Wednesday 24 August 2016

ISU SEMANGAT GOTONG-ROYONG



KEPENTINGAN/FAEDAH/KEBAIKAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG


1. INDIVIDU :
-    Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong dan kerjasama
-    Menyihatkan tubuh badan kerana seseorang itu akan berpeluh ketika melakukan aktiviti-aktiviti yang dirancang
-    Meningkatkan semangat atau motivasi bekerja
-    Individu dapat berkawan dengan anak-anak jiran yang menganuti kefahaman yang berbeza mengikut kaum
-    Individu dapat membangkitkan kesedaran dan komitmen kerja
-    Melahirkan individu yang memiliki minda kelas pertama


2. KELUARGA :
-    Mewujudkan keluarga bahagia
-    Anak-anak dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti menghormati ibu bapa dan membantu mereka menguruskan rumah tangga
-    Meringankan beban ibu bapa yang bekerja dengan membantu mereka membersihkan rumah
-    Rumah kelihatan bersih dan ceria menjelang musim perayaan
-    Majlis rumah terbuka dapat dijalankan oleh ibu bapa dengan pertolongan anak-anak
-    Mengurangkan kos untuk mengambil pembantu rumah
-    Perbelanjaan harian dapat dijimatkan
-    Merapatkan hubungan kekeluargaan dengan berkongsi beban dan tugas di rumah
-    Mengurangkan perbelanjaan bagi sesuatu majlis seperti majlis perkahwinan dengan mendapatkan bantuan daripada jiran tetangga dan saudara


3.  SEKOLAH :
-    Sekolah akan bersih
-    Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolong-menolong dalam kalangan pelajar
-    Mewujudkan konsep sekolah yang penyayang
-    Mewujudkan sekolah yang bersih dan ceria serta kondusif kepada P&P
-    Rutin tugasan kelas dapat dijalankan dengan baik
-    Mewujudkan pelajar yang sihat dari segi mental dan fizikal
-    Minggu gotong-royong perdana dapat dijalankan dengan baik dan jayanya
-    Pelajar dapat mengambil bahagian yang aktif dalam menghias kelas pada bulan kemerdekaan, badan kokurikulum dapat melakukan khidmat sosial dengan menanam pokok-pokok bunga dan mengecat serta melukis mural pada dinding bangunan sekolah
-    Program-program sekolah seperti hari sukan, hari kantin dan hari kecemerlangan dapat dijalankan dengan jayanya


4.  MASYARAKAT :
-    Mewujudkan perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat
-    Membentuk masyarakat yang penyayang
-    Masyarakat yang bermoral dan beretika
-    Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri
-    Menerapkan masyarakat toleransi dan sifat kesefahaman ke arah perpaduan
-    Mengeratkan hubungan silaturahim dalam masyarakat di sesebuah tempat
-    Kebersihan kawasan taman dan kampung terpelihara
-    Mewujudkan masyarakat majmuk yang mempunyai perasaan kekitaan
-    Menghapuskan sikap yang negatif seperti mementingkan diri sendiri dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan
-    Majlis keramaian dapat dilakukan dengan melibatkan penduduk setempat
-    Semangat kejiranan dapat dipupuk
-    Mengekalkan tradisi warisan bangsa turun-temurun



5. NEGARA :
-    Merealisasikan teras pertama PIPP iaitu mewujudkan negara bangsa berteraskan perpaduan
-    Meningkatkan imej negara dari segi kebersihan dan keceriaan
-    Dapat menarik pelancong asing mengunjungi negara
-    Membuka ruang untuk menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij seperti SUKOM, persidangan antarabangsa seperti CHOGM, OIC dan APEC
-    Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang sama iaitu perpaduan
-    Menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa
-    Maruah dan martabat bangsa disanjung tinggi
-    Mewujudkan negara aman damai,  sejahtera dan makmur
-    Kerajaan boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam menjalankan tugas-tugas pembersihan dan keceriaan
-    Mendapat pandangan positif dari negara jiran
-    Mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit seperti demam denggi dan taun
-    Menyemarakkan semangat patriotik dalam sanubari rakyat Malaysia






PERIBAHASA :
1.  Melentur buluh biarlah dari rebungnya
2.  Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
3.  Sepakat membawa berkat
4.- Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
5.  Bagai aur dengan tebing
6.  Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
7.  Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
8.  Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung
9.  Bahu memikul hati menyokong
10. Biar menyeludup ke bawah rumah, asal mendapat telur ayam
11. Cepat kaki ringan tangan
12. Di laut angkatan, di darat kerapatan
13. Di cuba-cuba bertanam mumbang, moga-moga tumbuh kelapa
14. Kalau masih rebung mudah dipatahkan, kalau betung tidak terpatah lagi


 

 

