TEMA, PERSOALAN, NILAI, PENGAJARAN, LATAR MASYARAKAT
DAN PERWATAKAN
HURAIAN
& PERISTIWA
|
PERSOALAN
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
LATAR
MASYARAKAT
|
PERWATAKAN
|
·
Sebagai pengusaha
Chalet Tajau Emas,Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-upaya untuk
mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut
menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan
agropelancongan kepada pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada
pengusaha hotel dan chalet yang lain.
·
Waheeda cekal
mengharungi liku-liku yang manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama
dengan Zahid sehingga beroleh cahaya mata perempuan.
·
Kegigihan Waheeda
dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak
berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan
baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari.
|
Kegigihan
seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan.
|
Nilai
Kegigihan
|
Kita hendaklah gigih dalam
menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan
|
Masyarakat
yang gigih dalam menempuh cabaran dugaan.
|
Seorang
yang gigih
- Waheeda
|
HURAIAN
& PERISTIWA
|
PERSOALAN
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
LATAR
MASYARAKAT
|
PERWATAKAN
|
·
Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup
pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani
pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.
·
Raidah sanggup menemani Waheeda ketika
mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di
Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.
·
Datin Hazirah membawa sejambangan bunga dan
sekeping kad ucapan yang kononnya daripada Zahid untuk menjaga perasaan
menantunya, Waheeda.
·
Waheeda yang terlalu mencintai suaminya
telah mengalami masalah kemurungan dan migran meroyan akibat tindakan Zahid
yang menceraikannya.
|
Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandungan
Persoalan kasih sayang seorang
isteri terhadap suami
Persoalan Kasih sayang ibu mentua
kepada menantu
Persoalan kasih sayang seorang
anak kepada ibunya.
|
Nilai kasih sayang
|
Kita hendaklah mengamalkan nilai
kasih sayang untuk mempererat hubungan antara ahli keluarga.
|
Masyarakat yang mengamalkan nilai
kasih sayang dalam kehidupan
|
Seorang yang penyayang:
-Raidah
- Datin Hazirah
-Waheeda
- Izzati
|
·
Waheeda membuat pinjaman baharu daripada
tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani
yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.
|
Persoalan keberanian mengambil risiko untuk memajukan perniagaan.
|
Nilai Keberanian
|
Kita hendaklah berani menghadapi
risiko dalam melaksanakan sesuatu
pekerjaan.
|
Masyarakat yang berani mengambil
risiko dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.
|
Seorang yang berani:
- Waheeda Nurlyana
|
·
Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya
dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Dr. Qamariah di Pusat Rawatan Islam
(PUSRAWI Kuala Lumpur)
·
Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan
untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk
membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.
·
Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi
mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita
segala aset perniagaan beliau.
|
Persoalan kebijaksanaan berikhtiar dalam menyelesaikan masalah
|
Nilai Kebijaksanaan
|
Kita hendaklah bijak dalam mencari
ikhtiar menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
|
Masyarakat yang bijak bertindak
dalam menyelesaikan masalah.
|
Seorang yang bijak bertindak:
- Waheeda Nurlyana
- Pak Cik Aziz
|
·
Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya
untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun
bercanggah dari sudut agama Islam.
·
Waheeda bertegas tidak mahu menerima
cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri
Gading-Tajau Emas
|
Persoalan ketegasan dalam membuat tindakan dan keputusan
|
Nilai Ketegasan
|
Kita hendaklah tegas dalam membuat
tindakan dan keputusan.
|
Masyarakat yang tegas dalam
membuat tindakan dan keputusan.
|
Seorang yang tegas :
- Waheeda Nurlyana
|
·
Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik
dan membesarkan anaknya Izzati sejak
lahir di samping menguruskan
perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya Zahid.
·
Waheeda tabah dan bersabar menghadapi
karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran.
|
Persoalan ketabahan menghadapi keruntuhan dalam rumah
tangga
|
Nilai Ketabahan
|
Kita hendaklah tabah berhadapan
dengan masalah dalam kehidupan seharian.
|
Masyarakat yang tabah menghadapi dalam kehidupan
khususnya dalam rumah tangga
|
Seorang yang tabah :
- Waheeda Nurlyana
|
·
Waheeda sabar apabila dituduh oleh suaminya
Zahid mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah
dan mesra Waheeda yangmenginap di chalet mereka.
|
Persoalan kesabaran menghadapi dugaan dalam kehidupan.
|
Nilai kesabaran
|
Kita hendaklah sabar dalam
menghadapi dugaan agar dapat meneruskan hidup dengan tenang.
|
Masyarakat yang sabar menghadapi
tuduhan tanpa usul periksa.
|
Seorang yang sabar :
- Waheeda Nurlyana
|
·
Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua
Kumbu sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya
–Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi
Sarawak.
·
Emak Waheeda Iaitu Raidah menyedikaan hidangan
tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan
bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka.
·
Waheeda memilih untuk mengenakan pakaian
Cheongsam Brooked Merah ketika menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan Antara
bangsa yang akan diadakan pertengahan bulan, di The Four Seasons Hotel.
|
Persoalan menghargai budaya dan warisan bangsa.
|
Nilai Menghargai
|
Kita hendaklah menghargai budaya
dan warisan bangsa supaya tidak ditelan zaman.
|
Masyarakat yang menghargai budaya
dan warisan bangsa.
|
Seorang yang mengahragai budaya
dan warisan bangsa:
-
Waheeda
Nurlyana
-
Raidah
-
Izzati
|
·
Zahid mengakui kesalahannya dan menangis
teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda
tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya,
Izzati.
|
Persoalan keinsafan terhadap kesilapan masa lalu akibat tindakan terburu-buru.
|
Nilai Keinsafan
|
Kita hendaklah mengakui kesalahan
yang telah dilakukan untuk memulihkan kekeruhan dalam sesuatu hubungan.
|
Masyarakat yang insaf terhadap
kesilapan masa lalu.
|
Seseorang yang menyesal dan insaf akan kesilapan yang
telah dilakukan:
-
Zahid
|
·
Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat
lamanya setelah 10 tahun tidak bersua.
·
Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal
bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani
Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
·
Waheeda terkenang kembali keakraban ketika
bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa
Yishun ke Hotel Flamingo
|
Persoalan hubungan persahabatan yang erat dan utuh.
|
Nilai Setiakawan
|
Kita hendaklah menghargai hubungan
persahabatan yang terjalin agar ukhuwah berpanjangan.
|
Masyarakat yang menghargai hubungan
persahabatan.
|
Seorang yang menghargai hubungan
persahabatan :
-
Waheeda
Nurlyana
-
Bazilah
-
Nasuha
-
Nurjihan
|
·
Waheeda berkeinginan untuk membuat
pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek walaupun tidak mendapat
persetujuan daripada ibu bapanya.
|
Persoalan bersyukur atas ciptaan tuhan
|
Nilai Bersyukur
|
Kita hendaklah bersyukur atas
kurniaan ciptaan tuhan agar tidak mudah berasa rendah diri.
|
Masyarakat yang tidak bersyukur
atas kurniaan ciptaan tuhan.
|
Seorang yang tidak bersyukur atas
kurniaan ciptaan tuhan:
-
Waheeda
Nurlyana
|
TEKNIK PLOT
TEKNIK
|
HURAIAN DAN CONTOH
|
IMBAS KEMBALI
- Ingatan sesuatu watak terhadap
peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialami
|
1. Waheeda teringat akan kain sarung
birunya terbelah sehingga paras peha seperti busana cheongsam kerana mengejar
rakan-rakan sekolahnya yang selalu mengejeknya berhidung pesek.
2. Waheeda terkenang kata-kata
semangat ayahnya yang semasa dia dan Ghazi
berada dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari banglo mewah Pak
Cik Aziz. Ayahnya mengatakan
bahawainsan tanpa kejayaan umpama mati sebelum ajal.
|
IMBAS MUKA –
Teknik atau cara mengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang
sesuatu peristiwa yang berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita
berkenaan.
|
1. Bazilah berasa gerun semasa membayangkan
keadaan meja bedah dan alat perkakasan yang lazim digunakan semasa sesi
pembedahan dijalankan sewaktu mendengar penerangan tentang prosedur
pembedahan dari Dr Zahari.
2. Semasa menantikan kedatangan doktor untuk
menjalankan pembedahan ke atas Waheeda, dia membayangkan keadaan
dirinya disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan itu nanti.
3. Waheeda membayangkan suasana mesra
yang berlaku sesama kakitangan di
Chalet Tajau Emas yang sedang belajar menganyam kelonsong ketupat lepas
daripada ibunya, Raidah ketika dia membaca kiriman e-mel yang dihantar oleh
sepupunya, Fatimah.
|
SASPENS- peristiwa dalam novel yang menimbulkan
keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu daalm kalangan pembaca
tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
|
1. Peristiwa monyet berhidung besar atau
monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi
kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk
menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu. Monyet itu telah menyerang dan mengigit
muka Waheeda. Pembaca
tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada Waheeda. Akhirnya Waheeda
di bawa Hospital oleh Raidah dan
Fadhil. Dr Zakaria telah menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda.
2. Peristiwa
tulang rawan hidung Waheeda dirasakan runtuh akibat demam selesema,
walhal tarikh pertunangan Waheeda dan Zahid hampir tiba. Pembaca
tertanya-tanya, adakah sempat hidung Waheeda pulih sebelum
pertunangannya? Akhirnya majlis pertunangan Zahid dan Waheeda terpaksa
dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan Ghazi dan Fatimah.
3. Peristiwa Zahid menemui Waheeda di salah sebuah bilik
penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas mewujudkan perasaan cemburu dan
salah sangka Zahid. Pembaca tertanya-tanya, adakah rumah tangga Zahid dan Waheeda bertahan atau
tidak disebabkan perasaan cemburu buta Zahid. Akhirnya, rumah tangga mereka
tidak bertahan, Zahid menceraikan Waheeda dengan talak satu.
4. Peristiwa ketika keputusan DNA anak
Waheeda dikeluarkan. Pembaca
tertanya-tanya, adakah Izzati anak kepada Zahid atau tidak ? Akhirnya
keputusan itu mengesahkan bahawa Izzati ialah anak kandung Zahid.
5. Peristiwa
Zahid pertama kali Zahid
melihat anak mereka Izaati. Pembaca tertanya-tanya, apakah
penerimaan Zahid terhadap anak itu. Akhirnya Zahid tidak dapat menerima
hakikat Izzati adalah anak kandung memandangkan anak itu tidak mempunya
ciri-ciri persamaan dengannya.
|
KEJUTAN - Perubahan dalam urutan peristiwa yang
berlaku secara tiba-tiba tanpa di duga oleh pembaca / watak.
|
1.
Peristiwa
serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas. Pembaca tidak menyangka
bahawa monyet-monyet itu bertindak agresif hingga sanggup mencederakan
orang-orang yang berada di situ, iaitu Waheeda.
2. Peristiwa Waheeda akan menjalankan
pembedahan di Singapura. Pembaca
terkejut ibu Waheeda , datang ke
Singapura dan sudah berada di hadapan rumah Waheeda, sedangkan pada awal
cerita ibu Waheeda tidak bersetuju dengan hasrat Waheeda itu.
3. Peristiwa Izzati dan Zahid bertanyakan
nama ibu Izzati. Izzati menyatakan ibunya bernama Waheeda Nurliyana. Zahid
berasa terkejut bahawa di hadapannya ialah anak kandungnya yang sekian
lama ingin ditemunya.
4. Peristiwa Waheeda menunjukkan keputusan
DNA kepada Zahid. Pembaca terkejut dengan tindakan Zahid
mempertikaikan keputusan DNA yang ditunjukkan oleh Waheeda. Zahid
telahmenuduh Waheedabersubahat dengan
pakar DNA.
5. Peristiwa Waheeda sangat sedih kehilangan
suami. Pembaca terkejut kerana tidak menyangka waheeda mengalami
tekanan perasaan sehingga meracau dan bercakap yang bukan-bukan.
|
MONOLOG / MONOLOG DALAMAN– kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak, sama ada
ditujukan kepada orang lain atau dirinya sendiri.
|
1. Waheeda bermonolog ketika teruja
dan seronok untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Waheeda
berbisik dalam hati bahawa kalau boleh hendak menjalani pembedahan plastik
sekarang juga.
2.
Waheeda bermonolog
untuk memujuk nafsunya bahawa pemergiannya ke Singapura adalah untuk
melakukan pembedahan pada wajahnya dan bukannya untuk membeli- belah.
3. Waheeda bermonolog dengan memperli
perwatakan Zahid yang dilihatnya amat berbeza pada waktu itu dan hari
semalamnya. Dalam fikirannya semalam Zahid seperti robot, tetapi hari ini
bukan main ligat macam gasing.
|
GAYA BAHASA
GAYA BAHASA
|
HURAIAN DAN CONTOH
|
||
DIKSI
BAHASA INGGERIS
|
All Yahoo! Health, Shopping Mall, Weeping
willow , Gentleman , Baby , Business , Coffee house, Erectile Dysfunction
|
||
DIKSI BAHASA ARAB
|
Al-Fatihah , Subhanallah , Wallahuaklam
bissawab , Insya-Allah , Assalamualaikum, Bismillah
|
||
DIKSI
MELAYU SARAWAK
|
Kerisit kerumun, tekul, bertekul,
ditekul, mereya , jembuk, nasi temuan.
|
||
PERIBAHASA
Peribahasa yang digunakan ialah simpulan bahasa, perumpamaan,
pepatah, dan bidalan.
|
Simpulan bahasa
1. Waheeda senyum kambing mengingatkan kain sarung...
2. ...panjang lebarpula lontaran buah fikirannya...
