(Abdul Ghafar Ibrahim)
Maksud
Rangkap pertama
Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai
perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah atau
kesusahan yang dihadapinya.
Rangkap kedua
Dalam pemikiran penyajak, dia cuba memikirkan cara untuk
mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.
Rangkap ketiga
Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan
pelbagai dugaan yang menguji kesabaran dan keimanannya.
Rangkap keempat
Penyajak yang berasakan dirinya hebat sering terpedaya
oleh nafsu. Namun begitu, penyajak cepat sedar dan seterusnya mengambil langkah
berjaga-jaga agar tidak terpedaya lagi.
Rangkap kelima
Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan
bertekad untuk berubah ke arah kebaikan walaupun dia tidak mengetahui apa-apa
yang bakal ditempuhinya pada hari-hari yang mendatang.
Rangkap keenam
Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih matang. Dia
tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap
dirinya.
Rangkap ketujuh
Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan
muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam
perjuangannya.
Rangkap kelapan
Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi
kenyataan hidup yang bersifat sementara. Setiap peristiwa dalam hidup penyajak
berlalu dengan amat pantas. Oleh itu, penyajak menasihati pembaca agar tidak
mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.
Tema
Tema puisi “www.sibermerdeka.com.my”
karya Abdul Ghafar Ibrahim ialah ketabahan insan
dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Penyajak sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang
menguji kesabaran dan keimanannya dalam meneruskan kehiduapan di muka bumi ini.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i.
Kepentingan
merancang kehidupan
Contoh : Dalam
diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi
menyelesaikan segala masalah atau kesusahan yang dihadapinya.
ii.
Kegigihan untuk
menyelesaikan masalah
Contoh : Dalam
pemikiran penyajak, dia cuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar
dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.
iii.
Cara menjalani
hidup dengan bermanfaat
Contoh : Penyajak
menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar
mendekati Tuhan.
No comments:
Post a Comment