Thursday 3 November 2016

KEBAIKAN TELEFON PINTAR


       Sejak negara menikmati arus kemodenan ini , hampir semua rakyat di dunia terutamanya para remaja yang semakin leka dengan penggunaan telefon pintar .Pada zaman ini,remaja yang memiliki sebuah telefon pintar merupakan satu kemestian bagi para remaja untuk hidup. Selain itu,para remaja pada masa ini seperti katak hendak menjadi lembu kerana mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja yang melebihi kesanggupan mereka sendiri untuk mendapatkan sebuah telefon pintar.Di samping itu,terdapat pelbagai jenis jenama telefon pintar yang wujud di dalam dunia ini seperti telefon pintar berjenama Nokia,Samsung,I-phone dan lain-lain.Seterusnya,telefon pintar telah menjadi umpama nyawa di dalam diri masyarakat pada masa ini kerana terdapat pelbagai jenis kebaikan yang terkandung di dalam telefon pintar ini.Selain itu,Mahatma Ghandi ada berkata harga seseorang itu terletak pada ilmunya . Tegasnya, pelbagai kemaslatan telefon pintar akan didiskusikan untuk kita jadikan pedoman dan iktibar dalam mendepani hidup yang semakin mencabar.

     Kebaikan telefon pintar yang pertama ialah telefon pintar dapat menghubungkan orang yang jauh di mata tetapi dekat di hati dengan mudah. Terdapat banyak murid  bersekolah di tempat yang berjauhan dengan tempat tinggal mereka sehinggakan terpaksa menduduki asrama demi merealisasikan impian keluarga dan melunaskan tanggungjawab mereka. Oleh sebab itu, telefon pintar merupakan medium untuk para remaja melepaskan rindu terhadap kedua-dua ibu bapa mereka terutamanya pelajar yang merupakan anak manja di dalam keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana dapat mendengar suara ibu bapa yang telah lama tidak bersua muka akan memberikan ketenangan kepada para pelajar. Selain itu, murid  juga boleh menghubungi ibu bapa mereka ketika hari hampir dengan peperiksaan untuk mendengar kata-kata motivasi daripada kedua-dua orang tua bagi memperoleh kejayaan dan keberkatan semasa menjawab kertas peperiksaan . Hal ini akan mengeratkan hubungan ahli keluarga seperti isi dengan kuku yang saling menahan rindu sesama sendiri di berlainan tempat. Di samping itu, penggunaan telefon pintar juga amat penting bagi urusan pembelajaran. Tugasan yang diberi oleh guru amatlah wajib dan penting untuk disiapkan bagi pelajar yang ingin berjaya. Namun, terdapat juga segelintir pelajar yang tidak dapat menghadiri kelas semasa pembelajaran kerana mereka perlu menyertai aktiviti di luar sekolah yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan bagi mengharumkan nama sekolah. Dengan yang demikian, mereka akan menggunakan telefon pintar untuk bertanyakan tugasan yang diberi oleh guru semasa ketiadaannya di dalam kelas. Selain itu,mereka juga boleh menggunakan aplikasi seperti Whatsapp di dalam telefon pintar untuk bertanyakan soal pembelajaran yang dijalankan kepada guru mereka untuk memperoleh maklumat yang sudah ketinggalan .Para remaja yang ingin berjaya akan sentiasa kembali untuk mencari pelajaran yang sudah ketinggalannya kerana dia mengetahui  bahawa ilmu yang diketahuinya sekarang masih tidak mencukupi seperti kata-kata Socrates yang mengatakan bahawa bertambah banyak aku tahu, bertambah sedarlah diri aku betapa tololnya diri ini. Maka, kita seharusnya rajin menuntut ilmu sekalipun ke negara China.

     Selain itu, penggunaan telefon bimbit amatlah penting kepada pemandu-pemandu di jalan raya . Hal ini dikatakan demikian kerana  terdapat banyak kemalangan jalan raya yang berlaku baru-baru ini kerana kecuaian pemandu sendiri yang suka memandu menggunakan telefon pintar atau dalam keadaan yang mabuk. Oleh sebab itu , penggunaan telefon bimbit amatlah penting jika kita terlihat berlaku kemalangan di jalan raya, kita boleh menghubungi ambulans dan polis bagi menguruskan kemalangan yang berlaku . Hal ini dikatakan demikian kerana tidak semua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tempat terbuka.  Apabila kemalangan berlaku di tempat yang sunyi dan tidak mempunyai kenderaan  lain yang lalu-lalang di kawasan itu, kitalah yang bertanggungjawab membantu mangsa kemalangan itu kerana sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing harus diamalkan bersama-sama. Selaras dengan itu, kita juga boleh menggunakan telefon pintar apabila berlaku kerosakan kereta di mana-mana jua. Kita boleh menghubungi ahli keluarga terdekat atau bengkel membaiki kereta untuk membantu kita. Jika tiada telefon pintar, mungkin kita akan menjadi seperti cacing kepanasan . Sejajar dengan itu, kita juga boleh membantu orang yang mungkin pengsan atau sakit secara tiba-tiba di pinggir jalan dengan menghubungi ahli keluarga pesakit untuk datang mengambil dan membawanya ke rumah ke hospital. Perkara ini bukan sahaja memberikan kepuasan terhadap diri kita kerana telah membantu orang lain tetapi juga memberi pahala yang berganda kepada kita. Seterusnya , kita juga dapat menghubungi keluarga kita jika kita terpaksa pulang lewat akibat kesesakan lalu lintas bagi mengelakkan mereka berasa khuatir dan terlebih risau.

