MORFOLOGI
1. KATA GANTI NAMA
2. KATA ADJEKTIF DENGAN KATA PENGUAT
3. KATA ADJEKTIF TERBITAN
4. KATA KERJA TAK TRANSITIF BERAPITAN
5. KATA KERJA PASIF
SINTAKSIS
1. AYAT BERPOLA FN+FN
2. AYAT BERPOLA FN+FK
a. FN+FKtr
b. FN+FKttr
3. AYAT BERPOLA FN+FA (PERLUASAN AYAT )
4. AYAT SONGSANG
5. AYAT PASIF SUSUNAN SONGSANG
6. AYAT PERINTAH
7. AYAT MAJMUK
8. AYAT TUNGGAL
TABAHASA : NOTA RINGKAS DAN LATIHAN KENDIRI
ANALISIS MORFOLOGI DAN SINTAKSIS 1
(RUJUKAN UTAMA:
1.TATABAHASA DEWAN DAN
2.BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
A. KATA NAMA
1.GOLONGAN KATA NAMA
Kata nama am
Kata nama khas
Kata ganti nama
2. PEMBENTUKAN KATA NAMA
Kata nama tunggal
Kata nama terbitan
Kata nama majmuk
Kata nama ganda
Golongan kata nama
1. Kata nama am merujuk pada
a. Benda: contoh - buku, orang, sekolah, pokok. bumi
b. Perkara: contoh – cuaca, angin, udara, sedutan
c. Konsep: contoh - perpindahan, pembinaan, perbuatan,keadilan,kedamaian
2. Kata nama khas ialah khusus pada sesuatu nama, contoh
orang pangkat
haiwan benda
perbadanan undang-undang
bangsa, bahasa
Huruf pertama setiap kata ditulis dengan huruf besar
Contoh: Puteri Cendera Kesuma
Pusat dalam Komuniti
3. Kata nama khas terbahagi kepada dua;
· Kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia)
· Kata nama khas tak hidup
4. kata ganti nama
Kata ganti nama tunjuk- pengganti kata nama
- menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk
- dua kata ganti nama tunjuk (ini dan itu)
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diri tanya- apa merujuk benda atau perkara
- siapa merujuk orang
- mana merujuk benda atau orang
Kata ganti nama diri orang -
· Kata ganti nama diri orang pertama : saya, aku, beta, hamba, patik, kami, kita
· Kata ganti nama diri orang kedua : anda, engkau, awak, kamu
· Kata ganti nama diri orang ketiga : ia, dia, mereka, nya, baginda, beliau, mereka
Latihan 1:
Berdasarkan cerpen Memori Seorang Tua (Antologi Harga Remaja ); kenal pasti
sekurang-kurangnya lima belas
i. kata nama am
ii. kata nama ganti nama
dan
iii. enam kata nama khas
Pembentukan kata nama
A.KATA NAMA TUNGGAL:
· satu morfem bebas
· kata inti bagi Frasa Nama
Contoh: buku, kereta, wang,perempuan
Satu lagi bentuk kata dalam kategori kata nama tunggal ialah kata akronim
***KATA AKRONIM ialah
Cantuman bahagian-bahagian tertentu daripada serangkaian perkataan.
Cantuman boleh terdiri daripada
· Huruf-huruf daripada rangkaian kata
· Suku-suku kata daripada rangkaian kata
· Bahagian-bahagian daripada perkataan
Ada 4 jenis KATA AKRONIM
1.Cantuman huruf awal perkataan-perkataan
Contoh: ABIM- ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA
USIM-UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
UNITAR- UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK
( cantuman huruf awal mesti membentuk sebutan baru tetapi masih mendukung makna yang sama )
2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan
Contoh: Perhilitan – PerlindunganHidupan Liar dan Taman Negara
MAWAR - Majlis Wanita Johor
3. Cantuman suku kata awal perkataan
Contoh: tadika – taman didikan kanak-kanak
cerpen – cerita pendek
komsas – komponen sastera
4. Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikuti.
