Kepimpinan
Melalui Teladan
Sinopsis
Kisah
bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk
menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh
penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada
merancang untuk mengarahkan Kertala Sari
membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan
permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang
dibunuh oleh laksamana Melaka.
Patih Gajah Mada membawa Kertala Sari mengadap Seri
Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat
handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala
Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan
menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.
Ketika berada di Melaka
Kertala Sari menyamar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala
Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli
isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka
dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal
keadaan negeri Melaka daripada kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku
sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan
ilmu kesaktian untuk menggelakkan
diri daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan
diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit
akan masuk ke istana pula.
Dengan kebijaksanaan dan kecekapan
serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala
Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil
isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah
pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana
membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badannya oleh
penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa
merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan
bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya
membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah mengurniakan anugerah kepada
laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari
Segala hasil curian yang telah
disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemukan dan Sultan telah
menitahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda
sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua
pertiga bahagian daripada barang-barang tersebut kepada laksamana. Namun
laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan
barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir
miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun harta tersebut.
Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai
ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak berputus
asa malahan terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana
Melaka.
Tema
Cerita “Kepimpinan Melalui Teladan” memaparkan tema berkaitan
kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara. Contoh: Kepimpinan itu
digambarkan melalui keberanian dan kegagahanan watak utam cerita iaitu
Laksamana yang mempertahankan negeri Melaka daripada ancaman penjurit tujuh
bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura-hara.
Persoalan
Terdapat beberapa
persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:
i.
Persoalan keberanian dalam menjaga keselamatan negara
Contoh: Laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk
menjaga sekeliling istana daripada
diceroboh oleh Kertala Sari.
ii.
Persoalan kebijaksanaan seorang pemimpin
Contoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan
Kertala Sari dengan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.
iii.
Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat
Contoh: Sultan mengarahkan Temenggung untuk menjaga
keselamatan negara dari masalah kecurian.
iv.
Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam mencapai tujuan
Contoh: Laksamana menggunakan ilmu kesaktiannya untuk
mengatasi Kehandalan Kertala Sari.
v.
Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk
Contoh: Patih
Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas
kematian penjurit tujuh bersaudara di
Bukit Cina hingga menyebabkan kematian Kertala Sari.
No comments:
Post a Comment