Thursday 4 August 2011

NOTA IMBUHAN - TIPS UNTUK SEMUA JENIS IMBUHAN (BAHAGIAN 7)

Imbuhan Sisipan

  Imbuhan sisipan -el-, -em-, -er-
 Penggunaan:   Untuk membentuk kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
 Maknanya: Sesuatu yang mempunyai ciri yang sama dengan kata dasar.
 Contoh:

Imbuhan sisipan
-el-
Imbuhan sisipan
-em-
Imbuhan sisipan
-er-
gelanggang
kelangkang
selenggara
telapak
telunjuk
gemilang
gemuruh
kemuning
semerbak
temali
ceracak
gerigi
kerontang
serabut
seruling



Imbuhan Pinjaman
Imbuhan pinjaman atau imbuhan asing ialah imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan Inggeris. Imbuhan ini diguna dan diterima pakai dalam bahasa Melayu baku.
Yang berikut ialah imbuhan pinjaman yang digunakan dalam bahasa Melayu baku:-

Bentuk
Imbuhan Sanskrit
Imbuhan Inggeris
Imbuhan Arab
Awalan
dasa-
dwi-
eka-
juru-
maha-
panca-
pra-
tata-
tri-
anti-
auto-
mano-
poli-
pro-
sub-
bi-
Akhiran
-ita
-man
-wan
-wati

-ah
-at
-iah
-in
-wi/-i


Perhatikan penerangan di bawah ini.

Imbuhan Inggeris

Imbuhan
Makna
Contoh
anti-
menentang/benci
antisosial, antikerajaan, antidadah, antisorok, antirokok, antibodi, antirasuah, antikomunis, antiperang, antipenjajah, antikeganasan
auto-
dengan sendirinya
automobil, autogear, automatik, autograf, autonomi
poli-
banyak
poligami, poligon, poliklinik, politeknik, poligram, poliglot
pro-
menyokong/menyebelahi
prokomunis, prokerajaan, prososialis, proaktif, prodemokratik
sub-
sebahagian/bahagian-bahagian yang kecil atau di bawah
subtajuk, subbidang, subkelas, substandard, subsistem, subgolongan, subtopik


Contoh penggunaan dalam ayat:
Kempen antidadah itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan.
Negara itu mengamalkan dasar antikomunis.
Tibet mendapat kuasa autonomi daripada negara China.
Proses pemasangan kereta dilakukan secara automatik oleh robot. 
Dasar poligami itu ditentang oleh kaum wanita.
Perarakan itu dianjurkan oleh pihak yang prokerajaan.
Jambatan yang runtuh itu didapati menggunakan bahan yang substandard.
Dalam bab kelima, terdapat lapan subtopik yang berlainan.

Imbuhan Sanskrit

Imbuhan
Makna
Contoh
dasa-
sepuluh
dasawarsa, dasalumba
dwi-
dua
dwibahasa, dwihala, dwibulanan, dwicembung, dwijantina, dwicekung, dwitahunan, dwisuku, dwiwarna, dwikata, dwimusim
eka-
satu
ekahala, ekabahasa, ekawarna, ekafungsi, ekasuku, ekatujuan, ekapaksi
juru-
orang yang mahir dalam sesuatu bidang pekerjaan
jurubahasa, juruhebah, jururawat, jurucakap, jurumudi, juruulas, jurujual, jurusolek, juruterbang, jurutera, juruteknik, juruselam
maha-
agung/besar
mahasiswa, mahasiswi, maharaja, maharani, mahaguru, maharesi, maha Esa, maha mulia
panca-
lima
pancaragam, pancasila, panca delima, pancaroda, pancalogam, pancawarna, pancapersada, pancaindera, pancalumba
pra-
sebelum
prakata, prasangka, prasejarah, prasekolah, praujian, prauniversiti, prasarana
tata-
sesudah/peraturan
tatabahasa, tatacara, tatatertib, tatanegara, tatarakyat, tatausaha, tatasusila
tri-
tiga
tricabang, triwarna, tricara, trisuku, triwulan, tribahasa, trijudul, tripenggal, trimakna, trihala
-ita
wanita/perempuan
biduanita, posnita, pranita
-man
orang yang memilik sifat/orang yang mahir dalam sesuatu bidang
seniman, budiman
-wan
Pemilik sesuatu benda
Pemilik sesuatu sifat
Orang yang mahir dalam
sesuatu bidang
Orang yang melakukan  
sesuatu perbuatan
karyawan, jutawan, wartawan, negarawan, sasterawan, sukarelawan, olahragawan, biarawan, cendekiawan, dermawan, bangsawan, angkasawan
-wati
Perempuan yang mahir/pakar
dalam sesuatu bidang
seniwati, peragawati, olahragawati, sukarelawati


Contoh penggunaan dalam ayat:
Jalan dwihala itu akan ditukar menjadi jalan ekahala sahaja.
Tatatertib di jalan raya mestilah dipatuhi agar kemalangan dapat dielakkan.
Sudah hampir triwulan ibunya menghidapi penyakit barah perut itu.
Anak jutawan itu telah diculik pada awal pagi kelmarin.
Peragawati itu sedang memperagakan pakaian fesyen baru keluaran Butik Faizal.
Seniman terkenal Jins Shamsuddin dilahirkan di Perak.
Jurujual itu pandai memperdayakan pelanggannya.
Prakata buku sejarah itu ditulis oleh pengarangnya sendiri.
Imbuhan Arab

Imbuhan
Makna
Contoh
bi-
tidak
biadab, bilazim
-ah
wanita/perempuan
qariah, ustazah
-at
orang perempuan/wanita
hadirat, muslimat
-iah
perkara/hal yang berkaitan
dengan sifat
jahiliah, hurufiah, ilmiah, jasmaniah, rohaniah, alamiah, batiniah
-in
orang lelaki
hadirin, muslimin, musyrikin


Contoh penggunaan dalam ayat:
Murid yang biadab itu telah diberi kaunseling.
Ustazah Zubaidah mengajar kami cara-cara melakukan ibadah solat.
Pada zaman jahiliah, kaum wanita sering ditindas oleh kaum lelaki.
Hadirin berdiri sewaktu tetamu kehormat itu masuk ke dalam dewan.
Kaum muslimat diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat.

INFO BAHASA
Dalam penulisan atau binaan ayat, imbuhan asing maha- mesti ditulis serangkai dengan kata dasar sekiranya kata dasar tersebut terdiri daripada kata nama.
Contoh:
1.  maha + guru                =  mahaguru
2.   maha + siswa             =   mahasiswa
3.   maha + rani                 =   maharani

Dalam penulisan atau binaan ayat, imbuhan asing maha- mestilah ditjarakkan daripada kata dasar sekiranya kata dasar tersebut terdiri daripada kata adjektif.
Contoh:
1.   Maha + Esa                =  Maha Esa
2.   Maha + Mulia   =  Maha Mulia
3.   Maha + Besar            =  Maha Besar

Dalam penulisan atau binaan ayat, imbuhan asing anti- dan pro- yang diikuti oleh kata nama khas mestilah dijarakkan daripada kata itu dan diletakkan tanda sempang (-) di antaranya.
Contoh:
anti + Amerika  =  anti-Amerika
2.   anti + Jepun       =  anti-Jepun
pro + Malaysia  =  pro-Malaysia
4.   pro + Korea       =  pro-Korea

9 comments:

  1. i would like to c more bina ayat examples.........

    ReplyDelete
  2. hello , im kind of interested to learn bahasa melayu after reading your blog about the remuneration.

    ReplyDelete