Thursday 27 July 2017

AMALAN BERBUDI BAHASA



TEKNIK MENGHURAIKAN IDEA DALAM PENULISAN KARANGAN

Soalan 2                      : DIMENSI IBU BAPA

ISU                             : AMALAN BERBUDI BAHASA
SOALAN                   : Langkah-langkah menjayakan amalan berbudi bahasa.

KATA KUNCI   1    : QUDWAH HASANAH.

Kata Kunci
Ayat
Huraian
Ayat Judul
1
Langkah paling dominan ialah ibu bapa mestilah menjadi qudwah hasanah terbaik kepada anak-anak.

What?
Apakah
contoh teladan yang mesti ditunjukkan?

2
Ibu bapa mestilah bertutur dengan sopan dan menghormati orang lain, khususnya golongan warga emas. Ibu bapa mestilah sentiasa menjalinkan hubungan baik sesama insan seperti menziarahi jiran tetangga yang sakit, membantu orang yang memerlukan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Why/How?
(Mengapa
/ Bagaimana contoh teladan dapat menjayakan amalan ini)

Kata-kata menarik/Peribahasa












ISU
3-7
Ibu bapa yang bertutur secara sopan dan menghormati orang lain akan memberi gambaran yang baik kepada anak-anak tentang cara berkomunikasi yang berhemah dalam kehidupan seharian. Sekiranyanya ibu bapa sering menziarahi jiran tetangga / sanak saudara dan membawa anak-anak bersama-sama dengan mereka, sudah pasti amalan mulia ini dapat dipupuk dalam diri anak-anak kerana kata peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Selain itu, sikap mulia ibu bapa seperti sering bersedekah dan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong akan mendorong anak-anak agar melakukan amalan yang sama. Hal ini demikian kerana anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Selain itu. hal ini juga bertepatan dengan ajaran Confucius iaitu Kepimpinan Melalui Teladan. Sebaliknya, jika ibu bapa tidak mengamalkan budaya berbudi bahasa dalam kehidupan seharian seperti bertutur secara kasar, tidak menghormati orang lain dan bersikap seperti enau, melepaskan pucuk masing-masing sudah pasti sukar bagi mereka menasihati anak-anak agar berbudi bahasa kerana mereka kelihatan tidak ubah seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus.

+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER

When?
Bila/
tempoh
pelaksanaan
8-11
Ibu bapa mesti menunujukkan contoh teladan yang terbaik kepada anak-anak secara berkesan dan tidak besifat hangat-hangat tahi ayam.
Ayat Penegasan

Jelaslah, ibu bapa mestilah menjadi qudwah hasanah terbaik  untuk memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja.

KATA KUNCI   2    : PERATURAN DAN HUKUMAN.

Kata Kunci
Ayat
Huraian
Ayat Judul
1
Langkah yang pragmatik ialah ibu bapa mestilah menetapkan peraturan dan melaksanakan hukuman.

What?
Apakah
contoh peraturan / hukuman yang mesti dilaksanakan

2
Ibu bapa mestilah menetapkan peraturan-peraturan kecil di ruah seperti mesti bertutur secara sopan, mesti menghormati ibu bapa dan anggota keluarga yang lebih berusia serta berbuat baik sepanjang masa.
[Ibu bapa mestilah menetapkan peraturan-peraturan kecil di ruah seperti tidak dibenarkan mengeluarkan kata-kata kesat, dilarang menganiayai anggota keluarga, dan sebagainya]
Ibu bapa mestilah memberikan amaran keras kepada anak-anak yang melanggar peraturan. Sekiranya mereka melakukannya berulang kali hukuman seperti merotan, memastikan anak-anak
melakukan kerja-kerja amal dalam kawasan kejiranan mestilah dilaksanakan.
Why/How?
(Mengapa
/ Bagaimanakah peraturan dan hukuman dapat menjayakan amalan ini)

Kata-kata menarik/Peribahasa










ISU
3-7
Sekiranya anak-anak mematuhi peraturan-peraturan di rumah seperti sentiasa bertutur secara sopan, sentiasa menghormati ibu bapa dan anggota keluarga serta bekerjasama dalam kehidupan seharian sejak kecil sudah pasti amalan berbudi bahasa akan menjadi budaya hidup mereka. Anak-anak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan seperti mengeluarkan kata-kata kesat, menyakiti jiran tetangga dan enggan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan mestilah diberikan amaran yang keras dan dikenakan hukuman yang setimpal seperti hukuman rotan, tidak dibenarkan keluar bersama-sama dengan kawan untuk satu tempoh tertentu atau mesti melibatkan diri dalam kerja-kerja amal. Hukuman yang tegas dan tanpa kompromi penting agar anak-anak menyedari bahawa ibu-bapa benar-benar serius dalam hal ini. Hukuman yang dikenakan juga akan menjadikan anak-anak serik untuk mengulangi kesilapan yang sama. Sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadikan amalan berbudi bahasa sebagai budaya hidup mereka. Hal ini bertepatan dengan kata-kata tokoh legalisme China, Han Fei Tzu iaitu hanya undang-undang yang ketat yang mampu mengawal tingkah laku manusia.
+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER

When?
Bila/
tempoh
pelaksanaan
8-11
Peraturan-peraturan yang ditetapkan mestilah dipamerkan di rumah dan hendaklah dipatuhi sepanjang masa. Hal ini penting agar anak-anak terbiasa dengan amalan mulia ini kerana kata orang tua-tua alah bisa tegal biasa. Hukuman mestilah dilaksanakan sejak anak-anak kecil kerana melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Ayat Penegasan

Jelaslah, peraturan dan hukuman dapat memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan anak-anak remaja.


KATA KUNCI   3    : PROGRAM.

Kata Kunci
Ayat
Huraian
Ayat Judul
1
Langkah yang tidak kurang efisiennya ialah ibu bapa mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memotivasi anak-anak menyertai program-programm yang dianjurkan oleh pihak lain.

What?
Apakah
contoh aktiviti / program yang mesti dilaksanakan

2
Ibu bapa mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat mendorong anak-anak agar menjadikan amalan budi bahasa sebagai budaya hidup mereka seperti aktiviti yang dapat dijalankan ibu bapa ialah usrah/tazkirah, lawatan ke rumah kebajikan dan sambutan Hari Keluarga. Program-program yang dianjurkan oleh pihak lain yang dianjurkan oleh JKK kawasan perumahan, pihak sekolah, NGO dan pihak kerajaan ialah Kem Bina Insan, Kuliah Perdana, Kempen Budi Bahasa budaya Kita dan Program Masyarakat Penyayang.

Why/How?
(Mengapa
/ Bagaimanakah aktiviti dan program dapat menjayakan amalan ini)

Kata-kata menarik/Peribahasa





ISU







3-7
Usrah/tazkirah selepas solat Maghrib atau Subuh dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada anak-anak tentang kepentingan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan mereka. Lawatan ke rumah-rumah kebajikan seperti rumah anak-anak yatim, rumah golongan istimewa dan rumah warga emas dapat memupuk rasa empati, nilai tanggungjawap dan keprihatinan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik .Ibu bapa yang kesuntukan masa untuk mengadakan aktiviti-aktiviti mestilah mempunyai inisiatif untuk memotivasikan anak-anak agar menyertai program-program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak lain. Namun begitu, aktiviti atau program yang dijalankan mestilah benar-benar menarik dan dilaksanakan scara sistematik. Program-program yang dianjurkan mestilah dapat menarik minat anak-anak seperti melibatkan ikon tersohor seperti Datuk Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah dan Ustaz Azhar Idrus kerana kata-kata mereka dapat mempengaruhi ribuan peminat yang mendengarnya.  Ibu bapa juga mestilah menyedarkan anak-anak bahawa semua program yang dilaksanakan tidak mendatangkan apa-apa makna sekiranya mereka tidak mahu bekerjasama menjayakannya. Ibu bapa mesti memberi kesedaran kepada anak-anak bahawa kita boleh menarik lembu ke sungai tetapi tidak boleh memaksa lembu itu minum air.  Selain itu, dalam Surah Ar Rad’ Ayat:11 Allah berfirman “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri”.
+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER

When?
Bila/
tempoh
8-11
Program-program ini mestilah dijalankan sekerap mungkin dan tidak bersifat bermusim. hujung minggu dan pada musim cuti persekolahan.

Ayat Penegasan

Jelaslah, program-program yang menarik dapat memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan anak-anak remaja.


KATA KUNCI   4    : PERHATIAN DAN KASIH-SAYANG.
Kata Kunci
Ayat
Huraian
Ayat Judul
1
Langkah yang juga efektif ialah ibu bapa mestilah memberikan perhatian dan kasih-sayang kepada anak-anak.

What?
Apakah bentuk
Perhatian dan kasih sayang yang mesti diterapkan?

2
Ibu bapa mestilah memberikan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak seperti memantau tingkah laku, pergaulan dan aktiviti-aktiviti yang disertai mereka. Kasih-sayang yang mencukupi seperti sentiasa meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak dan tidak brrsikap pilih kasih juga perlu diamalkan.

Why/How?
(Mengapa
/ Bagaimana perhatian dan kasih-sayang dapat menjayakan amalan ini)

Kata-kata menarik/Peribahasa


















ISU
3-7
Ibu bapa mestilah memberikan perhatian dan kasih-sayang yang secukupnya kepada anak-anak agar mereka berasa disayangi. Hal ini demikian kerana, anak-anak yang berasa disayangi lebih mudah mendengar kata, contohnya agar sentiasa berbudi bahasa. Ibu bapa mestilah memantau tingkah laku anak-anak, di luar rumah khususnya kerana tutur kata dan tingkah laku mereka seringkali dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya. Sekiranya, rakan-rakan mereka sentiasa bertutur dan berkelakuan secara sopan sudah pasti anak-anak juga akan bersopan dalam pergaulan. Sebaliknya, jika kawan-kawan mereka bersikap biadap dan sering mengeluarkan kata-kata kesat sudah pasti anak-anak juga bersikap sedemikian. Hal ini bertepatan dengan kata-kata tokoh motivasi terkenal tanah air, Dr Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah iaitu anak-anak kita ialah siapa kawan-kawan mereka. Selain itu, Ibu bapa juga mestilah menasihati anak-anak agar bijak memilih rakan sebaya kerana pepatah Arab ada menyebut bahawa berkawanlah dengan pembuat minyak wangi agar kamu terpalit bau wanginya itu dan janganlah berkawan dengan tukang besi agar bau busuk besi terbakar tidak melekat padamu. Di samping itu, ibu bapa mestilah menasihati anak-anak tentang kepentingan menjadikan amalan berbudi bahasa ini sebagai budaya hidup dengan penuh rasa kasih sayang tanpa sedikit pun rasa jemu kerana lazimnya anak-anak mengambil masa yang lama untuk menerima sesuatu. Datuk Dr Hi Mohd Fadzilah Kamsah juga ada mengingatkan bahawa untuk menasihati seseorang, kita mestilah mengulan-ulang nasihat yang sama sebanyak 200 kali.

+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER
When?
Bila/
tempoh
pelaksanaan
8-11
Ibu bapa mesti sentiasa berusaha memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak, walaupun sibuk dengan kerjaya atau urusan rumah tangga.
Ayat Penegasan

Jelaslah, didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni dapat menjayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja.



KATA KUNCI   5    : AGAMA DAN NILAI-NILAI MURNI.

Kata Kunci
Ayat
Huraian
Ayat Judul
1
Langkah yang juga efektif ialah ibu bapa mestilah memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak.


What?
Apakah
Didikan gama dan Nilai-nilai Murni yang mesti diterapkan?

2
Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Konsep Dosa Pahala mestilah dijelaskan dan ajaran Amal Makruf Nahi Mungkar mestilah menjadi pegangan hidup anak-anak. Nilai-nilai muni seperti bertutur dengan sopan dan sentiasa berbuat baik sesama insan mestilah diterapkan sejak anak-anak masih kecil supaya amalan berbudi bahasa menjadi budaya hidup mereka.


Why/How?
(Mengapa
/ Bagaimana contoh didikan agama dan NNM dapat menjayakan amalan ini)

Kata-kata menarik/Peribahasa















ISU
3-7
Ibu bapa yang sentiasa mendidik anak-anak agar menjadikan ajaran agama sebagai panduan hidup mereka pasti mudah menasihati anak-anak agar menjadikan amalan berbudi bahasa sebagai budaya hidup mereka. hal ini demikian kerana semua agama menganjurkan penganut-penganutnya agar melakukan kebaikan dan meninggalkan amalan-amalan buruk seperti mengeluarkan kata-kata kesat, menyakiti orang lain, sombong dan bersikap seperti enau melepaskan pucuk masing-masing. Anak-anak sentiasa akan mengawal pertuturan dan tingkahlaku mereka kerana percaya kepada pembalasan di akhirat kelak. Ajaran agama Hindu dan Buddha juga ada menjelaskan Hukum Karma dan Kelahiran Semula. Oleh itu, anak-anak tidak mengira agama lebih mudah dinasihati agar berbudi bahasa kerana mereka yakin dan percaya akan ganjaran dosa dan pahala. Kejayaan ibu bapa menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan anak-anak juga akan membantu kerajaan menjayakan amalan mulia ini kerana para remaja telah terbiasa dengan kehidupan yang mengutamakan amalan berbudi bahasa. Ibu bapa juga mestilah menyedarkan anak-anak bahawa ajaran agama dan nilai-nilai murni yang telah dipelajari tidak mendatangkan apa-apa makna sekiranya mereka tidak mahu mengamalkankan dalam kehidupan seharian. Hal ini bertepatan dengan pepatah Arab yang menyebut bahawa ilmu tanpa amal ibarat pohon rending tanpa buah.

+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA –MANA SUMBER

When?
Bila/
tempoh
pelaksanaan
8-11
Ibu bapa mesti memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak mereka masih kecil lagi melalui sesi usrah/tazkirah atau secara tidak langsung.
Ayat Penegasan

Jelaslah, didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni dapat menjayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja.



Credit : Bahan perkongsian Kumpulan Telegram Guru-guru BM