     Kebaikan telefon pintar yang seterusnya ialah kita dapat pergi ke sesuatu tempat dengan mudah dengan adanya aplikasi yang dinamakan GPS. Dengan menggunakan aplikasi ini kita tidak perlu khuatir akan kesesatan yang bakal kita hadapi kerana GPS akan sentiasa membawa kita ke jalan yang kita ingin tujui.Selain itu, telefon pintar juga amat penting untuk kita menghubungi rakan kita ketika sesat di hutan atau di aman jua supaya kita menjumpai rakan kita yang sesat.Di samping itu, telefon pintar amat berguna jika berlaku sebarang kecemasan di rumah atau di luar .Sebagai contoh , ketika kita sedang berada di dalam rumah sahabat kita  terlalu suka sehingga sahabat kita mengalami kecederaan pada kepalanya akibat terjatuh dari sofa ketika bergurau sambil melompat bersama kita. Maka , kita boleh terus menghubungi ambulans untuk membantu rakan kita yang merupakan sahabat kita. Datuk Dr Fadhilah Kamsah, pakar motivasi negara  ada berkata bahawa persahabatan merupakan cinta tanpa sayap. Dengan  itu , kehilangan sahabat ialah perkara yang amat sedih bagi kita , lagi-lagi jika mereka pergi kerana bergurau bersama kita. Sejajar dengan itu, kita juga boleh menggunakan telefon pintar untuk menangkap gambar dan video bersama dengan rakan kita yang belajar di luar negara untuk dijadikan sebagai kenangan terindah .Setiap kali kita merindui mereka, kita boleh melihat gambar-gambar dan video bersama dengan telefon pintar. Seterusnya,kita juga boleh berhubung dengan mereka melalui aplikasi yang dipanggil Skype untuk menatap wajah sahabat yang kita rindui setelah sekian lamanya tidak berjumpa. Dalam pada itu, terdapat juga hiburan di dalam telefon pintar yang membolehkan kita menyertai pertandingan dan permainan di dalam telefon pintar untuk memenangi hadiah. Selaras dengan itu, kita juga dapat mendermakan wang melalui perkhidmatan SMS kepada golongan anak-anak yatim piatu dan sebagainya .

      Telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai diari kita atau tempat kita menyimpan rahsia. Kita mungkin mempunyai seorang sahabat yang mempercayai kita sepenuhnya. Oleh itu, sahabat kita suka menceritakan masalah-masalah kepada kita tetapi diceritakan secara peribadi dan bukan di depan khalayak umum maka telefon bimbit lah yang sesuai dijadikan tempat sahabat kita meluahkan perasaannya kerana ada beras taruh dalam padi. Rahsia orang lain yang kita ketahui haruslah disimpan secara baik-baik. Oleh sebab itu ,untuk memastikan rahsia orang lain yang terdapat dalam telefon pintar kita tidak diketahui, kita boleh meletakkan kata laluan agar telefon kita tidak dapat dibuka dan dibaca orang lain. Seterusnya, telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai bahan bukti jika kita diancam atau diperas ugut oleh rakan kita yang merupakan seorang pembuli di sekolah. Kita boleh menyimpan tangkapan skrin untuk diberikan kepada guru disiplin sebagai bukti kerana pembuli tersebut hanya bersikap baik di sekolah namun suka memeras ugut pelajar lain melalui telefon pintar. Selaras dengan itu, kita juga dapat merakam video pembuli yang membuli pelajar lain dengan menggunakan telefon pintar dari jauh untuk  ditunjukkan kepada pengetua sekolah atau polis. Jelaslah bahawa telefon pintar banyak memberikan bantuan kepada diri kita dan orang lain. Selain itu, telefon pintar boleh dijadikan sebagai buku kita ketika kita berada di dalam asrama. Kita boleh melayari Internet untuk mencari maklumat yang mungkin kita terlepas dengar semasa di kelas. Selanjutnya, kita boleh memasang jam penggera supaya kita mampu bangun pagi pada masa yang tepat kerana masa itu emas.
       
    Tuntasnya, masyarakat pada masa ini amat mementingkan telefon pintar kerana kebaikannya amat banyak dan dapat membantu kita dalam kehidupan seharian. Namun begitu , janganlah kita bersikap seperti kacang lupakan kulit apabila kita mempunyai telefon pintar yang baharu. Hal ini dikatakan demikian kerana telefon pintar yang lama telah banyak berbakti kepada kita selama ini. Oleh itu, kita boleh menggunakan kedua-duanya pada suatu jangka masa tertentu. Kita juga harus mengelakkan membeli telefon pintar di pasar malam kerana terdapat banyak peniaga yang menjual kembali makanan dan barangan rosak di pasar malam. Sesungguhnya , kita sewajarnya membeli telefon pintar di pusat beli-belah walaupun mahal asalkan berpuas hati akan kegunaannya bagai kata peribahasa alah membeli menang memakai.

Karangan ditulis oleh Rusalyaa Nasuha
Tingkatan 4 Cemerlang SMKUJ 2016

No comments:

Post a Comment