Wednesday 24 August 2016

ISU AMALAN BERJIMAT CERMAT/ AMALAN MENABUNG



Langkah-langkah Amalan Berjimat cermat

1.    Kerajaan
-       Mendidik masyarakat untuk berjimat cermat dan tidak boros ketika berbelanja
-       Kempen Pengguna Bijak
-       Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya amalan berjimat cermat
-       Menjadi pembeli dan pengguna bijak
-       Memberi ceramah kepada masyarakat bagi mengelakkan pembaziran yang tidak terkawal

2.    Ibu bapa
-       Ibu bapa menggalakkan amalan menabung semasa kecil
-       Menjadi contoh kepada anak-anak ketika berbelanja
-       Merancang perbelanjaan dengan menyenarikan barangan perlu untuk dibeli
-       Tidak boros ketika berbelanja
-       Mengamalkan cara hidup yang sederhana
-       Mendidik anak-anak ketika berbelanja – di rumah didik anak-anak jimat menggunakan air dan elektrik

3.    Masyarakat
-       Berkongsi kereta ke tempat kerja
-       Dapat menjimatkan minyak dan kos perjalanan
-       Mengelakkan kesesakkan jalan raya yang lebih serius
-       Menegur jiran-jiran yang melakukan pembaziran seperti air, elektrik, makanan dan sebagainya

4.    Sekolah
-       Guru mendidik pelajar supaya berjimat cermat sejak dari sekolah rendah
-       Contohnya didik pelajar menutup suis kipas apabila meninggalkan kelas
-       Didik pelajara menghargai kemudahan-kemudahan asas yang disediakan oleh sekolah seperti air, elektrik 

5.    Media massa
-       Perbanyakkan iklan
-       Menguar-uarkan dalam media cetak dan media elektronik
-       Stesen-stesen televisyen dan radio menyiarkan kempen-kempen mengenai penjimatan elektrik seperti iklan Adibah Nor
-       Iklan-iklan melalui internet

Contoh-contoh Peribahasa Yang Boleh Digunakan
1.    Melentur buluh biarlah dari rebungnya
2.    Alah membeli menang memakai
3.    Berjimat sebelum habis beringat sebelum kena
4.    Nasi sudah menjadi bubur
5.    Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna
6.    Ukur baju di badan sendiri
7.    Sedikit sedikit lama-lama jadi bukit


 
Usaha-usaha Menanam Sikap Menabung Dalam Kalangan Pelajar

1.    Peranan Ibu bapa
-       Bermula dari rumah
-       Ibu bapa memastikan anak-anak menabung
-       Bantu ana-anak buka akaun di bank
-       Galakkan anak-anak bersekolah supaya menyimpan sebahagian dari wang  saku harian
-       Galakkan anak membawa bekalan ke sekolah
-       Ibu bapa menjadi role model kepada anak-anak
-       Mendidik anak-anak berjimat cermat
-       Tidak boros ketika berbelanja supaya sebahagian dari wang dapat disimpan
-       Mengamalkan cara hidup sederhana  

2.    Peranan sekolah
-       Beri penerangan kepada pelajar faedah dan pentingnya menabung
-       Penerangan dilakukan di dalam semua mata pelajaran
-       Penerangan secara tidak langsung dalam kegiatan kokurikulum

3.    Peranan Media massa
-       Perbanyakkan iklan
-       Menguar-uarkan dalam media cetak dan media elektronik
-       Stesen-stesen televisyen dan radio menyiarkan kempen-kempen mengenai faedah amalan menabung
-       Iklan-iklan melalui internet

4.    Peranan kerajaan
-       Mendidik masyarakat untuk menabung
-       Kempen menggalakkan orang ramai menabung
-       Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya amalan menabung
-       Mengadakan ceramah-ceramah kebaikan amalan menabung

5.    Peranan institusi kewangan
-       Bank harus membantu kerajaan untuk meningkatkan sikap menabung
-       Bank tempat pelajar membuka akaun untuk menyimpan wang
-       Institusi kewangan mengadakan program atau skim menabung khas untuk pelajar
-       Institusi kewangan menaja penubuhan kelab menabung di sekolah

Contoh-contoh Peribahasa Yang Boleh Digunakan
1.    Melentur buluh biarlah dari rebungnya
2.    Berjimat sebelum kena beringat sebelum habis
3.    Nasi sudah menjadi bubur
4.    Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna
5.    Sedikit-sedikit lama jadi bukit


 

Kepentingan Amalan Menabung Dalam Kalangan Masyarakat

1.    Menyemai tabiat berjimat cermat
-       Tidak boros dalam perbelanjaan seharian
-       Separuh daripada wang perbelanjaan yang tidak dibelanjakan boleh ditabung
-       Bekas tabung atau disimpan di bank
-       Hanya membeli barangan perlu
-       Merancang perbelanjaan sebelum berbelanja

2.    Mengatasi masalah kecemasan
-       Perlu apabila berlaku perkara-perkara yang tidak diingini
-       Jika ada wang tabungan, dapat digunakan apabila berlaku kecemasan
-       Dapat membantu orang yang mendapat kemalangan ataupun yang ditimpa bencana
-       Mustahil wang diperoleh dengan segera jika tiada wang tabungan
-       Dapat membantu keluarga dalam keadaan yang tidak dijangka

3.    Membantu pada hari tua
-       Sikap rajin menabung semasa masih muda, bertenaga, dan sihat akan menyenangkan pada hari tua
-       Bagi umat Islam wang yang disimpan boleh digunakan untuk menunaikan fardhu haji
-       Dapat membantu rawatan ketika sakit
-       Tiada pekerjaan tetap
-       Hanya bergantung kepada wang yang diberi oleh anak-anak
-       Jika ada wang tabungan, tidak akan menyusahkan anak-anak

4.    Memudahkan pembiayaan keperluan semasa dan akan datang
-       Keperluan untuk perbelanjaan anak-anak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi
-       Yuran yang dikenakan mahal
-       Jika tiada wang tabungan tidak mungkin dapat menampung kos perbelanjaan
-       Dapat membiayai pendidikan anak-anak ke menara gading tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan
-       Tidak perlu berhutang
-       Dapat membeli barangan yang dihajati


5.    Mewujudkan masyarakat yang bersyukur
-       Sebuah masyarakat yang maju dan produktif diwujudkan seterusnya dapat membahagiakan masyarakat
-       Negara akan terus membangun dan maju
-       Wujud sifat kesederhanaan dan bersyukur, tidak sombong
-       Masyarakat yang bahagia dan tidak berhutang
-       Kadar jenayah dapat dikurangkan
-       Masyarakat pandai merancang masa depan yang cerah
-       Negara maju dan aman
-       Amalan boros daripada syaitan dan amalan berjiamat cermat amat diredhai Allah

Contoh-contoh Peribahasa Yang Boleh Digunakan
1.    Sediakan payung sebelum hujan
2.    Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
3.    Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
4.    Ingin hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tiada
5.    Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna
6.    Berjimat sebelum habis, beringat sebelum kena
7.    Nasi sudah menjadi bubur
8.    Sudah terhantuk baru terngadah


No comments:

Post a Comment