Tuesday, 23 August 2016

NOTA PENUH NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA



SINOPSIS

Bab 1: Darah Pahlawan, muka surat 1-7
Novel bermula dengan watak zaman kanak-kanak Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya, Pak Saidi sambil menikam batang pisang. Dialog pertama terpacul daripada mulut Pak Saidi. Adnan mendesak Pak saidi mengajarnya bersilat kerana mahu mencontohi Hang Tuah. Pak Saidi pura-pura tidur apabila sengaja membiarkan pertanyaan Adnan tentang keturunan mereka sebagai pahlawan (Saidi cucu Datuk Siamang Gagap, penentang Inggeris di Seri Menanti, Negeri Sembilan).
Setelah Adnan terlena, Pak Saidi berbual dengan isterinya, Mak Milah. Perbualan berkisar tentang perubahan zaman ke arah pencapaian pendidikan dan kebendaan, berbanding dengan kepahlawanan. Mak Milah mahu tiga orang anak mereka menjadi orang biasa sahaja, bukan buruan Inggeris. Pak Saidi meyakinkan Mak Milah bahawa anak mereka akan bersekolah, tetapi mesti berjuang demi bangsa, agama dan tanah air. Pembukaan maktab perguruan di Tanjung Malim yang mengambil pelajar terbaik sekolah rendah Melayu menarik perhatian pasangan suami isteri itu. Kemudian mereka beralih kepada isu kemiskinan orang Melayu di tanah air sendiri yang kaya dengan sumber bumi, tetapi dijarah oleh penjajah belaka. Pak Saidi meluahkan rasa kesal kerana kejatuhan kesultanan Melaka yang bertapak selama 110 tahun berpunca daripada daripada angkara adu domba, fitnah dan perpecahan sesama orang Melayu. Pak Saidi menjelaskan bahawa dia sengaja merahsiakan keturunannya kerana tidak mahu menjadi buruan Inggeris, dipandang serong dan disisihkan.

Bab 2:  Kampung Sungai Ramal, muka surat 8 - 14
Adnan bermimpi membantu Hang Tuah yang tinggal keseorangan menghadapi ketua penyamun yang tiba-tiba bertukar menjadi raksasa. Mak Milah mengejutkan Adnan yang mengigau, lalu menyuruhnya pergi mandi. Adnan yang berusia 10 tahun itu kemudian mengikut Pak Saidi ke kebun getah. Adnan membonceng basikal tua ayahnya melalui jalan tanah merah yang becak. Disebabkan malam sebelumnya hujan, mereka hanya mengutip getah skrap dan tidak jadi ke sawah.
Pak Saidi singgah di warung kopi Pak Samad, tempat orang kampung berborak kosong seharian. Pak Saidi memesan dua cawan kopi O panas. Pak Samad memuji kerajinan dua beranak itu sambil menyindir anak muda yang membuang masa di kedainya. Sebaliknya Nordin dan kawan-kawannya secara sinis mengatakan bahawa kerja kuat pun tidak boleh jadi kaya.

Sinopsisi Bab 3:  Harapan seorang Ayah, muka surat 15 - 20
Cuaca baik membolehkan Pak Saidi bersendirian menoreh getah hingga selesai. Kepulangannya disambut oleh ketiga-tiga anak lelakinya yang mengambil barang yang dibawa balik. Adnan menawarkan minuman, tetapi Pak Saidi sudah ke warung kopi Pak Samad. Ketika anak-anak leka berlatih silat, Mak Milah pula datang dengan dulang makanan. Pak Saidi menghilangkan keraguan isterinya akan tujuan ke warung Pak Samad untuk berkongsi maklumat risalah al-Imam tulisan Syed Shiekh al-Hadi tentang pemerintahan sendiri.

Adnan datang dan meminta Pak Saidi membuatkan senapang kayu. Pak Saidi meletakkan syarat menolongnya membersikan kebun durian. Adnan mencadangkan Mak Milah ikut serta.

Bab 4: Dusun Durian di Tanah Perkuburan, muka surat 21 - 27
Pak Saidi bersama Adnan solat Asar setelah bekerja keras membersihkan dusun. Adnan ingin tahu sebab dusun mereka bersebelahan kubur. Pak Saidi memberitahu perkuburan lama tenggelam, lalu dia mewakafkan sebahagian dusunnya sebaagai tapak baharu. Adnan berpendapat kedudukan dusun mereka lebih selamat di situ, tetapi Pak Saidi tidak kisah jika sesiapa sahaja datang mengambil buah-buahan kerana hal ini bagaikan amalan sedekah yang bakal menggandakan rezeki (buah lebih lebat).
Perbualan beralih kepada jurai keturunan Minangkabau mereka. Moyang mereka bernama Alang berasal dari pagar Ruyung lalu menetap di Naning, Melaka. Dia menyertai Penghulu Dol Said menentang Inggeris yang kali pertama dibantu oleh Rembau dan Seri Menanti, tetapi kali kedua Inggeris licik memperoleh sokongan Rembau dan Seri Menanti. Alang berundur setelah Dol Said ditipu oleh Inggeris. Cucu Alang yang bernama Kahar bergelar Datuk Siamang Gagap menentang Inggeris di Bukit Putus. Inggeris dibantu oleh Datuk Kelana Sungai Ujung menyebabkan beliau berundur ke Juaseh. Pak Saidi salah seorang anak Kahar. Penentangan tetap diteruskan, tetapi secara politik dan perundingan menuntut kemerdekaan.

Bab 5:  Harapan Seorang Ibu, muka surat 28 - 35
Mak Milah menyambut Pak Saidi ketika ketiga-tiga anak lelaki mereka sedang leka bermain. Mereka berbalas kata gurauan sebentar sebelum memanggil anak makan tengah hari. Sambil makan, Pak Saidi memberi nasihat. Adnan meluahkan hasrat untuk bersekolah. Pada sebelah petang, setelah membawa balik ikan tangkapan di petak sawah, Pak Saidi berbual dengan Mak Milah tentang rancangannya menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Pak Saidi berjaya meyakinkan isterinya yang ragu dengan pendidikan Inggeris dan pandangan serong orang kampung.
Pak Saidi perlu berjumpa guru besar berbangsa Inggeris dahulu untuk soal siasat sebelum Adnan diterima. Pak Saidi menggunakan bantuan guru Melayu di sekolah itu (Cikgu Nazri).Adnan sangat gembira.

Bab 6:  Guru Besar Steward, muka surat 36 - 42
Cikgu Nazri berpesan supaya Pak Saidi bercakap elok-elok dengan Guru Besar Steward, 40-an. Pak Saidi harus menahan sabar kerana Steward suka menyindir kelemahan dan kemiskinan orang Melayu. Setelah berpuas hati Pak Saidi tidak membenci Inggeris, Adnan diterima dengan syarat berpakaian baharu. Pak Saidi langsung singgah di pekan Sungai Ramal membeli keperluan persekolahan Adnan.
Usai solat Subuh, Adnan berdoa supaya keluarga mereka kuat menghadapi tohmahan orang kampung. Cikgu Nazri kagum kerana Pak Saidi sanggup menghantar Adnan dengan berbasikal walaupun jaraknya jauh. Pada sebelah malam Pak Saidi mengajar anak-anaknya mengaji al-Quran.

Bab 7: Mereka Tidak Mengerti, muka surat 43 - 47)
Berita Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris menjadi gempar dalam kalangan penduduk Kampung Sungai Ramal. Di masjid, Lebai Pian, Leman dan Abu mendesak Tok Ketua mengambil tindakan keras, sama ada memberhentikan persekolahan Adnan di situ atau dihalau dari kampung jika berdegil. Tok Ketua sebaliknya menempelak Abu, kerana anaknya Nordin dilihat oleh orang kampung mencuri. Abu dan Leman terus merengus kasar, lalu keluar dari masjid.
Setiba di rumah, Abu terus merotan Nordin walaupun cuba dihalang oleh isterinya. Nordin terus berjumpa kawan-kawannya bagi merancang tindakan balas kepada Pak Saidi yang dianggap mereka sebagai kaki sibuk. Mereka juga marah kerana Pak Saidi hanya mengajar silat kepada anak-anaknya. Kemudian mereka mengambil keputusan tidur di masjid dalam kesejukan hujan lebat dan gigitan nyamuk.

Bab 8:  Seteguh Karang, muka surat 48 - 57
Ketika Sedang berehat di pondok di tepi sawah, Pak Saidi didatangi Pak Karim yang menyampaikan duit hasil jualan getah yang dikirim oleh Ah Chong. Pak Karim juga memberitahu perihal Abu menghasut Tuk Ketua supaya bertindak keras ke atas Pak Saidi berhubung kes Adnan ke sekolah Inggeris. Pak Saidi kemudian menjelaskan orang putih berjaya datang menjajah Tanah Melayu atas faktor ilmu pengetahuan yang tinggi. Bukan senang mengalahkan Inggeris dengan senjata. Pak Karim menyimpan hasrat yang yang sama, tetapi semua empat orang anaknya perempuan belaka.
Pada sebelah petang, Pak Saidi dikunjungi pula oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian, Pak Karim dan Isa di rumah. Tentang isu Adnan ke sekolah Inggeris, Pak Saidi menegaskan dia tidak mahu anaknya mewarisi pekerjaan bersawah dan bercucuk tanam sahaja. Pak Karim menyatakan sokongannya menyebabkan Lebai Pian melenting. Pak Saidi mencelah dengan kisah umat Islam pada zaman Nabi belajar dengan tawanan Perang Badar. Umat Islam juga digesa menuntut ilmu walaupun ke China (kata hukamak, bukan hadith seperti catatan novel, sila rujuk pakar). Tambahan pula, Cikgu Nazri muslim yang taat (kaki masjid). Lebai Pian bungkam, langsung pergi begitu sahaja.

Bab 9: Anak-anak kampung, muka surat 58 - 68
Setelah Adnan bersekolah Inggeris, hanya Mamat yang masih sudi berbual dengannya. Mamat tertarik dengan cerita Adnan, tetapi bapanya memberi alasan takut lupa agama. Adnan bersimpati dengan Mamat yang juga bercita-cita menjadi askar seperti dirinya, tetapi sukar dicapai tanpa kebolehan berbahasa Inggeris.
Pada sebelah malam, Pak Saidi terjaga apabila terdengar bunyi bising (tapak kaki) dari bawah rumah. Pak Saidi mengarahkan Mak Milah dan Adnan senyap, sambil dia pergi menyiasat. Pak Saidi memegang parang, manakala Adnan membawa sebatang kayu belati. Pak Saidi menyergah dua lembaga yang terbongkok-bongkok, lalu mereka terus lari. Adnan mengejar dan sempat membaling kayu belati tepat mengenai satu lembaga yang menjerit kesakitan.

Keesokan paginya Adnan mendapati tayar basikal mereka dikerat dengan pisau. Adnan bertegas untuk ke sekolah menyebabkan Pak Saidi meminjam basikal Pak Karim. Pada sebelah petang, Pak saidi ditemani Pak Karim ke kedai basikal Ah Chong di pekan Sungai Ramal. Ah Chong mencadangkan Pak Saidi membeli basikal yang baharu kerana basikal lama itu rosak teruk. Ah Chong sudi menerima bayaran secara ansuran.
Semasa singgah di warung kopi Pak Samad, heboh cerita kaki Nordin yang membengkak. Tiba di rumah, Mak Milah kehairan, lalu Pak Saidi menceritakan hal Adnan membaling kayu belatinya malam semalam. Maka, 'suspek' pencerobohan mereka sudah jelas, walaupun Mak Milah mulanya membantah. Pak saidi tidak mahu peristiwa berkenaan dihebohkan.
Di sekolah, Adnan tekun belajar hingga beroleh kedudukan pertama, serta disenangi oleh Cikgu Anderson, penolong guru besar. Anderson bangga akan cita-cita Adnan mahu menjadi askar.

Bab 10:  Masuk Jawi Basikal Baharu, muka surat 69 - 74
Adnan berdebar apabila tok mudim sampai untuk majlis bersunatnya. Walaupun tetamu lain ketawa mengusik, Adnan hanya berdiam. Mamat dan rakan 'diusir' oleh tok mudim ketika cuba mengintai majlis. Adnan melihat sahaja gelagat tok mudim dengan beg lusuh berisi peraltan khatan, termasuk pisau tajam pastinya.
Tok mudim menenangkan Adnan bahawa kesakitan khatan hanyalah seperti digigit kerengga. Adnan mengimbas kembali kata-kata semangat Pak Saidi, sambil menunaikan segala permintaannya seperti mandi laut dan makan ayam golek. Janji hadiah basikal hanya ditunaikan selepas berkhatan. Ketika Adnan sibuk bertanyakan Pak Saidi, tok mudim menyuruhnya mengucap dua kalimah syahadah dua kali, sambil itu. tok mudim menyelesaikan kerjanya. Setelah dua minggu, Adnan sembuh dan memperoleh basikal idamannya.

Bab 11:  Yakin Boleh, muka surat 75 - 82
Semasa perhimpunan pagi Isnin, Cikgu Nazri membuat pengumuman pertandingan syarahan bahasa Inggeris pada bulan hadapannya. Pada mulanya beliau hampa kerana tiada sambutan sehinggalah Adnan bersuara. Nizam yang mulanya memperlekeh Adnan akhirnya mahu mencuba, diikuti oleh Ah Chong, Ramasamy dan 16 orang murid yang lain. Di rumah Mak Milah dan Pak Saidi memberi galakan. Pak Saidi tidak bersetuju apabila Adnan tidak kisah jika kalah.
Adnan yang belum fasih berlatih bersungguh-sungguh, termasuk di hadapan keluarganya. Pada hari pertandingan, ayah, ibu dan adik-adiknya hadir. Sebagai peserta terakhir, Adnan dapat mempelajari persembahan peserta lain. Persembahan Adnan dikagumi oleh semua penonton. Akhirnya, Cikgu Nazri mengumumkan Adnan sebagai johan, Ah Chong kedua dan Nizam ketiga. Mereka berpelukan.



Bab 12:  Jaguh kampung, muka surat 83 - 92
Pertandingan tinju antara Adnan dengan Budin dihangatkan dengan gelagat penyokong kuat masing-masing, iaitu Mamat dan Semaun. Budin tidak puas hati setelah pasukan bola sepaknya dari Sungai Merab tumpas 1-2 di tangan Kampung Sungai Ramal. Malah, Budin kehilangan dua batang gigi dalam perlawanan itu. Gelanggang tinju bertempat di padang rumput berhampiran sungai pada tengah hari awal bulan Mac.
Mamat cuba menggesa Adnan menarik diri setelah Zaki selaku pengacara mengumumkan pertarungan tinju tanpa undang-undang, tetapi tidak berjaya. Walaupun Budin sudah terperangkap di sudut gelanggang, Adnan tidak mengambil kesempatan menyerang. Kedua-dua petinju hanya mengacah-acah, tetapi tidak berlaku serangan menyebabkan penyokong hampa, terutama Semaun.
Keesokannya di warung kopi Pak Samad, Samuri, marah-marah serta menggelar Adnan dan Budin sebagai samseng.Dolah, bapa Semaun pula menuduh Adnan dan Budin mencuri buah rambutan miliknya. Pak Husin, ayah Budin bergegas balik rumah lalu membelasah anaknya Budin. Pak Saidi juga malu, tetapi menyoal siasat Adnan. Walaupun berpuas hati, Pak Saidi mengingatkan Adnan bahawa diaakan merotan Adnan jika dia buat hal.

Bab 13: Darah Muda, muka surat 93 - 101
Setelah beberapa tahun, Adnan berjaya menamatkan persekolahan dengan cemerlang. Du orang adiknya, ahmad dan Amarullah masih di sekolah Inggeris. Di samping ke sawah, Adnan juga mengajar anak kampung membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris. Tiba-tiba Pak Karim datang membawa surat tawaran sebagai guru pelatih untuk Adnan. Pak Saidi gembira, tetapi Adnan termenung di beranda kerana bidang keguruan bukan minatnya.
Ahmad mencadangkan abangnya menolak tawaran itu, tetapi Adnan serba salah terhadap penerimaan Mak Milah. Sebagai jalan tengah, Adnan bersetuju dengan cadangan menjadi guru pelatih buat sementara waktu. Keesokan pagi Adnan berbasikal ke Sekolah Melayu Sungai Ramal. Adnan bertugas di situ selama setahun setengah apabila perbincangan tentang pasukan pertahanan orang Melayu rancang dibincangkan, terutama oleh Cikgu Osman dan Cikgu Salleh.

Sinopsis Bab 14:  Askar Melayu Diraja, muka surat 102 - 113
Rang Undang-undang Askar Melayu diluluskan pada 23 Januari 1933. Cita-cita asal Adnan sebagai askar kembali mekar. di sekolah, Cikgu Salleh berbual dengan Adnan tentang sumbangan perkhidmatan askar dan juga guru. Pada sebelah petang, sebuah jip tentera British singgah di warung Pak Samad untuk bantuan penunjuk jalan ke rumah ketua kampung. Berita tersebar, lalu penduduk kampung berduyun-duyun ke rumah tuk ketua. Ketika Ahmad lalu di situ majlis sudah bersurai, Mujur juga Mamat datang memberikan butiran perjumpaan ketua kampung dengan tentera Inggeris untuk mencari calon askar dalam kalangan penduduk kampung. Pemohon dikehendaki ke kem latihan tentera Port Dickson.

Di warung Pak Samad, Nordin dan kawan-kawannya mengejek hasrat sebagai tentera yang mereka cop sebagai orang suruhan British semata-mata. Setelah itu, mereka mempermainkan Mamat di perjalanan. Pada sebelah malamnya, Adnan menyuarakan hasratnya. Pak Saidi tiada masalah, tetapi berbeza dengan Mak Milah. Kedua-dua orang suami isteri itu bertelagah pendapat. Akhirnya, dengan keteguhan pendirian Adnan, serta setelah puas memujuk rayu, Mak Milah beralah.

Bab 15: Buku Bertemu Ruas, muka surat 114 - 126
Adnan sudah bersedia untuk memulakan perjalanan ke Port Dickson bersama Mamat. Mak Milah sugul dan tidak ceria. Mamat membonceng basikal Adnan menuju kedai Ah Chong untuk menyimpan basikal. Ah Chong memuji keberanian Adnan sambil memberi beberapa keping duit syiling. Mereka berjalan kaki selama satu jam ke pekan Kajang. Bersama Yusof dan Jaafar, mereka menumpang lori ke Seremaban dan lori lain ke Port Dickson.
Setiba di kem latihan Haig Lanes, mereka diambil ukuran tinggi dan lilitan dada, kemudian temu duga. Semua ceria, kecuali Yusuf yang kecewa kerana terlalu kurus untuk menjadi askar. Mereka menumpang kereta seorang calon askar balik ke Kajang.
Setelah beberapa minggu, Mamat muncul bersama dua anggota tentera membawa khabar gembira. Namun, Nordin benci. Dia dan kawan-kawannya menahan Adnan dan Mamat di perjalanan, memulakan provokosi (label pengikut Inggeris, muka surat 122) sehingga Adnan harus melawan. Adnan membangkitkan kelakuan jahat Nordin, lalu terjadi pergelutan. Nordin hanya menerkam angin, lalu terbabas ke dalam parit.
Pak Saidi mengadakan majlis kenduri, kemudian mereka solat berjemaah sekeluarga. Keesokannya usai sarapan, Adnan bertolak kem latihan menaiki kereta yang disewa oleh bapa Mamat. Perpisahan diiringi dengan air mata Mak Milah.

Bab 16: Perwira, muka surat 127 - 139
Adnan dan Mamat antara 25 orang pemuda Melayu yang terpilih sebagai anggota Kompeni Percubaan askar Melayu daripada lebih seribu orang pemohon rekrut. Adnan dan Mamat di bawah kendalian Konstabel Daud. Adnan hanya mampu meneguk air kopi sejuk, sedangkan Mamat berselera manyuap nasi goreng. Mereka diberikan pakaian seragam dan bergunting rambut, serta diajar disiplin berpakaian dan mengilat but berladam.
Walaupun malu berseluar pendek khaki, rekrut berkumpul di padang kawad di bawah perintah Koperal Yusuf. Mamat didenda tekan tubi seratus kali kerana memakai stoking berlainan warna. Kemudian di bawah perintah Sir Thomson, mereka mengambil masa seminggu (dengan pertolongan Adnan) untuk membiasakan diri dengan hukuman kawad dalam bahasa Inggeris. Selain itu, rekrut diberi ilmu agama, kemahiran tempur dan peluru hidup.
Adnan enggan mengalah dengan tekanan dan cabaran latihan sepanjang setahun tanpa dibenarkan keluar dari kem. Adnan terpilih sebagai rekrut terbaik, serta semua rakannya juga diterapkan sebagai perintis Batalion 1 askar Melayu. Usai perbarisan tamat latihan ialah pengumuman pertukaran. Adnan ke Singapura dan Mamat ke Kedah. Mereka dibenarkan bercuti seminggu sebelum melapor diri. Adnan terharu berjumpa semula keluarga, sambil melayan tetangga yang datang. Adnan berselera dengan masakan Mak Milah yang dirinduinya. Adnan mengeluarkan cenderamata untuk ibu, ayah dan adik-adik.

Bab 17: Kehidupan Baharu, muka surat 140 - 148
Adnan menikmati cuti di kampung. Tiba di kem, Kapten Anderson memaklumkan Adnan dinaikkan pangkat sebagai sarjan. Beberapa bulan kemudian Kapten Anderson menyatakan Adnan terpilih ke London, mewakili askar Melayu dalam pertabalan King George IV. Ketika bercuti seminggu sebelum ke London, Mak Milah merancang untuk menjodohkan Adnan dengan Sophia, anak Pak Pakih Muda.
Sedang Adnan termenung mengingatkan zaman kanak-kanak, serta perihal kedua-dua orang adiknya, Nordin dan rakan telah menyertai tentera. Mak Milah bijak memilih waktu itu untuk memastikan bahawa Adnan masih tiada calon isteri. Semasa Adnan di London, Pak Saidi dan Mak Milah menjalankan rancangan pertunangan Adnan dengan Sophia, guru di Sekolah Sungai Ramal.
Adnan dikurniakan uniform tentera British daripada King George, lalu menunjukkan kepada Kapten Anderson sebagaimana yang diminta. Selanjutnya Adnan menjalani latihan pegawai dan naik pangkat sebagai leftenan muda mengetuai Platun ke-7 Kompeni C. Ketika pulang ke kampung sekali lagi, Adnan menerima kejutan akan dikahwinkan dalam tempoh seminggu. Adnan serba salah, tetapi mengenangkan pengorbanan Pak Saidi dan Mak Milah, dia akur. Namun, ketika mengunjungi rumah Sophia, Adnan terus terpikat dengan kelembutan dan keayuan bakal isterinya itu. Majlis kahwin di rumah Sophia dan kenduri doa selamat di rumah Adnan diraikan penduduk kampung.

Bab 18: Berhari Raya Di Kampung, muka surat 149 - 155
Adnan sayu kerana sudah lama tidak berhari raya bersama keluarga. Adnan dan Sophia dikurniakan dua orang anak lelaki, tetapi bayi perempuan mereka meninggal dunia. Cuti kali ini, Adnan beraya bersama keluarga walaupun pada mulanya Zainudin dan Mokhtar belum mesra dengannya.
Adnan memberitahu Sophia dia akan bertukar dari Bukit Candu ke Pasir Panjang, Singapura dan bercadang membawa keluarga mereka berpindah ke sana. Sophia gembira walaupun harus berjauhan dengan ibu bapanya sendiri. Mereka sekeluarga menaiki kereta api ke Tanjung Pagar. Hati Adnan tersentuh mengenangkan ibu dan ibu mentuanya menyeka air mata melepaskan anak dan cucu masing-masing.
Setiba di stesen Tanjung Pagar, Adnan sekeluarga menaiki jip tentera selama sejam pejalanan ke pangkalan tentera Pasir Panjang. Sophia cepat menyesuaikan diri, malah dia prihatin terhadap anak-anak tentera yang hanya leka bermain. Adnan menyokong cadangan Sophia untuk mengajar anak tentera di rumahnya bagi mengubat kerinduan tentang hingar-bingar murid di sekolah.

Bab 19: Perang Dunia Kedua, muka surat 156 - 168
Perang Dunia Kedua, serta dasar peluasan kuasa Jepun ke Asia Tenggara mencemaskan Adnan tentang keselamatan keluarganya yang tidak sampai setahun bersamanya di Pasir Panjang, Singapura. Sophia hairan dengan suaminya yang muram dan tidak berselera makan. Sophia mengangguk lemah apabila diberitahunya lusanya akan dihantar pulang ke Kampung Sungai Ramal.
Mak Milah terkejut dengan kepulangan Adnan, serta bimbang akan keselamatannya. Kemudian, Adnan bertemu Mamat dan Nordin bercerita hal tentera. Adnan memberi semangat kepada Mamat dan Nordin yang agak goyah menghadapi risiko pertempuran. Di stesen kereta api, seluruh keluarga Adnan dan Sophia tidak dapat menahan air mata. Adnan dan Sophia juga saling berdoa dan bermaafan. Adnan menghadiahi Sophia sehelai selendang merah sebagai lambang keberanian.
Setiba di Singapura, Adnan perlu memastikan proses perpindahan penduduk kampung berjalan lancar. Namun ada yang enggan berpindah, sebaliknya mahu berjuang menentang musuh. Tentera bergabung tenaga dengan pengawal kampung bagi menjaga keselamatan penduduk yang masih tinggal.Pengawal kampung ada yang bertelagah seperti Husin yang bersemangat melawan musuh, sementara  Karim tidak senang dengan bantuan Inggeris.

Bab 20: Bukit Candu, muka surat 169 - 179
Adnan menerima arahan mempertahankan Bukit Candu dan Pasir Panjang serentak. Kedua-dua tempat itu strategik, termasuk kilang candu Inggeris juga di situ. sarjan Hasan melaporkan penduduk Kampung Bukit Candu enggan berpindah walaupun sudah dipujuk oleh Penghulu Sidek. Akhirnya, pasukan pengawal kampung ditubuhkan. Persiapan sistem pertahanan Bukit Candu diselesaikan dalam tempoh 24 jam berdasarkan keputusan mesyuarat dan taklimat Leftenan Adnan.
Adnan terlantar keletihan, tetapi sempat menulis surat untuk Sophia sebelum terlena. Keesokannya, Adnan sekali lagi bertemu Penghulu Sidek. Persetujuan dicapai, tetapi Samad menganggap British mereka cerita tentang kedatangan Jepun, lalu bertikam lidah dengan Deris. Penghulu Sidek mengarahkan Samad balik ke rumah sahaja.
Adnan tersenyum sendirian membaca surat Sophia. Dia bangga dengan semangat Sarjan Hasan walaupun melepaskan keluhan tentang perihal berjauhan dengan keluarga. Mereka juga berbincang tentang persidangan tentera Amerika dan British di Manila. Mereka kesal kerana askar Melayu hanya dibekalkan senjata ringan. Trak tentera yang datang esoknya juga membawa barang yang masih belum memuaskan hati Adnan. Sarjan Hasan juga melontarkan pendapatnya bahawa British sengaja mengarahkan askar Melayu mempertahankan Bukit Candu dan Pasir Panjang kerena mereka mahu lari, serta takut mati. Adnan menambah bahawa tentera upahan dari India dan Nepal juga tiada kepentingan di Tanah Melayu.

Bab 21: Di Ambang Perang, muka surat 180 - 186
Persidangan tertutup tentera laut Amerika Syarikat (AS) dan British diadakan di Manila, khusus bAgi membincangkan kemaraan tentera Jepun di Asia. Laksamana Thomas C. Hart (AS) memaklumkan angkatan laut Jepun menuju Tanah Melayu dan Filipina, tetapi Laksamana Thomas Phlips (British) begitu yakin dengan kekuatan pasukannya. Hart mempertikaikan keikhlasan British, serta keupayaan asakar Melayu dengan senjata ringan sahaja, namun Philip yakin mereka terlatih. Persidangan bersetuju menghantar pesawat udara peninjau, serta pesawat pejuang untuk menyekat kemaraan Jepun.
Ura-ura serangan Jepun disebarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara dan berita radio. Penduduk Bukit Candu bersetuju pindah, kecuali seorang dua termasuk Samad. Walaupun isterinya meminta izin balik kampung, tetapi Samad berkeras bahawa hal itu propaganda British dan hasutan penghulu Sidek.
Ketika rondaan malam, Lans Koperal Bakar dan Koperal Senin ternampak kelibat dua lembaga memasuki rumah yang ditinggalkan. Amaran tembak tidak dihiraukan, sebaliknya lembaga itu terjun tingkap. Namun, lembaga berjaya ditangkap oleh peronda kampung yang diketuai Deris. Koperal Senin memberitahu lembaga berdua itu pencuri, lantas peronda kampung mahu membelasah mereka, tetapi sempat dihalang. Apabila topeng lembaga dibuka, semuanya terkejut melihat wajah Samad.

Bab 22:  Hati-hati Yang Resah, muka surat 187 - 199
Pagi itu, Leftenan Adnan dan anggota masih menunggu kedatangan pegawai baharu yang belum kunjung tiba. Hanya pada tengah hari, Kapten Rix tiba dengan sebuah jip. Rix diperkenalkan dengan pegawai, diberi taklimat dan dibawa mengelilingi pangkalan tentera. Koperal Senin menyediakan masakan Melayu untuk Rix.

Bab 23: Bermulanya Sengketa, muka surat 200 - 218
Jeneral Tomoyuki Yamashita menghadap Maharaja Jepun tentang rancangan menakluk Tanah Melayu bagi mendapatkan bahan mentah setelah dikenakan sekatan ekonomi. Jepun bersekutu dengan Jerman dan Itali bagi menghadapi Amerika Syarikat, Britain dan Belanda. Jepun telah beberapa tahun menghantar ejen perisik yang membuat peta Tanah Melayu. Jepun akan menyerang Pearl Harbour. Maharaja meminta Yamashita memenangi hati orang Melayu.
Yamashita memberitahu Leftenan Kuzuko bahawa mengubah rancangan asal menyerang Singapura kepada mendarat di Kelantan bagi mengelirukan musuh. Perang saraf dan slogan 'Asia untuk orang Asia' kononnya Jepun mahu membebaskan Tanah Melayu daripada British juga helah, walhal mereka hendak berkuasa selama mungkin.Tiba-tiba Yamashita diberitahu pesawat peninjau British sedang mengekori mereka. Pesawat kendalian Pegawai Penerbangan Bedell itu berjaya dimbak jatuh.
Pesawat peninjau kedua juga gagal kerana cuaca buruk. Yamashita juga mendapat persetujuan Thai untuk menggunakan wilayah mereka bagi menyerang Tanah Melayu. Sementera itu, cadangan Ops Matador oleh Jeneral A.E. Pegawai Pemerintah Tanah Melayu bagi menyekat pendaratan Jepun ditolak oleh Sir Robert Brooke-Popham, pegawai pemerintah British untuk timur jauh atas alasan tidak mahu membabitkan Thailand.
Kampung Sungai Ramal juga heboh kerana sebahagian penduduk menyokong Jepun sambil menuduh ketua kampung sebagai suruhan Inggeris. Pak Saidi mengetahui niat sebenar Jepun menerusi Adnan. Cadangan solat hajat dipersetujui. Hal yang terjadi meresahkan Mak Milah akan hal keselamatan ketiga-tiga orang anaknya

Di Singapura, Adnan berbincang dengan Kapten Rix tentang kelicikan pergerakan tentera Jepun. Tiba-tiba Koperal Senin membawakan surat daripada Ahmad yang sedang belayar ke Australia.

Bab 24:  Perangkap Tidak Mengena, muka surat 219 - 235
Jeneral Percival memerintahkan Kapten Rix menyekat laluan askar Jepun di utaras Changlun, termasuk menanam periuk api. Namun, hujan selama 4 hari dan tanah sawah yang digenangi air menyebabkan kubu yang dibina tidak kukuh. Intipan pihak Jepun dilakukan oleh Leftenan Kolonel Saeki Shizou. Yamashita memerintahkan pesawat tempur bergerak dari pangkalan tentera Thai walaupun dengan kekerasan. Thailand enggan, tetapi setelah bertempur 8 jam, Thailand akur.
Shizou merancang serangan udara, manakala Yamashita serangan laut secara serentak bagi membolehkan tentera darat masuk ke Tanah Melayu. Yamashita telah berjanji kepada maharaja akan menakluk Tanah Melayu dalam70 hari setelah menjalani latihan selama 7 bulan di hutan Burma (kini Myanmar). Jika gagal, Yamashita akan mati.
Ketumbukan 300 orang tentera Jepun mendarat di Songkhla dan bersedia menyerang kubu British. Tiga buah kapal perang Jepun pula berlabuh satu setengah batu dari Pantai Pak Amat, dekat Pengkalan Chepa. Pada tengah malam 8 Disember 1941 serangan mengejut bermula. Angin kencang serta laut bergelora menyukarkan misi pendaratan. Beberapa buah bot Jepun terbalik, manakala dua buah lagi dibedil sehingga mengorbankan banyak askar mereka. Pasukan askar upahan British dari India pimpinan Bregedier B.W. Key bermati-matian membalas serangan Jepun.
Di Pantai Sabak, Unit Dogra askar British pimpinan J.B. Soper dibedil hebat tanpa henti. Ramai askar Jepun berjaya dibunuh, lalu Yamashita menukar haluan ke Pantai Badang yang mudah ditembusi. Dari situ mereka bergerak ke pantai Sabak dan Pak Amat sehingga berjaya melumpuhkan pertahanan British. Jepun terus mara ke Kota Bharu, lalu bertempur dengan pesawat udara British-Australia.
Tentera British berundur, lalu diambil alih oleh askar Melayu, lalu bertahan di sepanjang laluan ke lapangan terbang Kota Bharu. Dalam buku catatan Kolonel Masnobu Tsuji, dia  menulis betapa askar Melayu berjuang bermati-matian berbanding dengan tentera upahan British.

Bab 25: Gagalnya Operasi Matador, muka surat 236 - 246
8 Disember 1941: Jeneral Percival yang mendapat makluman pergerakan besar-besaran askar Jepun akhirnya beroleh kebenaran Sir Robert Brooke-Popham untuk melancarkan Ops Matador. Di samping mempertahan Kota Bharu, Percival menghantar beberapa ketumbukan briged askar ke Songkhla, Changlun dan Jitra bagi menyekat kemaraan Jepun. Di Kota Bharu, askar Jepun menggunakan pelampung untuk menembusi kubu British di sepanjang Sungai Kelantan. Disebabkan kehabisan peluru, kedua-dua pihak bertarung dengan menggunakan bayonet yang pada akhirnya dimenangi Jepun.
Khabar angin disebarkan kononnya askar Jepun hampir menawan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Pertempuran hebat, jerangkap samar dan letupan mengorbankan banyak jiwa bagi kedua-dua belah pihak. Askar upahan British berundur ke Kuala Krai, tetapi sempat membakar lapangan terbang. Akhirnya, Jepun berjaya, manakala serangan balas British terhalang oleh bentuk muka bumi Kelantan, serta hujan lebat.
9 Disember 1941: Askar Jepun membaiki lapangan terbang Pengkalan Chepa, memburu saki-baki tentera upahan British dan akhirnya menawan Kota Bharu menjelang petang. Askar British India tambahan yang dihantar bertumpu di Pulai Chondong. Sasaran bom British berjaya menenggelamkan kapal pengangkut IJN Awajisan Maru, yang pertama dalam perang dunia pertama.
Jepun membalas dengan tembakan antipesawat. Misi udara British menyebabkan angkatan laut Jepun berundur, tetapi tentera darat mereka kalah teruk. Skuad udara Jepun bertindak balas dengan mengebom pangkalan udara British di Kuantan dan Butterworth. British tidak sempat memintas kedatangan mengejut pesawat Jepun. Lapangan Terbang Alor Setar dan Sungai Petani juga berjaya menjadi milik Jepun.

Bab 26: Serangan Bertali Arus, muka surat 247 - 260
10 Disember 1941: Jeneral A.E. Percival menyalahkan Sir Robert Brooke-Popham kerana lewat membenarkan Ops Matador. Percival memerintahkan kapal perang HMS Prince of Wales dan HMS Repulse yang berpangkalan di Singapura bergerak ke Kelantan tanpa perlindungan pesawat tempur. Yamashita menghantar 10 pesawat untuk serangan kamikaze (berani mati). Tiga pesawat Jepun yang ditembak menjunam ke atas Prince of Wales, manakala tiga pesawat lagi sengaja menjunam ke atas HM Repulse. Empat buah kapal pembinasa British juga ditenggelamkan. Pertempuran hebat di Kuantan mengorbankan banyak tentera kedua-dua belah pihak, tetapi British berundur hingga ke Kuala Lipis.
11 Disember 1941: Percival memerintahkan askar Punjab bertahan di Changlun, manakala askar Ghurka di Asun memberikan bantuan. Jepun menggunakan taktik serangan kereta kebal, sambil askar berjalan kaki menyerang dari rusuk kanan dan kiri. Nongka juga berjaya ditembusi mengakibatkan British undur. Malangnya jambatan Manggol diletupkan oleh British sendiri kerana tersalah sangka. Selanjutnya Jepun menggempur Alor Setar dan Sungai Petani.
12 Disember 1941: Percival memerintahkan pangkalan tentera British dikukuhkan termasuk menghantar askar Melayu. Sebaliknya, Jepun menyerang Kroh dan Pulau Pinang sehingga mengorbankan ramai orang awam. Skuadron Tentera Udara Diraja New Zealand mengerah pesawat Brewster Buffalo, tetapi mudah dijatuhkan oleh Mitsubishi Zero. Batalion Punjab dan Gurkha di Jitra juga mudah ditundukkan, malah askar Punjab bertempiaran sambil membuang senjata. Angka korban dan serah diri askar upahan British sangat tinggi. Jepun mengelirukan British dengan penyamaran sebagai orang tempatan berbasikal.
14 Disember 1941: Pangkalan udara Alor Setar ditawan tanpa tentangan. Seterusnya Jepun menyerang Gurun. British meletupkan jambatan Sungai Muda, tetapi pasukan jurutera Jepun membaikinya dalam tempoh 36 jam sahaja. Percival kemudian dibertitahu bahawa maklumat British bocor menerusi Kapten Patrick Heenan, perisik Jepun dalam tentera British. Akhirnya, British membuat keputusan mempertahankan Singapura sahaja.
Di Kampung Sungai Ramal, Mak Milah dan Pak Saidi berasa lemah dengan berita kematian Ahmad, adik Adnan kerana kapal HMS Pelanduk yang dinaiki karam dek serangan Jepun. Jiran-jiran datang menghulur simpati dan membacakan surah Yasin. Di singapura, Adnan yang menerima berita malang itu turut bimbang dengan keselamatan keluarga di kampung. Lans Koperal Yusuf bimbang akan keselamatan keluarganya di Kelantan, tetapi ditenangkan oleh Prebet Shaari dan Koperal Yaakub.

Bab 27 : Perancangan Dua Jeneral, muka surat 261 - 273
31 Januari 1942
Satu demi satu negeri di Tanah Melayu jatuh di tangan Jepun hinggalah ke Johor. Sir Robert Brooke-Popham dipecat, lalu digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall. Pasukan terakhir mereka meletupkan Tambak Johor, tetapi Yamashita membuat perancangan dari sebuah banglo estet di Kluang. Di sebuah warung, Samad dan kawan-kawannya bergelak ketawa dengan kekalahan tentera Berikat. Samad diekori dan ditahan oleh ejen Jepun dengan muncung senjata dihalakan ke mukanya. Akhirnya, Samad bersetuju menjadi pengintip Jepun. Samad menunggang basikal ke pangkalan tentera Bukit Candu dan Pasir Panjang. Pada sebelah malamnya Samad menjadi penunjuk jalan kepada tentera Jepun.
Percival yakin 85,000 orang tentera British mampu menewaskan 30,000 orang tentera Jepun. Bagi menutup kelemahan berperang di hutan tropika, mereka diperintahkan berkawal di sepanjang pantai. Tentera Australia seramai 750 orang pimpinan Henry Gordon Bennet berkawal dari Sungai Kranji ke Sungai Sarimbun, manakala Kapten Rix dan Leftenan Adnan mempertahankan Bukit Candu dan Pasir Panjang yang menempatkan depot peluru dan hospital tentera British.
Leftenan Adnan berjaya meniup semangat perjuangan kepada askar Melayu, tetapi kecewa terhadap tentera upahan British yang lebih rela menyerah kalah. Askar Melayu bersolat hajat. Leftenan Adnan memohon askar tambahan, dan dia lega dengan jaminan Rix. Leftenan Adnan memberi taklimat strategi pertahanan mereka.
Yamashita mengelirukan Percival dengan membedil sektor utara Singapura dan Changi, walhal mereka mendarat di bahagian barat laut Singapura. Dia merancang untuk menawan tanah tinggi, empangan bekalan air dan seterusnya pusat bandar. Pemerhatian dibuat menerusi bangunan tinggi di Johor Bahru, termasuk menara Istana Bukit Serene, serta belon panas. Sebelum membedil kedudukan British, Jepun menggugurkan risalah supaya orang awam menjauhi kawasan pantai. Pengintip yang fasih berbahasa Melayu berjaya memperoleh maklumat dan melukis peta tanpa disyaki.

Bab 28 : Pertempuran demi pertempuran,  muka surat 274 - 286
3 Februari 1942
Jepun melancarkan serangan mengejut dengan 13,000 orang tentera elit ke atas kedudukan tentera berikat. Yamashita juga memerintahkan tangki simpanan minyak tentera British di pelabuhan tentera laut Singapura diletupkan. Tentera udara diraja Australia di Sembawang juga terpaksa berundur ke Palembang, Sumatera. Dua buah kapal pengangkut British juga berjaya ditenggelamkan.
Markas Jepun dipindahkan ke istana Bukit Serene kerana yakin British tidak akan menyerang pusaka Sultan Johor itu. Keengganan Percival mematuhi arahan membina kubu di utara Singapura memudahkan kemaraan Jepun. Serangan balas British dilakukan dari lapangan terbang Saribun, tetapi akhirnya terpkasa berundur juga ke Palembang. Briged ke-22 tentera Australia juga tewas di pantai Saribun.
Yamashita mengambil kesempatan daripada kelemahan kawalan, komunikasi dan pentadbiran tentera berikat untuk menggempur kedudukan tentera Australia di garisan Keranji-Tambak Johor. Ketika Jeneral Nashimura panik kerana masalah air surut mendadak, Yashimura menghantar bantuan untuk memaksa tentera Australia berundur. Kereta kebal Jepun yang berjaya mendarat telah berjaya mengusir tentera India ke Bukit Timah.
Menjelang pagi di Jurong, Jepun menyerang askar Melayu yang ditinggalkan oleh tentera India yang berundur apabila bilangan askar Jepun semakin banyak. Walaupun berjuang habis-habisan, askar Melayu juga terpaksa berundur. Percival nyaris terkena serangan bom di markas Jalan Holland. Briged India ke-44 pula lari lintang-pukang apabila bertembung dengan askar Jepun di Keranji-Jurong. Menyedari bekalan peluru yang semakin menyusut, Yamashita menggunakan taktik menulis surat kepada Percival supaya menyerah kalah, tetapi ditolak.
Yamashita memerintahkan serangan pada waktu malam dengan pedang dan bayonet dan berjaya membunuh askar India dan Australia. Semangat askar yang masih hidup segera luntur dan lebih suka pulang ke tanah air mereka. Maka, hanya askar Melayu terus berjuang mempertahankan tanah air. Askar Melayu berlindung di kubu ketika serangan Jepun pada waktu malam. Hospital tentera musnah dengan 700 orang askar India terkorban. Tentera Gurkha dan pasukan meriam British di Bukit Timah tewas. Pengalaman tentera Jepun berperang di China digunakan bagi melemahkan tentangan British.
Tinggal Bukit Candu dan pasir Panjang sebagai benteng terakhir bagi menyelamatkan pangkalan utama Alexandra. Tanggungjawab digalas oleh kapten Rix dan Leftenan Adnan setelah Percival enggan mengaku kalah. Rix ragu-ragu, tetapi Adnan berjanji akan bertahan hingga ke titisan darah terakhir.

Bab 29: Terus Berjuang, muka surat 287- 300
Leftenan Adnan terpandang Samad dan dua orang lelaki bertopi mengayuh basikal di hadapan pangkalan. Sarjan Arshad memberitahu tentang dua lelaki pelik yang asyik tunduk dan menutup mata. Penghulu Deraman yang datang pada petangnya juga tidak kenal, melainkan tentang kulit mereka yang cerah. Lantas, Adnan meminta penghulu memerhatikan pergerakan Samad. Maka, pada malamnya Penghulu Deraman bersama Budin dan Leman mengekori Samad yang keluar dari rumahnya hingga ke sebuah rumah usang di dalam hutan. Penghulu Deraman sanggup mengintip lebih dekat seorang diri kerana Budin dan Leman takut, tetapi akhirnya ikut serta.
Penghulu Deraman melaporkan hal itu kepada Leftenan Adnan. Setelah berbincang dengan kapten Rix, Adnan mengarahkan pengintip dihapuskan malam itu juga. Menjelang tengah malam, Adnan mengetuai serbuan dengan tiga orang tentera memecahkan pintu rumah. Tiga orang lelaki Jepun cuba mencapai pistol, tetapi orang Adnan pantas membunuh mereka. Ketika Samad diberkas, dia ditembak mati oleh seorang askar Jepun yang kemudiannya tewas di tangan Adnan.
Yamashita berang. Dia merancang untuk menyerang Jurong pada 10 Februari. Percival memerintahkan Batalion 2 Rejimen Askar Melayu dan Briged India ke-44 ke sana, tetapi askar India berundur setelah mengalami angka korban yang tinggi. Percival segera mengarahkan askar Melayu juga berundur. Pada pukul lapan malam askar Jepun mara ke Pangkalan Pasir Panjang setelah melepasi halangan periuk api kawat duri dan kubu kecil (pillbox). Askar Melayu berlindung di kubu bawah tanah.
Jepun menghantar kereta kebal, tetapi berjaya ditumpaskan. Pada pukul dua petang, tentera imperial Jepun menggempur rejimen askar Melayu, lalu mengepung mereka dan berjaya menawan sebahagian anggotanya. Sarjan Hasan yang berjaya lolos melaporkan kepada Leftenan Adnan tentang bedilan meriam dan mortar hanya dapat dibalas dengan senjata ringan, dan kemudiannya pertempuran jarak dekat tanpa peluru. Sarjan Hasan tidak puas hati kerana Rix lebih mementingkan Buena Vista, sambil membiarkan askar Melayu di Pasir Panjang.

Bab 30: Serangan Balas, muka surat 301-311
Suasana Pagi itu hening Askar Melayu yang tidak bertugas sedang tidur-tidur ayam.Tiba-tiba suasana yang tenang itu dikejutkan dengan satu jeritan. Tentera Jepun sudah menyerang Tanah Melayu. Leftenan Renya memimpin pasukan penggempur memerintahkan orang-orangnya terus melapskan tembakan mortar ke arah pertahanan pihak lawan. Kebanyakan tembakan tepat mengenai sasaran. Jeneral Yamashita bertambah berang, dia mahu pasukannya mencari jalan bagaimana mahu menembusi kubu pertahanan tentera Melayu. Tentera Jepun memakai pakaian tentera Sikh untuk mengelirukan musuh. Dua puluh orang tentera Jepun yang memakai turban telah dibunuh dari jarak yang dekat.

Bab 31: Biar Putih Tulang, muka surat 312-322
Kehebatan Askar Melayu yang berjaya menghidu tipu helah yang dibuat oleh tentera Jepun telah menyebabkan Leftenan Renya Mutugchi berang. Disebabkan itu, tentera Jepun telah bertekad untuk menyerang Askar Melayu di Bukit Candu secara besar-besaran. Serangan kali ini menggunakan kapal terbang untuk serangan udara dan disusuli dengan serangan pasukan artileri. 

Bab 32: Tumpah Darah Perwira, muka surat 323-335
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang musuh  sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan bayonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

Bab 33: Jatuhnya Kota Singa, muka surat 336-344
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menerah kalah. Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Koperal Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.

Bab 34: Darah Mengalir Di Sungai Ramal, muka surat 345-351
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu.

Bab 35: Perjuangan Belum Berakhir, muka surat 352-358
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam panas.
Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami  isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukemia dan meninggal dunia.

TEMA
Tema novel ini ialah keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air.
Bukti Tema :
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

 PERSOALAN
Ø   Persoalan pengorbanan seorang isteri.
Contoh :  Isteri Leftenan Adanan iaitu Sophia sanggup berkorban berpisah dengan suaminya dan menjaga anank-anak.
Ø    Kebijaksanaan dalam menghadapi situasi genting.
Contoh :  Leftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.
Ø   Sikap berpandangan jauh.
Contoh :  Ayah Leftenan Adnan iaitu Pak Saidi menyekolahkan Leftenan Adnan di sekolah Inggeris walaupun anak-anak Melayu lain bersekolah pondok.
Ø   Semangat cinta akan negara.
Contoh :  Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjayanya untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air.

