Thursday 4 August 2011

KOMSAS - HIKAYAT INDERA NATA

 SINOPSIS

Setelah mengembara lama, Indera Jenaka sampai di rumah bondamya, Si Batu Kembar. Bondanya bertanya tentang Si Piatu yang nama sebenarnya Indera Nata. Indera Nata keluar mengembara untuk mencari gajah yang bergading emas sepert yang diperintah oleh Raja Rom.

Dalam pengembaraan itu, Indera Nata bersua dengan 7 orang puteri yang menjadi tahanan raksasa di puncak gunung. Mereka bakal menjadi makanan raksasa setelah mereka dewasa kelak. Tuan Puteri Indera Kesuma yang mewakili puteri-puteri yang lain merayu agar Indera Nata menyelamatkan mereka dari dimakan oleh raksasa itu. Indera Nata bersetuju untuk menyelamatkan mereka dan sebagai balasanya, puteri itu bersetuju untuk memujuk raksasa itu mencari gajah bergading emas.

Tuan Puteri Cendera Kesuma dan puteri yang lain berjumpa dengan raksasa itu lalu meminta raksasa itu mencari gajah bergading emas dengan helah jika mahu hati mereka cepat membesar. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan kebetulan berjumpa dengan Raja Rom yang sedang berburu menaiki gajah bergading emas. Semua orang dimakan dan gajah bergading emas dibawa raksasa balik ke gunung.

Tuan Puteri Cendera Kesuma berbuat helah lagi, meminta raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan mrncuci kain hitam  menjadi putih. Setelah raksasa keluar mencari benda tersebut, Indera nata dan 7 orang puteri itu meninggalkan mahligai mereka di gunung terbabit. Raksasa pulang ke mahligai kerana gagal mencari  kijang putih bertanduk emas dan mencuci kain hitam  menjadi putih lalu mendapatigajah dan 7 puteri itu tiada lagi di mahligai itu. Raksasa itu pun terus mengikut kesan tapak kaki gajah untuk menangkap mereka.

Indera nata sampai di tepi pantai. Betara Gangga terpandang Indera Nata lalu menyuruh ular sakti dan naga menyeberangkan Indera nata dan membunuh raksasa tersebut. Akhirnya, raksasa itu berjaya dibunuh. Indera Nata dan 7 puteri itu selamat sampai ke rumah bondanya, Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya gembira kerana lama menanti kepulangan anaknya itu dan Indera Nata menceritakan peristiwa yang berlaku keatas dirinya dari mula hingga akhir. Diikuti oleh cerita 7 puteri itu dan akhir sekali tinggallah mereka bersama.

Tema
Kebijaksanaan dan keberanian Indera Nata menyelamatkan tujuh orang puteri yang ditawan oleh raksasa.

Persoalan

Kesanggupan rakyat menunaikan perintah raja
Indera Nata meninggalkan bonda yang tercinta kerana mencari seekor gajah bergading emas untuk Raja Rom

Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah
Tuan Puteri Kencana Kesuma meminta raksasa mencari gajah bergading emas, kijang putih bergading emas dan mencuci kain hitam sehingga putih kerana mahu melarikan diri

Kasih sayang dan restu ibu
Tuan Puteri Cenderawati dan Si Batu Kembar sangat gembira apabila anak masing-amasing pulang ke rumah

Anak raja yang mempunyai kuasa yang luar biasa
Indera Nata dapat menjinakkan binatang buas dan bercakap dengan ular sakti dan naga peliharaan batara Gangga

Plot
Cerita disampaikan secara kronologi iaitu peristiwa disusun mengikut peredaran masa

Permulaan
Indera Jenaka memberitahu bondanya, Si Batu kembar bahawa Si Piatu itu ialah Indera Nata boleh berkomunikasi dengan binatang

Perkembangan (Konflik)
Indera nata mengembara kerana mencari gajah bergading emas untuk raja Rom. Dalam pengembaraan itu, Indera nata menyelamatkan tujuh orang puteri daripada dimakan oleh raksasa. Indera Nata diburu oleh raksasa sehingga ke tepi laut.

Klimaks
Indera Nata dan tujuh orang puteri dapat menyeberangi lautan dengan bantuan betara Gangga. Mereka selamat. Raksasa mati dibunuh oleh ular sakti dan naga.


Nilai Murni

Patuh pada perintah raja
Contohnya, Indera Nata sanggup mencari gajah bergading emas untuk Raja Rom sungguhpun pekerjaan itu amat sukar dilakukan.

Kebijaksanaan dapat menyelesaikan masalah
Contohnya Tuan Puteri Kesuma meminta raksasa mencari kijang putih berkaki emas dan mencuci kain hitam sehingga putih kerana mereka mahu melarikan diri.

Bekerjasama untuk kebaikan
Contohnya Tuan Puteri memujuk raksasa mencari gajah bergading emas untuk memenuhi hajat Indera Nata dan Indera Nata pula berjanji membawa mereka pulang ke Negeri Rom

Kasih sayang seorang ibu
Contohnya, Tuan Puteri Cenderawati dan Si Batu Kembar mengharapkan anak masing-masing pulang ke rumah. Akhirnya mereka kembali dengan selamat.

Pengajaran

Kita hendaklah berani dan tabah melaksanakan sesuatu tugas walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.
Contohnya, Indera Nata dapat mencari gajah bergading emas dan menyelamatkan tujuh orang puteri yang disembunyikan oleh raksasa kerana beliau ikhlas mahu berbakti kepada raja.

Kita hendaklah berfikir dengan bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah
Contohnya, tuan puteri menyorokkan Indera Nata di dalam peti emas dan meminta raksasa mencari gajah bergading emas dan kijang putih bergading emas sebelum melarikan diri.

Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan
Contohnya Indera Nata membawa tujuh orang puteri menaiki gajah meninggalkan mahligai supaya mereka tidak dimakan oleh raksasa

Kita hendaklah menyayangi ibu bapa kerana mereka sentiasa menyayangi kita walaupun di mana kita berada
Contohnya, Tuan Puteri Cenderawati dan Si Batu Kembar menanti kepulangan anak masing-masing dengan penuh harapan.

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hebat jugakkan ?

    ReplyDelete
  3. MANA LATAR WEH

    ReplyDelete
  4. kalau nk lebih .. kene beli bukunya ^_^

    ReplyDelete
  5. Mengapakah raksasa ingin makan ketujuh-tujuh puteri itu ?

    ReplyDelete