Thursday 4 August 2011

KOMSAS - HIKAYAT MERAH SILU

SINOPSIS HIKAYAT MERAH SILU

§        Setelah berkahwin Merah Gajah dengan Puteri Betong, dikurniakan 2 orang anak lelaki bernama Merah Silau dan Merah Hasum.
§        Selama ini Merah gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut keemasan di tengah kepala sehinggalah beliau terpandang semasa isterinya sedang menyikat rambut.
§        Merah Gajah hendak mencabut tetapi dihalang oleh isterinya. Semasa isterinya tidur, Merah gajah mencabut rambut itu lalu keluarlah darah dari liang rambut tersebut. Sbaik darah berhenti, Puteri Betong pun hilang.
§        Berita Puteri Bentong diketahui ayahandanya, Raja Muhammad lalu dibunuh menantunya. Berita pembunuhan Merah Gajah diketahui oleh ayahandanya, Raja Ahmad lalu berlakunya peperangan antara kedua kerajaan mereka.
§        Kedua-duanya meninggal dunia.
§        Merah Silu dan Merah Hasum meninggalkan negeri Semerlang. Mereka sampai di negeri Beruana dan membuka perkampungan di sana.
§        Suatu hari ketika Merah Silu bermain di sungai, beliau melihat banyak ikan dan meminta orang membuat bubu untuknya.
§        Setelah bubu ditahan dan diangkat, dipenuhi dengan cacing selama 3 hari berturut-turut. Lalu Merah Silu mengambil keputusan merebur cacing tersebut dan dengan takdir Allah cacing itu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.
§        Suatu hari Merah Silu mengupah orang membuat lubang untuk menangkap dan mengurung kerbau liar, dan berita itu sampai kepada Merah Husam lalu meminta Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak mengikut katanya.
§        Merah Silu meninggalkan negeri itu dengan membawa semua harta dan kerbaunya hingga sampai ke Karang. Penduduk di situ meminta beliau tidak berada di sana kerana kerbau beliau memusnahkan tanaman penduduk.
§        Merah Silu keluar dari karang dan sampai ke Buluh Tenang dan bertemu Megat Iskandar lalu mempelawa merah Silu tinggal di sana. Merah Silu bermohon kepada Megat Iskandar agar menjadi bapa angkatnya.
§        Merah Silu gemar menyabung ayam, sesiapa yang kalah dibayar taruhan dan diberikan kerbau oleh beliau. Pada penonton juga diberikan seekor kerbau.
§        Megat Iskandar Bercadang menjadikan Merah Silu raja Rimba Jerun namun Tun Aria Benong tidak bersetuju.
§        Setelah Merah Silu diangkat menjadi raja, datang Sultan Maliku‘ 1-Nasar ke Rimba Jerun lalu berlakunya peperangan. Sultan Maliku berundur ke Benua dan diserang selepas itu oleh Merah Silu di sana menyebabkab baginda berundur ke rimba.
§        Merah Silu menamakan Benua itu sebagai Pertama Terjun.
§        Merah Silu memerangi lagi Sultan Maliku’1-Nasar sehingga beliau berundur ke Gunung Telawas tetapi Sultan Maliku berjaya melepaskan diri. Merah Silu menakan tempat itu Kubu.
§        Sultan Maliku terus berundur dari Pekersang ke Kumat.
§        Berita tentang Sultan maliku duketahui oleh Megat Iskandar lalu menyerang Sultan maliku sehinnga kalah.
§        Seorang Hulubalang Sultan maliku iaitu Tuan Aria Benong lari ke barus dan ditangkap oleh raja Barus.
§        Akhirnya Merah Silu dirajakan oleh Megat Iskandar sebagai raja di Rimba Jerun.


TEMA

Kisah Merah Silu sejak dilahirkan hingga menjadi raja di Rimba Jerun

PERSOALAN

Melanggar sumpahan buruk padahnya
Merah Gajah telah mencabut sehelai rambut berwarna keemasan di kepala Puteri Betong. Akibatnya Puteri Betong ghaib dan Merah Gajah mangkat dibunuh oleh Raja Muhammad.

Perang saudara merugikan kedua-dua belah pihak
Perang saudara antara besan iaitu raja Muhammad dengan Raja Ahmad kerana membalas dendam dan perang saudara antara dua beradik iaitu Megat Iskandar dengan Sultan Maliku’l Nasar berakhir dengan kematian kedua-dua belah pihak.

Tuhan maha berkuasa menentukan nasib hambanya
Merah Silu menjadi kaya-raya dengan sekelip mata kerana cacing gegelang bertukar menjadi emas dan perak setelah direbus. Setelah itu, baginda bekerja keras menangkap kerbau liar pula.

Mitos asal usul sesebuah tempat
Kampung Kerbau ialah tempat Merah Silu menangkap kerbau liar. Pertama Terjun ialah tempat Merah Silu menyerang Maliku’l Nasar

Balasan kepada orang yang baik hati
Megat Iskandar menabalkan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun kerana baginda seorang yang dermawan. Baginda memberi kerbau kepada sesiapa sahaja yang menyaksikan pertandingan menyabung ayam dan yang bersabung ayam.
Nilai (mesti diikuti dengan huraian dan contoh)

1.     Baik hati
2.     Keberanian
3.     Bertanggungjawab
4.     Berdikari
5.     Ketaatan

Pengajaran (mesti diikuti dengan huraian dan contoh)

§        Kita hendaklah mengetahui kelemahan isteri
§        Kita perlu berhijrah untuk membina kehidupan baru.
§        Kita wajar menolong antara satu sama lain.
 -        Kita hendaklah mengawal perasaan marah.

1 comment: