Thursday, 4 August 2011

NOTA IMBUHAN - TIPS UNTUK SEMUA JENIS IMBUHAN (BAHAGIAN 1)

IMBUHAN
Imbuhan dikenali sebagai penambahan juga. Imbuhan-imbuhan ini ditambah kepada kata dasar untuk menghasilkan kata terbitan (kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata keterangan, dan kata bilangan).
Imbuhan dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti yang berikut:

Imbuhan
Penerangan
Contoh
awalan
Imbuhan yang diletakkan di hadapan kata dasar
beR-, di-, ke-, meN-, peN-, pe-peR-, se-, teR-
awalan rangkap
Imbuhan rangkap yang diletakkan di hadapan kata dasar
dipeR-, mempeR-
akhiran
Imbuhan yang diletakkan di belakang kata dasar
-an, -i, -kan
apitan
Imbuhan yang diletakkan serentak, iaitu di hadapan dan di belakang kata dasar
beR-…-an, beR-…-kan,
ke-…-an, meN-…-i,
meN-…-kan, mempeR-…-i, mempeR-…-kan, peN-…-an, pe-…-an, peR-...-kan
sisipan
Imbuhan yang diletakkan di tengah-tengah kata dasar
-el-, -em-, -er-


Imbuhan Awalan

Awalan beR- (be-, bel-, ber-)
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja tak transitif daripada kata-kata lain.

Makna
Ayat Contoh
1. Melakukan perbuatan
Contoh:   berbual, bertumbuk, berjoging, berlari, berlakon
1. Setiap hari Azim berjalan kaki ke sekolah
2. Amin berbasikal ke pantai.
2. Perbuatan berlaku kepada diri sendiri
Contoh:   bersikat, bersolek, berhias, berdandan, bergincu
1. Kartini sedang bersikat di dalam biliknya.
2. Puan Zakiah tidak pandai bersolek.
3. Perbuatan berbalas-balas
Contoh:   bergaduh, bertengkar, bergelut
1. Anak-anak kecil itu bergaduh kerana berebut pistol mainan.
2. Kedua-dua orang pemuda itu suka bergusti.
4. Keadaan telah sedia berlaku
Contoh:   berjahit, bercat, bergam, bertampal, berikat
1. Papan lantai bilik itu sudah berketam.
2. Pintu bilik bacaan itu telah berkunci.
5. Memiliki
Contoh:   beranak, berumah, beristeri, berpejabat, berjanggut
1. Kucing betina itu beranak empat.
2. Wanita muda itu masih belum bersuami.
6. Memakai
Contoh:   berbaju, berseluar, berkasut, berselipar, berselendang
1. Pengemis itu berseluar pendek sahaja.
2. Kamal berjam tangan baru hari ini.









INFO BAHASA
Awalan beR- akan bertukar menjadi awalan ‘be’ apabila digabungkan dengan kata dasar yang ejaannya bermula dengan huruf ‘r’.
Contoh:
ber + rambut = berambut
ber + rakit     = berakit
Awalan beR- akan bertukar menjadi awalaan ‘bel’ apabila digabungkan dengan kata ‘ajar’.
Contoh:
ber + ajar   = belajar

Apabila awalan ber- digabungkan pada kata dasar yang suku kata pertamanya berakhir dengan huruf ‘-er-”, hurf r dalam ber- tidak digugurkan.
Contoh:
ber + derma = beederma
ber + serta   = berserta
 Walau bahagimanapun, bagi kata dasar ‘kerja’ yang menerima awalan ber-, huru r dalam ber- digugurkan, iaitu ber- + kerja = bekerja. Bentuk ini dianggap kecualian.

3 comments: