Wednesday, 24 August 2016

ISU AMALAN GAYA HIDUP SIHAT



Langkah-langkah untuk mengamalkan gaya hidup sihat

1.

Dimensi Diri

Peribahasa: Masa itu emas
                Hendak seribu daya tak
                hendak seribu dalih
·         Pengurusan masa yang baik
·         Seimbangkan ekonomi dan sosial
·         Pupuk kesedaran diri
·         Menambahkan pengetahuan tentang gaya hidup sihat
·         Elakkan pengambilan makanan segera – Pengambilan makanan segera perlu dihadkan seminggu sekali- Perunding Makanan Mont Kiara Medical City, Pn.Farah DiBa Khan.

2.
Dimensi Keluarga


·         Sediakan makanan di rumah
·         Menu yang seimbang- piramid makanan.
·         Adakan aktiviti riadah – berkelah, melancong
·         Tanamkan nilai-nilai keagamaan.
·         Pantau gerak geri anak-anak –pergaulan yang bebas

3.
Dimensi Sekolah

Kepimpinan Melalui Teladan
·         Penekanan terhadap mata pelajaran PJK, Pen.Islam dan Moral.
·         Menggalakkan penglibatan dalam kokurikulum – menerapkan nilai-nilai kepimpinan, toleransi, hormat-menghormati.
4.
Dimensi Masyarakat

Peribahasa: Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
·         Mewujudkan hubungan antara jiran.
·         Mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, sukaneka dan melakukan kerja kebajikan.
·         Memupuk tabiat suka mencari ilmu pengetahuan.
·         Melakukan meditasi
5.
Dimensi Negara

Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.









·         Melancarkan Kempen: Kempen Gaya Hidup Sihat (1996), Kempen PROSTAR, Kempen Pencegahan Diabetes
·         Kempen Antidadah,
·         Rakan Muda:  Rakan Muda Fasa II, Rakan Muda Jiran Muda, Rakan Muda Wawasan Desa.
·         Melancarkan Kempen: Kempen Gaya Hidup Sihat (1996), Kempen PROSTAR, Kempen Pencegahan Diabetes
·         Kempen Cara Hidup Sihat (1991)
·         Menyediakan pendidikan kesihatan- http://www.infosihat.gov.my
·         Cintai Jantung (1991)
·         Aids (1992)
·         Makan Untuk Kesihatan (1997)
·         Ke Arah Keluarga Sihat dan Sejahtera (2001)
·         Senaman Asas Kecergasan (1998)
·         Kebersihan Makanan (1993)
·         Bekerjasama dengan NGO – Malaysian Medical Association
·         Klinik Berhenti Merokok –Kementerian Kesihatan Malaysia.
6.
Media massa


·         Menerbitkan buku-buku gaya hidup sihat.
·         Menyiarkan rencana, drama tentang gaya hidup sihat
7.
Antarabangsa
·         Pertubuhan Kesiahatan Sedunia (WHO) menggesa pihak kerajaan di Negara Asia meningkatkan kesedaran tentang kebaikan susu ibu kepada masyarakat.
·         Sambutan Hari Kesihatan Sedunia




Punca-punca Gaya Hidup Tidak Sihat

1.

Dimensi Diri

Peribahasa: Sudah terantuk baru nak tengadah
·         Pemakanan yang tidak seimbang – 8.7 juta penduduk tidak makan sayur dan buah-buahan. Menggemari makanan segera.
·         Makanan secara berlebihan – Tidak dapat mengawal nafsu makan (apostat)
·         Tidak Bersenam – tidak aktif atau sedentary, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi (1996) 11.6% bersenam.
·         Mengamalkan tabiat merokok, meminum arak, menagih dadah, seks rambang                                                  
·         Kurang kesedaran dalam diri: dalam memperoleh pengetahuan dan mempraktikkan gaya hidup sihat
·         Tidak tahu berkongsi masalah atau perasaan dengan orang lain.

2.
Dimensi Keluarga
Peribahasa: ringan tulang
  • Tidak mementingkan kebersihan tempat tinggal                                                      
  • Tidak menjalankan pemeriksaan kesihatan 
·         Banyak makan di luar – 40% masalah kegemukan disebabkan oleh tabiat makan di luar.
·         Tidak bersukan dan berekreasi
  • Budaya makan makanan yang ternyahasli – makanan yang diproses, diawet dan dikeringkan
  • Ibu bapa tidak pantau pemakanan kanak-kanak.

3.
Dimensi Sekolah

Peribahasa: melentur buluh biarlah dari
Rebungnya.
  • Kurang penekanan terhadap – mata pelajaran PJK, Pend.Islam dan Moral.
  • Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum tidak memberangsangkan.                           SLAD, Badan Beruniform.
·         Makanan di kantin tidak berkhasiat.


