Tuesday, 23 August 2016

Puisi Tradisional - Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)



Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)
Maksud
Rangkap pertama
Mata haruslah diperlihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh Tuhan.

Rangkap kedua
Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian.

Rangkap ketiga
Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya.

Rangkap keempat
Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita.

Rangkap kelima
Nafsu makan perlu dikawal kerana terlalu kekenyangan boleh membuatkanseseorang hilang pertimbangan.

Rangkap keenam
Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.

Rangkap ketujuh
Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat maksiat.

Tema
Tema Gurindam Hemat Diri ialah nasihat kepada murid supaya memelihara anggota diri dan sentiasa berbudi pekerti dalam kehidupan seharian.  Oleh itu penyair menyeru murid agar amalan memelihara diri dan berbudi pekerti diamalkan sepanjang masa.

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi  ini, antaranya:
      i.        Persoalan memelihara penglihatan dalam kehidupan
Rangkap 1    -           Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita

    ii.        Persoalan kebaikan memelihara tutur kata
Rangkap 3    -           Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.

   iii.        Persoalan pentingnya memelihara pendengaran 
Rangkap 2    -           Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.

   iv.        Persoalan pentingnya semangat dalam kehidupan
Rangkap 6    -           Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

No comments:

Post a Comment