Thursday 4 August 2011

NOTA IMBUHAN - TIPS UNTUK SEMUA JENIS IMBUHAN (BAHAGIAN 5)

 Awalan ‘se-’
Penggunaan:   Membentuk kata sendi, kata hubung, kata bilangan dan penjodoh bilangan.
Makna
Ayat Contoh
1. Satu
   Contoh:   sebuah, sebiji, seekor, seorang,
   sebatang
1. Ayah ke laut bebekalkan sebuku roti dan
   sebotol air.
2. Adik memakai sepasang anting-anting
    berlian.
2. Sama
    Contoh:   sebangsa, seagama, setaraf, sepadan
1. Pasangan mempelai itu tidak sepadan.
2. Mereka berdua seagama.
3. Sama-sama
    Contoh:   senegeri, seasrama, sekampung,
    serumah
1. Karim dan Abu tinggal serumah.
2. Pelajar-pelajar lelaki itu tinggal seasrama.
4. Seluruh
    Contoh:   sekeluarga, se-Malaysia, sedunia
1. Masyarakat sedunia menangisi kematian
    mengejut negarawan yang mashyur itu.
2. Mereka sekeluarga ke Morib untuk berkelah.
5. Sama dengan
   Contoh:   seberat, segemuk, secantik, sekaya
1. Latif tidak setinggi Busu.
2. Ramlah tidak segemuk Siti.
6. Masa/waktu
   Contoh:   setelah, sebelum, sesudah
1. Sesudah dikukur, kelapa itu perlu diperah 
    untuk mendapatkan santannya.
2. Setelah selesai makan minum mereka pun pulang ke asrama.


INFO BAHASA
Awalan se- yang digabungkan dengan kata adjektif menyatakan makna sama dengan. Oleh itu, dalam binaan ayat, kata sendi tidak boleh digunakan selepas kata adjektif yang berimbuhan se-.
Contoh:
(a)   Rahman tidak sekacak dengan abangnya. (X)
(b)   Rahman tidak sekacak abangnya. (√)

 Awalan ‘teR-’ (ter-, te-)
Penggunaan:
1.   Membentuk kata kerja tak transitif
2.   Membentuk kata adjektif
3.   Membentuk kata kerja pasif
4.   Membentuk kata sendi



Makna
Ayat Contoh
1. Tidak sengaja atau secara tiba-tiba
    Contoh:   terpijak, tersepak, tertikam, terpicit, 
    terbunuh
1. Askar yang sedang beroperasi di dalam hutan
   itu terpijak jerangkap samar.
2. Kassim terbunuh dalam kemalangan jalan
    raya baru-baru ini.
2. Keadaan yang berterusan
    Contoh:   tertanya-tanya, terbayang-bayang,
    teringat-ingat, terfikir-fikir
1. Manisah tertanya-tanya akan maksud kata-
    kata pemuda yang kacak itu.
2. Junaidah terfikir-fikir akan zaman silamnya.
3. Paling
    Contoh:   tercantik, terkecil, termasyhur,
    terindah
1. Tempayan yang terkecil itu dibelinya dengan
    harga yang agak tinggi.
2. Raja yang termasyhur itu telah mangkat.
4. Keupayaan
   Contoh:   terbuang, terangkat, terdaki, 
   terbayar, tercapai
1. Dali tidak terdaki bukit yang tinggi itu.
2. Aminah terangkat kampit beras yang besar
   itu.


INFO BAHASA
Awalan teR- yang digabungkan dengan kata adjektif tidak dapat berfungsi sebagai predikat ayat.
Contoh:
(a)   Hasbi tergemuk di dalam kelasnya. (X)
(b)   Hasbi paling gemuk di dalam kelanya. (√)

Apabila awalan teR- digabungkan pada kata dasar yang suku kata pertamanya berakhir dengan ‘-er-’, huruf r dalam  teR- tidak digugurkan.
Contoh:
        ter- + sergam  = tersergam
        ter- + perlus    = terperlus

Apabiala kata dasar yang bermuladengan huruf r bergabung dengan awalan teR-, satu daripada r akan digugurkan
Contoh:
        ter- + rasa       = terasa
        ter- + rancang = terancang

No comments:

Post a Comment