CERPEN GERHANA MANUSIA (AMINAH MOKHTAR)
SINOPSIS
Mengisahkan Aku (Nusia) yang tidak
berpuas hati apabila Doktor Murni ingin memasukkan darah kepada Tuan Besar Musa
yang sedang koma di Wad Unit Rawatan Rapi. Aku beranggapan Tuan Besar tidak
layak hidup kerana dia bukanlah seorang yang baik.
Sebenarnya Tuan Besar bukanlah
seorang yang baik kerana dia koma disebabkan perbuatannya yang mengambil
minuman keras selama bertahun-tahun. Selain itu, mereka telah memasukkan 50 pek
darah dan sebanyak itu jugalah yang keluar.
Namun sebaliknya bagi Profesor
Doktor Juaidi yang mempunyai kepentingan tersendiri yang mahukan Tuan Besar itu
terus hidup. Aku merasakan terdapat nyawa lain yang lebih memerlukan darah
tersebut. Misalnya seperti Solehah yang tenat akibatnya pundi janinnya pecah di
ovari, Al-Hafiz patah riuk tulang selangkanya, bayi buangan yang kekeringan
darah, gadis malang yang hampir mati serta mahasiswa yang mengalami leukemia.
Konflik timbul apabila Profesor
Doktor Juaidi tetap mengarahkan mereka mendapatkan 10 pek darah untuk Tuan
Besar sedangkan hospital telah kehabisan stok darah. Aku merasakan dunia ini
tidak adil kerana orang lebih memerlukan darah tidak mendapatnya dan hanya
diberi gelafundin (seakan-akan darah).
Tuan Besar Musa akhirnya gagal
diselamatkan. Hal ini menyebabkan Doktor Juaidi berasa tertekan atas kematian
Tuan Besar Musa kerana Kelab Elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM 100
ribu.
Doktor Murni mengambil keputusan dengan
menyerahkan surat perletakan jawatannya di hospital itu atas dasar ingin
menjadi doktor atas nilai kemanusiaan. Seterusnya doktor Murni mengajak Nusia
ke bank darah mendermakan darah mereka kepada pesakit yang sedang koma di Unit
Rawatan Rapi.
TEMA
Sikap mementingkan ganjaran sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan
Profesor Doktor Juaidi mementingkan ganjaran dalam melaksanakan tanggung
jawabnya sehingga mengabaikan nilai kemanusian terhadap pesakit di hospitalnya
PERISTIWA
|
PERSOALAN
|
PERWATAKAN
|
LATAR MASYARAKAT
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Doktor
Murni dan Nusia bertanggung jawab merawat semua pesakit tanpa mengira darjat
dan pengkat
|
Persoalan
bertanggung jawab dalam melaksanakan tugas
|
Seorang yang bertanggung jawab
menjalankan tugas
Doktor Murni, Nusia
|
Masyarakat yang bertanggung jawab menjalankan tugas
|
Bertanggung jawab
|
Kita perlulah bertanggung jawab dalam
melaksanakan tugas
|
Doktor
Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi
janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka
mengambil tiga pek darah daripada bank darah
|
Persoalan keprihatinan terhadap nasib yang menimpa orang lain
|
Seorang yang prihatin
Doktor Murni, Nusia
|
Masyarakat yang prihatin terhadap orang lain
|
keprihatinan
|
Kita haruslah prihatin terhadap nasib orang yang dalam kesusahan
|
Doktor Murni sanggup mendermakan darahnya kepada pesakit yang sangat
memerlukan darah di Unit Rawatan Rapi
|
Persoalan berbuat baik terhadap orang yang memerlukan bantuan
|
Seorang yang baik hati
Doktor Murni
|
Masyarakat
yang baik hati terhadap orang lain.
|
Baik hati
|
Kita mestilah berbuat baik terhadap orang
yang memerlukan bantuan
|
Doktor
Murni sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor daripada melakukan
ketidakadilan terhadap orang lain
|
Persoalan tentang keberanian membuat keputusan.
|
Seorang yang berani membuat keputusan
Doktor Murni
|
Masyarakat yang berani membuat keputusan
|
Keberanian
|
Kita perlulah berani membuat keputusan.
|
PERISTIWA
|
LATAR TEMPAT
|
LATAR MASA
|
Nusia, Doktor Murni dan Profesor Doktor Juaidi berkerja untuk
memastikan pesakit sembuh
|
Hospital
|
|
Tuan Besar Musa dan beberapa orang pesakit yang sedang koma
dirawat
|
Unit Rawatan Rapi
|
|
Nusia berjumpa dengan juruteknik makmal darah untuk mengambil
darah dan diberikan kepada empat orang yang sedang koma
|
Makmal darah
|
|
No comments:
Post a Comment