Dimensi Masyarakat
Peribahasa: seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Kera sumbang
·         Hubungan dengan  jiran tidak erat.
·         Tidak mahu menyertai  aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, sukaneka dan melakukan kerja kebajikan.
·         Tidak menyahut seruan kempen-kempen

5.
Dimensi Negara

Peribahasa: Pemuda harapan bangsa
                Pemudi tiang negara
·         Keberkesanan kesampaian mesej menerusi kempen-kempen tidak diketahui : Kempen Gaya Hidup Sihat (1996), Kempen PROSTAR, Kempen Pencegahan Diabetes
·         Kempen Antidadah,
·         Rakan Muda:  Rakan Muda Fasa II, Rakan Muda Jiran Muda, Rakan Muda Wawasan Desa.
·         Kempen Cara Hidup Sihat (1991)
6.
Media massa
·         Menyiarkan iklan makanan segera.






Kesan Positif/Kebaikan daripada Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
 
1.

Dimensi Diri


·         Tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas.
·         Pengajaran guru mudah difahami.
·         Mengamalkan nilai-nilai murni
·         Memiliki tabiat menimba ilmu pengetahuan
2.
Dimensi Keluarga

  • Hidup bahagia
  • Kekal sihat sepanjang hayat
  • Mengurangkan perbelanjaan perubatan
  • Tiada masalah kesihatan – perbelanjaan perubatan dapat dikurangkan
3.
Dimensi Sekolah
·         Dapat menghasilkan Modal Insan yang baik
·         Bergiat cergas dalam sukan dan permainan serta aktiviti kokurikulum – perkkhemahan, pengembaraan dan olahraga.

Dimensi Masyarakat

·         Masyarakat yang berbudi pekerti
·         Jangka hayat meningkat dan kadar kematian disebabkan oleh penyakit menjadi kurang.
·         Hindari gejala sosial
5.
Dimensi Negara


·         Kadar kematian akibat penyakit akan berkurangan.
·         Perbelanjaan perubatan dapat dikurangkan.

·         Mempunyai tenaga kerja yang sihat dan produktif

·         Kerjasama dengan NGO – Yayasan Jantung Malaysia, Majlis Kanser Malaysia.

·         Mendapat nama baik di persada dunia.
6.
Dimensi Antarabangsa
·         Menjadi contoh rakyat sihat kepada negara lain.








D. Kesan Negatif/Keburukan Akibat Tidak Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
1.

Dimensi Diri


·         Kegemukan/ obesity – 10% - 15% kanak-kanak mengalami masalah kegemukan
·         Tidak cergas
2.
Dimensi Keluarga

  • Hubungan kekeluargaan tidak erat
  • Masalah remaja- lari dari rumah, pergaulan bebas,
3.
Dimensi Sekolah


·         Masalah disiplin
·         Kurang tumpuan dalam pelajaran
·         Pencapaian merosot – berpenyakit
·         Tidak aktif dalam kokurikulum

Dimensi Masyarakat
Peribahasa: Bercermin di air keruh
·         Perbagai penyakit kronik – kanser, sakit jantung, diabetes, angina ahmar –punca utama kematian 30% kerana penyakit kardiovaskular
·         Penyakit yang berbahaya seperti Aids akan merebak.
·         Keruntuhan akhlak

5.
Dimensi Negara


·         Kadar kematian akibat penyakit akan meningkat
·         Kos perubatan yang tinggi – RM100 juta untuk Kempen Tak Nak Merokok.
·          
6.
Dimensi Antarabangsa
·         Masyarakat yang tidak sihat.
·         Maruah Negara tercemar.







Cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat

1.     Senaman
-       Merupakan kaedah terbaik untuk mengekalkan kesihatan
-       Dilakukan secara berkala selama 20 hingga 30 minit – tiga kali seminggu
-       Melakukan aktiviti senaman yang berat dan ringan

2.    Mengamalkan pemakanan yang seimbang
-       Tidak makan makanan secara berlebihan berbanding kerja yang dilakukan seharian
-       Makan mengikut piramid kadar pemakanan yang seimbang yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan
-       Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan
-       Makan makanan yang mengandungi semua kelas makanan dalam kuantiti yang mencukupi
-       Elak makan makanan segera dan makanan ringan dari Barat seperti ‘McDonalds’,’KFC’ dan ‘Pizza Hut’ – punca utama obesiti dalam kalangan kanak-kanak
-       Makanan segera mengandungi minyak,kolestrol,garam dan gula yang tinggi menjadi punca utama penyakit sakit jantung
-       Amalan pemakanan yang seimbang menjamin kesihatan badan dan seterusnya membentuk gaya hidup yang sihat

3.     Tidak merokok , jauhi dadah dan alkohol
‘Setiap sedutan membawa padah’ dan ‘Tak Nak’ merupakan slogan dalam kempen “Tak Nak”
-    Semasa kempen iklan-iklan ditayangkan di televisyen,akhbar dan poster
     mengandungi maklumat tentang keburukan amalan merokok kepada kesihatan
-    cara ini dapat menyedarkan masyarakat tentang bahaya merokok
-    kempen jauhi dadah dengan mengadakan ceramah,iklan-iklan di televisyen,
     akhbar dan poster tentang bahaya dadah yang merupakan cara termudah untuk
     dijangkiti penyakit Sindrom Kurang Tahan Melawan penyakit (AIDS) atau HIV.
-       Pengambilan alkohol secara berlebihan bukan sahaja menyebabkan seseorang itu tidak sedar diri malah menyebabkan ketagihan, kerosakan jantung , hati,ginjal dan buah pinggang
-       Tidak merokok, jauhi dadah dan alcohol merupakan cara pengamalan gaya hidup sihat.

4.    Kebersihan persekitaran
-       Mengadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan tempat tinggal
-       Terutama tempat pembiakan nyamuk Aedes seperti longkang yang tersumbat,bekas dan botol kosong.tayar buruk yang menakung air
-       Tempat pembuangan sampah yang menjadi tempat tumpuan lalat dan tikus
-       Langkah mengekalkan alam sekeliling dapat mencegah wabak demam denggi dan pelbagai penyakit berjangkit menular dan sekali gus dapat menjamin kesejahteraan diri,keluarga dan masyarakat





5.     Mengelakkan seks rambang
-       Mengelakkan hubungan seks dengan lebih daripada satu pasangan
-       Pasangan suami isteri haruslah setia kepada pasangan masing-masing
-       Aktiviti sek rambang dengan pelacur atau perempuan lain menjadi punca jangkitan HIV dan AIDS


Peribahasa:

1.    Badan sihat otak cerdas
2.    Nasi menjadi bubur
3.    Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna
4.    Mencegah lebih baik daripada merawat


 

Amalan gaya hidup tidak sihat meningkatkan pelbagai penyakit berbahaya

A.    Amalan gaya hidup tidak sihat

1.    Tabiat merokok
-       Bermula sejak peringkat remaja belasan tahun sehinggalah orang yang paling tua
-       Tiada kesedaran tentang bahaya merokok walaupun terdapat kempen dan program antimerokok dilaksanakan oleh kerajaan
-       Kesan negative yang paling ketara akibat merokok ialah kanser paru-paru,kanser lidah dan kanser gusi
-       Bahan karbon monoksida yang terdapat dalam rokok menjadi racun kepada saluran pernafasan
-       Amalan merokok merupakan punca yang meningkatkan pelbagai penyakit berbahaya kepada penyedutnya.

2.    Penagihan dadah
-       Pada zaman globalisasi pelbagai jenis dan bentuk dadah menjadi tarikan khususnya dalam kalangan remaja
-       Gejala dadah seperti syabu,ganja,kokain, ‘ice’ bukan sahaja menjerumuskan masyarakat ke kancah maksiat malah kesan yang paling buruk ialah penagih akan dijangkiti penyakit Sindrom Kurang Tahan Melawan Penyakit (AIDS) atau HIV.
-       Ibu yang menagih dadah akan menyebarkan virus penyakit ini kepada bayinya melalui peredaran darah
-       Penagihan dadah menjadi punca bayi dan kanak-kanak menghidapi AIDS dan HIV
-       85% peratus pesakit AIDS dijangkiti melalui perkongsian jarum suntikan

3.    Pemakanan makanan yang tidak seimbang
-       Makan makanan ringan dan segera
-       Memiliki minyak,kolestrol, gula dan garam yang tinggi menyebabkan penyakit sakit jantung
-       Elak makan makanan segera dan makanan ringan dari Barat seperti ‘McDonalds’,’KFC’ dan ‘Pizza Hut’ – punca utama obesiti dalam kalangan kanak-kanak
-       Makanan ringan dan makanan segera dicampurkan bahan tambah seperti pengawet, bahan perasa dan ubat tahan lama yang menyebabkan kanser.


4.     Pengabaian Kebersihan Persekitaran
-       Sikap masyarakat yang tidak prihatin dan tidak peka tentang isu-isu terkini menyebabkan mereka mengabaikan kebersihan kawasan tempat tinggal
-       Kesibukan bekerja  menyebabkan mereka tidak mempunyai masa menjaga kebersihan rumah dan persekitarannya
-       Longkang tersumbat,bekas-bekas plastik dan sampah sarap serta semakn samun dibiarkan
-       Menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan penularan wabak demam denggi
-       Contoh kawasan Sungai Nibong di Bayan Lepas, Pulau Pinang diisytiharkan sebagai zon berbahaya kerana peningkatan kes demam denggi

5.    Kurang bersenam dan beriadah
-       Kesibukan bekerja menyebabkan masyarakat tiada masa sama ada untuk beriadah atau bersenam
-       Masyarakat juga kurang sedar kepentingan bersenam dan menganggap aktiviti ini perkara yang remeh
-       Kesannya berlaku masalah kegemukan atau obesiti dan seterusnya menyebabkan penyakit sakit jantung

Peribahasa:
1.    Badan sihat,otak cerdas
2.    Bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing
3.    Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
4.    Nasi sudah menjadi bubur
5.    Ikut hati mati,ikut rasa binasa


B.    Kesan-kesan amalan gaya hidup tidak sihat

1.    Kepada diri sendiri
-       Memudaratkan kesihatan
-       Membawa maut sekiranya menjadi penagih tegar dan menghidap pelbagai penyakit kronik
-       Menjadi sampah masyarakat dan disisihkan dalam masyarakat – tidak dapat membantu membangun dan memajukan Negara

2.    Kepada keluarga
-    menjejaskan maruah keluarga – contohnya , penagihan dadah
-     membazirkan wang – membeli rokok dan dadah,menanggung kos rawatan yang
     tinggi terutama penyakit sakit jantung,kanser
-    harapan keluarga musnah – terutama ibu bapa mengharapkan anak-anak
     menjadi tempat mereka bergantung
   
3.    Kepada masyarakat
-       Hidup tidak tenteram kerana peningkatan jenayah seperti ragut,pecah rumah,merompak dan membunuh
-       Persekitaran tidak selamat dan tidak selesa didiami – kebersihan diabaikan


4.    Kepada negara
-       Daya produktiviti negara terjejas kerana rakyat yang tidak sihat dan banyak golongan belia yang terlibat dengan penagihan dadah
-       Imej negara tercemar – peningkatan pelbagai penyakit berbahaya, penagihan dadah yang kronik,dan pengabaian kebersihan
-       Menjadi beban kepada negara terutama dari segi kewangan – kos rawatan penyakit berbahaya yang tinggi, program pemulihan dadah,aktiviti membersihkan kawasan persekitaran
-       Hasrat untuk melahirkan modal insan akan terjejas


Langkah-langkah untuk menangani amalan gaya hidup tidak sihat
 
          1. Peranan Ibu Bapa
          -   memberi didikan agama yang sempurna dan secara berterusan sejak kecil
          -   anak-anak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan
          -   membahagikan masa antara komitmen terhadap kerjaya dengan keluarga –
              berbincang dan bersedia membantu menyelesaikan masalah anak-anak
-       Selalu beriadah dan bersenam, mengunjungi tempat reakrasi bersama-sama keluarga

          2. Peranan masyarakat
          -    bekerjasama dengan pihak berkuasa – membuat laporan tentang kegiatan yang
     menyalahi undang-undang – masalah penagihan dadah
-       Menyokong program-program kerajaan ke arah mewujudkan masyarakat yang mengamalkan budaya hidup sihat
-       Meningkatkan kesedaran tentang bahaya amalan gaya hidup sihat melalui ceramah

3.Penguatkuasaan undang-undang
-    Tindakan undang-undang yang lebih tegas dikenakan terhadap mereka yang
     mengedar dadah, tidak menjaga kebersihan persekitaran

4.Peranan media massa
-    membantu menjayakan kempen-kempen ke  arah amalan gaya hidup sihat –
     contohnya kempen antimerokok, antidadah,menjaga kebersihan
      persekitaran,pemakanan seimbang
-        menyiarkan iklan,maklumat yang berkaitan untuk meningkatkan kesedaran
               masyarakat tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat

5.Peranan sekolah
-    guru menyedarkan pelajar tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat
-    contohnya, bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
-    menggunakan konsep sekolah penyayang – guru membantu pelajar
     menyelesaikan masalah
-       Peranan guru kaunselor

Peribahasa:
1.sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
     2. Badan sihat,otak cerdas
3. Genggam bara api biar sampaai jadi arang
4. Ringan sama dijinjing,berat sama dipikul
5. Mencegah lebih baik daripada merawat

2 comments:

  1. Its so helpful...tq so much teacher...its such a useful notes👍👍👍

    ReplyDelete
  2. Blog ini bagus sangat..saya dpt menyiapkan ujian lisan dengan mudah

    ReplyDelete