SAJAK KUDUP PERANG
Tema
Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi
Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi
RANGKAP
|
SAJAK
|
MAKSUD
|
PERSOALAN
|
NILAI
|
PENGAJARAN
|
Rangkap
1
|
Sementara dia
bergelar panglima
laskar perang;
yang terus-menerus
membajakan
kezaliman – sering
mengudupkan putik
dendam
kita masih perlu
berterima kasih
kepada
jari-jemari takdir
kerana
membenarkan sepasang mata
untuk berlari
dengan tangan bergari
sempat juga
menadah sejambak puisi
untuk sehari
lagi; sambil bertanya;
siapakah pahlawan
yang asli?
|
Penyajak
mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan sentiasa membuat
kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih
bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan
sejati.
|
Keadilan dan
kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan
|
Keadilan
|
Kita haruslah
bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman
|
Rangkap
2
|
Memang kita tidak
sempat menjenguk
ke luar jendela;
sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda,
gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang
tiba-tiba membuak
di daerah angkara
– perciknya
menumbuhkan
kelopak rahsia
dalam keliru,
tertanya-tanya kita
tangan mana yang
memenggal
leher sang
pendusta?
|
Penyajak sedar
bahawa kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang menjadi saksi
pertelingkahan antara mereka. Perlbagai kekeliruan tentang kepahlawanan
sebenar menyebabkan manusia tertanta-tanya tentang pemimpin sebenar yang
benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah.
|
Kekeliruan dalam
menyanjung pemimpin sebenar
|
Rasional
|
Kita mestilah
biajk memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dalam menerajui sesebuah
organisasi
|
Rangkap
3
|
Andai namamu
Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya
pendekar paling gagah
kerana takhta
setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin
kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut
direntakan daki pendusta
melekatlah
selumbar sengsara
di tiang maruah
kota
|
Penyajak tidak
mahu menyanjung tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan tuah yang
tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap
saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan
berlaku di kota.
|
Usaha untuk
mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkhianat
|
Keberanian
|
Kita hendaklah
berani untuk mencari jawapan yang sahih agar tidak membuat keputusan yang
salah
|
Rangkap
4
|
Andai namamu
Jebat, kita masih tidak
menggelarnya
sebagai pengkhianat
kerana kita masih
menangisi
peta keadilan
yang tersirat – nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga
memanggilnya keramat
|
Penyajak juga
tidak menganggap Jebat sebagai sebagai pengkhianat kerana dia masih
mengingati perjuangan Jebat mempertahankan keadilan. Namun, pengikut Jebat
telah beranggapan bahawa Jebatlah
pemimpin yang sebenar.
|
|
keadilan
|
|
Rangkap
5
|
Perang pun
melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu
bertemu bayu palsu;
bertiup dan
memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan
keindahan pada hodohnya
menjungkitkan
amarah pada damainya
teramat lara kita
menjahit semula
perca-perca
bahagia – seperti perawan
yang dibungkamkan
cinta pertama.
|
Penyajak
menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang
menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan
keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan
negara amatlah sukar.
|
Sifat
mementingkan diri dalam kalangan pemimpin
Peperangan
membawa kesengsaraan hidup
|
Keinsafan
|
Kita mestilah
insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan mendatangkan kebaikan
Kita
hendaklah gigih berusaha untuk membina kebahagiaan supaya hidup lebih
bermakna
|
Rangkap
6
|
Sehingga senja
tiba,
kita masih
bertengkar
tentang siapa
pahlawan
sebenarnya.
|
Penyajak sedar
bahawa sehingga kini masyarakat masih bertengkar untuk menentukan atau
pemimpin sebenar yang benar-benar
memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi
|
|
|
|
Nada
: Patriotik
Gaya Bahasa :
1.
Simile – seperti perawan
2.
Metafora – peta keadilan, putik dendam
3.
Hiperbola – daerah angkara, selumbar sengsara
4.
Sinkof – namamu
5.
Inversi – sesekali turut direntakan daki pendusta
No comments:
Post a Comment