Penggunaan telefon bimbit seolah-olah menjadi kemestian dalam kalangan pelajar walaupun mendatangkan pelbagai implikasi.
Jelaskan implikasi penggunaan alat komunikasi tersebut
kepada pelajar.
Pendahuluan : Pada
hari ini seseorang ibu dengan segera dapat menghilangkan rasa rindu terhadap
anak kesayangan yang tinggal berjauhan ribuan kilometer. Demikian pula seorang
kekasih dapat melampiaskan rawan hiba kepada yang tersayang dengan saling
menyatakan janji setia dan menyulam kasih. Malahan kuasa maklumat kini mampu
diterjemahkan dalam bentuk audio dan visual melalui perantara teknologi 3G.
Sebenarnya, semua peranti tersebut dikuasakan oleh teknologi telefon bimbit
yang amat canggih dan mampu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi siber.
Oleh itu, kewujudan telefon bimbit bukan lagi sebagai lambang gaya hidup,
malahan menjadi kemestian kepada setiap individu. Kewujudannya walaupun
dianggap sebagai suatu rahmat dalam gaya hidup era milenium, namum tetap
memberikan pelbagai impak kepada masyarakat.
Positif :
Isi 1 : Membentuk
transformasi gaya hidup yang lebih moden dan sofistikated – keperluan terhadap
teknologi semakin bertambah – memberi inovasi kepada pelajar agar cepat celik
teknologi
Isi 2 : Alat
telekomunikasi mudah alih untuk keselamatan pelajar – peningkatan kes jenayah
seperti penyeludupan kanak-kanak dapat dicegah – ibu bapa dapat mengawal
pergerakan anak-anak
Isi 3 : Memperluas
jalinan/jaringan sosial – berlaku transformasi gaya hidup apabila jalinan
rangkaian kenalan melangkaui batas geografi dan batas etnik mahupun keluarga –
boleh berkongsi maklumat terutama yang berkaitan dengan pelajaran
Negatif :
Isi 4 : Pembaziran
dalam aspek ekonomi dan masa – peningkatan drastik teknologi telefon bimbit
memaksa masyarakat berlumba-lumba memperolehinya – pembaziran wang semata-mata
untuk ‘kepuasan’ air liur dan telinga – masa banyak terbuang (golongan pelajar
dan remaja yang banyak terbabit)
Isi 5 : Masyarakat
(pengguna) semakin terdedah kepada gejala fitnah dan adu domba – maklumat palsu
dan memburuk-burukkan peribadi orang menjadi ‘budaya’ dalam masyarakat moden
Isi 6 : Generasi Y
sebagai mangsa teknologi yang berkembang secara pantas – masih mentah untuk
mencari manfaat daripada mudarat – tersepit antara kecanggihan teknologi dengan
kemerosotan nilai moral, etika dan nilai agama
Kesimpulan :
Sesungguhnya, revolusi telefon bimbit telah banyak mengubah transformasi
dunia, namun masyarakat terpaksa membayar harga yang sangat mahal di sebalik kecanggihan
teknologinya. Harga sama ada dalam aspek
ekonomi, moral, mahupun keselamatan menjadi sangat mahal pada hari ini kerana
ancaman berterusan daripada penggunaannya. Oleh itu, masyarakat pengguna
hendaklah bijak dan berfikiran terbuka dalam mengendalikan sesuatu yang
mempunyai kemungkinan sama rata antara positif dan negatifnya.
No comments:
Post a Comment