Contoh: jentolak – jentera tolak
jalurah - jalan lurah
purata - pukul rata
B. KATA NAMA TERBITAN
Terhasil melalui proses pengimbuhan pada kata dasar
· 4 jenis imbuhan yang boleh digabungkan dengan kata dasar bagi mmenghasil kata nama terbitan
Ø Imbuhan awalan
Ø Imbuhan akhiran
Ø Imbuhan apitan
Ø Imbuhan sisipan
· 5 jenis kata yang menerima imbuhan untuk membentuk KATA NAMA TERBITAN
Ø Kata akar
Ø Kata tunggal
Ø Kata terbitan
Ø Kata majmuk
Ø Rangkaian kata
Kata akar
§ Tawa- tertawa ( awalan ter-... )
§ Mudi – kemudi (awalan ke-... )
Kata tunggal
§ hancur - kehancuran ( apitan ke-.... -an)
§ bina - pembinaan (apitan pem-...-an )
§ renung – renungan (akhiran ...-an)
§ ceramah- penceramah (awalanpen-... )
§ kembung – keembung ( sisipan ....- em.-... )
Kata terbitan
Berangkat - keberangkatan ( apitan ke-....-an)
Berkesan - keberkesanan
Sinambung – kesinambungan
Kata majmuk
Ibu bapa – keibubapaan ( apitan ke-....-an )
Kenal pasti – pengenalpastian (apitan pe-...-an )
Rangkaian kata
Tidak adil - ketidakadilan ( apitan ke-...-an )
Tidak sempurna – ketidaksempurnaan (apitanke-....-an )
Melalui proses pengimbuhan kata nama terbitan boleh terhasil daripada
· Kata kerja: bina – pembinaan
jalan- perjalanan
· Kata adjektif: kasih - kekasih
tua - ketua
muda- pemuda
Latihan 2:
Berdasarkan cerpen Melissa (Antologi Harga Remaja ) ; kenal pasti dan senaraikan 3 kata nama terbitan bagi setiap imbuhan di bawah
Awalan peN-
Awalan pe-
Awalan peR-
Awalan ke-
Awalan juru-
Akhiran –an
Apitan peN-....-an
Apitan pe-...-an
peR-...-an
ke-...-an
C . KATA NAMA MAJMUK
Dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu
Dieja terpisah
Berdiri sebagai satu unit
Ada 3 jenis kata nama majmuk
a. rangkai kata bebas
guru besar | Naib Canselor |
balai raya | Perdana Menteri |
tiga segi tepat | Mejar Jeneral |
b. istilah khusus dalam bidang ilmiah
papan kekunci | medan magnet |
dalam talian | hukum karma |
laman sesawang | analisis sastera |
c. maksud kiasan (banyak terdapat dalam simpulan bahasa )
kaki bangku | ayam tambatan |
ringan tulang | tumbuk rusuk |
ada hati | buku lima |
Terdapat 14 kata nama majmuk yang telah mantap dan ditulis sebagai satu perkataan
antarabangsa , bumiputera, jawatankuasa, kakitangan
kerjasama , warganegara, olahraga , pesuruhjaya
setiausaha , sukarela , suruhanjaya, tandatangan
tangungjawab, matahari
kerjasama , warganegara, olahraga , pesuruhjaya
setiausaha , sukarela , suruhanjaya, tandatangan
tangungjawab, matahari
D. KATA GANDA
Kesemua bentuk kata nama iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan.
Penggandaan penuh
Penggandaan separa
Penggandaan berentak
Penggandaan penuh
ü Kata nama tunggal tanpa imbuhan
v ayat- ayat-ayat
v pahlawan – pahlawan-pahlawan
v wajah -wajah-wajah
ü kata nama tunggal dengan akhiran ...-an
v bayang - bayang-bayangan
v biji -biji-bijian
v sayur -sayur-sayuran
ü kata nama terbitan
v ketua -ketua-ketua
v kementerian- kementerian-kementerian
v pertubuhan –pertubuhan-pertubuhan
ü kata nama majmuk
v kertas kerja -kertas-kertas kerja
v mata pelajaran -mata-mata pelajaran
v buku tulis -buku-buku tulis
Penggandaan separa
- Melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar
- Suku kata pertama bagi perkataan pertama digandakan
- Huruf pertama bagi suku kata pertama ditukar ke huruf ‘e’
v Langit -- lalangit --- lelangit
v Kura -- kukura --- kekura
v Laki -- lalaki --- lelaki
v Pohon -- popohon ---pepohon
Penggandaan berentak
Proses penggandaan kata nama dasar mengikut rentak bunyi
v sayur --- sayur-mayur
v kiuh ---- kuih-muih
v lauk --- lauk-pauk
v kayu ---- kayu-kayan
v gunung ---- gunung-ganang
v suku ---- suku-sakat
v batu ---- batu-batan
v warna ---- warna-warni
v anak --- anak-pinak
v sedu --- sedu-sedan
Latihan 3:
a. Bina satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah yang menunjukkan anda fahan akan makna dan penggunaannya dalam ayat
i. bulan - bulan madu
ii. kaki - kaki ayam
iii. makan – makan hati
b. bina satu ayat bagi setiap kata di bawah yang menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya dalam ayat
i. guru
ii. guru-guru
iii. guru besar
iv. perguruan
v. keguruan
=============================================================
B . FRASA NAMA
( berdasarkan Buku Teks Tingkatan 4 MUKA SURAT 162-163 )
1. KATA INTI bagi Frasa Nama ialah Kata Nama
2. **Frasa Nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih
3. Frasa Nama boleh berfungsi sebagai
subjek atau predikat dalam ayat
objek bagi kata kerja
unsur nama dalam frasa sendi nama
frasa pelengkap dalampredikat
4. Subjek dalam ayat mesti terdiri daripada Frasa Nama
Contoh 1
I. Buku
II. Buku tebal
III. Buku tebal itu
IV. Sebuah buku tebal
@@ FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEK DAN PREDIKAT
BIL | SUBJEK | PREDIKAT |
1 | Solusi | sebuah majalah. |
2 | Majalah Solusi | majalah ilmiah |
3 | Ah Lam | pelukis |
4 | Ah Lam | seorang pelukis |
5 | Ah Lam | seorang pelukis batik |
@@FRASA NAMA SEBAGAI OBJEK DALAM PREDIKAT
BIL | SUBJEK | PREDIKAT (FRASA KERJA ) | |
KATA KERJA | OBJEK (FRASA NAMA) | ||
1 | Ibu | sedang melayari | internet |
2 | Kuhan | membaca | buku cerita |
3 | Keindahan Pantai Cenang | memikat | hati |
4 | Puan Mary | menghias | rumah |
5 | Makcik Aliza | menyapu | sampah |
@@ FRASA NAMA SEBAGAI UNSUR NAMA DALAM
FRASA SENDI NAMA
BIL | SUBJEK | PREDIKAT (FRASA KERJA ) | ||
FRASA KERJA | FRASA KETERANGAN | |||
SENDI NAMA | FRASA NAMA | |||
1 | Soleh Johnsons | berbincang | dengan | Faridah |
2 | Cakera liut itu | ada | pada | Firdaus |
3 | Perkahwinan Zain dan Anne | mendapat restu | daripada | semua ahli keluarga |
4 | Halim | memangkas pokok | dengan | parang |
5 | Melina | Menelefon Benny | dari | Marang. |
@@ FRASA PELENGKAP DALAM PREDIKAT
BIL | SUBJEK | PREDIKAT | |
FRASA KERJA | FRASA NAMA (FRASA PELENGKAP ) | ||
1 | Benny | menjadi | pelayar |
2 | Pengembara itu | berselimutkan | embun |
3 | Dato’ Azrul | ada | ladang kelapa |
C. FRASA NAMA DALAM SUBJEK BOLEHDIAMBIL ALIH OLEH
i. FRASA KERJA
ii. FRASA ADJEKTIF
SUBJEK FRASA KERJA
BIL | SUBJEK | PREDIKAT |
1 | Membasuh | ialah tugas harian saya. |
2 | Berjoging | merupakan amalan yang sihat |
3 | Melukis | menjadi kegemaran Melina |
SUBJEK FRASA ADJEKTIF
BIL | SUBJEK | PREDIKAT |
1 | Kasih sayang | sifat yang perlu ada padadiri seorang ibu |
2 | Bijak | ialah satu kurniaan Tuhan |
3 | Biru laut | warna kesukaan Salmah |
LATIHAN 1: MENGENAL PASTI
a. FRASA NAMA
b. FUNGSI FRASA NAMA DALAM AYAT
Maniam seorang bapa yang baik. Dia berkahwin dengan Malini. Maniam mempunyai seorang anak bernama Ramakrisynen tetapi tidak pernah bertemu dengan anaknya itu. .Semasa pendudukan Jepun di negara kita, Maniam ditangkap oleh polis. Dia disyaki oleh penjajah Jepun menjadi tali barut kepada orang Inggeris. Semasa disoal siasat, Maniam menceritakan sejarah hidupnya kepada Inspektor Rama. Tiba-tiba Inspektor Rama menangis. Inspektor Rama memberitahu Maniam bahawa dia ialah Ramakrisynen yang diceritakan oleh Maniam. Inspektor Rama terus sujud di kaki Maniam. Semua orang yang ada di situ menangis melihat kejadian yang tidak disangka-sangka itu.
LATIHAN 2: MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN FRASA NAMA
I. Frasa Nama sebagai subjek
i. kabus: Kabus di Cameron Hihglands amat tebal.
ii. Bukit Fraser:
iii. Penyakit Sindrom Down:
iv. Kapal layar :
II. Frasa Nama sebagai predikat
i. pengusaha pusat penyembelihan kambing: Soleh Johnson ialah pengusaha pusat
penyembelihan kambing
ii. adik Faridah:
iii. Mejar(B) Kamaruddin:
iv. Bukit Kutu:
III. Frasa Nama sebagai unsur bagi kata sendi nama
i. Lembah Klau : Fuad berkereta dari Kuala Terengganu ke Lembah Klau.
ii. Farhana:
iii. Kampung Danau Seberang:
iv. penduduk Sungai Ruan:
IV. Frasa Nama sebagai objek: (Ayat Aktif Transitif )
i. Hisyam : Melisa menyayangi Hisyam
ii. Pahlawan Buntung :
iii. Pak Itam menganjurkan:
iv. Indera Nata menunggang :
V. Frasa Nama sebagai pelengkap (Ayat Aktif Tak Transitif )
Isteri: Anne menjadi isteri Zain
Lengan: Mak Salmah tidur berbantalkanlengan.
ada cita-cita:
bertatahkan emas permata:
bertilamkan rumput:
ANALISIS MORFOLOGI DAN SINTAKSIS 2
A. KATA KERJA
1. PENGGOLONGAN KATA KERJA
i. KATA KERJA TAK TRANSITIF
ii. KATA KERJA TRANSITIF
2. PEMBENTUKAN KATA KERJA
i. KATA KERJA TUNGGAL
ii. KATA KERJA TERBITAN
iii. KATA KERJA GANDA
iv. KATA KERJA MAJMUK
PENGGOLONGAN KATA KERJA
i. Kata Kerja Tak Transitif
-tidak memerlukan objek
-dibahagikan kepada dua jenis
§ Berpelengkap
§ Tanpa pelengkap
Perkataan selepas kata kerja berfungsi sebagai pelengkap
Ayat yang terbentuk menggunakan KKTTr dinamakan
AYAT AKTIF TAK TRANSITIF
**KATA KERJA AKTIF TAK TANSITIF (kkttr) tanpa pelengkap
-Kata kerja ini boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan kata atau frasa untuk melengkapkan makna ayat.
- kkttr tidak mempunyai objek seperti kata kerja transitif
- kkttr tidak boleh dipasifkan.
contoh kkttr tanpa pelengkap
menyanyi berlalu
bersembahyang pulang
berdoa bergurau
bangun berdiri
menangis berjalan
pergi tercengang
duduk kembali
hinggap tumbuh
runtuh memberontak
Contoh ayat
a. Semua pelajar sedang bersembahyang.
b. Semua orang sudah bangun.
c. Adik menangis.
d. Tamadun purba itu telah runtuh
***KATA KERJA AKTIF TAK TANSITIF (kkttr) berpelengkap
- Kata kerja yang mesti iikuti oleh pelengkap bagi menyempurnakan ayat.
- Ayat menjadi tergantung jika tiada pelengkap
- Pelengkap bukan merupakan objek yang mengikuti kata kerja transitif
- Ayat Aktif Tak Transitif dengan pelengkap tidak boleh dipasifkan
Contoh kkttr berpelengkap
beransur berbuat
tinggal berselimutkan
menjadi berbantalkan
berumah beralaskan
Contoh ayat
i. Hari sudah beransur petang.
ii. Abdullah tidak berbuat salah.
iii. Bapa sedang beransur pulih.
iv. Seman menjadi menantu Mat Ranggi.
v. Semua peserta perkhemahan tidurberselimutkan kanvas .
vi. Maniam berbantalkan lengan.
vii. Pendatang tanpa izin telah berumah di bangunan lama itu.
viii. Pak Ismail duduk beralaskan tikar mengkuang.
PERKATAAN YANG DIGELAPKAN IALAH kkttr berpelengkap
CUBA GUGURKAN PERKATAAN /FRASA SELEPAS kkttr
Jawapan: Ayat akan menjadi tidak sempurna dan tergantung.
UNSUR PELENGKAP BAGI kkttr berpelengkap
i. Frasa Nama/kata nama
a. Gayah menjadi isteri Seman.
b. Pak Ismail ada kebun jagung.
c. Farhana berbaring berbantalkanlengan.
d. Cikgu Zamani berhujah bersandarkan pendapatnya sahaja.
ii. Frasa Adjektif/Kata Adjektif
a. Penyakit Mariana beransurpulih.
b. Keadaan masyarakat di Changkat Janggus semakintegang.
c. Hubungan penduduk Kampung Changkat Janggus bertambahkukuh.
d. Mak Bedah tinggal miskin.
iii. Frasa Sendi Nama
a. Semua kaum keluarga berada di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur.
b. Robert Lim singgah di rumah Pak Ismail .
c. Kereta Fuad membelok ke kanan .
d. Farhana telahpun bertolak dari Kuala Terengganu.
LATIHAN 1:
Bina satu ayat menggunakan kata kerja di bawah kemudian kenal pasti penggolongan kata kerja tersebut.
i. naik
ii. berbuat
iii. menetap
iv. tertinggal
v. senyum
vi. bersandar
LATIHAN 2
Kenal pasti
i. kkttr berpelengkap dan kkttr tanpa pelengkap dalam ayat-ayat di bawah
ii. bina satu ayat lain bagi setiap kata kerja tersebut.
Setelah Fuad berfikir panjang, dia menerima tawaran Cikgu Abas. Keesokan harinya Fuad ke Sekolah Menengah Seri Setia untuk melaporkan diri. Di kantin sekolah Fuad diperkenalkan oleh Cikgu Abas kepada Farhana iaitu Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Sejak itu, Fuad dan Farhana sering berbincang tentang program untukmemantapkan penguasaan Bahasa Inggeris para pelajar.
Fuad telah memohon cuti daripada pihak sekolah. Fuad mahu pulang ke kampungnya di Sungai Ruan. Sebelum bertolak ke Sungai Ruan, Fuad singgah di pasar Kuala Terengganu. Dia mahu membeli cenderamata untuk adik-adik sepupunya. Di sana, Fuad terlihat kelibat Farhana sedang bertanya dari sebuah kaunter bas ke sebuah kaunter bas yang lain. Malangnya semua tiket bas sudah habis dijual. Fuad mempelawa Farhana menaiki keretanya kerana mereka akan melalui laluan yang sama.
Keluarga Fuad yang tinggal di Sungai Ruan amat gembira dengan kepulangannya.
Di situ, Fuad meluahkan perasaannya untuk mencari ibu kandungnya. Keinginannya bertambah kuat apabila Pak Said bersetuju untuk menenaminya ke Lembah Klau iaitu kampung halaman ibunya. Mereka bertemu dengan Pak Ngah Lias.
_________________________________________________________________________
**** KATA KERJA TRANSITIF (kktr)
-kata kerja yang mengandungi objek
-objek bagi kktr ialah kata nama/frasa nama
-objek diperlukan untuk melengkapkan makna ayat
-ketiadaan objek menyebabkan ayat tidak lengkap/ ayat tergantung.
