Thursday 3 November 2016

KEBAIKAN TELEFON PINTAR


       Sejak negara menikmati arus kemodenan ini , hampir semua rakyat di dunia terutamanya para remaja yang semakin leka dengan penggunaan telefon pintar .Pada zaman ini,remaja yang memiliki sebuah telefon pintar merupakan satu kemestian bagi para remaja untuk hidup. Selain itu,para remaja pada masa ini seperti katak hendak menjadi lembu kerana mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja yang melebihi kesanggupan mereka sendiri untuk mendapatkan sebuah telefon pintar.Di samping itu,terdapat pelbagai jenis jenama telefon pintar yang wujud di dalam dunia ini seperti telefon pintar berjenama Nokia,Samsung,I-phone dan lain-lain.Seterusnya,telefon pintar telah menjadi umpama nyawa di dalam diri masyarakat pada masa ini kerana terdapat pelbagai jenis kebaikan yang terkandung di dalam telefon pintar ini.Selain itu,Mahatma Ghandi ada berkata harga seseorang itu terletak pada ilmunya . Tegasnya, pelbagai kemaslatan telefon pintar akan didiskusikan untuk kita jadikan pedoman dan iktibar dalam mendepani hidup yang semakin mencabar.

     Kebaikan telefon pintar yang pertama ialah telefon pintar dapat menghubungkan orang yang jauh di mata tetapi dekat di hati dengan mudah. Terdapat banyak murid  bersekolah di tempat yang berjauhan dengan tempat tinggal mereka sehinggakan terpaksa menduduki asrama demi merealisasikan impian keluarga dan melunaskan tanggungjawab mereka. Oleh sebab itu, telefon pintar merupakan medium untuk para remaja melepaskan rindu terhadap kedua-dua ibu bapa mereka terutamanya pelajar yang merupakan anak manja di dalam keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana dapat mendengar suara ibu bapa yang telah lama tidak bersua muka akan memberikan ketenangan kepada para pelajar. Selain itu, murid  juga boleh menghubungi ibu bapa mereka ketika hari hampir dengan peperiksaan untuk mendengar kata-kata motivasi daripada kedua-dua orang tua bagi memperoleh kejayaan dan keberkatan semasa menjawab kertas peperiksaan . Hal ini akan mengeratkan hubungan ahli keluarga seperti isi dengan kuku yang saling menahan rindu sesama sendiri di berlainan tempat. Di samping itu, penggunaan telefon pintar juga amat penting bagi urusan pembelajaran. Tugasan yang diberi oleh guru amatlah wajib dan penting untuk disiapkan bagi pelajar yang ingin berjaya. Namun, terdapat juga segelintir pelajar yang tidak dapat menghadiri kelas semasa pembelajaran kerana mereka perlu menyertai aktiviti di luar sekolah yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan bagi mengharumkan nama sekolah. Dengan yang demikian, mereka akan menggunakan telefon pintar untuk bertanyakan tugasan yang diberi oleh guru semasa ketiadaannya di dalam kelas. Selain itu,mereka juga boleh menggunakan aplikasi seperti Whatsapp di dalam telefon pintar untuk bertanyakan soal pembelajaran yang dijalankan kepada guru mereka untuk memperoleh maklumat yang sudah ketinggalan .Para remaja yang ingin berjaya akan sentiasa kembali untuk mencari pelajaran yang sudah ketinggalannya kerana dia mengetahui  bahawa ilmu yang diketahuinya sekarang masih tidak mencukupi seperti kata-kata Socrates yang mengatakan bahawa bertambah banyak aku tahu, bertambah sedarlah diri aku betapa tololnya diri ini. Maka, kita seharusnya rajin menuntut ilmu sekalipun ke negara China.

     Selain itu, penggunaan telefon bimbit amatlah penting kepada pemandu-pemandu di jalan raya . Hal ini dikatakan demikian kerana  terdapat banyak kemalangan jalan raya yang berlaku baru-baru ini kerana kecuaian pemandu sendiri yang suka memandu menggunakan telefon pintar atau dalam keadaan yang mabuk. Oleh sebab itu , penggunaan telefon bimbit amatlah penting jika kita terlihat berlaku kemalangan di jalan raya, kita boleh menghubungi ambulans dan polis bagi menguruskan kemalangan yang berlaku . Hal ini dikatakan demikian kerana tidak semua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tempat terbuka.  Apabila kemalangan berlaku di tempat yang sunyi dan tidak mempunyai kenderaan  lain yang lalu-lalang di kawasan itu, kitalah yang bertanggungjawab membantu mangsa kemalangan itu kerana sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing harus diamalkan bersama-sama. Selaras dengan itu, kita juga boleh menggunakan telefon pintar apabila berlaku kerosakan kereta di mana-mana jua. Kita boleh menghubungi ahli keluarga terdekat atau bengkel membaiki kereta untuk membantu kita. Jika tiada telefon pintar, mungkin kita akan menjadi seperti cacing kepanasan . Sejajar dengan itu, kita juga boleh membantu orang yang mungkin pengsan atau sakit secara tiba-tiba di pinggir jalan dengan menghubungi ahli keluarga pesakit untuk datang mengambil dan membawanya ke rumah ke hospital. Perkara ini bukan sahaja memberikan kepuasan terhadap diri kita kerana telah membantu orang lain tetapi juga memberi pahala yang berganda kepada kita. Seterusnya , kita juga dapat menghubungi keluarga kita jika kita terpaksa pulang lewat akibat kesesakan lalu lintas bagi mengelakkan mereka berasa khuatir dan terlebih risau.

     Kebaikan telefon pintar yang seterusnya ialah kita dapat pergi ke sesuatu tempat dengan mudah dengan adanya aplikasi yang dinamakan GPS. Dengan menggunakan aplikasi ini kita tidak perlu khuatir akan kesesatan yang bakal kita hadapi kerana GPS akan sentiasa membawa kita ke jalan yang kita ingin tujui.Selain itu, telefon pintar juga amat penting untuk kita menghubungi rakan kita ketika sesat di hutan atau di aman jua supaya kita menjumpai rakan kita yang sesat.Di samping itu, telefon pintar amat berguna jika berlaku sebarang kecemasan di rumah atau di luar .Sebagai contoh , ketika kita sedang berada di dalam rumah sahabat kita  terlalu suka sehingga sahabat kita mengalami kecederaan pada kepalanya akibat terjatuh dari sofa ketika bergurau sambil melompat bersama kita. Maka , kita boleh terus menghubungi ambulans untuk membantu rakan kita yang merupakan sahabat kita. Datuk Dr Fadhilah Kamsah, pakar motivasi negara  ada berkata bahawa persahabatan merupakan cinta tanpa sayap. Dengan  itu , kehilangan sahabat ialah perkara yang amat sedih bagi kita , lagi-lagi jika mereka pergi kerana bergurau bersama kita. Sejajar dengan itu, kita juga boleh menggunakan telefon pintar untuk menangkap gambar dan video bersama dengan rakan kita yang belajar di luar negara untuk dijadikan sebagai kenangan terindah .Setiap kali kita merindui mereka, kita boleh melihat gambar-gambar dan video bersama dengan telefon pintar. Seterusnya,kita juga boleh berhubung dengan mereka melalui aplikasi yang dipanggil Skype untuk menatap wajah sahabat yang kita rindui setelah sekian lamanya tidak berjumpa. Dalam pada itu, terdapat juga hiburan di dalam telefon pintar yang membolehkan kita menyertai pertandingan dan permainan di dalam telefon pintar untuk memenangi hadiah. Selaras dengan itu, kita juga dapat mendermakan wang melalui perkhidmatan SMS kepada golongan anak-anak yatim piatu dan sebagainya .

      Telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai diari kita atau tempat kita menyimpan rahsia. Kita mungkin mempunyai seorang sahabat yang mempercayai kita sepenuhnya. Oleh itu, sahabat kita suka menceritakan masalah-masalah kepada kita tetapi diceritakan secara peribadi dan bukan di depan khalayak umum maka telefon bimbit lah yang sesuai dijadikan tempat sahabat kita meluahkan perasaannya kerana ada beras taruh dalam padi. Rahsia orang lain yang kita ketahui haruslah disimpan secara baik-baik. Oleh sebab itu ,untuk memastikan rahsia orang lain yang terdapat dalam telefon pintar kita tidak diketahui, kita boleh meletakkan kata laluan agar telefon kita tidak dapat dibuka dan dibaca orang lain. Seterusnya, telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai bahan bukti jika kita diancam atau diperas ugut oleh rakan kita yang merupakan seorang pembuli di sekolah. Kita boleh menyimpan tangkapan skrin untuk diberikan kepada guru disiplin sebagai bukti kerana pembuli tersebut hanya bersikap baik di sekolah namun suka memeras ugut pelajar lain melalui telefon pintar. Selaras dengan itu, kita juga dapat merakam video pembuli yang membuli pelajar lain dengan menggunakan telefon pintar dari jauh untuk  ditunjukkan kepada pengetua sekolah atau polis. Jelaslah bahawa telefon pintar banyak memberikan bantuan kepada diri kita dan orang lain. Selain itu, telefon pintar boleh dijadikan sebagai buku kita ketika kita berada di dalam asrama. Kita boleh melayari Internet untuk mencari maklumat yang mungkin kita terlepas dengar semasa di kelas. Selanjutnya, kita boleh memasang jam penggera supaya kita mampu bangun pagi pada masa yang tepat kerana masa itu emas.
       
    Tuntasnya, masyarakat pada masa ini amat mementingkan telefon pintar kerana kebaikannya amat banyak dan dapat membantu kita dalam kehidupan seharian. Namun begitu , janganlah kita bersikap seperti kacang lupakan kulit apabila kita mempunyai telefon pintar yang baharu. Hal ini dikatakan demikian kerana telefon pintar yang lama telah banyak berbakti kepada kita selama ini. Oleh itu, kita boleh menggunakan kedua-duanya pada suatu jangka masa tertentu. Kita juga harus mengelakkan membeli telefon pintar di pasar malam kerana terdapat banyak peniaga yang menjual kembali makanan dan barangan rosak di pasar malam. Sesungguhnya , kita sewajarnya membeli telefon pintar di pusat beli-belah walaupun mahal asalkan berpuas hati akan kegunaannya bagai kata peribahasa alah membeli menang memakai.

Karangan ditulis oleh Rusalyaa Nasuha
Tingkatan 4 Cemerlang SMKUJ 2016

Langkah Menangani Jenayah Antarabangsa



Isu jenayah merentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan penyeludupan senjata api mengancam keamanan negara.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu diilakukan oleh negara-negara serantau bagi menangani masalah ini.

Pendahuluan :  Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Turut menjadi masalah dalam krisis ini ialah jenayah rentas sempadan seperti pengedaran dadah dan penyeledupan senjata api. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai salah sebuah negara transit dan juga penerima, Malaysia tidak wajar berpeluk tubuh dan wajar menjalinkan kerjasama strategik dengan negara-negara jiran agar jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini dibendung dengan sebaik mungkin.

Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing – kestabilan dalam negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing dengan sewenang-wenangnya
Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara dunia ketiga – berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan penguatkuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)
Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah kemasukan warga asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama Indonesia yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing)
Isi 5 : Komitmen diplomatik yang jujur dalam kalangan pemimpin negara – pertelagahan politik memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa jong pecah yu yang kenyang)

Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis kemanusiaan sejak zaman-berzaman. Jenayah tersebut terus berlarutan hingga kini, cuma yang berbeza hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam.

ISU AMALAN MEMBACA



Aktiviti membaca seharusnya menjadi amalan masyarakat kerana bangsa membaca bangsa yang berjaya.
Ulaskan pernyataan tersebut.

Pendahuluan : Dalam beberapa ungkapan peribahasa banyak juga yang membuat perbandingan perihal golongan cerdik dengan yang bodoh. Peribahasa seperti si bodoh menjadi makanan si cerdik, menggambarkan kecerdikan dan kepintaran menjadi keutamaan dalam masyarakat. Demikian pula dengan sepotong maksud ayat dalam Al Quran yang menyatakan, “Adakah sama golongan yang berilmu dengan golongan yang jahil?”. Kedua-dua ungkapan indah tersebut memberi gred tertinggi kepada golongan yang bijak dan berilmu. Oleh itu, apakah ciri utama untuk menjadi golongan yang berilmu? Pemilikan ilmu tidak dapat ditiadakan dengan tradisi membaca. Oleh sebab itulah dalam tamadun Islam sendiri, Firman yang pertama yang turun kepada Nabi SAW ialah surah Al Alaq dengan membawa arahan membaca. Ketinggian darjat golongan yang gemar membaca akan meletakkan mereka sedarjat lebih tinggi daripada golongan biasa kerana dibezakan oleh ilmu. Oleh itu, membacalah demi mengaut segala khazanah ilmu.

            Apabila kita telusuri semula sejarah panjang tamadun Islam, kecemerlangan tamadunnya adalah berpaksikan ilmu pengetahuan. Tradisi membaca yang amat ditekankan dalam Islam telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh agamawan dan ilmuwan yang tersohor. Daripada pembacaan yang penuh berdisiplin itulah, justeru lahirlah tokoh-tokoh Islam yang amat hebat seperti ibnu Sina, Al Farabi, Imam Malik, Imam Shafie dan banyak lagi. Al Quran sebagai kitab teras dalam kepercayaan Islam telah memuatkan pelbagai khazanah ilmu yang meliputi empat paksi utama ilmu iaitu Akidah, Ibadat, Jinayat dan Munakahat. Penganut Islam yang benar-benar membaca dan menghayati isi kandungan Al Quran telah berjaya mengangkat syiar Islam ke seluruh empat penjuru alam. Pernah dikhabarkan, ketika kejatuhan kerajaan Abasiyah di tangan kuasa Mogul, air sungai Furat telah menjadi hitam pekat kerana cairan dakwat daripada buku-buku yang dibuang ke dalam sungai. Begitulah gambaran hebatnya budaya ilmu dalam kalangan generasi Islam zaman awal.

                Perang Salib telah menjadi satu lagi bukti bahawa tradisi membaca telah mengangkat martabat sesuatu bangsa. Hal tersebut berlaku apabila tentera-tentera Salibiyah yang dipimpin oleh  Richard The Lion Heart telah memperoleh inspirasi budaya ilmu dalam tamadun Islam. Banyak kitab ilmu yang telah dibawa balik lalu diterjemahkan ke bahasa Latin. Akhirnya berkembanglah suatu lagi tamadun yang terbina di atas budaya membaca. Permulaan zaman Renaissance di Eropah benar-benar terbentuk hasil mentelaah dan mengkaji segala sumber ilmu yang bermula dengan tamadun Islam. Akhirnya, hingga kini Eropah telah menjadi ‘kiblat’ perkembangan ilmu seperti falsafah, tamadun dan teknologi. Bangsa Eropah bangkit daripada zaman gelap menjadi bangsa yang mengeksport ilmu. Demikianlah betapa hebatnya amalan membaca.

                Berbalik kepada era moden, tradisi membaca telah menjadi penanda aras utama kepada pencapaian luar biasa beberapa negara kuasa ekonomi dunia. Negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara baru di Eropah telah menjadi kuasa ekonomi dunia. Walaupun potensi ekonomi mereka agak terhad, namun kuasa ilmu telah berjaya mengangkat negara-negara tersebut untuk terus bersaing dalam pasaran teknologi moden. Jepun yang amat dikenali dengan kekuatan membaca dalam kalangan rakyatnya memang sukar ditandingi oleh kuasa-kuasa besar hatta Amerika sekalipun. Rakyat Jepun dikatakan secara purata mampu membaca 120 buah buku dalam setahun. Kini dua lagi kuasa baru di Asia Timur jauh iaitu Korea Selatan dan Taiwan turut bersaing hebat dalam bidang teknologi. Pada hari ini rakyat Korea Selatan amat disegani oleh dunia luar apabila teknologi android mereka dalam penghasilan telefon pintar Samsung telah berjaya menawan pasaran dunia. Begitulah beberapa petunjuk hebat hasil penjanaan ilmu kerana bangsa membca bangsa yang berjaya.

                Amalan membaca sekali gus dapat membawa sesuatu bangsa untuk keluar dari zon jumud kepada intelek. Hakikatnya, rakyat Malaysia pada era penjajahan telah dianggap sebagai bangsa bodoh yang boleh dijajah dan dicucuk hidung. Namun, atas kesedaran untuk kembali bermaruah, bangsa Malaysia juga mula celik ilmu sebaik negara mencapai kemerdekaan. Akhirnya rakyat Malaysia mula menuntut ilmu dalam pelbagai bidang. Kita mula menjadi bangsa pencinta ilmu dan bermulalah tradisi membaca. Penubuhan pelbagai institusi pengajian sama ada rendah, menengah mahupun tinggi telah memberi peluang rakyat menggali pelbagai cabang ilmu seperti bahasa, sejarah, keagamaan dan teknologi. Walaupun hakikat minat membaca rakyat Malaysia masih rendah jikalau hendak dibandingkan dengan rakyat Jepun, namun kesedaran ke arah itu telah bermula. Hasil kesedaran terhadap budaya ilmu dan budaya membaca, kini kita telah muncul sebagai salah sebuah Negara Dunia Ketiga yang cukup pantas berkembang. Demikianlah suatu dimensi baru dalam budaya membaca untuk meletakkan kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju.

                Kesimpulannya, memetik nukilan Saiyidina Ali KW, “Tuntutlah ilmu kerana ilmu menjaga kamu dan kamu menjaga harta. Ilmu apabila diperdagangkan bertambah dan harta apabila diperdagangkan berkurang, membuktikan bahawa ilmulah yang menjadi harta paling kekal. Demi sebutir ilmu, justeru membacalah yang menjadi wadah utama. Sebagai bangsa yang masih baharu, kita masih jauh untuk bersaing dengan negara-negara maju, namun jikalau tradisi membaca terus diperkasakan, insya-Allah kita juga akan menjadi bangsa yang berjaya.

ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA



Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan mendatangkan kesan negatif kepada negara yang terlibat.
Bincangkan.

Pendahuluan :  Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan sosial.

Kesan negatif
Isi 1 : Boleh menjejaskan kestabilan politik sesebuah negara – kemasukan warga asing dalam jumlah yang banyak dan tidak terkawal boleh mengancam sesebuah kerajaan yang memerintah – berlaku wujud ketegangan antara parti yang memerintah dengan pihak pembangkang
Isi 2 : Mengancam peluang penguasaan ekonomi dalam kalangan rakyat tempatan – warga asing akan memonopoli peluang pekerjaan dan mengambil peluang berniaga (monopoli tapak niaga oleh warga Indonesia di Pasar Chow Kit dan warga Bangladesh di Jalan Petaling – berlaku krisis pengaliran wang keluar negara secara dalam jumlah yang besar – ekonomi sesebuah negara boleh muflis
Isi 3  Kesejahteraan sosial rakyat tempatan terancam – warga asing mengambil kesempatan mengganggu kawasan petempatan – wujud setinggan baru – membawa masalah kepada masyarakat setempat seperti kotor, penyakit dan budaya yang tidak sihat
Isi 4 : Indeks masalah jenayah yang semakin meningkat – kesukaran memperoleh peluang kerja mendorong perlakuan jenayah –pihak polis  sukar untuk mengesan penjenayah kerana ketiadaan identiti – rakyat menjadi mangsa serangan, samun dan rompak
Isi 5  Penyebaran budaya yang tidak sihat – pendatang asing membawa tabiat buruk dari negara asal – sikap samseng/biadap (warga hitam Afrika), hidup berpuak-puak dan tidak menghormati budaya dan undang-undang negara – berlaku perkahwinan rentas budaya dan warganegara  - timbul masalah anak tidak sah taraf

*Jikalau soalan dalam fokus langkah-langkah, sila pilih rangka isi di bawah;

Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing – kestabilan dalam negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing dengan sewenang-wenangnya
Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara dunia ketiga – berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan penguatkuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)
Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah kemasukan warga asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama Indonesia yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing)
Isi 5 : Komitmen diplomatik yang jujur dalam kalangan pemimpin negara – pertelagahan politik memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa jong pecah yu yang kenyang)

Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis kemanusiaan sejak zaman-berzaman. Jenayah tersebut terus berlarutan hingga kini, cuma yang berbeza hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam.