Imbuhan Sisipan
Imbuhan sisipan -el-, -em-, -er-
Penggunaan: Untuk membentuk kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Maknanya: Sesuatu yang mempunyai ciri yang sama dengan kata dasar.
Contoh:
Imbuhan sisipan -el- | Imbuhan sisipan -em- | Imbuhan sisipan -er- |
gelanggang kelangkang selenggara telapak telunjuk | gemilang gemuruh kemuning semerbak temali | ceracak gerigi kerontang serabut seruling |
Imbuhan Pinjaman
Imbuhan pinjaman atau imbuhan asing ialah imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan Inggeris. Imbuhan ini diguna dan diterima pakai dalam bahasa Melayu baku.
Yang berikut ialah imbuhan pinjaman yang digunakan dalam bahasa Melayu baku:-
Bentuk | Imbuhan Sanskrit | Imbuhan Inggeris | Imbuhan Arab |
Awalan | dasa- dwi- eka- juru- maha- panca- pra- tata- tri- | anti- auto- mano- poli- pro- sub- | bi- |
Akhiran | -ita -man -wan -wati | -ah -at -iah -in -wi/-i |
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Imbuhan Inggeris
Imbuhan | Makna | Contoh |
anti- | menentang/benci | antisosial, antikerajaan, antidadah, antisorok, antirokok, antibodi, antirasuah, antikomunis, antiperang, antipenjajah, antikeganasan |
auto- | dengan sendirinya | automobil, autogear, automatik, autograf, autonomi |
poli- | banyak | poligami, poligon, poliklinik, politeknik, poligram, poliglot |
pro- | menyokong/menyebelahi | prokomunis, prokerajaan, prososialis, proaktif, prodemokratik |
sub- | sebahagian/bahagian-bahagian yang kecil atau di bawah | subtajuk, subbidang, subkelas, substandard, subsistem, subgolongan, subtopik |
Contoh penggunaan dalam ayat:
Kempen antidadah itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan.
Negara itu mengamalkan dasar antikomunis.
Tibet mendapat kuasa autonomi daripada negara China.
Proses pemasangan kereta dilakukan secara automatik oleh robot.
Dasar poligami itu ditentang oleh kaum wanita.
Perarakan itu dianjurkan oleh pihak yang prokerajaan.
Jambatan yang runtuh itu didapati menggunakan bahan yang substandard.
Dalam bab kelima, terdapat lapan subtopik yang berlainan.
Imbuhan Sanskrit
Imbuhan | Makna | Contoh |
dasa- | sepuluh | dasawarsa, dasalumba |
dwi- | dua | dwibahasa, dwihala, dwibulanan, dwicembung, dwijantina, dwicekung, dwitahunan, dwisuku, dwiwarna, dwikata, dwimusim |
eka- | satu | ekahala, ekabahasa, ekawarna, ekafungsi, ekasuku, ekatujuan, ekapaksi |
juru- | orang yang mahir dalam sesuatu bidang pekerjaan | jurubahasa, juruhebah, jururawat, jurucakap, jurumudi, juruulas, jurujual, jurusolek, juruterbang, jurutera, juruteknik, juruselam |
maha- | agung/besar | mahasiswa, mahasiswi, maharaja, maharani, mahaguru, maharesi, maha Esa, maha mulia |
panca- | pancaragam, pancasila, panca delima, pancaroda, pancalogam, pancawarna, pancapersada, pancaindera, pancalumba | |
pra- | sebelum | prakata, prasangka, prasejarah, prasekolah, praujian, prauniversiti, prasarana |
tata- | sesudah/peraturan | tatabahasa, tatacara, tatatertib, tatanegara, tatarakyat, tatausaha, tatasusila |
tri- | tiga | tricabang, triwarna, tricara, trisuku, triwulan, tribahasa, trijudul, tripenggal, trimakna, trihala |
-ita | wanita/perempuan | biduanita, posnita, pranita |
-man | orang yang memilik sifat/orang yang mahir dalam sesuatu bidang | seniman, budiman |
-wan | Pemilik sesuatu benda Pemilik sesuatu sifat Orang yang mahir dalam sesuatu bidang Orang yang melakukan sesuatu perbuatan | karyawan, jutawan, wartawan, negarawan, sasterawan, sukarelawan, olahragawan, biarawan, cendekiawan, dermawan, bangsawan, angkasawan |
-wati | Perempuan yang mahir/pakar dalam sesuatu bidang | seniwati, peragawati, olahragawati, sukarelawati |
Contoh penggunaan dalam ayat:
Jalan dwihala itu akan ditukar menjadi jalan ekahala sahaja.
Tatatertib di jalan raya mestilah dipatuhi agar kemalangan dapat dielakkan.
Sudah hampir triwulan ibunya menghidapi penyakit barah perut itu.
Anak jutawan itu telah diculik pada awal pagi kelmarin.
Peragawati itu sedang memperagakan pakaian fesyen baru keluaran Butik Faizal.
Seniman terkenal Jins Shamsuddin dilahirkan di Perak.
Jurujual itu pandai memperdayakan pelanggannya.
Prakata buku sejarah itu ditulis oleh pengarangnya sendiri.
Imbuhan Arab
Imbuhan | Makna | Contoh |
bi- | tidak | biadab, bilazim |
-ah | wanita/perempuan | qariah, ustazah |
-at | orang perempuan/wanita | hadirat, muslimat |
-iah | perkara/hal yang berkaitan dengan sifat | jahiliah, hurufiah, ilmiah, jasmaniah, rohaniah, alamiah, batiniah |
-in | orang lelaki | hadirin, muslimin, musyrikin |
Contoh penggunaan dalam ayat:
Murid yang biadab itu telah diberi kaunseling.
Ustazah Zubaidah mengajar kami cara-cara melakukan ibadah solat.
Pada zaman jahiliah, kaum wanita sering ditindas oleh kaum lelaki.
Hadirin berdiri sewaktu tetamu kehormat itu masuk ke dalam dewan.
Kaum muslimat diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat.
INFO BAHASA
Dalam penulisan atau binaan ayat, imbuhan asing maha- mesti ditulis serangkai dengan kata dasar sekiranya kata dasar tersebut terdiri daripada kata nama.
Contoh:
1. maha + guru = mahaguru
2. maha + siswa = mahasiswa
3. maha + rani = maharani
Dalam penulisan atau binaan ayat, imbuhan asing maha- mestilah ditjarakkan daripada kata dasar sekiranya kata dasar tersebut terdiri daripada kata adjektif.
Contoh:
1. Maha + Esa = Maha Esa
2. Maha + Mulia = Maha Mulia
3. Maha + Besar = Maha Besar
Dalam penulisan atau binaan ayat, imbuhan asing anti- dan pro- yang diikuti oleh kata nama khas mestilah dijarakkan daripada kata itu dan diletakkan tanda sempang (-) di antaranya.
Contoh:
anti + Amerika = anti-Amerika
2. anti + Jepun = anti-Jepun
pro + Malaysia = pro-Malaysia
4. pro + Korea = pro-Korea
i would like to c more bina ayat examples.........
ReplyDeletehello my name is danelia
DeleteWHO IS THIS PLEASE
ReplyDeletewuuuu
ReplyDeleteare you okay
Deleteokay kau yang gila
Deleteehhh you the one is crazy
Deletearuk
Deletehello , im kind of interested to learn bahasa melayu after reading your blog about the remuneration.
ReplyDelete