Thursday 4 August 2011

NOTA IMBUHAN - TIPS UNTUK SEMUA JENIS IMBUHAN (BAHAGIAN 4)

 Awalan ‘peN-‘ (pe-, pem-, pen-, pel-, peng-, penge-)
Penggunaan:   Membentuk kata nama daripada kata kerja ataupun daripada kata adjektif.

Makna
Ayat Contoh
1. Orang yang melakukan perbuatan
    Contoh:   pelakon, pencuri, penapis, pemain
1. Pemain bola sepak itu kelihatan lincah sekali  apabila beraksi di padang.
2. Pelakon drama itu dapat membawakan watak yang dilakonnya itu dengan baik sekali.
2. Sifat/tabiat
Contoh:   periang, pemalas, penakut, pemalu
1. Abang Moin seorang yang penakut.
2. Si pemalas itu menghabiskan masanya
   dengan tidur dan berkhayal.
3. Orang yang suka melakukan sesuatu
    perbuatan
Contoh:   peminum, pemabuk, pendiam, penidur
1. Orang tua yang peminum itu jarang bertegur  sapa dengan kami.
2. Pemuda itu seorang yang pendiam.
4. Alat/sesuatu yang digunakan untuk membuat 
   sesuatu kerja
   Contoh:   pencakar, pengaut, penggali, pembakar
1. Pak Ali menggunakan pengaut sampah untuk mengaut sampah di dalam longkang itu.
2. Alat pembakar roti itu telah rosak.
5. Sesuatu yang menyebabkan jadi
   Contoh:   pemanis, pengeras, penyakit, perosak
1. Ubat pengeras getah itu beracun.
2. Serangga perosak digunakan untuk
    memerangkap tikus yang berkeliaran itu.



INFO BAHASA
·      Huruf awal kata dasar yang berikut akan berubah apabila digabungkan dengan awalan peN-.
        k bertukar kepada ng                          s bertukar kepada ny
p bertukar kepada m                            t bertukar kepada n

·      Awalan peN- menjadi awalan pe- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf l, m, n, ng, ny, r, dan w. Huruf awal pada kata dasar yang bermula dengan huruf k, p, s, dan t akan berubah.



Contoh:
peN- + lawat     ® pelawat                          peN- + waris  ® pewaris
peN- + main      ® pemain                           peN- + kail     ® pengail
peN- + nama     ®  penama                         peN- + pukul  ® pemukul
peN- + nganga  ® penganga                     peN- + sapu   ® penyapu
peN- + nyanyi   ® penyanyi                      peN- + tulis    ® penulis
peN- + rawat     ® perawat                                        
·      Awalan peN- menjadi awalan pem- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf b, kata pinjaman yang bermula dengan huruf  b, f, dan v, serta gugusan konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.
Contoh:
peN- + bakar   ®  pembakar                       peN- + boikot   ® pemboikot
peN- + beri      ®  memberi                         peN- + fatwa   ® pemfatwah
peN- + bilas     ®  membilas                       peN- + veto     ® pemveto
peN- + boros    ® memboros                     peN- + blok      ® pemblok
peN- + buka     ® membuka                       peN- + proses  ® pemproses
·      Awalan peN- menjadi awalan pen- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z serta kata pinjaman yang bermula dengan huruf  t dan s.
Contoh:
peN- + cadang  ®  pencadang                 peN- + ziarah     ® penziarah
peN- + dapat    ®  pendapat                      peN- + tadbir     ® pentadbir
peN- + jaja       ®  penjaja                           peN- + sintesis  ®  pensintesis
peN- + syarah   ® pensyarah                    peN- + swasta   ® penswasta          
·      Awalan peN- menjadi awalan peng- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf g, h, kh, a, e, i, o, dan u serta kata pinjaman yang bermula dengan huruf  k.
Contoh:
peN- + gali       ®  penggali                        peN- + ikut      ® pengikut
peN- + hantar   ®  penghantar                  peN- + olah     ® pengolah
peN- + khianat  ® pengkhianat peN- + ukur     ® pengukur
peN- + atur       ® pengatur                        peN- + katalog ® pengkatalog
peN- + elak       ® pengelak                        peN- + kritik     ® pengkritik
·      Awalan peN- menjadi awalan penge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang mempunyai  satu suku kata sahaja.
Contoh:
        peN- +  bom  ®  pengebom                               peN- + lap     ®  pengelap
peN- +  cat   ®   pengecat                                  peN- + pam    ® pengepam
·      Awalan peN- bertukar kepadai awalan pel- apabila diimbuhkan pada kata dasar ‘ajar’; ini merupakan bentuk kecualian.
peN-  +  ajar  ®  pelajar

Awalan ‘pe-’
Perkembangan dalam bahasa Melayu mewujudkan imbuhan awalan pe-.
Awalan pe- diimbuhkan pada kata dasar tanpa melibatkan perubahan pada bunyi awal kata dasar itu.      
Makna
Ayat Contoh
Orang atau benda yang mengalami sesuatu perbuatan atau keadaan
Contoh: pesakit, pesuruh, petinju, dan sebagainya
1. Di wad kanser, terdapat lima orang pesakit.
2. Pengurus meminta pesuruh itu menyediakan minuman.
3. Muhamad Ali petinju yang terkenal.
Orang yang melakukan kerja
Contoh: pekedai, peniaga, pesawah, dan sebagainya
1. Dia membeli barang daripada pekedai runcit itu.
2. Bapa saya peniaga pakaian di pasar raya itu.
3. Pak Haji bekerja sebagai pesawah padi.



INFO BAHASA

·      Awalan pe- berbeza daripada awalan peN- dari segi kata terbitan yang terbentuk.
        Contoh:
pe- +  sakit   ®  pesakit    (peN- +  sakit  ®  penyakit)
pe- +  suruh  ®  pesuruh  (peN- +  suruh ®  penyuruh)
pe- +  tinju    ®  petinju     (peN- +  tinju   ®  peninju)
pe- +  tanda  ®  petanda  (peN- +  tanda ®  penanda)


Awalan ‘peR-’

Hanya terdapat satu bentuk awalan peR-, iaitu per-. Jumlah kata terbitan dengan awalan peR- agak terhad.
Maknanya
Ayat Contoh
Orang yang melakukan kerja
Contoh: perburu, pertapa
1. Babi hutan itu ditembak mati oleh perburu itu.
2. Mereka bertemu dengan seorang pertapa di kaki gunung itu.
Alat atau tempat
Contoh: perasap, perbara
1. Dia meletakkan kemenyan di dalam perasap.
2. Ragu membersihkan perbara itu selepas menggunakannya.

No comments:

Post a Comment