Adnan
bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt.
Adnan Saidi dilahirkan di Kampung
Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya.
Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan
anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki
angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh
Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda Amarullah Saidi
terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang,
Selangor.
Adnan
Saidi menerima pendidikan di Pekan
Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan
berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih
sebagai guru pelatih dan mengajar selama lebih satu tahun. Adnan Saidi
kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.
Pada
tahun 1933, ketika berusia 18 tahun,
Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar
Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan
dilantik ke pangkat Sarjan –
kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan
Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu,
Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus
sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi
dilantik sebagai ketua Platun ke-7,
Kompeni 'C' .
Sekembalinya
Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin
dengan seorang guru dikampungnya, Puan
Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal di Seremban dan Johor), dan seorang anak
perempuan. Termuda di antara tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura.
Pada
akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya
bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen
Askar Melayu.
Apabila
berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia
untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung
mereka di Kajang Masa ini merupakan
masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan
anak mereka yang ketiga. Inilah merupakan kali terakhir mereka bersama.
Sejarah
pendaratan Jepun di Tanah Melayu dan
tindakan pantas tentera Jepun memaksa Tentera
British berundur ke Singapura. Pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan
Singapura termasuk pertempuran di Pasir
Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran
Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang
dahulunya terletak di kaki bukit tersebut.
Pertempuran
sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa
bertempur dari kumpulan Tentera ke-25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan
pertahanan strategik di Singapura. Bukit Candu menandakan sempadan pertahanan
terakhir. Tempat ini merupakan kedudukan
pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik; boleh melihat bahagian utara Singapura
dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, tempat ini memberikan mereka laluan langsung ke
kawasan Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru
dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British. Dengan
itu, permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.
Pertahanan
permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni 'C' . Kompeni 'C' merupakan
sebahagian satu pasukan kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu).
Batalion 1 Melayu dan Batalion 2 Melayu,[1] bersama-sama dengan batalion ke-2
"Loyal Regiment" Tentera British dipusatkan menjadi Briged Infantri
Pertama Malaya (1st Malaya Brigade)
Pada
13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di
bawah pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada
persisiran selatan Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut,
permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan
bedilan meriam. Kompeni 'C' dan Lt. Adnan Saidi ketika itu[2] telah ditempatkan
di Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya
tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni
'C'. Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di
kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai
bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal
menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap).
Pada
tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke
tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan
ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan jumlah
keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt.
Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan
mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg
pasir.
Pada
awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada
Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun,
memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India
(British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya
membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban
yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti
Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya
melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak
dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.
Dua
jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam
bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan
tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen
Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.Walaupun Leftenan Adnan
terkorban,namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh Leftenan Adnan
dan regimennya.
Pertempuran
sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom
tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan
jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran
berhadapan menggunakan bayonet, tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan
pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan
cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya
berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan
semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.
Korporal
Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah
seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam
kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang
terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya
dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan
Lt. Adnan. Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua
platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya
telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Disebabkan meradang akibat
kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan
bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar.
Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun
melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun
yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan
itu dibakar menjadi abu.
Beberapa
tahun berlalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu,
teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas
pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong
Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah
satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar.
Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat
pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai
berpangkat. Dia percaya bahawa mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi,
(mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar).
Keberanian
Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah
bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan
satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu
disebut khusus dalam perutusan Lt. General A. E. Percival berkenaan
Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari
1942:
"Selepas
dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu
yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan
gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang
petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."
"After
two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay
Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently,
but suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap
(Pasir Panjang Ridge)…"
Di
tapak bersejarah tersebut, pertempuran bagi pertahanan terakhir Singapura telah
berlarutan selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunya pertempuran jarak dekat
tangan-ke-tangan (yang direkodkan) dengan Tentera Jepun.
No comments:
Post a Comment