Monday 6 May 2013

KARANGAN : TEMA ULASAN NOVEL

BAHASA MELAYU SPM
TOPIK  :  KARANGAN DAN PROSA TRADISIONAL


Anda telah membaca sebuah novel.  Anda tertarik akan karya tersebut
dan berhasrat untuk membuat ulasan tentang novel tersebut. 
Tulis ulasan anda selengkapnya.
                            

                                                  Ulasan Novel

                              Judul         :         Konserto Terakhir
                          
                             Penulis       :        Abdullah Hussain
                            
                            Penerbit      :        Publication Distributors Sdn. Bhd
                          
                            Harga           :        RM 8.90
                          
                           Muka Surat  :        285                    

                           Pengulas      :


Abdullah Hussain dilahirkan di Sungai Limau, Yan Kedah pada tahun 1920. Beliau berpendidikan Sekolah Melayu dan Inggeris, Pada tahun 1940-an, Abdullah pernah menjadi pengarang akhbar sandaran Pulau Pinang. Minat beliau dalam penulisan dibuktikan dengan terhasiinya novel Terjebak, Rantau Selamat, Intan dan Intelek. Konserto Terakhir merupakan karya beliau yang tersohor, novel ini telah dijadikan kajian pelajar-pelajar tingkatan 5 dalam mata pelajaran kesusasteraan.

Konserto Terakhir memaparkan kisah Hilmi yang datang dari Kedah untuk mencari pekerjaan di ibu kota. Pakciknya, Datuk Johari berusaha mencari pekerjaan untuknya tetapi gagal kerana Hilmi berkelulusan setakat darjah empat Sekolah Melayu dan tidak tahu bertutur bahasa Inggeris. Datuk Johari menyuruh dia menjaga kebun serta pokok-ppkok bunga sekeliling di rumah beliau. Isteri Datuk Johari iaitu Datin Salmah amat benci akan Hilmi tetapi anak mereka, Hayati senang akan pemuda itu. Setelah tidak tahan akan kerenah Datin Salmah, Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari dan bekerja di sebuah stesen minyak. Hilmi turut mendalami ilmu muzik. Setelah mahir, dia bekerja sebagai pemuzik dan berkahwin dengan anak gurunya, Azizah. Hayati pula mengahwini Mohsin.
Kejayaan demi kejayaan diraih oleh Hilmi hingga dia diberi penghormatan mengendalikan Konsert Perdana. Tanpa menghiraukan kesihatan diri, dia bekerja keras untuk menjayakan konsert tersebut. Pada malam konsert berkenaan diadakan, Hilmi jatuh sakit. Hayati telah menggantikannya. Datuk Johari, Datin Salmah, Hayati, Azizah dan Pak Karim telah menziarahi Hilmi yang terlantar di hospital. Kejutan terbesar berlaku apabila Pak Karim mendedahkan rahsia bahawa Hilmi merupakan anak Datuk Johari sendiri. Datuk Johari, Datin Salmah dan Azizah yang berasa bersalah terhadap Hilmi berazam untuk menebus dosa mereka. Namun, hasrat mereka tidak kesampaian keranan Hilmi meninggal sebelum mengetahui kedudukan sebenar. Datuk Johari amat terkejut dan turut menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Tema novel Konserto Terakhir ialah kegigihan. Tema ini  berdasarkan kegigihan Hlimi berusaha di samping ketabahannya menghadapi dugaan demi dugaan hingga mencapai kejayaan yang gilang-gemilang. Persoalan cinta dan kasih sayang anak muda turut dipaparkan melalui novel ini. Selain cinta, pengarang turut memasukkan persoalan perbezaan darjat. Hal ini jelas apabila Datin Salmah amat benci akan Hilmi  kerana Hilmi orang miskin dan tidak berkelulusan tinggi. Pengarang turut memasukkan persoalan kepercayaan karut dan perkembangan muzik tanah air dalam karya beliau.

Watak utama dalam novel 'Konserto Terakhir' ialah Hilmi yang digambarkan
sebagai seorang pemuda kampung berkelulusan darjah empat Sekolah Melayu. Dia amat taat kepada tuhan, rajin dan berbakat semula jadi. Para pembaca amat sayang akan watak ini hingga mereka tidak dapat menerima kematiannya pada penghujung cerita.  Hayati pula gadis cantik, anak kesayangan Datuk Johari dan Datin Salmah. Dia juga diklasifikasikan sebagai watak protagonis. Kekejaman dan sikap busuk hatimereka menyebabkan para pembaca berasa benci akan watak-watak berkenaan. Beberapa watak sampingan lain seperti  Encik Bakar, Mohsin, Pak Karim dan Doktor Nathan turut menghidupkan novel ini.                                               

Plot novel Konserto Terakhir boleh dikatakan mengikut kronologi iaitu bermula dengan Hayati sedang belajar bermain piano dan berakhir dengan kematian Hilmi serta Datuk Johari. Teknik plot imbas kembali dan imbas muka turut digunakan oleh penulis. Kewujudan unsur suspens dan kejutan menyebabkan para pembaca tidak berasa bosan sepanjang tempoh mereka membaca novel ini. Ada kalanya, pengarang mewujudkan monolog atau monolog dalaman untuk menghidupkan cerita dalam novelnya. Dari segi   gaya bahasa, beliau memilih diksi yang sesuai. Kewujudan peribahasa, simile, metafora dan personifikasi menampakkan kematangan Abdullah Hussain ketika berkarya.
Banyak nilai murni yang terdapat dalam novel 'Konserto Terakhir'. Antaranya ialah taat kepada tuhan, sebagaimana Hilmi yang tidak pernah mengabaikan solat. Di samping itu nilai patuh kepada ibu bapa turut terkandung dalam novel ini sebagaimana Hayati yang sanggup berkahwin dengan Mohsin atas kemahuan Datin Salmah dan Datuk Johari. Nilai-nilai murni yang lain dalam novel ini ialah ikhlas, tolong-menolong dan bertimbang rasa. Melalui novel 'Konserto Terakhir', kita mendapat beberapa pengajaran. Pengajaran yang paling ketara dalam novel ini ialah kita mesti berusaha untuk mencapai kejayaan. Di samping itu, kita juga mendapat iktibar bahawa kita tidak harus menghina orang miskin.
Sebenarnya, pengarang telah menggarap pelbagai aspek terutamanya aspek moral melalui novel 'Konserto Terakhir'. Novel ini memang sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat. Banyak pengajaran atau iktibar tersirat dalam novel ini. Novelis juga turut menyindir pihak-pihak tertentu meialui karyanya. Diyakini, para pembaca Konserto Terakhir akan berasa puas dan berminat untuk membaca karya Abdullah Hussain yang lain pula selepas membaca novel ini.

Monday 15 April 2013

Kari Ikan Pelaling Semudah ABC

Hoho.. Petang ni terlebih rajin.. Kata orang, sepenat mana pun isteri tu bekerja, perut suami kena la jugak jaga. Jaga perut sendiri yang berkeroncong sama jugak ni. Dan saya tulis melalui phone je.. Dah lama tak menulis dalam Menu Pilihanku.. Oleh itu, hari ini saya nak kongsikan resepi kari ikan pelaling.. resepi paling mudah dan bahan-bahannya berkemungkinan ada di dapur setiap orang.

Kita mulakan dengan bahan-bahannya :-

1. Tentulah kita perlukan ikan. Untuk kari ikan paling mudah dan termurah, tadaaaa... kita sediakan beberapa ekor ikan pelaling.. (ikan apa-apa pun boleh aje asalkan ikan laut.. ikan darat perlukan resepi istimewa sedikit).. Siangkan ikan anda.. Basuh sebersihnya.. Ketepikan..

2. Seterusnya bahan rampai untuk kuah. Sediakan bendi. Cili besar hijau kalau ada. 2 biji pun cukup. Saya tak masukkan sebab lupa kirim Encik Hubby semasa dia ke kedai. Kebetulan dalam peti ais saya ada tomato ceri. Sedap juga kalau dicampurkan sekali.


3. Untuk bahan tumis, sediakan 2-3 ulas bawang merah, 2-3 ulas bawang putih, halba campur dan 2 tangkai daun kari. Ini lah sebenarnya bahan-bahan paling penting untuk asas masakkan kari yang sangat harum. Tanpa 4 bahan ini, tak payahlah berangan nak buat kari ya.


Bahan tumis ini anda kupaskan, basuh.. hiris nipis seperti di gambar di bawah. Ada juga yang suka kalau nak tumbuk kasar jangan terlalu halus, boleh ajer.. tak salah...


4. Sudah semestinya juga kena ada rempah kari ikan. Gunalah jenama rempah apa pun. Suka hati anda. Berapa banyak? 2 paket kecil untuk hidangan maximum 6- 8 ekor ikan pelaling. Tak sedap sangat kalau kari ikan terlalu pekat. Saya bancuhkan rempah ikan dengan sedikit air. Kalau nak bancuh dengan air asam jawa pun boleh juga. Ambil asam jawa saiz besar sedikit daripada ibu jari kaki anda. Sediakan air asam jawa.


5. Cara memasak :- Masukkan minyak ke dalam periuk anda. Setelah minyak panas, tumiskan bahan-bahan yang telah diracik halus tadi. Minyak kena agak-agak cukup untuk cover masak rempah nanti. Masakkan kari utara selalunya banyak minyak. Kari yang berminyak akan nampak cantik menyelerakan. Saya kurangkan sedikit. Kalau sikit sangat, nanti rempah tak masak atau tak "pecah minyak".

Setelah bahan tumis kekuningan, masukkan rempah anda. Kecilkan sedikit api kerana rempah cepat hangit. Sentiasa kacau sekejab-sekejab untuk pastikan rempah tidak hangit sehinggalah "pecah minyak". Kemudia masukkan air asam jawa. Renehkan sekejab.


