Thursday 4 August 2011

NOTA IMBUHAN - TIPS UNTUK SEMUA JENIS IMBUHAN (BAHAGIAN 2)

Awalan ‘di-’
Penggunaan:   Untuk membentuk kata kerja pasif.
Makna
Ayat Contoh
1. Perbuatan pasif yang dilakukan oleh diri 
    orang ketiga.
   Contoh:   diambil, diajar, dijahit, dimakan dsb
1. Anak kecil itu diasuh oleh orang gajinya.
2. Pensel itu diasah oleh Salim.


INFO BAHASA
Dalam binaan ayat, kata kerja pasif yang berawalan ‘di-‘ digunakan hanya untuk diri orang ketiga sahaja.
Contoh:
(a)   Pokok itu ditebang oleh mereka. (√)
(b)   Pokok itu ditebang oleh saya. (X)
(c)   Pokok itu ditebang oleh awak? (X)

Dalam penulisan awalan ‘di-’ mesti dirangkaikan dengan kata kerja yang menyertainya.
Contoh:
        di makan (X)                          dimakan (√)
        di conteng (X)                      diconteng (√)

Awalan ‘ke-’
 Penggunaan:   Untuk membentuk kata nama terbitan.
Makna
Ayat Contoh
1. Yang dijadikan
Contoh:   ketua, ketagih, kehendak, kekasih
1. Ketua rombongan itu menjalankan  tugasnya dengan baik.
2. “Saya menurut segala kehendak ayah saya ,” kata Aziz dan Sanusi.
2. Kata bilangan tingkat
Contoh:   kedua, kelapan, kesepuluh
1. Mereka berbaris di barisan yang  kesepuluh dalam perhimpunan itu.
2. Pelajar yang duduk di barisan kedua itu anak  Encik Seman.
3. Kata bilangan himpunan
Contoh:   kedua-dua, ketiga-tiga, kelapan-lapan
1. Keempat-empat batang sungai itu telah tercemar.
2. Kelapan-lapan ekor lembu itu dijangkiti
penyakit kuku dan mulut.











INFO BAHASA
Dalam penulisan, awalan ‘ke-’ yang digabung dengan angka mesti dirangkaikan dan dibubuh tanda sempang (-).
Contoh:
        ke-21                       ke-60                       ke-100

 Awalan ‘meN-’ (me-, mem-, men-, meng-, menge-)
Penggunaan:  Untuk membentuk kata kerja transitif.

Makna
Ayat Contoh
1. Melakukan perbuatan
Contoh:   membunuh, mencuri, meramas, merendam
1. Anak kecil itu merangkak di bawah meja.
2. Faizal memukul adiknya dengan kayu
    pembaris.
2. Menjadi
Contoh:   menguning, mengembang, mengecut, mengecil
1. Bisul pada pahanya itu telah mengecut.
2. Daun bunga itu menguncup apabila disentuh.
3. Menjadi seperti
Contoh:   membatu, membisu
1. Tayar basikal yang bocor itu mulai mengempis.
2. Benjol di kepalanya itu telah membesar 
    seperti telur ayam.
4. Mengeluarkan bunyi
Contoh:   menyalak, mengiau, mengaum, menjerit
1. Anak kucing itu mengiau kelaparan.
2. Ibu kambing itu mengembek sepanjang
    malam.
5. Membuat
Contoh:   melukis, menganyam, mengepam, mengepos
1. MInah sedang mengayak tepung di dapur.
2. Aida sedang menganyam tikar mengkuang 
    yang ditempah oleh pelanggannya.
6. Menghala
Contoh:   menghilir, mendarat, menghulu
1. Mereka menghadapi pelbagai rintangan ketika
    hendak menghulu sungai itu.
2. Kapal terbang itu mendarat di lapangan terbang itu.


INFO BAHASA
·      Huruf awal kata dasar yang berikut akan berubah apabila digabungkan dengan awalan meN-.
        k bertukar kepada ng                          s bertukar kepada ny
       p bertukar kepada m                             t bertukar kepada n

No comments:

Post a Comment