Thursday 4 August 2011

NOTA IMBUHAN - TIPS UNTUK SEMUA JENIS IMBUHAN (BAHAGIAN 6)

Imbuhan Apitan
 Imbuhan apitan ‘beR-…-an’
Penggunaan:   Untuk membentuk kata kerja tak transitif.

Makna
Ayat Contoh
1. Perbuatan berbalas-balas
    Contoh:   bercakar-cakaran, bergelut-gelutan, 
    bertarik-tarikan
1. Mereka bercakar-cakaran sesama sendiri.
2. Mereka berdakap-dakapan di khalayak ramai.
2. Perbuatan berterusan
    Contoh:   berkibaran, berguguran, berdebaran

1. Bendera itu tidak kelihatan berkibaran lagi.
2. Air matanya bercucuran.
3. Menunjukkan banyak yang berbuat
    Contoh:   beterbangan, berlarian, berciciran,
    bergayutan
1. Orang pelarian itu berlarian untuk 
    mendapatkan bekalan makanan.
2. Kertas-kertas itu berterbangan di atas jalan 
    raya.
4. Masa yang panjang
    Contoh:   berlarutan
1. Perbincangan mereka berlarutan hingga pagi.
2. Perlawanan tinju itu berlarutan hingga   
    pusingan kedua belas.
5. Menunjukkan keadaan/kedudukan
    Contoh:   berasingan, berdekatan, 
    berhampiran, berjauhan
1. Mereka tinggal berjauhan.
2. Rumahnya berhampiran dengan padang 
    sekolah.



  Imbuhan apitan beR-…-kan’
Penggunaan:   Untuk membentuk kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap.

Makna
Ayat Contoh
1. Menggunakan sebagai
  Contoh:   berpandukan, berdasarkan, 
  beralaskan, berbajukan
1. Dia tidur beralaskan lengan.
2. Mereka menjelajah hutan berpandukan 
    kompas dan peta.
2. Dengan/kepada
   Contoh:   bersuamikan, beristerikan,
   bermenantukan
1. Haji Awang berbesankan orang kaya.
2. Karim beristerikan seorang ustazah.


INFO BAHASA
Imbuhan ‘kan’ pada kata yang berapitan ‘ber-…-kan’ dapat mewakili kata sendi seperti akan, dengan, pada, dan tentang. Oleh itu, kata sendi nama tidak boleh digunakan selepas kata yang berapitan ‘ber-…-kan’.
Contoh:
1.     (a)   Mereka mencari gua batu itu berdasarkan pada peta. (X)
        (b)   Mereka mencari gua batu itu berdasarkan peta. (√)
2.     (a)   Abu bertanyakan tentang jawapan kepada soalan itu. (X)
        (b)   Abu bertanyakan jawapan kepada soalan itu. (√)


  Imbuhan apitan ‘ke-…-an’
 Penggunaan:   Untuk membentuk kata terbitan.

Makna
Ayat Contoh
1. Tempat
    Contoh:   kementerian, kedutaan, kediaman
1. Menteri Besar itu tidak tinggal di kediaman 
    rasmi beliau.
2. Abangnya bekerja di Kedutaan Jepun.
2. Keadaan/hal
    Contoh:   kemajuan, kemunduran, keputusan
1. Kepandaiannya bermain piano sukar untuk 
    ditandingi.
2. Keputusan peperiksaan itu amat mengecewa-
    kan.
3. Bersifat/menyerupai sesuatu
   Contoh:   kemelayuan, keinggerisan, keanak-
   anakan
1. Sifat kemelayuannya jelas kelihatan.
2. Perangainya masih keanak-anakan.
4. Hasil perbuatan
   Contoh:   kemiskinan, kekayaan, kemusnahan,
   kehancuran
1. Kemusnahan akibat peperangan itu amat 
    teruk.
2. Mereka hidup dalam kemiskinan.









  Imbuhan meN-…-i (me-…-i, mem-…-i, men-…-i, meng-…-i, menge-…-i)
Penggunaan:   Untuk membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif.

Makna
Ayat Contoh
1. Menunjukkan makna menjadi
   Contoh:   menghitami, membanjiri, 
   menghakimi, mengetuai
1. Mereka menghitami dinding itu dengan cat.
2. Orang ramai membanjiri stadium itu untuk   
    menyaksikan perlawanan tenis.
2. Memberikan sesuatu
   Contoh:   menghadiahi, mengirimi,
   menganugerahi
1. Salman mengirimi kakaknya sekeping 
    poskad.
2. Kamsani menghadiahi ibunya seutas rantai 
    emas.
3. Melalui/mengalami
   Contoh:   menembusi, menghargai,
   mencemburui, mencintai 
1. Suami tua itu mencemburui isterinya yang 
    muda jelita itu.
2. Dia tidak tahu menghargai pemberian orang.
 4. Melakukan sesuatu perbuatan
     Contoh:   menzalimi, mengasari, mengerasi,
    membengisi
1. Pemuda itu cuba mengasari Ahmad.
2. Kamal suka menzalimi binatang.
5. Menjadikan sesuatu keadaan
   Contoh:   mengubati, mengotori, membaiki,
   menghiasi
1. Kakak gemar menghiasi bilik tidurnya.
2. Doktor itu cuba mengubati penyakit ayah.
6. Meniadakan sesuatu
    Contoh:   membului, menguliti, merumputi
1. Suhaimi menebasi rumput di halaman 
    rumahnya itu.
2. Orang-orang kampung bergotong-royong 
    menguliti lembu korban itu.



INFO BAHASA
Akhiran -i pada kata yang berapitan ‘men-…-i’ berfungsi untuk menggantikan kata sendi seperti akan, atas, dengan, di, ke, kepada, tentang, dan terhadap. Oleh itu, kata sendi nama tidak perlu diletakkan selepas kata kerja tak transitif yang berapitan ‘meN-…-i’.
Contoh:
1.     (a)   Aminah enggan mengakui akan kesilapannya itu. (X)
        (b)   Aminah enggan mengakui kesilapannya itu. (√)
2      (a)   Farouk suka menzalimi akan kucingnya itu. (X)
        (b)   Farouk suka menzalimi kucingnya itu. (√)


 Imbuhan apitan ‘meN-…-kan’ (me-…-kan, mem-…-kan, men-…-kan, meng-…-kan, menge-…-kan)
Penggunaan:   Untuk membentuk kata kerja transitif.

Makna
Ayat Contoh
1. Melakukan sesuatu
   Contoh: membersihkan, mengemaskan,
   menyelenggarakan
1. Kerja-kerja menyelenggarakan bangunan itu
    dilakukannya sendiri.
2. Hanif mengaturkan pasu-pasu ibunya itu 
    mengikut saiznya.
2. Melakukan sesuatu untuk orang lain.
   Contoh: membelikan, mencarikan,
   membuatkan
1. Nasir membelikan tunangnya sepasang kasut 
    baru.
2. Joned membuatkan ibu sebuah rumah yang
    cantik dan selesa.
3. Menganggap sesuatu sebagaimana kata dasar
    Contoh:   mengagungkan, membenarkan,
    merelakan
1. Kadir membenarkan kami menyertai
    rombongan itu.
2. Puan Saodah merelakan pemergian anak 
    kesayangannya itu.
4. Menjadikan objek sebagai
   Contoh:   mencalonkan, merajakan,  
   mengusulkan, mengorbankan
1. Para pelajar telah mencalonkan Azman 
    sebagai ketua pengawas sekolah.
2. Mereka telah mengusulkan cadangan itu 
    berkali-kali.
5. Memasukkan sesuatu benda ke dalam sesuatu 
    tempat
   Contoh:   menguburkan, membenamkan,
   memenjarakan, merebankan
1. Nenek Halimah sedang merebankan anak-
    anak ayamnya itu.
2. Orang-orang kampung menguburkan mangsa-
    mangsa kemalangan itu dalam satu liang 
    lahad sahaja.
6. Membawa objek ke tempat
   Contoh:   mendaratkan, mengetepikan,
   menyeberangkan
1. Nelayan itu berjaya mendaratkan seekor anak 
    ikan paus.
2. Abang mengetepikan keretanya supaya tidak
   menghalang kenderaan lain untuk lalu di jalan 
   itu.


INFO BAHASA
Akhiran -kan pada kata yang berapitan ‘meN-…-kan’ dapat berfungsi sebagai ganti kata sendi akan yang menyertai kata adjektif. Oleh itu, kata sendi tidak boleh diletakkan selepas kata yang berapitan ‘meN-…-kan’.
Contoh:
1.     (a)   Liza membelikan akan ibunya sepasang subang. (X)
        (b)   Liza membelikan ibunya sepasang subang. (√)
2.     (a)   Pengawal itu tidak membenarkan akan kami masuk. (X)
        (b)   Pengawal itu tidak membenarkan kami masuk. (√)



Imbuhan apitan ‘peN-…-an’ (pe-…-an, pem-…-an, pen-…-an, peng-…-an, penge-…-an,  pel-…-an)
Penggunaan: Untuk membentuk kata nama terbitan
Maknanya
Ayat Contoh
Proses mengerjakan perbuatan yang terkandung dalam kata dasar
Contoh: pembesaran, pemeriksaan, pembersihan, penyatuan, penukaran, dan sebagainya
Kerja-kerja pembesaran balai raya itu akan bermula esok.
2  Jabatan Pengangkutan Jalan melakukan pemeriksaan terhadap bas persiaran.
Tempat melakukan sesuatu
Contoh: penginapan, penggantungan, pelabuhan, dan sebagainya
Dia mengurus penginapan rombongan pelancong itu.
2  Kayu balak itu dihantar ke pelabuhan untuk dieksport.


