Awalan ‘di-’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja pasif.
Makna | Ayat Contoh |
1. Perbuatan pasif yang dilakukan oleh diri orang ketiga. Contoh: diambil, diajar, dijahit, dimakan dsb | 1. Anak kecil itu diasuh oleh orang gajinya. 2. Pensel itu diasah oleh |
INFO BAHASA
Dalam binaan ayat, kata kerja pasif yang berawalan ‘di-‘ digunakan hanya untuk diri orang ketiga sahaja.
Contoh:
(a) Pokok itu ditebang oleh mereka. (√)
(b) Pokok itu ditebang oleh saya. (X)
(c) Pokok itu ditebang oleh awak? (X)
Dalam penulisan awalan ‘di-’ mesti dirangkaikan dengan kata kerja yang menyertainya.
Contoh:
di makan (X) dimakan (√)
di conteng (X) diconteng (√)
Awalan ‘ke-’
Penggunaan: Untuk membentuk kata nama terbitan.
Makna | Ayat Contoh |
1. Yang dijadikan Contoh: ketua, ketagih, kehendak, kekasih | 1. Ketua rombongan itu menjalankan tugasnya dengan baik. 2. “Saya menurut segala kehendak ayah saya ,” kata Aziz dan Sanusi. |
2. Kata bilangan tingkat Contoh: kedua, kelapan, kesepuluh | 1. Mereka berbaris di barisan yang kesepuluh dalam perhimpunan itu. 2. Pelajar yang duduk di barisan kedua itu anak Encik Seman. |
3. Kata bilangan himpunan Contoh: kedua-dua, ketiga-tiga, kelapan-lapan | 1. Keempat-empat batang sungai itu telah tercemar. 2. Kelapan-lapan ekor lembu itu dijangkiti penyakit kuku dan mulut. |
INFO BAHASA
Dalam penulisan, awalan ‘ke-’ yang digabung dengan angka mesti dirangkaikan dan dibubuh tanda sempang (-).
Contoh:
ke-21 ke-60 ke-100
Awalan ‘meN-’ (me-, mem-, men-, meng-, menge-)
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif.
Makna | Ayat Contoh |
1. Melakukan perbuatan Contoh: membunuh, mencuri, meramas, merendam | 1. Anak kecil itu merangkak di bawah meja. 2. Faizal memukul adiknya dengan kayu pembaris. |
2. Menjadi Contoh: menguning, mengembang, mengecut, mengecil | 1. Bisul pada pahanya itu telah mengecut. 2. Daun bunga itu menguncup apabila disentuh. |
3. Menjadi seperti Contoh: membatu, membisu | 1. Tayar basikal yang bocor itu mulai mengempis. 2. Benjol di kepalanya itu telah membesar seperti telur ayam. |
4. Mengeluarkan bunyi Contoh: menyalak, mengiau, mengaum, menjerit | 1. Anak kucing itu mengiau kelaparan. 2. Ibu kambing itu mengembek sepanjang malam. |
5. Membuat Contoh: melukis, menganyam, mengepam, mengepos | 1. MInah sedang mengayak tepung di dapur. 2. Aida sedang menganyam tikar mengkuang yang ditempah oleh pelanggannya. |
6. Menghala Contoh: menghilir, mendarat, menghulu | 1. Mereka menghadapi pelbagai rintangan ketika hendak menghulu sungai itu. 2. Kapal terbang itu mendarat di lapangan terbang itu. |
INFO BAHASA
· Huruf awal kata dasar yang berikut akan berubah apabila digabungkan dengan awalan meN-.
p bertukar kepada m t bertukar kepada n
No comments:
Post a Comment