Kktr dibahagikan kepada dua jenis
i. kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif-kata kerja transitif aktif
ii. kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif –kata kerja transitif pasif
i. Kata Kerja Yang Berfungsi Dalam Ayat Aktif- kata kerja transitif aktif
kata kerja ini menerima imbuhan
· awalan meN-...
· apitan meN-...-i
· apitan meN-...-kan
ii. . Kata Kerja Yang Berfungsi Dalam Ayat Pasif – kata kerja transitif pasif
Ø kata kerja transitif pasif terhasil daripada perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif
Ø kata kerja ini menerima imbuhan
i. awalan di-...
contoh: Senaman dilakukan oleh pelajar-pelajar itu.
ii. apitan di-...-i
Contoh: Pak Itam dikenali oleh semua penduduk desa.
iii. apitan di-...-kan
Contoh: Robert Lim dipertemukan oleh Fuad dengan ibunya, Mariana.
iv. awalan ber-...
Contoh: Pertanyaan Cikgu Abas belumberjawab.
v. awalan ter-...
Yew Seng tertangkap oleh polis.
vi. akhiran -...kan
Keputusan Raja-raja Melayu, akan betaserahkan kepada wakil kerajaan British .
vii. akhiran -... i
Keberanian pahlawan Buntung aku kagumi.
atau
kekal sebagai kata kerja tanpa imbuhan
contoh:
Buku itu saya baca.
LATIHAN 1
Bina satu ayat menggunakan kktr di bawah
i. menganugerahkan
ii. membawa
iii. melibatkan
iv. diserahkan
v. belikan
vi. jemur
LATIHAN 2:
Kategorikan KATA KERJA TRANSITIF DALAM AYAT-AYAT DI BAWAH
i. Sajak Dirgahayu Bahasaku dihasilkan oleh Ahmad Sarju.
ii. Sajak ini membicarakan isu kedudukan bahasa kebangsaan di negara kita.
iii. Bahasa kebangsaan pernah digunakan sebagai bahasa antarabangsa semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu.
iv. Kita tidak boleh memandang rendah kedudukan bahasa kebangsaan di negara ini.
v. Bahasa kebangsaan seharusnya dimartabatkan oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa ilmu.
vi. Saya sayang bahasa kebangsaan saya.
LATIHAN 2:
Kenal pasti kktr aktif dan kktr pasif dalam ayat-ayat di bawah
Cerpen Ibu dan Ceper ialah hasil nukilan Dato’ Shahnon Ahmad. Cerpen yang bertemakan kegigihan seorang ibu yang bekerja kuat semasa mudanya. Kekuatansemangat ibu disamakan oleh penulis dengan kederasan aliran air Sungai Ceper yang mengalir di kampung mereka. Ibu menggunakan kudrat dua tangan dan kaki untuk mengerjakan sawah bagi menyara kehidupan keluarga. Penulis menekankan persoalan tanggungjawab ketua keluarga .Selain itu masalah tentang pencemaran alam juga didedahkan oleh penulis. Kelesuan aliran Sungai Ceper diibaratkan oleh penulis seperti keadaan ibu yang semakin uzur dan sering sakit.
Tenaga ibu semakin berkurang seiring dengan usianya yang semakin tua. Begitu juga Sungai Ceper yang semakin lesu dan kotor . Ibu dan Sungai Ceper digambarkan oleh penulis, sudah melalui perjalanan hidup yang sangat panjang . Kedua-duanya sudah tua dan tidak produktif lagi.
___________________________________________________________________
ANALISIS MORFOLOGI DAN SINTAKSIS 3
1. KATA ADJEKTIF
- Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat
- Unsur inti bagi Frasa Adjektif
- Kata adjektif boleh didahului/diikuti oleh kata penguat.
· Indera Jenaka sangat takut .-didahului oleh kata penguat
· Raja Kecil baik sungguh - diikuti oleh kata penguat
2. Jenis –jenis kata adjektif
· Kata adjektif sifatan/keadaan
· Kata adjektif warna
· Kata adjektif ukuran
· Kata adjektif bentuk
· Kata adjektif waktu
· Kata adjektif jarak
· Kata adjektif cara
· Kata adjektif perasaan
· Kata adjektif pancaindera
3. PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF
Kata adjektif tungal
Kata adjektif terbitan
Kata adjektif ganda
Kata adjektif majmuk
PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF
· Kata adjektif tunggal: kuning, terang, pendek, masin
· Kata adjektif terbitan: terkecil, terpanjang, tercantik,terdekat ( awalan ter-.... )
sebesar, sepandai, seindah, seburuk(awalan se-... )
kebaratan, kemelayuan, kecinaan ( apitan ke-... –an )
gemuruh, gemilang,semerbak ( sisipan –em )
selerak, gelembung, kelebak ( sisipan –el)
kerlip, gerodak ( sisipan –er )
· Kata adjektif ganda: kecil-kecil, pedas-pedas ( ganda penuh )
Kekuning-kuningan, kecina-cinaan,( apitan ke-...-an )
Besar-besaran, kecil-kecilan, belas-belasan(akhiran –an)
Porak-peranda, simpang-siur ( ganda berentak)
· Kata adjektif majmuk:
Ø Kata yang terhasil daripada proses yang merangkaikan kata adjektif dasar
Ø Dieja terpisah
Ø Membawa makna tertentu
Ø
contoh
Kuning langsat: Baju berwarna kuning langsat amat sesuai dengan ibu.
Muda remaja : Kaum muda remaja gemar terlalu gemar akan hiburan.
Panjang tangan: Sifat Suppiah yang panjang tangan akhirnya memakan dirinya sendiri.
Latihan 1
a. Kenal pasti dan kategorikan kata adjektif yang terdapat dalam cerpen Biarkan Samudera (Antologi Harga Remaja )
LATIHAN ULANG KAJI BAGI PELAJAR TINGKATAN 5
STRUKTUR BINAAN AYAT
(MUKA SURAT 208-209 BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4)
B.LATIHAN MENGENAL PASTI FRASA DAN KLAUSA
BIL | AYAT | FRASA (jenis frasa) | KLAUSA |
1 | Baju sudah bergosok. | ||
2 | Adik membatalkan puasanya keranaadik tersangat lapar. | ||
3 | Saya tidak hadir kerana saya demam | ||
4 | Ah Meng dan Ah Chongsedang belajar. | ||
5 | Saya sakit perut. | ||
6 | Jalan ke sekolah ditutup kerana dinaiki air banjir. | ||
7 | Semua soalan disediakan olehUnit Peperiksaan Sekolah ini. | ||
9 | Semua manusiadituntut agama agar bermaaf-maafan sesame mereka. | ||
10. | Bangunan lama sekolah inimasih digunakan walaupun sudah ada bangunan baru. | ||
11. | Rakyat Malaysia amat mementingkan cara hidup yang harmoni. | ||
12. | Pengajaran yang berkesan memerlukan alat bantu mengajar yang baik. | ||
13 | Membacakegemaran saya | ||
14 | Aktiviti berkhemah amat digemari oleh pelajar-pelajar sekolah ini. | ||
15 | Fikirannya berkecamukkerana peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi. | ||
16 | Para guru sedang bertungkus lumusmenyelesaikan sukatan pelajaran kerana peperiksaan hampir tiba. |
( KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 .... SELAMAT MENCUBA )
Teliti ayat-ayat di bawah kemudian klasifikasikan mengikut frasa-frasa berikut iaitu
