Tuesday 23 August 2016

Puisi Moden - www.sibermerdeka.com.my



(Abdul Ghafar Ibrahim)

Maksud
Rangkap pertama
Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah atau kesusahan yang dihadapinya.

Rangkap kedua
Dalam pemikiran penyajak, dia cuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

Rangkap ketiga
Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menguji kesabaran dan keimanannya.

Rangkap keempat
Penyajak yang berasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu. Namun begitu, penyajak cepat sedar dan seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terpedaya lagi.

Rangkap kelima
Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan walaupun dia tidak mengetahui apa-apa yang bakal ditempuhinya pada hari-hari yang mendatang.

Rangkap keenam
Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih matang. Dia tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.



Rangkap ketujuh
Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.

Rangkap kelapan
Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan hidup yang bersifat sementara. Setiap peristiwa dalam hidup penyajak berlalu dengan amat pantas. Oleh itu, penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

Tema
Tema puisi “www.sibermerdeka.com.my” karya  Abdul Ghafar Ibrahim ialah ketabahan insan dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Penyajak  sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menguji kesabaran dan keimanannya dalam meneruskan kehiduapan di muka bumi ini.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi  ini, antaranya:
i.      Kepentingan merancang kehidupan
Contoh : Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah atau kesusahan yang dihadapinya.

ii.    Kegigihan untuk menyelesaikan masalah
Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia cuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

iii.   Cara menjalani hidup dengan bermanfaat
Contoh : Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

No comments:

Post a Comment