PUNCA-PUNCA SEMANGAT GOTONG-ROYONG SEMAKIN LUNTUR

1. INDIVIDU:
-    individu lebih mementingkan pekerjaan atau urusan peribadi
-          mereka tidak mempunyai masa lantaran terlalu sibuk bekerja bagi memenuhi desakan hidup.
-          Setiap hari pulang lewat- kerja lebih masa atau kesesakan lalu lintas.
-          Individu tidak mampu/berkeupayaan untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan termasuklah gotong-royong kerana  masalah kesihatan atau kecacatan.
-          Terdapat individu yang kurang berminat untuk bercampur gaul atau mengenali sesama anggota masyarakat, sebaliknya lebih suka menghabiskan masa dengan ahli keluarga, kawan-kawan atau melakukan aktiviti sendiri.
-          Terdapat individu yang memang bersikap “malas” untuk mengeluarkan peluh bukan setakat bersenam, apatah lagi bergotong-royong yang mengotorkan dan memenatkan badan. Mereka lebih suka “tidur’ jika tidak bekerja.
-          Pada zaman teknologi ini, individu sejak  kanak-kanak lagi telah diasuh dengan “budaya hidup sendiri”. Buktinya, kemunculan alat-alat permainan moden seperti komputer, ‘video game’, telefon bimbit dan sebagainya telah memupuk sifat keakuan dan sentiasa hidup sendirian tanpa mempedulikan perkara atau peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka.

2.  KELUARGA:                                   
-          Setiap ahli keluarga sibuk dengan urusan masing-masing, ibu bapa bekerja manakala anak-anak ke sekolah.
-          Cuti hujung minggu lebih suka dihabiskan dengan aktiviti masing-masing atau membawa ahli keluarga berkelah, membeli-belah atau sekadar berehat di rumah. Alasannya, mereka sudah penat bekerja dan perlu berehat pada hari cuti.
-          Ibu bapa tidak memupuk semangat  kerjasama atau kejiranan dalam diri anak-anak sejak kecil.
-          Ibu bapa tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Mereka sendiri tidak melibatkan diri jika ada aktiviti gotong-royong di kawasan kediaman mereka.
-          Oleh itu, setelah dewasa, anak-anak tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti kejiranan seperti gotong-royong di kawasan tempat tinggal mereka.



 3.  MASYARAKAT
-          Terdapat anggota masyarakat yang mengambil sikap tidak peduli tentang kegiatan kemasyarakatan di tempat tinggal mereka.
-          Mereka lebih suka membuat hal sendiri atau bersama-sama keluarga masing-masing.
-          Sesetengah anggota masyarakat tidak mahu turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan kerana menjaga ‘status’ mereka di mata masyarakat.
-          Menganggap aktiviti gotong –royong hanya sesuai dilakukan oleh orang berstatus rendah sahaja.
-          Masyarakat menganggap segala urusan kebersihan sesuatu kawasan kediaman sudah menjadi tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) kerana mereka telah membayar cukai pintu.-Tugas  menjaga kebersihan di tempat mereka sepatutnya dilakukan oleh pekerja-pekerja PBT termasuklah kebersihan kawasan kediaman, longkang, padang permainan dan sebagainya.  Oleh sebab itu, aktiviti gotong-royong tidak perlu dilaksanakan.



4.  NEGARA:
-          Dewasa ini banyak kediaman dibina dengan ciri-ciri ‘privacy’ iaitu jauh di atas bukit atau berpagar tinggi bukan setakat bertujuan menjamin keselamatan tetapi mencerminkan status penghuninya.
-          Sukar untuk berkenalan sesama jiran sekali gus aktiviti kemasyarakatan  juga sukar dijalankan.
-          Pihak kerajaan juga membataskan peranan mereka untuk menyebarkan maklumat tentang sesuatu kempen gotong-royong di media massa kerana kos penyiaran yang tinggi.



LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK SEMANGAT GOTONG-ROYONG

1.       KELUARGA/IBU-BAPA
-       mengadakan aktiviti gotong-royong di rumah (melentur buluh biarlah dari rebungnya)
-       melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
-       menjadi teladan kepada anak-anak (bapa borek anak rintik)
-       menerangkan kepentingan gotong-royong kepada anak-anak

2.        MASYARAKAT
-       mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan (bagai
aur dengan tebing)  
-       secara tidak langsung dapat mengeratkan tali silaturahim
-       mengadakan pertandingan bertema kebersihan untuk menarik minat masyarakat bergotong-royong membersihkan kawasan rumah masing-masing

3.        PIHAK SEKOLAH
-       melalui P&P, guru menyemai kesedaran tentang kepentingan gotong-royong
-       aktiviti khas seperti Gotong-royong Perdana, Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas, Pertandingan Perhiasan sempena Bulan Kemerdekaan dan lain-lain
-       Konsep Sekolahku Rumahku

4.       PERANAN MEDIA
-    berperanan sebagai wadah yang menyampaikan maklumat
-       media elektronik menyiarkan gambar/aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh penduduk setempat

5.  PERANAN KERAJAAN
     -    mengadakan kempen gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran dan           gotong-royong menyediakan Rumah Terbuka



