Tuesday 23 August 2016

Puisi Moden - Sang Gembala Kuda



Sang Gembala Kuda
(Mohd Hashim Othman)

Maksud                                                     
Rangkap pertama
Seorang penjaga kuda sedang menghalau kuda-kuda dengan penyebat masuk ke dalam kandang.

Rangkap kedua
Dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan yang menjadikan kuda sentiasa setia. Kuda ini tidak sedar dijadikan  tunggangan untuk memburu kuda lain.

Rangkap ketiga
Penjaga kuda diibaratkan seperti penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal seluruh pengikut . Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas . Namun ada seseorang yang  berani menentang kekejaman dan menghalang penindasan penguasa.

Rangkap keempat
Penjaga kuda hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira kepenatan kuda yang ditunggang. Dia juga hanya mahu kuda yang boleh membawa kemenangan dan tidak menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya. Semua kudanya terus ditunggangi tanpa belas kasihan.

Tema
Menceritakan tentang tugas penjaga kuda yang mampu mengawal kudanya dengan penyembat  sebagai lambang kekuatan dan kekuasaannya di kandang merupakan tema bagi puisi “Sang Gembala Kuda” tulisan Mohd. Hashim Othman. Penjaga kuda diibaratkan sebagai penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal setiap kuda yang di bawah jagaannya.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi  ini, antaranya:

i.      Persoalan kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sesebuah kandang kuda.
Contoh: rembat angkuhnya memacu takut
               menghalau kuda-kuda di padang
               (rangkap pertama, baris ketiga dan keempat)

ii.    Persoalan kesetiaan kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang diberikan.
Contoh:  rumput dan jerami yang terhidang
               adalah kanun janji kesetiaan
               (rangkap kedua, baris pertama dan kedua)

iii.   Persoalan kekuasaan memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal sesuatu kumpulan.
Contoh:   dia lelaki punya kuasa
                 sesekali suarnya suaranya lebih gempita
                  daripada ringkik kuda sekandang
                  pacuannya diiringi seribu keberanian
(rangkap ketiga, baris pertama, baris kedua, baris ketiga dan baris keempat)
     
iv.   Persoalan kehidupan kuda yang sentiasa dikerah tenaganya untuk kemenangan.
Contoh:  dan kuda-kuda itu ditunggangi
                  ditunggangi dan ditunggangi
                  (rangkap keempat baris ketujuh dan baris kelapan)

No comments:

Post a Comment