Awalan ‘peN-‘ (pe-, pem-, pen-, pel-, peng-, penge-)
Penggunaan: Membentuk kata nama daripada kata kerja ataupun daripada kata adjektif.
Makna | Ayat Contoh |
1. Orang yang melakukan perbuatan Contoh: pelakon, pencuri, penapis, pemain | 1. Pemain bola sepak itu kelihatan lincah sekali apabila beraksi di padang. 2. Pelakon drama itu dapat membawakan watak yang dilakonnya itu dengan baik sekali. |
2. Sifat/tabiat Contoh: periang, pemalas, penakut, pemalu | 1. Abang Moin seorang yang penakut. 2. Si pemalas itu menghabiskan masanya dengan tidur dan berkhayal. |
3. Orang yang suka melakukan sesuatu perbuatan Contoh: peminum, pemabuk, pendiam, penidur | 1. Orang tua yang peminum itu jarang bertegur sapa dengan kami. 2. Pemuda itu seorang yang pendiam. |
4. Alat/sesuatu yang digunakan untuk membuat sesuatu kerja Contoh: pencakar, pengaut, penggali, pembakar | 1. Pak Ali menggunakan pengaut sampah untuk mengaut sampah di dalam longkang itu. 2. Alat pembakar roti itu telah rosak. |
5. Sesuatu yang menyebabkan jadi Contoh: pemanis, pengeras, penyakit, perosak | 1. Ubat pengeras getah itu beracun. 2. Serangga perosak digunakan untuk memerangkap tikus yang berkeliaran itu. |
INFO BAHASA
· Huruf awal kata dasar yang berikut akan berubah apabila digabungkan dengan awalan peN-.
p bertukar kepada m t bertukar kepada n
· Awalan peN- menjadi awalan pe- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf l, m, n, ng, ny, r, dan w. Huruf awal pada kata dasar yang bermula dengan huruf k, p, s, dan t akan berubah.
peN- + lawat ® pelawat peN- + waris ® pewaris
peN- + main ® pemain peN- + kail ® pengail
peN- + nama ® penama peN- + pukul ® pemukul
peN- + nganga ® penganga peN- + sapu ® penyapu
peN- + nyanyi ® penyanyi peN- + tulis ® penulis
peN- + rawat ® perawat
· Awalan peN- menjadi awalan pem- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf b, kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f, dan v, serta gugusan konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.
peN- + bakar ® pembakar peN- + boikot ® pemboikot
peN- + beri ® memberi peN- + fatwa ® pemfatwah
peN- + bilas ® membilas peN- + veto ® pemveto
peN- + boros ® memboros peN- + blok ® pemblok
peN- + buka ® membuka peN- + proses ® pemproses
· Awalan peN- menjadi awalan pen- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy, dan z serta kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s.
peN- + cadang ® pencadang peN- + ziarah ® penziarah
peN- + dapat ® pendapat peN- + tadbir ® pentadbir
peN- + jaja ® penjaja peN- + sintesis ® pensintesis
peN- + syarah ® pensyarah peN- + swasta ® penswasta
· Awalan peN- menjadi awalan peng- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf g, h, kh, a, e, i, o, dan u serta kata pinjaman yang bermula dengan huruf k.
Contoh:
peN- + hantar ® penghantar peN- + olah ® pengolah
peN- + khianat ® pengkhianat peN- + ukur ® pengukur
peN- + atur ® pengatur peN- + katalog ® pengkatalog
peN- + elak ® pengelak peN- + kritik ® pengkritik
· Awalan peN- menjadi awalan penge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja.
Contoh:
peN- + cat ® pengecat peN- + pam ® pengepam
· Awalan peN- bertukar kepadai awalan pel- apabila diimbuhkan pada kata dasar ‘ajar’; ini merupakan bentuk kecualian.
peN- + ajar ® pelajar
Awalan ‘pe-’
Perkembangan dalam bahasa Melayu mewujudkan imbuhan awalan pe-.
Awalan pe- diimbuhkan pada kata dasar tanpa melibatkan perubahan pada bunyi awal kata dasar itu.
Makna | Ayat Contoh |
Orang atau benda yang mengalami sesuatu perbuatan atau keadaan Contoh: pesakit, pesuruh, petinju, dan sebagainya | 1. Di wad kanser, terdapat lima orang pesakit. 2. Pengurus meminta pesuruh itu menyediakan minuman. 3. Muhamad Ali petinju yang terkenal. |
Orang yang melakukan kerja Contoh: pekedai, peniaga, pesawah, dan sebagainya | 1. Dia membeli barang daripada pekedai runcit itu. 2. Bapa saya peniaga pakaian di pasar raya itu. 3. Pak Haji bekerja sebagai pesawah padi. |
INFO BAHASA
· Awalan pe- berbeza daripada awalan peN- dari segi kata terbitan yang terbentuk.
pe- + sakit ® pesakit (peN- + sakit ® penyakit)
pe- + suruh ® pesuruh (peN- + suruh ® penyuruh)
pe- + tinju ® petinju (peN- + tinju ® peninju)
pe- + tanda ® petanda (peN- + tanda ® penanda)
Awalan ‘peR-’
Hanya terdapat satu bentuk awalan peR-, iaitu per-. Jumlah kata terbitan dengan awalan peR- agak terhad.
Maknanya | Ayat Contoh |
Orang yang melakukan kerja Contoh: perburu, pertapa | 1. Babi hutan itu ditembak mati oleh perburu itu. 2. Mereka bertemu dengan seorang pertapa di kaki gunung itu. |
Alat atau tempat Contoh: perasap, perbara | 1. Dia meletakkan kemenyan di dalam perasap. 2. Ragu membersihkan perbara itu selepas menggunakannya. |
No comments:
Post a Comment