Imbuhan Apitan
Imbuhan apitan ‘beR-…-an’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja tak transitif.
Makna | Ayat Contoh |
1. Perbuatan berbalas-balas Contoh: bercakar-cakaran, bergelut-gelutan, bertarik-tarikan | 1. Mereka bercakar-cakaran sesama sendiri. 2. Mereka berdakap-dakapan di khalayak ramai. |
2. Perbuatan berterusan Contoh: berkibaran, berguguran, berdebaran | 1. Bendera itu tidak kelihatan berkibaran lagi. 2. Air matanya bercucuran. |
3. Menunjukkan banyak yang berbuat Contoh: beterbangan, berlarian, berciciran, bergayutan | 1. Orang pelarian itu berlarian untuk mendapatkan bekalan makanan. 2. Kertas-kertas itu berterbangan di atas jalan raya. |
4. Masa yang panjang Contoh: berlarutan | 1. Perbincangan mereka berlarutan hingga pagi. 2. Perlawanan tinju itu berlarutan hingga pusingan kedua belas. |
5. Menunjukkan keadaan/kedudukan Contoh: berasingan, berdekatan, berhampiran, berjauhan | 1. Mereka tinggal berjauhan. 2. Rumahnya berhampiran dengan sekolah. |
Imbuhan apitan beR-…-kan’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap.
Makna | Ayat Contoh |
1. Menggunakan sebagai Contoh: berpandukan, berdasarkan, beralaskan, berbajukan | 1. Dia tidur beralaskan lengan. 2. Mereka menjelajah hutan berpandukan kompas dan peta. |
2. Dengan/kepada Contoh: bersuamikan, beristerikan, bermenantukan | 1. Haji Awang berbesankan orang kaya. 2. Karim beristerikan seorang ustazah. |
INFO BAHASA
Imbuhan ‘kan ’ pada kata yang berapitan ‘ber-…-kan’ dapat mewakili kata sendi seperti akan, dengan, pada, dan tentang. Oleh itu, kata sendi nama tidak boleh digunakan selepas kata yang berapitan ‘ber-…-kan’.
Contoh:
1. (a) Mereka mencari gua batu itu berdasarkan pada peta. (X)
(b) Mereka mencari gua batu itu berdasarkan peta. (√)
2. (a) Abu bertanyakan tentang jawapan kepada soalan itu. (X)
(b) Abu bertanyakan jawapan kepada soalan itu. (√)
Imbuhan apitan ‘ke-…-an’
Penggunaan: Untuk membentuk kata terbitan.
Makna | Ayat Contoh |
1. Tempat Contoh: kementerian, kedutaan, kediaman | 1. Menteri Besar itu tidak tinggal di kediaman rasmi beliau. 2. Abangnya bekerja di Kedutaan Jepun. |
2. Keadaan/hal Contoh: kemajuan, kemunduran, keputusan | 1. Kepandaiannya bermain piano sukar untuk ditandingi. 2. Keputusan peperiksaan itu amat mengecewa- kan. |
3. Bersifat/menyerupai sesuatu Contoh: kemelayuan, keinggerisan, keanak- anakan | 1. Sifat kemelayuannya jelas kelihatan. 2. Perangainya masih keanak-anakan. |
4. Hasil perbuatan Contoh: kemiskinan, kekayaan, kemusnahan, kehancuran | 1. Kemusnahan akibat peperangan itu amat teruk. 2. Mereka hidup dalam kemiskinan. |
Imbuhan meN-…-i (me-…-i, mem-…-i, men-…-i, meng-…-i, menge-…-i)
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif.
Makna | Ayat Contoh |
1. Menunjukkan makna menjadi Contoh: menghitami, membanjiri, menghakimi, mengetuai | 1. Mereka menghitami dinding itu dengan cat. 2. Orang ramai membanjiri stadium itu untuk menyaksikan perlawanan tenis. |
2. Memberikan sesuatu Contoh: menghadiahi, mengirimi, menganugerahi | 1. poskad. 2. Kamsani menghadiahi ibunya seutas rantai emas. |
3. Melalui/mengalami Contoh: menembusi, menghargai, mencemburui, mencintai | 1. Suami tua itu mencemburui isterinya yang muda jelita itu. 2. Dia tidak tahu menghargai pemberian orang. |
4. Melakukan sesuatu perbuatan Contoh: menzalimi, mengasari, mengerasi, membengisi | 1. Pemuda itu cuba mengasari Ahmad. 2. Kamal suka menzalimi binatang. |
5. Menjadikan sesuatu keadaan Contoh: mengubati, mengotori, membaiki, menghiasi | 1. Kakak gemar menghiasi bilik tidurnya. 2. Doktor itu |
6. Meniadakan sesuatu Contoh: membului, menguliti, merumputi | 1. Suhaimi menebasi rumput di halaman rumahnya itu. 2. Orang-orang kampung bergotong-royong menguliti lembu korban itu. |
INFO BAHASA
Akhiran -i pada kata yang berapitan ‘men-…-i’ berfungsi untuk menggantikan kata sendi seperti akan, atas, dengan, di, ke, kepada, tentang, dan terhadap. Oleh itu, kata sendi nama tidak perlu diletakkan selepas kata kerja tak transitif yang berapitan ‘meN-…-i’.
Contoh:
1. (a) Aminah enggan mengakui akan kesilapannya itu. (X)
(b) Aminah enggan mengakui kesilapannya itu. (√)
2 (a) Farouk suka menzalimi akan kucingnya itu. (X)
(b) Farouk suka menzalimi kucingnya itu. (√)
Imbuhan apitan ‘meN-…-kan’ (me-…-kan, mem-…-kan, men-…-kan, meng-…-kan, menge-…-kan)
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif.
Makna | Ayat Contoh |
1. Melakukan sesuatu Contoh: membersihkan, mengemaskan, menyelenggarakan | 1. Kerja-kerja menyelenggarakan bangunan itu dilakukannya sendiri. 2. Hanif mengaturkan pasu-pasu ibunya itu mengikut saiznya. |
2. Melakukan sesuatu untuk orang lain. Contoh: membelikan, mencarikan, membuatkan | 1. Nasir membelikan tunangnya sepasang kasut baru. 2. Joned membuatkan ibu sebuah rumah yang cantik dan selesa. |
3. Menganggap sesuatu sebagaimana kata dasar Contoh: mengagungkan, membenarkan, merelakan | 1. Kadir membenarkan kami menyertai rombongan itu. 2. Puan Saodah merelakan pemergian anak kesayangannya itu. |
4. Menjadikan objek sebagai Contoh: mencalonkan, merajakan, mengusulkan, mengorbankan | 1. sebagai ketua pengawas sekolah. 2. Mereka telah mengusulkan cadangan itu berkali-kali. |
5. Memasukkan sesuatu benda ke dalam sesuatu tempat Contoh: menguburkan, membenamkan, memenjarakan, merebankan | 1. Nenek Halimah sedang merebankan anak- anak ayamnya itu. 2. Orang-orang kampung menguburkan mangsa- mangsa kemalangan itu dalam satu liang lahad sahaja. |
6. Membawa objek ke tempat Contoh: mendaratkan, mengetepikan, menyeberangkan | 1. Nelayan itu berjaya mendaratkan seekor anak ikan paus. 2. Abang mengetepikan keretanya supaya tidak menghalang kenderaan lain untuk lalu di jalan itu. |
INFO BAHASA
Akhiran -kan pada kata yang berapitan ‘meN-…-kan’ dapat berfungsi sebagai ganti kata sendi akan yang menyertai kata adjektif. Oleh itu, kata sendi tidak boleh diletakkan selepas kata yang berapitan ‘meN-…-kan’.
Contoh:
1. (a) Liza membelikan akan ibunya sepasang subang. (X)
(b) Liza membelikan ibunya sepasang subang. (√)
2. (a) Pengawal itu tidak membenarkan akan kami masuk. (X)
(b) Pengawal itu tidak membenarkan kami masuk. (√)
Imbuhan apitan ‘peN-…-an’ (pe-…-an, pem-…-an, pen-…-an, peng-…-an, penge-…-an, pel-…-an)
Penggunaan: Untuk membentuk kata nama terbitan
Maknanya | Ayat Contoh |
Proses mengerjakan perbuatan yang terkandung dalam kata dasar Contoh: pembesaran, pemeriksaan, pembersihan, penyatuan, penukaran, dan sebagainya | Kerja-kerja pembesaran balai raya itu akan bermula esok. 2 Jabatan Pengangkutan Jalan melakukan pemeriksaan terhadap bas persiaran. |
Tempat melakukan sesuatu Contoh: penginapan, penggantungan, pelabuhan, dan sebagainya | Dia mengurus penginapan rombongan pelancong itu. 2 Kayu balak itu dihantar ke pelabuhan untuk dieksport. |
Imbuhan apitan ‘pe-...-an’
Perkembangan dalam bahasa Melayu mewujudkan imbuhan awalan pe-...-an.
Apitan pe-...-an diimbuhkan pada kata dasar tanpa melibatkan perubahan huruf awal kata dasar itu.
Jumlah kata terbitan dengan apitan pe-...-an agak terhad.
Maknanya | Ayat Contoh |
Tempat sesuatu kerja dilakukan atau tempat yang khusus Contoh: petempatan, pekarangan, pedalaman dan sebagainya | Kawasan hutan itu diterangkan untuk membina petempatan. 2 Majlis kenduri itu diadakan di pekarangan rumahnya. |
Hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar Contoh: peperiksaan, peperangan | Rebutan kawasan minyak mengakibatkan peperangan antara kedua-dua buah negara itu. 2 Gopal membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan PMR. |
INFO BAHASA
· Awalan pe-...-an berbeza daripada awalan peN-...-an dari segi kata terbitan yang terbentuk.
pe- + periksa + -an ® peperiksaan
*(peN- + periksa + -an) ® pemeriksaan
pe- + dalam + -an ® pedalaman
*(peN- + dalam + -an) ® pendalaman
pe- + tempat + -an ® petempatan
*(peN- + tempat + -an) ® penempatan
Imbuhan apitan ‘peR-...-an’
Penggunaan: Untuk membentuk kata nama terbitan
Maknanya | Ayat Contoh |
Tempat Contoh: perkampungan, perkuburan, perumahan, dan sebagainya | Pengembara itu bermalam di sebuah perkampungan di hulu sungai. 2 Kegiatan gotong-royong akan dijalankan oleh penduduk kawasan perumahan itu. |
Hal yang berkaitan dengan kata dasar Contoh: perbarisan, persamaan, pertubuhan, dan sebagainya | Murid-murid yang menyertai perbarisan Hari Sukan berlatih setiap hari. 2 Penjaja-penjaja membentuk pertubuhan untuk memperjuangkan hak mereka. |
INFO BAHASA
· Apabila apitan peR-...-an bergabungan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, satu daripada huruf r itu digugurkan.
Contoh:
peR- + rumah + -an ® perumahan
peR- + rusuh + -an ® perusuhan
Imbuhan apitan ‘mempeR-...-i’
Apitan mempeR-...-i tidak produktif dan kata dasar yang dapat bergabung dengan apitan ini amat terhad.
Setakat ini, hanya ada empat bentuk yang wajar dianggap sebagai kata kerja yang terbentuk oleh apitan mempeR-...-i, iaitu memperisteri, mempersuami, memperkawani, dan memperingati.
Maknanya | Ayat Contoh |
Menjadikan | Datuk Kassim memperisteri biduanita yang terkenal itu. Kita tidak harus memperkawani orang-orang yang tidak berakhlak baik. 3 Tugu Negara dibina untuk memperingati jasa pahlawan yang berkorban demi negara. |
INFO BAHASA
· Bentuk “memperisteri” dan “mempersuami” sebenarnya berbentuk memperisterii dan mempersuamii setelah menerima apitan mempeR-...-i. Salah satu huruf i telah digugurkan.
Imbuhan apitan ‘mempeR-...-kan’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif
Maknanya | Ayat Contoh |
Menjadikan atau menyebabkan Contoh: mempertemukan, memperhambakan, mempersuami-kan, dan sebagainya | Pihak polis mempertemukan gadis itu dengan ibu bapanya. 2 Encik Goh mempersuamikan anak perempuannya dengan jejaka itu. |
menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam kata dasar Contoh: memperdengarkan, mempersembahkan, dan sebagainya | Siti Nurhaliza memperdengarkan lagu terbarunya dalam konsert itu. 2 |
INFO BAHASA
· Kata adjektif hanya bergabung dengan awalan mempeR- dan tidak bergabung dengan apitan mempeR-...-kan. Oleh itu, pastikan kamu menggunakan imbuhan yang betul untuk kata adjektif.
Contoh:
memperlebar ( √ ) memperbesar ( √ )
memperlebarkan ( X ) memperbesarkan ( X )
tak faham
ReplyDeleteapa itu kata terbitan,kata transitif ><
Byk membantu.Thank u. :)
ReplyDeleteBagus saya sangat tertarik dengan nota-nota yang telah diberikan .. Diharapkan dapat lagi untuk berkongsi ilmu sebegini ..
ReplyDeleteSangat bermanfaat.Mohon izin berkongsi dengan pelajar
ReplyDeleteTQ Cikgu.Banyak belajar.^^
ReplyDelete