Tema
Cerita ini mengemukakan tema kelebihan dan kesaktian yang dimiliki Awang sulung Merah Muda dan kemampuannya menghadapi pelbagai rintangan sepanjang pelayaran ke Tanah Jawa.
Persoalan
a) keistimewaan luar biasa yang dimiki oleh Awang Sulung Merah Muda. Contohnya, beliau tidak perlu memegang kemudi semasa belayar, dapat menenangkan air laut yang bergelora dan menukarkan air masin menjadi air manis.
b) Dugaan semasa pelayaran. Contohnya, geliung diserang oleh lanun di Pulau Salah Nama serta air laut yang bergelora.
c) Percintaan yang tidak mengenal paras rupa. Contohnya, Puteri Dayang Seri Jawa yang jatuh hati kepada Awang Sulung yang comot dan hitam.
d) Pembohongan yang bertujuan untuk mendapat ganjaran dan pujian. Contohnya, Jurumudi yang mengatakan bahawa dialah yang menyelamatkan geliung daripada lanun kerana dia ingin mengahwini tuan puteri.
e) Tindakan raja yang terburu-buru membuat keputusan tanpa menyelidik kebenarannya. Contohnya, Tuan Nakhoda Tua yang mempercayai kata-kata Jurumudi yang sebenarnya berbohong.
Watak dan Perwatakkan
Awang Sulung Merah Muda.
a) anakanda kepada Tuanku Si Helang.
b) Memiliki pelbagai kesaktian. Baginda dapat menenagkan air laut yang bergelora, tidak perlu memegang kemudi semasa berlayar.
c) merendah diri. Baginda tidak menunjuk-nunjuk kesaktian dan kelebihan yang dimilikinya.
d) Pandai berpantun.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
a) tegas dalam menegakkan kebenaran apabila menyanggah pendapat ayahandanya yang terpengaruh oleh tipu daya jurumudi.
Jurumudi.
a) Pandai menipu dengan mendakwa bahawa dialah yang menyelamatkan geliung daripada amukan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan serangan lanun.
b) Berasa iri hati terhadap Awang Sulung yang mendapat perhatian Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
c) Pengecut apabila lari lintang pukang menyelamatkan diri daripada serangan lanun.
Tuanku Nakhoda Tua.
a) mudah percaya akan percakapan orang. Contohnya mudah mempercayai kata-kata Jurumudi yang pembohong.
b) Seorang yang menepati janji. Baginda mengahwinkan sesiapa yang dapat menyelamatkan pelayaran dengan puterinya.
Nilai
• Nilai berani. Contohnya, Awang Sulung berani menentang lanun semasa dalam pelayarannya.
• Nilai merendah diri. Contohnya Awang Sulung yang berketurunan baik-baik sanggup menyamar sebagai budak hitam yang layak menjadi penunggu reban dan penghalau ayam sahaja.
• Nilai rasional. Contohnya, Tuan Nakhoda Tua yang sanggup menerima pandangan anakandanya agar tidak terpengaruh lagi oleh kata-kata jurumudi.
• Ketabahan. Awang sulung tabah mengharunggi pelbagai dugaan semasa pelayaran dari Negeri Bandar Mengkalih ke Semarang , Tanah Jawa.
• Taat. Contohnya, lanun-lanun tidak menyerang geliung kerana mendapati raja mereka, Awang sulung berada di atas kapal.
Pengajaran
a) kita hendaklah berani menghadapi rintangan.
b) Kita hendaklah sanggup menerima kebenaran dan tidak mudah diperdayakan.
c) Kita hendaklah bercakap benar.
terima kasih cikgu atas bimbingan...
ReplyDeleteApa ni ? dimiki ? baik takpayah jadi cikgu . masuk tadika baliklah . belajar abcde balik . dah pandai baru buat blog
ReplyDeleteawak ni memang kurang ajar , tapi baguss xD
Deleteselagi cikgu ini tidak mengampunkan awak... jika ditakdirkan awak mati, awak akan ke neraka... kerana hal secekil ini.. pelajar zaman sekarang yang tidak tahu hormat orang dewasa. Ilmu yang awak ambil dari blog ini juga tidak berkat dan tidak halal untuk awak.. nauzubillahiminzalik...
Delete'Apa ni ?' ....bukan "apa ini?' ke ?? ......
DeleteSetiap manusia ada kesilapan ~
ReplyDeleteMemanglah, siapa cakap takda , haiwan pun ada kesilapan . lintas tengah jalan tak pandang kiri kanan . tu kesilapan dia . belum kesilapan manusia . masuk tadika baliklah woi .
Deletekesilapan menaip artikel itu adalah biasa. tersalah eja. tetapi kesilapan itu bukan dengan makhluk hidup. tidak berdosa juga disisi Allah. tetapi, andai kamu dapat sedar dari kesilapan keceluparan mulut kamu, alangkah baiknya. semoga mendapat hidayah. Teruskan berusaha berkongsi lebih banyak bahan2 cikgu. Ramai lagi para pelajar yang ingin mendapatkan maklumat dari blog cikgu!! Terima kasih.
DeleteSaya minta maaf Zurain Hartasha ,sekali saya minta maaf ikhlas drpada Anonymous sekeluarga . Jemput dtg beraya di rumah , Madrid , Spain . bawak lemang sekali xD.
ReplyDeletetq krn sumbangan yg tidak terhingga...smuga allah membalas usaha anda dengan yg lebih baik...dunia akhirat...abaikan la mana yg xde adab tu...
ReplyDelete