Tuesday 23 August 2016

Drama Berkhidmat Untuk Negara



Berkhidmat Untuk Negara
(Affix Zulkarnain Adam)

Sinopsis

Drama ini mengisahkan Aiman, seorang pelajar yang berusia 16 tahun yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Oleh sebab berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan, Aiman beranggapan bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya.

Walaupun ibu Aiman, Masnah memihak kepada Aiman agar tidak menyertai PLKN, namun ayahnya Khir Ghazali memberi galakan dan kata-kata perangsang kepada Aiman untuk menyertainya. Selain Khir Ghazali, watak posmen, Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan Cikgu Dahari turut memberikan dorongan kepada Aiman untuk menyertai Khidmat Negara.

Akhirnya, setelah melayari sesawang yang memaparkan kejayaan pelajar senior yang menyertai dan menerima anugerah PLKN, hati Aiman terbuka untuk menyertai PLKN dan dia bertekad untuk membuktikan sikap berdikari dan semangat cinta akan tanah air.

Pemikiran

Pemikiaran yang cuba diungkapkan oleh pengarah dalam drama ini ialah sikap sesetengah remaja yang mempunyai tanggapan negatif tentang PLKN. Contohnya Aiman berusaha untuk menggelakkan diri daripada menyertai PLKN dengan memberi pelbagai alasan agar dia dikecualikan daripada menyertai PLKN.


Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam drama ini, antaranya:
i.      Persoalan sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai PLKN dan memberikan sumbangan kepada negara
Contoh: Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syuhada berasa seronok apabila mereka terpilih sebagai peserta PLKN dan nama mereka terpampang di papan kenyataan sekolah.

ii.      Persoalan kesibukan dalam kalangan ahli keluarga yang merenggangkan hubungan kekeluargaan
Contoh: Aiman sentiasa berasa sunyi kerana ayahnya sibuk bekerja manakala ibunya Datin Masnah sibuk dengan urusan di luar dan kakaknya Dapnia, pula sibuk dengan tugasannya di universiti.

iii.      Persoalan sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak
Contoh: Datin Masnah menyokong hasrat Aiman yang ingin mengecualikan diri daripada menyertai PLKN. Sebagai seorang ibu dan juga isteri kepada seseorang yang berpengaruh, beliau sepatutnya mendorong dan memberi motivasi kepada anaknya untuk berkhidmat  kepada negara.

iv.      Persoalan peranan seorang guru dalam memberikan kesedaran dan mewujudkan semangat patriotrisme dalam kalangan murid
Contoh: Cikgu  Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada murid-muridnya agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN.

No comments:

Post a Comment