Tuesday 23 August 2016

Prosa Tradisional - Kepimpinan Melalui Teladan



Kepimpinan Melalui Teladan

Sinopsis

            Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk  mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.  

            Patih Gajah  Mada membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri  menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.

            Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyamar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka daripada kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.

            Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badannya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah mengurniakan anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari

            Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemukan dan Sultan telah menitahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian daripada barang-barang tersebut kepada laksamana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak berputus asa malahan terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.  

Tema
Cerita “Kepimpinan Melalui Teladan” memaparkan tema berkaitan kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara. Contoh: Kepimpinan itu digambarkan melalui keberanian dan kegagahanan watak utam cerita iaitu Laksamana yang mempertahankan negeri Melaka daripada ancaman penjurit tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura-hara.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:
i.      Persoalan keberanian dalam menjaga keselamatan negara
Contoh: Laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk menjaga sekeliling  istana daripada diceroboh oleh Kertala Sari.



ii.    Persoalan kebijaksanaan seorang pemimpin
Contoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari dengan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.

iii.   Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat
Contoh: Sultan mengarahkan Temenggung untuk menjaga keselamatan negara dari masalah kecurian.

iv.   Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam mencapai tujuan
Contoh: Laksamana menggunakan ilmu kesaktiannya untuk mengatasi Kehandalan Kertala Sari.

v.    Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk
Contoh: Patih  Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas kematian penjurit tujuh  bersaudara di Bukit Cina hingga menyebabkan kematian Kertala Sari.

No comments:

Post a Comment