Thursday, 4 August 2011

NOTA IMBUHAN - TIPS UNTUK SEMUA JENIS IMBUHAN (BAHAGIAN 6)

Imbuhan Awalan Rangkap

   Awalan rangkap ‘dipeR-’
Penggunaan:   Untuk membentuk kata kerja pasif diri ketiga daripada kata kerja transitif yang berawalan memper-.

Makna
Ayat Contoh
1. Dijadikan seperti
    Contoh:   diperalatkan, diperkuda, diperbudak
1. Mereka tidak suka diperhamba begitu.
2. Mahmud diperkuda oleh majikannya sendiri.
2. Dijadikan lebih atau bertambah
    Contoh:   diperkuat, diperkecil, diperluas,
    diperbesar
1. Jalan raya itu akan diperlebar untuk 
    kemudahan orang ramai.
2. Jambatan yang besar itu akan diperbesar 
    tidak lama lagi.
3. Terdaoat sesuatu
Contoh:   diperoleh
1. Kejayaan yang diperoleh Aminah sangat menggembirakan ibu bapanya.


INFO BAHASA
Dalam binaan ayat, awalan rangkap ‘dipeR-’ yang disertai kata adjektif tidak perlu diimbuhkan dengan akhiran ‘-kan.
Contoh:
        diperluaskan (X)                                   diperluas (√)
        diperbesarkan (X)                                diperbesar (√)



  Awalan rangkap ‘mempeR-’
Penggunaan:   Untuk membentuk kata kerja transitif aktif apabila digabungkan dengan kata
nama, kata adjektif, kata bilangan dan kata sendi nama.

Makna
Ayat Contoh
1. Menjadi seperti
   Contoh:   memperkudakan, memperalatkan,
   memperbudakkan
1. Saya tidak suka akan sikapnya 
    memperbudakkan orang lain.
2. “Kamu jangan cuba memperalatkan saya,” 
    kata Jamil kepada Yunus.
2. Menjadikan lebih
Contoh:   memperkecil, mempertinggi, memperluas, memperindah
1. Pak Dollah memperluas tanaman kelapa sawit     bagi meningkatkan keuntungannya.
2. Kami cuba memperkecil saiz pondok itu
    supaya kelihatan lebih molek.

3. Mendapat sesuatu
   Contoh:   memperoleh
1. Mary memperoleh markah yang paling tinggi
    dalam ujian itu.
2. Kami memperoleh bantuan makanan daripada 
    orang asli ketika kami sesat di dalam hutan.


INFO BAHASA
Dalam binaan ayat kata kerja transitif memperoleh tidak perlu ditambah akhiran -i.
Contoh:
        memperolehi (X)                   memperoleh (√)

Dalam binaan ayat, kata terbitan yang kata dasarnya terdiri daripada kata adjektif tidak boleh disertai akhiran -kan apabila menggunakan awalan rangkap ‘memper-’.
Contoh:
        memperluaskan (X)              memperluas (√)
        memperindahkan (X)           memperindah (√)

Imbuhan Akhiran
 Akhiran ‘–an’
Penggunaan:   Membentuk kata nama terbitan daripada kata adjektif, kata kerja dan kata nama.

Makna
Ayat Contoh
1. Alat/perkakas
   Contoh:   kukuran, ayakan, ampangan
1. Ayakan itu telah berkarat.
2. Kukuran itu tersimpan di dalam almari.
2. Tempat
   Contoh:   lapangan, bangunan, hentian
1. Mereka berkumpul di Hentian Puduraya.
2. Bangunan usang itu telah pun dirobohkan.
3. Hasil perbuatan
   Contoh:   hidangan, masakan, minuman, larian
1. Hidangan itu istimewa sekali.
2. Minuman panas itu menjadi sejuk setelah  
    lama dibiarkan.
4. Banyak/luas/besar
    Contoh:   lautan, daratan, himpunan, banjaran

1. Datuk Azhar Mansor akhirnya berjaya 
    meredah lautan yang luas itu.
2. Keindahan hutan di Banjaran Titiwangsa sukar digambarkan dengan kata-kata.
5. Benda tiruan
    Contoh:   anak-anakan, orang-orangan
1. Anak-anakan itu berbeza daripada yang lain.
2. Orang-orangan banyak terdapat di kawasan
    sawah padi.
6. Pelbagai jenis
    Contoh:   buah-buahan, sayur-sayuran, bunga-
    bungaan, biji-bijian 
1. Tanam-tanaman itu sungguh menjadi.
2. Kawasan itu dipenuhi daun-daunan yang
    menghijau.
7. Tiap-tiap/setiap
    Contoh:   bulanan, mingguan, tahunan
1. Majalah bulanan itu sungguh laris jualannya.
2. Pendapatan tahunannya tidak sampai
    RM12,000.
8. Benda/bahan
    Contoh:   manisan, asinan
1. Manisan lebah itu bukan yang asli.
2. Asinan itu dibuat daripada campuran bahan 
    yang bermutu.


INFO BAHASA
Akhiran -an yang membentuk kata bilangan himpunan membawa makna beberapa. Oleh itu, dalam binaan ayat, kata bilangan himpunan ini tidak boleh disertai kata bilangan yang lain.
Contoh:
(a)   Pembentukan padang pasir itu mengambil masa beberapa ribuan tahun. (X)
(b)   Pembentukan padang pasir itu mengambil masa ribuan tahun. (√)
       
Dalam penulisan, akhiran -an yang digabungkan dengan angka mesti dijarakkan dan dibubuh tanda sempang (-).
Contoh:
        Tahun 60-an                          Tahun 90-an

 Akhiran ‘-i’
Penggunaan:   Untuk membentuk kata kerja transitif.

Makna
Ayat Contoh
1. Menjadikan/menyebabkan jadi
    Contoh:   akhiri, sakiti, baiki
1. “Jangan sakiti hati ibumu itu, Zaki,” kata 
    Lebai Dollah.
2. “Cuba baiki tulisan kamu ini, Liza,” kata 
    Cikgu Zainab.
2. Menerangkan unsur tempat/sesuatu
   Contoh:   dekati, masuki, naiki
1. “Jangan dekati orang yang kurang siuman itu, 
    Ramli,” kata Dol.
2. “Sudah kamu masuki rumah kosong itu, 
    Salim?” tanya Aida.

 Akhiran ‘-kan
Penggunaan:   Untuk membentuk kata kerja transitif.

Makna
Ayat Contoh
1. Menjadikan/menyebabkan jadi
   Contoh:   kecilkan, matikan, padamkan,
   gosokkan, balutkan
1. “Kecilkan api itu, Swee Lan,” kata Puan 
     Anita.
2. “Matikan enjin kereta itu,” kata Daniel 
    kepada Rosdi.
2. Melakukan perbuatan
   Contoh:   buangkan, ubahkan, alihkan,
   pamerkan, catkan, kilatkan
1. “Lapkan meja ini, Sonia,” kata Munir.
2. “Tuangkan air minuman itu ke dalam gelas, 
    Ani,” kata Kamala.


No comments:

Post a Comment