 PLOT
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat lima peringkat garapan plot iaitu:
1.        Permulaan
Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah.  Adnan mendapat pendidkan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu. Dalam bahagian permulaan, Adnan digambarkan sebagai seorang anak muda yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan dalam dirinya. Dia mempunyai keberanian yang jarang-jarang terdapat pada orang yang seusia dengannya. Dia berkahwin dengan Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua.
2.        Perkembangan
Dalam perkembangan cerita, peristiwa tertumpu pada suasana kehidupan penduduk di Kampung Sungai Ramal, Kajang yang hidup dalam serba kemiskinan. Kemiskinan penduduk kampung telah memberikan kesedaran kepada ayah Adnan, iaitu Pak Saidi untuk mengubah nasib bangsanya. Pak Saidi berpendapat bahawa anak-anak perlu diberikan didikan yang sempurna agar mereka lebih berpendidikan dan akhirnya mampu membawa perubahan kepada keluarga, bangsa, dan negara. Pak Saidi diceritakan telah menambil suatu tindakan yang luar biasa. Pak Saidi telah menghantar anaknya belajar di Sekolah Inggeris. Penduduk kampung khuatir anak Pak Saidi akan dikristiankan atau menjadi murtad. Hal ini mengundang rasa kurang senang penduduk kampung. Mereka ingin menghalau Pak Saidi sekeluarga dari kampung jika dia meneruskan cita-cita btersebut. Namun Pak Saidi tidak berganjak daripada keputusan yang telah dibuatnya.  
3.        Perumitan
Perumitan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua.  Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir Candu  bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu.  Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital tentera.  Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur.  Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.

4.        Klimaks
Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun.  Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah.  Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu.  Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adanan turut tercedera.  Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.

5.        Peleraian
Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki.  Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal.  Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka. Sohpia meninggal dunia akibat penyakit leukemia.

TEKNIK PLOT

1.    Pemerian
Contoh :  Pengarang menggambaarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang.  Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya.  Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu

2.    Dialog
“Macamana belajar di sekolah orang putih?  Seronok?”, Tanya Mamat ingin tahu. 

3.    Imbas Kembali
Contoh :  Koperal Yaakub menceritakan kepada penduduk kampung tentang pembunuhan kejam  Leftenan Adnan yang digantung dengan kepala ke bawah di pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun setelah kesihatannya pulih.

4.    Imbas Muka
Contoh :Semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar.  Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang.
Adnan membayangkan bagaimana rasanya apabila digigit kerengga.  Dia memang selalu digigit kerengga apabila memanjat pokok buah-buahan.  Dan setiap kali digigit kerengga, pasti terasa sakitnya.  AApatah lagi kalau digigit pada bahagian yang paling sulit.

5.    Monolog Dalaman
Contoh : Inilah Tok Mudin yang akan mengkhatankan aku, bisik hati Adnan. 

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama
Leftenan Adnan bin Saidi
Fizikal
Dilahirkan di kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dan mendapat pendidikan di sekolah Inggeris pekan Sungai Ramal.
Anak sulung daripada tiga orang adik beradik.  Bapanya bernama Pak Saidi dan ibunya bernama Mak Milah.
Pernah menjadi guru pelatih sebelum memasuki bidang ketenteraan yang bertempat di Kem Latihan Haig Lines Port Dickson.
Dalaman
Berani
Contoh :  Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata.

Bijaksana.
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.

Patriotik
Contoh :  Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.

Rajin
Contoh :  Leftenan Adnan rajin membantu ayahnya bekerja di sawah dan menoreh getah pada setiap pagi walaupun baru berusia 10 tahun.

Penyayang
Contoh :  Leftenan Adnan sangat sayang akan isterinya dan berasa sayu ketika ingin meninggalkannya di Sungai Ramal sebelum dia berangkat ke Singapura untuk berjuang menyekat kemaraan Jepun.

          
Watak Sampingan

Pak Saidi
Mempunyai isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah.
Tinggal di Kampung Sungai Ramal dan bekerja sebagai pesawah.
Berpandangan jauh
Contoh :  Seorang yang mementingkan pelajaran anak-anak dengan menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun anak-anak kampung yang lain hanya bersekolah pondok.

Bertanggungjawab
Contoh :  Setiap pagi  mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris sebelum pergi ke sawah dan menjemputnya balik pada waktu tengahari.

Rajin
Contoh :  Setiap pagi dia menorah getah dan mengerjakan sawah.

Sophia
Nama sebenarnya ialah Sophia Pakih Muda.
Isteri kepada Leftenan Adnan dan mempunyai 3 orang anak.
Seorang guru di sekolah Sungai Ramal sebelum berkahwin dan selepas kematian suaminya.
Penyayang
Contoh : Seorang yang sangat sayang akan suaminya.  Sophia menangis ketika hendak berpisah dengan Leftenan Adnan sebelum berlepas ke Singapura.

Tabah
Contoh :  Tabah dengan kematian suaminya di Bukit Candu.

Bertanggungjawab
Contoh :  Menyara anak-anaknya sendiri setelah kematian suami dengan bekerja sebagai penoreh getah dan pesawah sebelum menjadi guru semula.

Mamat
Sahabat baik Leftenan Adnan.
Menyertai pasukan askar Melayu.
Setiakawan
Contoh :  Tetap berkawan dengan Leftenan Adnan walaupun  Adnan dipulau oleh rakan-rakan yang lain kerana bersekolah Inggeris.

LATAR

Latar Tempat
Ø  Sungai Ramal.
Contoh : Tempat kelahiran Leftenan Adnan dan tempat Leftenan Adnan dibesarkan.
Ø  Kem Latihan Haig Lines Port Dickson
Contoh :  Tempat Leftenan Adnan menerima latihan ketenteraan.
Ø  Pasir panjang
Contoh :  Kompeni C di bawah pimpinan Leftenan Adnan memberi tentangan hebat terhadap tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur.
Ø  Bukit Candu
Contoh :  Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri.  Mayatnya digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun.
Ø  Alexandria
Contoh :  Benteng terakhir tentera British yang diserang oleh tentera Jepun.

Latar Masa
Ø  Tahun 1937
Contoh:  Leftenan Adnan dinaikkan pangkat menjadi Sarjan dan pada tahun yang sama juga dia pergi ke London untuk menyertai upacara pertabalan King George VI.
Ø  Tahun 1941
Contoh :  Jepun menjajah Tanah Melayu melalui jalan darat.
Ø  Waktu pagi.
Contoh :  Setiap pagi sebelum pergi ke sawah Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.
Ø  Waktu malam.
Contoh :  Kompeni C menerima perintah untuk bergerak ke Bukit Candu.
Ø  Waktu petang.
Contoh :  Tentera Jepun melancarkan serangan berhelah dengan menyamar sebagai tentera India yang berturban.

Latar Masyarakat
Ø  Masyarakat kampung.
Contoh :  Pak Saidi dan penduduk kampung menjalani kehidupan di Kampung Sungai Ramal yang bergantung hidup dengan bersawah.
Ø  Masyarakat yang mementingkan ilmu.
Contoh :  Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi orang yang berpelajaran.
Ø  Masyarakat yang berani.
Contoh :  Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Ø  Masyarakat yang bijaksana.
Contoh :  Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
NILAI
Ø  Nilai kebijaksanaan
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
Ø  Nilai keberanian
Contoh :  Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Ø  Nilai bekerjasama
Contoh :  Penduduk kampung berkerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
Ø  Nilai patriotik
Contoh :  Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.

PENGAJARAN
Ø  Kita hendaklah sayang akan tanah air yang menjadi tempat kita bernaung.
Contoh :  Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
Ø  Kita perlu berani dalam menentang musuh.
Contoh :  Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Ø  Kita wajar bekerjasama dalam menjaga keselamatan masyarakat di tempat kita.
Contoh :  Penduduk kampung berkerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
Ø  Kita mesti bijak menggunakan akal fikiran apabila berhadapan dengan situasi yang genting.
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang as kar Melayu di Pasir Panjang.

18 comments: