekonomi pertama juga diperkenalkan sebagai langkah menangani krisis ekonomi. Kerajaan menambah baik infrastruktur awam dan menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan untuk menjana pendapatan rakyat. Selain itu, kerajaan juga mengambil langkah menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar.  Kerajaan memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik dan mengecualikan cukai atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan sebagai langkah lain menangani isu ini. 
Kesan pemulihan ekonomi menjadikan kehidupan rakyat lebih selesa. Pengangguran dapat dikurangkan serta kuasa beli rakyat akan meningkat.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama menangani kemelut ekonomi negara agar rakyat dapat hidup dalam harmoni.
           ( 118 patah perkataan )

Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata membasmi kemiskinan tegar?               [2 markah]

i. maksud rangkai kata membasmi kemiskinan tegar
..menghapuskan/membanteras/memerangi/mengatasikedaifan/kepapaan/kemelaratan hidup/
ketidakupayaan ekonomi yang melampau/sukar diatasi/diubah

(ii) Bagaimanakah peruntukan tambahan yang disediakan oleh kerajaan dibelanjakan?
[3 markah]
ii. peruntukan tambahan yang disediakan oleh kerajaan dibelanjakan dengan…
… menambah baik infrastruktur yang rosak
… menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian
... menyelenggara dan membaik pulih pelbagai kemudahan/prasarana awam

(iii) Nyatakan empat cara rakyat dapat menangani krisis ekonomi negara.          [4 markah]

iii.empat cara rakyat dapat menangani krisis ekonomi negara...
.... berjimat cermat dalam perbelanjaan
... memberi sokongan kepada kempen penjimatan ekonomi
… bekerja sambilan/berniaga
… bercucuk tanam/melibatkan diri dalam bidang pertanian
... melancong dalam negara
... membeli barangan buatan tempatan
... menggunakan pengangkutan awam


4. Jawapan Contoh

i Maksud rangkai kata 'membasmi kemiskinan tegar' adalah membanteras kemelaratan hidup yang sukar diatasi.

ii. Peruntukan tambahan yang disediakan oleh kerajaan dibelanjakan dengan menambah baik infrastruktur yang rosak. Selain itu, kerajaan menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di samping menyelenggara dan membaik pulih pelbagai kemudahan serta prasarana awam.

iii Empat cara yang boleh dilakukan oleh rakyat untuk menangani krisis ekonomi negara adalah dengan berjimat cermat dalam perbelanjaan. Kedua, rakyat juga boleh memberi sokongan kepada kempen penjimatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan Cara ketiga untuk menangani krisis ekonomi adalah dengan rakyat bekerja sambilan atau melibatkan diri dalam perniagan secara kecil-kecilan. Keempat, rakyat boleh bercucuk tanam atau melibatkan diri dalam bidang pertanian . Terdapat beberapa cara yang lain untuk menangani krisis ini seperti rakyat hanya melancong dalam negara dan membeli barangan buatan tempatan. Rakyat juga perlu menggunakan pengangkutan awam.