3. Waheeda digamit seronok berkawan dengan ulat buku...
4. Kaumyang degil dan keras kepala ialah
kaumAragon"...
Perumpamaan, pepatah dan bidalan
1. Waheeda semakin terasa ada udang di sebalik batu.
2. "Ikan di laut, asatn di darat, dalam periuk
bertemu juga"...
3. Waheeda dan Bazilah tidak keringgusi dibuatnya...
4. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, Waheeda...
5. Bijak, bijak, mengangkat bakul sendiri
6. 'Jauh di mata, namun dekat di hati, 'gesit Waheeda..
|
||
SIMILE
Membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.
Perbandingan menggunakan perkataan seperti
, bagai , bak , laksana , umpama , macam dan ibarat.
|
1.
...berlari
ke rumah macam pelesit.
2.
3.
Serta-merta
timbullah gambaran dirinya seperti mumia Mesir kuno yangsedang berada di
perbaringan untuk pameran…
4.
"Orang
dulu-dulu memuji hidung bak seludang mayang, pipi bak pauh dilayang, memang
banyak kiasnyaRaidah... )
5.
Kecantikan
ibarat baranganyang mudah remuk.
|
||
PERSONIFIKASI
Pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati seperti objek
atau benda.
|
1. Tiba-tiba pandangannya menyambar wajah Fatimah yang
muncul dari balik dinding kaca.
2. Rasa kesal mulai mengasak benak.
3. Ciuman ibu berdecit singgah di pipi.
4. Udara sejnk dan nyaman meramas kulit yang dibaluti
blaus nipis.
5. ...,pokok itu nampak sayu dan melankolik sekali,...
6. Cengkerik yang berbenti menyanyi seketika kembali
mengalunkan irama dalam simfoni
orkestra malam yang mungkin bersenandung sehingga pagi.
|
||
METAFORA
Perbandingan secara terus atau langsung tanpa
menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama,
macam, dan sebagainya.
|
1. ..., dari suak dahi ke tebing dagunya.
2. Beralun-alun wap keluar dari mulut buluh yang
disumbat dengan pucukubikayu...
3. Waheeda melangkah laju setelah tiketnya dikoyak,
bcrjalan menelusuri jambatan udara untuk terus masuk ke perut pesawat.
4. ... dia lelah berjaya keluar daripada rantai
konvensional,...
5. Terowong minda mengundang tafsiran saraf daripada
renungan mata Zahid.
6. Awan kumulus yang berarak dari barat tiba-tiba
menutup wajab bulan.
7. Lama Raidah termenung di tubir katilnva memikir,...
|
||
HIPERBOLA
Hiperbola merupakan perbandingan yang digunakan untuk menyatakan
sesuatu secara berlebih-lebihan
|
1.
Dura
berpuing-puing di cepu kepala setelah menyelami hati nurani sepupunva.
2.
Hujan
gerimis hilang di lautan senyap.
3.
Terasa
bangat dadanya oleh dengupan jantung yang menendang- nendang rongganya.
4.
Kesan ubat
penahan sakit yang meloyakan merobek-robek dadanya.
5.
Mereka
sedang menyiapkan sarapan pagi bagi semua penghuni inap desanya sebelum
matahari menyergah burni dengan kenyitan sinarnya yang tiada tara mesranya
itu.
|
||
PARADOKS
Paradoks merupakan gaya bahasa yang mempertentangkan kata-kata
dalam ayat.Paradoks juga memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang
berlawanan.
|
1.
Walaupun
miskin barta tetapi orang Melayu memang kaya ketawa.
2.
Hati
Waheeda dijentik sayu, namun semakin tabah setelah menerima sokongan keluarga
sebagai doa dan harapan untuk dia keluar dari bilik itu dengan selamat.
3.
Waheeda
cuba mengekel walaupun hati dijentik kesedihan oleb kejauh an yang memaksa.
4.
Seseorang
akan hanya tabu akan nikmat sib at apabila berada dalam keadaan sakit,...
5.
Natijahnya
sama seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.
|
No comments:
Post a Comment