Imbuhan apitan ‘pe-...-an’
Perkembangan dalam bahasa Melayu mewujudkan imbuhan awalan pe-...-an.
Apitan pe-...-an diimbuhkan pada kata dasar tanpa melibatkan perubahan huruf awal kata dasar itu.
Jumlah kata terbitan dengan apitan pe-...-an agak terhad.

Maknanya
Ayat Contoh
Tempat sesuatu kerja dilakukan atau tempat yang khusus
Contoh: petempatan, pekarangan, pedalaman dan sebagainya
Kawasan hutan itu diterangkan untuk membina petempatan.
2  Majlis  kenduri itu diadakan di pekarangan rumahnya.
Hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar
Contoh: peperiksaan, peperangan
Rebutan kawasan minyak mengakibatkan peperangan antara kedua-dua buah negara itu.
2  Gopal membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan PMR.

INFO BAHASA

·      Awalan pe-...-an berbeza daripada awalan peN-...-an dari segi kata terbitan yang terbentuk.
        Contoh:
pe- +  periksa + -an       ®  peperiksaan
*(peN- +  periksa + -an)  ®  pemeriksaan
pe- +  dalam + -an        ®  pedalaman
*(peN- + dalam + -an)    ®  pendalaman
pe- +  tempat + -an       ® petempatan   
*(peN- +  tempat + -an)  ® penempatan

Imbuhan apitan ‘peR-...-an’
Penggunaan: Untuk membentuk kata nama terbitan

Maknanya
Ayat Contoh
Tempat
Contoh: perkampungan, perkuburan, perumahan,  dan sebagainya
Pengembara itu bermalam di sebuah perkampungan di hulu sungai.
2  Kegiatan gotong-royong akan dijalankan oleh penduduk kawasan perumahan itu.
Hal yang berkaitan dengan kata dasar
Contoh: perbarisan, persamaan, pertubuhan, dan sebagainya
Murid-murid yang menyertai perbarisan Hari Sukan berlatih setiap hari.
2  Penjaja-penjaja membentuk pertubuhan untuk memperjuangkan hak mereka.

INFO BAHASA

·     Apabila apitan peR-...-an bergabungan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, satu daripada huruf  r itu digugurkan.
Contoh:
peR- + rumah + -an  ®  perumahan
peR- + rusuh + -an   ®  perusuhan


Imbuhan apitan ‘mempeR-...-i’
Apitan mempeR-...-i tidak produktif dan kata dasar yang dapat bergabung dengan apitan ini amat terhad.
Setakat ini, hanya ada empat bentuk yang wajar dianggap sebagai kata kerja yang terbentuk oleh apitan mempeR-...-i, iaitu memperisteri, mempersuami, memperkawani, dan memperingati.

Maknanya
Ayat Contoh
Menjadikan

Datuk Kassim memperisteri biduanita yang terkenal itu.
Kita tidak harus memperkawani orang-orang yang tidak berakhlak baik.
3  Tugu Negara dibina untuk memperingati jasa pahlawan yang berkorban demi negara.


INFO BAHASA

·  Bentuk “memperisteri” dan “mempersuami” sebenarnya berbentuk memperisterii dan mempersuamii setelah menerima apitan mempeR-...-i. Salah satu huruf i telah digugurkan.

Imbuhan apitan ‘mempeR-...-kan’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif

Maknanya
Ayat Contoh
Menjadikan atau menyebabkan
Contoh: mempertemukan, memperhambakan, mempersuami-kan,  dan sebagainya
Pihak polis mempertemukan gadis  itu dengan ibu bapanya.
2  Encik Goh mempersuamikan anak perempuannya dengan jejaka itu.
menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam kata dasar
Contoh: memperdengarkan, mempersembahkan, dan sebagainya
Siti Nurhaliza memperdengarkan lagu terbarunya dalam konsert itu.
2  Para peserta mempersembahkan tarian tradisional.


INFO BAHASA

·    Kata adjektif hanya bergabung dengan awalan mempeR- dan tidak bergabung dengan apitan mempeR-...-kan. Oleh itu, pastikan kamu menggunakan imbuhan yang betul untuk kata adjektif.
Contoh:
memperlebar  (    )                                     memperbesar  (    )
memperlebarkan ( X )                                   memperbesarkan  ( X )

5 comments:

  1. tak faham
    apa itu kata terbitan,kata transitif ><

    ReplyDelete
  2. Bagus saya sangat tertarik dengan nota-nota yang telah diberikan .. Diharapkan dapat lagi untuk berkongsi ilmu sebegini ..

    ReplyDelete
  3. Sangat bermanfaat.Mohon izin berkongsi dengan pelajar

    ReplyDelete
  4. TQ Cikgu.Banyak belajar.^^

    ReplyDelete