I. FRASA NAMA
II. FARSA KERJA
III. FRASA ADJEKTIF
IV. FRASA SENDI NAMA
1. Ketika sampai di sekolah, saya terus menuju ke kelas untuk memulakan tugas membersihkan kelas.
2. Warna merah ialah warna kesukaan saya.
3. Penghijrahan Melina ke Dubai diuruskan oleh bapa saudara suaminya iaitu Jaafar An-Anbia
4. Kari yang dimakan Faridah sangat pedas.
5. Mejar Kamaruddin ke Bukit Kutu untuk mencari anaknya.
6. Faridah ditemui oleh penduduk Sungai Dua.
7. Panglima Garang ialah ketua orang-orang Melayu dan pelombong Cina di Sungai Kubu .
__________________________________________________________________________
PENGETAHUAN TATABAHASA DAN KEMAHIRAN BERBAHASA
A. LATIHAN ULANGAN
AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN
( BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 : MUKA SURAT 215 DAN 216 )
Baca dan teliti ayat-ayat di bawah dan
i. kenal pasti ayat-ayat dasar yang membentuk ayat-ayat terbitan
ii. nyatakan Pola Ayat Dasar bagi ayat-ayat tersebut
1. Ali sedang membaca buku apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat di luar rumahnya.
2. Mei Ling dan Aminah akan menyertai pertandingan perbahasan sempena Hari Patriotik .
3. Gopal yang sentiasa berpakaian kemas sering dipuji oleh guru-guru sekolahnya.
4. Saya tidak hadir ke sekolah kerana demam.
5. Membaca merupakan amalan murni.
6. Pembinaan bangunan tambahan sekolah telah disiapkan pada hujung tahun 2009.
7. Para pelajar sekolah ini mesti memakai uniform kokurikulum pada setiap hari Rabu.
8. Kelas bimbingan bahasa Melayu akan dimulakan oleh guru selepas perayaan Tahun Baru Cina.
9. Memantau aktiviti warga sekolah ,pengetua pada setiap hari.
10. Ke rumah nenek kami pada setiap hujung bulan.
Panduan
1. Ayat Dasar ialah ayat tunggal. .
2. Ayat tunggal yang panjang tidak dianggap ayat dasar kerana telah mengalami perluasan.
3. Ayat Dasar mempunyai hanya satu subjek dan satu predikat
4. Ayat Dasar mempunyai susunan ayat biasa iaitu subjek di hadapan dan diikuti oleh predikat
5. Ayat Dasar ialah ayat aktif susunanbiasa dan AYAT PENYATA.
6. Bagi AYAT MAJMUK : cerakinkan ayatmenjadi AYAT TUNGGAL
7. Bagi AYAT PASIF : tukarkan ayat menjadi AYAT AKTIF
8. bagi AYAT SONGSANG : susunkan ayat menjadi AYAT SUSUNAN BIASA
9. AYAT SOAL /AYAT TANYA bukan AYAT DASAR
Ada 4 jenis POLA AYAT
1. FN+FN (FRASA NAMA+FRASA NAMA )
2. FN+FK (FRASA NAMA+FRASA KERJA)
3. FN+FA (FRASA NAMA+FRASA ADJEKTIF)
4. FN+FS (FRASA NAMA+ FRASA SENDI NAMA)
PERIBAHASA
1.Bina satu ayat dengan peribahasa di bawah yang menunjukkan anda faham akan makna peribahasa tersebut
1. Adu tenaga-
mempertandingkan kekuatan
2. Adu nasib -
mencuba untung
3. Alah sabung menang sorak-
biarpun kalah namun masih cakap besar
4. Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan,ke hutan juga perginya
Orang dagang, bagaimana senag di negeri orang, ingat juga akan negerinya sendiri.
5. Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan
Orang yang menderita kesusahan di tempat yang mewah.
2.
BIL | PERIBAHASA | MAKSUD |
BERANI | ||
1. | Berani lalat | Berani di belakang lawan (kalau berhadapan ,takut) |
2. | Berani malu, takut mati | Pengecut |
3. | Berani pegang berani tanggung | Tiap-tiap yang dicakapkan akan berani pula dikerjakan |
4. | Berani udang | Tidak tetap hati |
BESI | ||
1. | Besi baik tiada berkarat | Perbuatan baik tetap terpuji selamanya (tidak dilupakan) |
2. | Asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk ( nota; penduk ialah salutan emas atau perak pada sarung keris ) | Asal atau darjat seseorang ditentukan pada tingkah lakunya. |
3. | Dahulu parang sekarang besi | Dahulu sayang sekarang benci |
4. | Memegang besi panas | Berbuat sesuatu pekerjaan yang tidak tetap ( dengan perasaan khuatir atau takut) |
5. | Sedencing bagai besi, seciap bagai ayam | Mengerjakan sesuatu bersama-sama |
No comments:
Post a Comment