IMBUHAN
Imbuhan dikenali sebagai penambahan juga. Imbuhan-imbuhan ini ditambah kepada kata dasar untuk menghasilkan kata terbitan (kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata keterangan, dan kata bilangan).
Imbuhan dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti yang berikut:
Imbuhan  | Penerangan  | Contoh  | 
awalan  | Imbuhan yang diletakkan di hadapan kata dasar  | beR-, di-, ke-, meN-, peN-, pe-peR-, se-, teR-  | 
awalan rangkap  | Imbuhan rangkap yang diletakkan di hadapan kata dasar  | dipeR-, mempeR-  | 
akhiran  | Imbuhan yang diletakkan di belakang kata dasar  | -an, -i, -  | 
apitan  | Imbuhan yang diletakkan serentak, iaitu di hadapan dan di belakang kata dasar  | beR-…-an, beR-…-kan,  ke-…-an, meN-…-i,  meN-…-kan, mempeR-…-i, mempeR-…-kan, peN-…-an, pe-…-an, peR-...-kan  | 
sisipan  | Imbuhan yang diletakkan di tengah-tengah kata dasar  | -el-, -em-, -er-  | 
Imbuhan Awalan
Awalan beR- (be-, bel-, ber-)
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja tak transitif daripada kata-kata lain.
Makna  | Ayat Contoh  | 
1. Melakukan perbuatan Contoh:   berbual, bertumbuk, berjoging, berlari, berlakon   | 1. Setiap hari Azim berjalan kaki ke sekolah 2. Amin berbasikal ke pantai.  | 
2. Perbuatan berlaku kepada diri sendiri Contoh:   bersikat, bersolek, berhias, berdandan, bergincu   | 1. Kartini sedang bersikat di dalam biliknya. 2. Puan Zakiah tidak pandai bersolek.  | 
3. Perbuatan berbalas-balas Contoh:   bergaduh, bertengkar, bergelut   | 1. Anak-anak kecil itu bergaduh kerana berebut pistol mainan. 2. Kedua-dua orang pemuda itu suka bergusti.  | 
4. Keadaan telah sedia berlaku Contoh:   berjahit, bercat, bergam, bertampal, berikat   | 1. Papan lantai bilik itu sudah berketam. 2. Pintu bilik bacaan itu telah berkunci.  | 
5. Memiliki Contoh:   beranak, berumah, beristeri, berpejabat, berjanggut   | 1. Kucing betina itu beranak empat. 2. Wanita muda itu masih belum bersuami.  | 
6. Memakai Contoh:   berbaju, berseluar, berkasut, berselipar, berselendang   | 1. Pengemis itu berseluar pendek sahaja. 2. Kamal berjam tangan baru hari ini.  | 
INFO BAHASA
Awalan beR- akan bertukar menjadi awalan ‘be’ apabila digabungkan dengan kata dasar yang ejaannya bermula dengan huruf ‘r’.
Contoh:
ber + rambut = berambut
ber + rakit     = berakit
Awalan beR- akan bertukar menjadi awalaan ‘bel’ apabila digabungkan dengan kata ‘ajar’.
Contoh:
ber + ajar   = belajar
Apabila awalan ber- digabungkan pada kata dasar yang suku kata pertamanya berakhir dengan huruf ‘-er-”, hurf r dalam ber- tidak digugurkan.
Contoh:
ber + derma = beederma
ber + serta   = berserta
 Walau bahagimanapun, bagi kata dasar ‘kerja’ yang menerima awalan ber-, huru r dalam ber- digugurkan, iaitu ber- + kerja = bekerja. Bentuk ini dianggap kecualian.
BAGUS
ReplyDeleteTerima kasih!!!
ReplyDeleteterima kasih utk ilmunya cikgu.
ReplyDelete