KEPENTINGAN/FAEDAH/KEBAIKAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG



1. INDIVIDU :
-    Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong dan kerjasama
-    Menyihatkan tubuh badan kerana seseorang itu akan berpeluh ketika melakukan aktiviti-aktiviti yang dirancang
-    Meningkatkan semangat atau motivasi bekerja
-    Individu dapat berkawan dengan anak-anak jiran yang menganuti kefahaman yang berbeza mengikut kaum
-    Individu dapat membangkitkan kesedaran dan komitmen kerja
-    Melahirkan individu yang memiliki minda kelas pertama


2. KELUARGA :
-    Mewujudkan keluarga bahagia
-    Anak-anak dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti menghormati ibu bapa dan membantu mereka menguruskan rumah tangga
-    Meringankan beban ibu bapa yang bekerja dengan membantu mereka membersihkan rumah
-    Rumah kelihatan bersih dan ceria menjelang musim perayaan
-    Majlis rumah terbuka dapat dijalankan oleh ibu bapa dengan pertolongan anak-anak
-    Mengurangkan kos untuk mengambil pembantu rumah
-    Perbelanjaan harian dapat dijimatkan
-    Merapatkan hubungan kekeluargaan dengan berkongsi beban dan tugas di rumah
-    Mengurangkan perbelanjaan bagi sesuatu majlis seperti majlis perkahwinan dengan mendapatkan bantuan daripada jiran tetangga dan saudara


3.  SEKOLAH :
-    Sekolah akan bersih
-    Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolong-menolong dalam kalangan pelajar
-    Mewujudkan konsep sekolah yang penyayang
-    Mewujudkan sekolah yang bersih dan ceria serta kondusif kepada P&P
-    Rutin tugasan kelas dapat dijalankan dengan baik
-    Mewujudkan pelajar yang sihat dari segi mental dan fizikal
-    Minggu gotong-royong perdana dapat dijalankan dengan baik dan jayanya
-    Pelajar dapat mengambil bahagian yang aktif dalam menghias kelas pada bulan kemerdekaan, badan kokurikulum dapat melakukan khidmat sosial dengan menanam pokok-pokok bunga dan mengecat serta melukis mural pada dinding bangunan sekolah
-    Program-program sekolah seperti hari sukan, hari kantin dan hari kecemerlangan dapat dijalankan dengan jayanya


4.  MASYARAKAT :
-    Mewujudkan perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat
-    Membentuk masyarakat yang penyayang
-    Masyarakat yang bermoral dan beretika
-    Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri
-    Menerapkan masyarakat toleransi dan sifat kesefahaman ke arah perpaduan
-    Mengeratkan hubungan silaturahim dalam masyarakat di sesebuah tempat
-    Kebersihan kawasan taman dan kampung terpelihara
-    Mewujudkan masyarakat majmuk yang mempunyai perasaan kekitaan
-    Menghapuskan sikap yang negatif seperti mementingkan diri sendiri dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan
-    Majlis keramaian dapat dilakukan dengan melibatkan penduduk setempat
-    Semangat kejiranan dapat dipupuk
-    Mengekalkan tradisi warisan bangsa turun-temurun



5. NEGARA :
-    Merealisasikan teras pertama PIPP iaitu mewujudkan negara bangsa berteraskan perpaduan
-    Meningkatkan imej negara dari segi kebersihan dan keceriaan
-    Dapat menarik pelancong asing mengunjungi negara
-    Membuka ruang untuk menjadi tuan rumah bagi sukan berprestij seperti SUKOM, persidangan antarabangsa seperti CHOGM, OIC dan APEC
-    Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang sama iaitu perpaduan
-    Menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa
-    Maruah dan martabat bangsa disanjung tinggi
-    Mewujudkan negara aman damai,  sejahtera dan makmur
-    Kerajaan boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam menjalankan tugas-tugas pembersihan dan keceriaan
-    Mendapat pandangan positif dari negara jiran
-    Mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit seperti demam denggi dan taun
-    Menyemarakkan semangat patriotik dalam sanubari rakyat Malaysia



PERIBAHASA :
1      Melentur buluh biarlah dari rebungnya
2      Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
3      Sepakat membawa berkat
4      Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
5      Bagai aur dengan tebing
6      Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
7      Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
8      Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung
9      Bahu memikul hati menyokong
10   Biar menyeludup ke bawah rumah, asal mendapat telur ayam
11   Cepat kaki ringan tangan
12   Di laut angkatan, di darat kerapatan
13   Di cuba-cuba bertanam mumbang, moga-moga tumbuh kelapa
14   Kalau masih rebung mudah dipatahkan, kalau betung tidak terpatah lagi
15   Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
16   Bersatu teguh, bercerai roboh       
17   berat tulang
18   bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
19   hidung tinggi
20   lepas tangan
21   bagaimana acuan, begitulah kuihnya.



















No comments:

Post a Comment