Awalan ‘se-’
Penggunaan: Membentuk kata sendi, kata hubung, kata bilangan dan penjodoh bilangan.
Makna | Ayat Contoh |
1. Satu Contoh: sebuah, sebiji, seekor, seorang, sebatang | 1. Ayah ke laut bebekalkan sebuku roti dan sebotol air. 2. Adik memakai sepasang anting-anting berlian. |
2. Sama Contoh: sebangsa, seagama, setaraf, sepadan | 1. Pasangan mempelai itu tidak sepadan. 2. Mereka berdua seagama. |
3. Sama-sama Contoh: senegeri, seasrama, sekampung, serumah | 1. Karim dan Abu tinggal serumah. 2. Pelajar-pelajar lelaki itu tinggal seasrama. |
4. Seluruh Contoh: sekeluarga, se-Malaysia, sedunia | 1. Masyarakat sedunia menangisi kematian mengejut negarawan yang mashyur itu. 2. Mereka sekeluarga ke Morib untuk berkelah. |
5. Sama dengan Contoh: seberat, segemuk, secantik, sekaya | 1. Latif tidak setinggi Busu. 2. Ramlah tidak segemuk Siti. |
6. Masa/waktu Contoh: setelah, sebelum, sesudah | 1. Sesudah dikukur, kelapa itu perlu diperah untuk mendapatkan santannya. 2. Setelah selesai makan minum mereka pun pulang ke asrama. |
INFO BAHASA
Awalan se- yang digabungkan dengan kata adjektif menyatakan makna sama dengan. Oleh itu, dalam binaan ayat, kata sendi tidak boleh digunakan selepas kata adjektif yang berimbuhan se-.
Contoh:
(a) Rahman tidak sekacak dengan abangnya. (X)
(b) Rahman tidak sekacak abangnya. (√)
Awalan ‘teR-’ (ter-, te-)
Penggunaan:
1. Membentuk kata kerja tak transitif
2. Membentuk kata adjektif
3. Membentuk kata kerja pasif
4. Membentuk kata sendi
Makna | Ayat Contoh |
1. Tidak sengaja atau secara tiba-tiba Contoh: terpijak, tersepak, tertikam, terpicit, terbunuh | 1. Askar yang sedang beroperasi di dalam hutan itu terpijak jerangkap samar. 2. Kassim terbunuh dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini. |
2. Keadaan yang berterusan Contoh: tertanya-tanya, terbayang-bayang, teringat-ingat, terfikir-fikir | 1. Manisah tertanya-tanya akan maksud kata- kata pemuda yang kacak itu. 2. Junaidah terfikir-fikir akan zaman silamnya. |
3. Paling Contoh: tercantik, terkecil, termasyhur, terindah | 1. Tempayan yang terkecil itu dibelinya dengan harga yang agak tinggi. 2. Raja yang termasyhur itu telah mangkat. |
4. Keupayaan Contoh: terbuang, terangkat, terdaki, terbayar, tercapai | 1. Dali tidak terdaki bukit yang tinggi itu. 2. Aminah terangkat kampit beras yang besar itu. |
INFO BAHASA
Awalan teR- yang digabungkan dengan kata adjektif tidak dapat berfungsi sebagai predikat ayat.
Contoh:
(a) Hasbi tergemuk di dalam kelasnya. (X)
(b) Hasbi paling gemuk di dalam kelanya. (√)
Apabila awalan teR- digabungkan pada kata dasar yang suku kata pertamanya berakhir dengan ‘-er-’, huruf r dalam teR- tidak digugurkan.
Contoh:
ter- + sergam = tersergam
ter- + perlus = terperlus
Apabiala kata dasar yang bermuladengan huruf r bergabung dengan awalan teR-, satu daripada r akan digugurkan
Contoh:
ter- + rasa = terasa
ter- + rancang = terancang
No comments:
Post a Comment