Munsyi
(Mawarni Sulaiman)
Sinopsis
Cerpen
ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota
dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh
budaya-budaya negatif di bandar. Pada
bondanya, ‘saya’ masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut bondanya lagi, warga kota sudah
hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa. Penjajah telah berjaya menyemai sentimen
perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah
akibat permusuhan antara kaum. Oleh itu,
bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus
dihormati dan disegani. Sebagai seorang
warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan
dengan bahasa, dan sejarah. Buku-buku
tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu
terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan
pada pemerintah yang adil.
Setelah ‘saya’ berasa
mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan
kehidupan. Namun bonda berpesan agar
menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa.
Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama
Munsyi melalui ‘Saya’. Apabila tiba di
bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada
pengamatan ‘saya’, ‘Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan
budayanya. Dia tinggal di tanah rizab
Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah
hilang identiti dan jati diri. Akibat
sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi.
Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan
dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya,
jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang
telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan. Namun Munsyi tidak
kelihatan di mana-mana.
Tema
Tema cerpen ini ialah semangat cinta akan bahasa, agama,
bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara.
Contoh:, Ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan
cinta akan agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini,
antaranya:
i.
Persoalan keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk
membina kehidupan
Contoh: ‘Saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke
bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.
ii.
Persoalan peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan
rakyat sesebuah negara
Contoh: Pihak
penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan
negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan rusuhan kaum akibat rasa
tidak puas hati rakyat.
iii.
Persoalan kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu
untuk meneruskan kehidupannya
Contoh:, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang
berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.
iv.
Persoalan ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya
Contoh:, ‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak
membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih
belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.
v.
Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya
Contoh: Ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar
kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remaja
di bandar.
No comments:
Post a Comment