Showing posts with label MENU PILIHANKU. Show all posts
Showing posts with label MENU PILIHANKU. Show all posts

Monday, 15 April 2013

Kari Ikan Pelaling Semudah ABC

Hoho.. Petang ni terlebih rajin.. Kata orang, sepenat mana pun isteri tu bekerja, perut suami kena la jugak jaga. Jaga perut sendiri yang berkeroncong sama jugak ni. Dan saya tulis melalui phone je.. Dah lama tak menulis dalam Menu Pilihanku.. Oleh itu, hari ini saya nak kongsikan resepi kari ikan pelaling.. resepi paling mudah dan bahan-bahannya berkemungkinan ada di dapur setiap orang.

Kita mulakan dengan bahan-bahannya :-

1. Tentulah kita perlukan ikan. Untuk kari ikan paling mudah dan termurah, tadaaaa... kita sediakan beberapa ekor ikan pelaling.. (ikan apa-apa pun boleh aje asalkan ikan laut.. ikan darat perlukan resepi istimewa sedikit).. Siangkan ikan anda.. Basuh sebersihnya.. Ketepikan..

2. Seterusnya bahan rampai untuk kuah. Sediakan bendi. Cili besar hijau kalau ada. 2 biji pun cukup. Saya tak masukkan sebab lupa kirim Encik Hubby semasa dia ke kedai. Kebetulan dalam peti ais saya ada tomato ceri. Sedap juga kalau dicampurkan sekali.


3. Untuk bahan tumis, sediakan 2-3 ulas bawang merah, 2-3 ulas bawang putih, halba campur dan 2 tangkai daun kari. Ini lah sebenarnya bahan-bahan paling penting untuk asas masakkan kari yang sangat harum. Tanpa 4 bahan ini, tak payahlah berangan nak buat kari ya.


Bahan tumis ini anda kupaskan, basuh.. hiris nipis seperti di gambar di bawah. Ada juga yang suka kalau nak tumbuk kasar jangan terlalu halus, boleh ajer.. tak salah...


4. Sudah semestinya juga kena ada rempah kari ikan. Gunalah jenama rempah apa pun. Suka hati anda. Berapa banyak? 2 paket kecil untuk hidangan maximum 6- 8 ekor ikan pelaling. Tak sedap sangat kalau kari ikan terlalu pekat. Saya bancuhkan rempah ikan dengan sedikit air. Kalau nak bancuh dengan air asam jawa pun boleh juga. Ambil asam jawa saiz besar sedikit daripada ibu jari kaki anda. Sediakan air asam jawa.


5. Cara memasak :- Masukkan minyak ke dalam periuk anda. Setelah minyak panas, tumiskan bahan-bahan yang telah diracik halus tadi. Minyak kena agak-agak cukup untuk cover masak rempah nanti. Masakkan kari utara selalunya banyak minyak. Kari yang berminyak akan nampak cantik menyelerakan. Saya kurangkan sedikit. Kalau sikit sangat, nanti rempah tak masak atau tak "pecah minyak".

Setelah bahan tumis kekuningan, masukkan rempah anda. Kecilkan sedikit api kerana rempah cepat hangit. Sentiasa kacau sekejab-sekejab untuk pastikan rempah tidak hangit sehinggalah "pecah minyak". Kemudia masukkan air asam jawa. Renehkan sekejab.


Kemudian masukkan ikan-ikan anda. Masukkan sedikit air untuk mengurangkan kepekatan rempah tadi. Agak-agak la. Jangan cair.  Masukkan garam sesedap rasa. Setelah agak masak ikan tu, masukkan santan kelapa. Jangan banyak. Sebiji santan dah cukup. Ini bukan kari mamak. Rasa sedikit. Kalau kurang masam, tambahkan sedikit lagi air asam jawa, jika kurang masin tambahkan sedikit lagi garam, sesedap lidah anda. Masukkan juga bendi dan ceri tomato tadi. Encik Hubby dan adik saya sentiasa sukakan bendi separuh masak. Jadi sentiasa masukkannya akhir sekali. Bendi akan masak sendiri dengan kehangatan kuah walaupun setelah api ditutup.

Tada... kari siap... sangat mudah.. nampak macam panjang dan susah nak disediakan sebab saya membebel je bila menulis. wahaha... Kalau dah ada kari ikan, saya suka makan dengan sambal belacan yang diperah limau nipis.. sediakan ulam.. lagi la perghhh.. at least potongan timun segar pun sedap.. krap kruppp rangup diulamkan... Sayur? Tak perlu la sebab bendi n tomato tu dah dikategorikan sayur jugakkan.. wahaha.. (malas)  Tambah ikan goreng... Nasik panas-panas yang dimasak lembut.. (aku tak suka nasi keras)  jom mamammmmm..... Bismillah...





Wednesday, 7 September 2011

CONFLAKES MADOOO...

Salam Syawal,

Kiter nak share resepi conflakes madu ni sebelum raya lagi sebenarnya, tapi sibuk bebenor la katakan nak berbloging ni.. Bukan tak teringin nak buat kuih raya yang lain, tapi memang sibuk kerja. Mujur cuti skolah mula awai sebelum raya. Jadi hanya dapat buat cornflakes madu je lah. Itu pun aku buat sampai 15 kotak. Nasib baik sepupu (Diana Dasila) dan anak jiran (Nadrah Rahman) tolong. Bukan untuk aku jer aku buat, untuk mak aku, mertua, mak long, jiran, maksu, bakal mertua Diana pun nak jugak... Hmmm... Bengkok belakang dok susun conflakes masuk paper cup tu... K Lah... Inilah cara-cara membuatnya :- (Untuk sekali bancuhan)

1. Sediakan bahan-bahannya seperti, conflakes 250g, madu 5 sudu jer, butter cup separuh jer, setengah cawan gula (aku guna brown sugar)...



 1. Masukkan conflakes 250g tadi ke dalam bekas yang agak besar. (Supaya mudah nak mengacau nanti)
 2. Masukkan separuh daripada seketul buttercup dan setengah cawan gula ke dalam periuk. Masak perlahan-lahan dengan api yang kecil sehingga bula mencair bersama butter. Untuk jumlah gula, kepada yang suka manis-manis tu, boleh lebihkan gula. Pada aku, setengah cawan gula ni pun dah cukup manis. Nanti nak letak madu lagi kannn...
 3. Kemudian, larutan butter dan gula tadi boleh terus dijiruskan ke atas conflakes yang telah dimasukkan ke dalam bekas tadi tu kan. Jirus panas-panas pun tak pa. lagi senang nak kacau. Dah sejuk nanti melekat pulak.
 4. Gaul rata. Sambil gaul tu, boleh masukkan pulak 5 sudu madu dan gaul-gaulkan lagi.
 5. Bila dah siap gaul, masukkanlah conflakes anda tu ke dalam cup yang comel-comel tu. Susun di atas dulang pembakar. Jangan sendat sangat. Nampak plain jer kan bila dah susun.
 6. So, untuk membuatkan conflakes madu anda nampak menarik, taburkan la hiasan-hiasan bergula yang pelbagai yang ada di pasaran tu. Suka hati. Apa-apa pun boleh. Kalau nak gaul kacang, badam atau gajus pun boleh.
 Yang ini pula setelah ditaburkan chocolate rice. Yang atas tu saja aku letak gula berbentuk bintang dan bulan. Sempena raya la katakan...
7. Tadaaaa... Dah siap dibakar. Sepatutnya bakar dalam 10-15 minit. Tapi aku bakar dalam 6-7 minit jer. Tujuan membakar conflakes madu adalah untuk mencairkan semua butter dan gulanya supaya kepingan conflakes tu melekat sesama sendiri bila sejuk. Jadi, tak la terkeluar dari cupnya. Kalau bakar lama, bawahnya akan kekuningan dan melekat pula dengan paper cup tu. So, ikut suka korang lah.
8.  Bila dah sejuk, susunlah dalam jar atau bekas kuih korang.
Anak sedare aku (Syaza Izzaty dan Syaza Syahirah) pun buat jugak conflakes madu ni masa raya lepas. Tapi, uniknya resepi mereka, mereka campurkan sedikit garam sewaktu mencairkan butter. Jangan terlebih pulak. Masin lak korang punya kuih nanti. Garam tu nak menerbitkan rasa lemak masin. Pada aku, butter tu dah ada kemasinannya, so, tak letak garam pun takpe.


Akhir kata, selamat mencuba resepi ni walaupun tak raya sebab budak-budak sukaaaa sangat makan cornflakes. Dan aku, masih lagi menikmati conflakes madu yang aku buat, penuh aroma wangi butter, dan kemanisan yang seadanya.

Tuesday, 6 September 2011

MASAK LEMAK CILI API KETAM


Alkisahnya, lepas-lepas raya ni, mood ke dapur pun kurang. Maklumlah dah penat beraya. Tapi mengenangkan perut suami yang perlu diisi, kena la jugak memasak kan... Aku pun menghala ke kedai runcit Acheh dekat dengan rumah tu. Satu per satu tong ikan di kedai tu aku bukak. Dalam kepala nak cari sotong. Buat sambal sotong pun sodapp.. Terpandang pulak aku akan ketam yang besar-besar dalam salah satu tong tu. Selalu aku malas beli ketam petang-petang ni. Bukannya apa, nantinya isinya dah tak fresh. Aku belek-belek ketam tu. Agak berat jugak. Teringat mak aku pesan dulu-dulu, kalau beli ketam, pastikan ketam tu berat, bermakna isinya masih segar. Aku pun timang-timang ketam tu. Hmmm.. macam berat.. Fikirkan selera suami yang memang suka makan ketam tu, aku pun belilah. Termasuk sotong yang agak besar.

Sampai je rumah, aku terus memasak. Senang sangat setakat nak buat masak lemak cili api ketam ni. Bagi yang selalu memasak, ini adalah antara masakan termudah dan sedap untuk dibuat. Ambil beberapa biji cili padi (dalam 7-8 biji) tambah lagi kalau nak pedas dan 3-4 ulas bawang kecil. (Aku guna cili padi merah, so memang menyengat la) Kalau rajin, tumbuk, kalau nak cepat blender jer... Titik 1 -2 batang serai. Kalau ada daun kunyit masukkan sehelai yang dah dikoyak-koyakkan. Sebiji santan. (Aku beli santan perahan siap jer. Yang bungkusan kecil. Mahal la santan sekarang ni. RM1.70). Masukkan semua bahan tu ke dalam periuk anda. Jangan lupa kunyit secukup warna. Garan secukup rasa. Kalau yang suka monosodium glutamate a.k.a pak aji, boleh la masukkan secukup rasa jugak. Dan, bahan rahsia masak lemak cili api.. tentulah asam keping. Masukkan sekeping jika besar. kalau terlebih masam nanti, spoil la pulak rasanya...

Tadaaa.. Ini lah hasilnya...


Memang puas ati giler ah.. Isinya mampat. Hubby balik kerja bukak tudung saji, tadaaa... ketam besar-besar. Hubby makan memuji-muji. Berbaloi balik kerja penat-penat memasak. Isinya yang manis dan masin, macam boleh rasa air laut dalam.. Tiada apa yang memuaskan hati bila tengok suami makan nasi bertambah hanya berlaukkan ketam seekor. Aku beli pun 3 ekor jer. Sorang sekor. Lagi seekor untuk dia makan malam. Aku nak kongsi pun tak sampai hati. Biar hubby makan puas-puas. Lagi pun aku sedang elakkan makan malam. Dietttt kununnn.. So, para pembaca, selamat memasak. Kalau jumpa ketam yang besar dan berat, jangan lupa beli dan masak macam ni. Berbaloi-baloi....

One more pic.. selamat menjamu mata..... ehehe.. Sekian...





Wednesday, 17 August 2011

KUAH DURIAN DI BULAN RAMADHAN


Hmmm... Aku ni bukan penggemar durian. Kalau sekali musim durian tu, mungkin aku hanya akan beli dua kali jer. Tapi, entah macam mana, aku teringin sangat nak makan kuah durian. Mujurlah musim durian belum lagi habis. Kalau tak, mau kempunan aku. So, aku paksa hubby start kereta carikan durian untuk aku walaupun dah malam. Nasib baik buffet durian kat tempat aku masih dibuka lagi. Aku beli dalam RM20. Adalah beberapa ulas. Tapi isinya manisssss gitu. Baunya pulak taklah begitu kuat. Wangi... Dengan keinginnan nak makan kuah durian yang membuak-buak, aku pun terus masak bila sampai rumah. Sesenang masak mee manggi jer kalau sesiapa nak cuba buat kuah durian ni.

Masukkan durian dalam periuk, masukkan santan; santan jangan pekat sangat, nanti pekat kuah tu tak sedap pula- tambah la air. Masukkan sedikit gula untuk perisa manis. Jangan terlebih gula sebab durian kan ker dah manis. Sehelai dua daun pandan sebagai penambah aroma. Hmmm.. wangiii.... Dan secubit dua garam untuk menerbitkan rasa lemak dalam kuah durian tadi. Perghhhh... Sedapppp makan sebab dah teringin sangat. Lemak, manis seadanya, aroma pandan berbalut aroma durian yang sedang. Lunas akhirnya keinginan aku nak makan kuah durian tu. Bagi yang tak suka durian tu, memang la tak dapat bayangkan kelazatannya. Makan la dengan roti jala ke, roti putih pun boleh. Tapi aku makan macam tu jer. Aku sorang je yang nak makan pun. Hubby kurang gemar durian sebab panas. So, yang lebih tu aku simpan dalam peti ais dan sambung makan esok malamnya. Sejukkkk pun sedappp.. Macam ais krim durian. Tak caya cuba la buat.

Lagi satu, aku tak suka kacau sangat bila masak durian tu. Sebab aku nak isi durian tu tak lerai dari bijinya. Jadi bila makan kuah durian tu, dapat makan duriannya sekali. Kan kan kan?

So, sesiapa yang nak cuba buat tu, silakan.. Selamat menjamu selera atau menjamu mata dengan semangkuk kuah durian ni.

Salam penuh aroma dariku... tata....