A. AYAT AKTIF:
i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)
ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’.
iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat)
B. AYAT PASIF:
i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.
Contoh :
i. Ikan itu dipancing oleh Ali.
ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)
C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.
1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.
Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya.
2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut.
3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doktor yang berkaca mata tebal itu.
4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.
Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.
5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.
Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.
D. LATIHAN1
Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.
1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.
________________________________________________________________________________
2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.
________________________________________________________________________________
3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
________________________________________________________________________________
4. Julia menjahit baju kurung itu.
________________________________________________________________________________
5. Encik Hisham menyerahkan cek itu kepada setiausahanya.
________________________________________________________________________________
E. LATIHAN 2
Tentukan sama ada ayat-ayat dibawah ini ayat aktif atau pasif.
- Kakak sedang menggoreng ayam di dapur. ______________
- Beberapa orang pelajar ditangkap oleh pihak polis pagi tadi. ______________
- Mira sedang menangis. ______________
- Setiap hari Kamarul akan memanjat pokok kelapa di hadapan rumahnya. ______________
- Cheen How gemar menyanyikan lagu-lagu Leon Lai. ______________
- Novel ’Merentas Badai’ itu ditulis oleh Nadirah ketika berusia 16 tahun. ______________
- Jam dinding itu telah saya baiki. ______________
- Rumah teres itu dibeli oleh ayah untuk kakak sempena hari jadinya. ______________
- Zairil menendang bola itu ke arah pintu gol lawan. ______________
- Buku rujukan itu dibeli oleh Zakuan, Asri, dan Aidil semalam. ______________
Alhamdulillah, sangat membantu TK,semoga Allah membalasnya
ReplyDeleteIzikan saya menggunakan nota-nota cikgu untuk panduan saya mengajar bahasa Melayu menggunakan bahasa Jepun.
ReplyDelete