Kemudian masukkan ikan-ikan anda. Masukkan sedikit air untuk mengurangkan kepekatan rempah tadi. Agak-agak la. Jangan cair.  Masukkan garam sesedap rasa. Setelah agak masak ikan tu, masukkan santan kelapa. Jangan banyak. Sebiji santan dah cukup. Ini bukan kari mamak. Rasa sedikit. Kalau kurang masam, tambahkan sedikit lagi air asam jawa, jika kurang masin tambahkan sedikit lagi garam, sesedap lidah anda. Masukkan juga bendi dan ceri tomato tadi. Encik Hubby dan adik saya sentiasa sukakan bendi separuh masak. Jadi sentiasa masukkannya akhir sekali. Bendi akan masak sendiri dengan kehangatan kuah walaupun setelah api ditutup.

Tada... kari siap... sangat mudah.. nampak macam panjang dan susah nak disediakan sebab saya membebel je bila menulis. wahaha... Kalau dah ada kari ikan, saya suka makan dengan sambal belacan yang diperah limau nipis.. sediakan ulam.. lagi la perghhh.. at least potongan timun segar pun sedap.. krap kruppp rangup diulamkan... Sayur? Tak perlu la sebab bendi n tomato tu dah dikategorikan sayur jugakkan.. wahaha.. (malas)  Tambah ikan goreng... Nasik panas-panas yang dimasak lembut.. (aku tak suka nasi keras)  jom mamammmmm..... Bismillah...





Monday 18 February 2013

RUMUS - Kesalahan tatabahasa bahasa Melayu

Kesalahan tatabahasa bahasa Melayu
1    Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di…dengan imbuhan di …
  • salah – disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara, di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan, urus niaga di gantung (seperti yang ditulis papa papan kenyataan sebuah pejabat pos di Ampang)
  • betul – di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara, diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan
2    Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke
  • salah – keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
  • betul – ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, ke kasih
3    Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
  • dari – rumus  ATM
A –arah (dari belakang, dari timur, dari depan)
T – tempat (dari Saratok, dari Kajang, dari sekolah, dari kantin)
M –masa (dari semalam lagi, dari pagi tadi, dari pukul enam petang)
  • daripada – rumus KABOS
K – keanggotaan (daripada Persatuan Bahasa Melayu)
A – asal  (asal kejadian sesuatu benda: daripada getah, daripada kayu jati, daripada tepung)
B – banding /beza  (perbezaan dan perbandingan sesuatu: lebih daik daripada, berbeza daripada)
O – orang / organisasi (daripada Ahmad, daripada Kementerian Pertahanan, daripada PPUSM)
S – sumber ( sumber sesuatu: daripada guru besar, daripada markah ujian, daripada petikan)
4    Mengulang kata atau menggunakan kata ganda selepas kata bilangan jamak (banyak)
  • salah – semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
  • betul – semua guru, segala alat, kebanyakan ahli
5    Tidak menggandakan kata bilangan himpunanan
  • salah – beratus orang, beribu penonton, berguni padi
  • betul – beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi
6    Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan
  • salah – paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
  • betul – paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali
7    Menggandakan kata selepas saling (kesalahan berbentuk lewah)
  • salah – saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
  • betul – saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan
8    Pembentukan ayat pasif
  • Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
  • Surat itu telah kami hantar. (betul)
  • Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
  • Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)
  • Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
  • Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)
Kesimpulannya, INGAT.. Kata Sendi Nama oleh hanya untuk Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga; yakni mereka, baginda, ibu, ayah Raju, dan lain-lain. Kata Sendi Nama oleh tidak boleh digunakan untuk orang pertama (aku, saya, patik, beta, hamba, kami, kita dan lain-lain) dan kedua (engkau, awak, anda, kalian, dan tuanku).
9    Penggunaan imbuhan –kaN di tempat kata bantu akan
  • salah – sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
  • betul – sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan
10  Menjarakkan imbuhan pinjaman
  • salah – juru taip , ko kurikulum, pasca moden, anti dadah, anti kerajaan, pro pembangkang
  • betul – jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah, antikerajaan, propembangkang
  • betul – sosioekonomi, ekabahasa, prasekolah, dwitahunan, mahasiswa
11  Menganggap penggunaan kata sendi pada dan kepada boleh bertukar ganti
Pada
  • berperanan sebagai kata sendi di bagi manusia, haiwan, perkara dan benda ( Buku itu ada pada Encik Bean), (taji hanya ada pada ayam jantan), (Adik menampal poster itu pada dinding)
  • bagi menunujkkan maksud sandaran. (pada pandangan saya, guru itu baik/ Tindakan yang bakal diambil bergantung pada keputusan mesyuarat petang ini/ Adik tidak jatuh kerana sempat berpaut pada dahan pokok itu)
  • bagi masa (pada waktu malam, pada era globalisasi, pada musim buah-buahan)
Kepada
  • menunjukkan sasaran bagi manusia (surat ini ditujukan kepada Encil Azman/ Acapan sentiasa  menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adiknya)
  • menunjukkan perubahan (Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan paras air Sungai Ampang meningkat kepada paras bahaya)
  • menunjukkan pecahan (Peserta perkhemahan itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan)