· Awalan meN- menjadi awalan me- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf l, m, n, ng, ny, r, w, dan y. Huruf awal pada kata dasar yang bermula dengan huruf k, p, s, dan t akan berubah.
Contoh:
meN- + masak ® memasak meN- + yakin ® meyakin(kan)
meN- + naik ® menaik meN- + korek ® mengorek
meN- + nganga ® menganga meN- + pukul ® memukul
meN- + nyanyi ® menyanyi meN- + sapu ® menyapu
meN- + rawat ® merawat meN- + tarik ® menarik
· Awalan meN- menjadi awalan mem- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf b, kata pinjaman yang bermula dengan huruf f, p, dan v, serta gugusan konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.
Contoh:
meN- + beri ® memberi meN- + pamer ® mempamer(kan)
meN- + bilas ® membilas meN- + veto ® memveto
meN- + boros ® memboros meN- + brek ® memukul
meN- + buka ® membuka meN- + plaster ® memplaster
· Awalan meN- menjadi awalan men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z, kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s, serta gugusan konsonan yang bermula dengan huruf t dan s.
Contoh:
meN- + cari ® mencari meN- + zarah ® menzarah
meN- + dapat ® mendapat meN- + taksir ® mentaksir
meN- + jadi ® menjadi meN- + tradisi ® mentradisi
meN- + syelek ® mensyelek meN- + swasta ® menswasta(kan)
· Awalan meN- menjadi awalan meng- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf g, h, gh, kh, a, e, i, o, dan u serta kata pinjaman yang bermula dengan huruf k.
meN- + gali ® menggali meN- + elak ® mengelak
meN- + hantar ® menghantar meN- + ikut ® mengikut
meN- + ghaib ® mengghaib(kan) meN- + olah ® mengolah
meN- + khusus ® mengkhusus meN- + ukur ® mengukur
meN- + atur ® mengatur meN- + kritik ® mengkritik
· Awalan meN- menjadi awalan menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja.
meN- + bom ® mengebom meN- + lap ® mengelap
meN- + cat ® mengecat meN- + pos ® mengepos
No comments:
Post a Comment