Wednesday 2 November 2016

CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL



CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL

SINOPSIS



Pengarang memperkenalkan watak Ahmad Mutawakkil yang muncul secara tiba-tiba di pintu surau kampungnya sebaik-baik sahaja para penduduk selesai menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Ahmad Mutawakkil muncul dalam keadaan cedera parah dan pakaiannya dipenuhi dengan darah dan lumpur.

Perkembangan cerpen dimulai dengan pemerihalan kisah kampung penulis yang telah dipugar (diteroka) oleh poyangnya sejak tiga generasi yang terdahulu. Selepas itu bermula pertengahan tahun 30-an, Tuan Booth sekeluarga telah datang ke kampung itu untuk meneroka belukar dengan mengupah beratus-ratus orang buruh untuk menanam pokok getah. Kemudian diikuti dengan kedatangan 15 keluarga buruh berketurunan India yang bekerja di estet getah milik Tuan Booth.

Kisah diteruskan dengan pengenalan watak Ahmad Mutawakkil yang menumpang banglo Tuan Booth serta berpeluang belajar membaca dan menulis daripada Sandra, anak tuan punya estet getah itu setelah kematian bapanya Wak Sadir. Pada usia 15 tahun, Ahmad Mutawakkil menjadi penyampai maklumat terkini kepada orang kampung. Dua tahun kemudian dilantik menjadi pemimpin muda parti PEKEMBAR daerah.

Pelbagai konflik mula timbul apabila askar Jepun mendarat di Tanah Melayu pada 1941, menyebabkan Tuan Booth sekeluarga terpaksa meninggalkan estetnya. Hidup Ahmad Mutawakkil terbiar dan diambil menjadi anak angkat oleh Imam Ngah Deraman. Selepas kejatuhan Jepun ketokohan Ahmad Mutawakkil sebagai pejuang nasionalis Melayu terserlah khususnya melalui sesi pidato dan penulisannya dalam akhbar. Dalam diam Sandra rupanya menyimpan perasaan kasih kepada Ahmad Mutawakkil.

Pembabitan dalam perjuangan menimbulkan kerisauan kepada Penghulu Ibrahim Sigap dan Imam Ngah Deraman. Malah Tuan Booth juga pernah diancam oleh pengganas komunis agar menasihati Ahmad Mutawakkil tidak menghasut rakyat membenci idealogi komunis.
Akhirnya perjuangan Ahmad Mutawakkil tiba ke puncak apabila didatangi oleh seorang budak lelaki di surau pada malam Jumaat selepas menyampaikan ceramah. Rentetan peristiwa tersebut membawa kepada kehilangan Ahmad Mutawakkil sehingga menimbulkan kerisauan kepada penduduk kampung termasuk Sandra.

 Cerpen diakhiri dengan kematian Ahmad Mutawakkil di atas riba Imam Ngah Deraman akibat tembakan tiga butir peluru yang menembusi belakang bahunya dari jarak dekat. Pada 31 Ogos 1957 penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran sebagai tanda meraikan kemerdekaan tanah air dan bacaan tahlil mengenang perjuangan Ahmad Mutawakkil. Sandra kekal di kampung itu dan menyumbang bakti mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis. Situasi ini kerana kenangannya dan kasihnya kepada Ahmad Mutawakkil tidak pernah padam.


TEMA :  
Kegigihan dan keberanian seorang pemuda yang menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air.

PERISTIWA
PERSOALAN
PERWATAKAN
LATAR MASYARAKAT
NILAI
PENGAJARAN
Tuan Booth bertindak membawa semua ahli keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun demi kasih sayangnya kepada keluarga
Persoalan tentang kasih sayang sesama ahli keluarga



Seorang yang penyayang
Tuan Booth
Masyarakat yang penyayang
Kasih sayang
Kita hendaklah sentiasa mengukuhkan ikatan kasih sayang dalam keluarga
Masyarakat kampung yang sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan Jepun dan keganasan komunis
Persoalan tentang ketabahan dalam mengharungi pelbagai kesusahan semasa zaman perang.
Seorang  yang  tabah
Ahmad Mutawakkil
Masyarakat yang tabah mengharungi zaman perang
ketabahan
Kita hendaklah tabah dalam mengharungi zaman /waktu kesusahan
Ahmad Mutawakkil seorang pemuda yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi untuk memerdekakan tanah air melalui pidato dan penulisan dalam menentang panjajahan Inggeris dan komunis.
Persoalan tentang semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seorang pejuang tanah air





Seorang  yang mempunyai semangat patriotism
Ahmad Mutawakkil
Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme untuk memerdekakan tanah air

patriotisme
Kita hendaklah mempunyai semangat patriotisme yang tinggi untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air
Sandra yang mencintai Ahmad Mutawakkil dalam diam sanggup   menetap di kampung itu selepas kemerdekaan dan mengajar anak-anak kampung membaca dan menulis.
Persoalan tentang kisah cinta yang mendalam



Seorang  yang penyayang
Sandra
Masyarakat yang penyayang
Kasih sayang
Kita hendaklah setia apabila menyayangi seseorang dengan setulus hati
Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis dengan Sandra sehingga melayakkannya menjawat jawatan wartawan
Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan


Seorang yang berilmu
Ahmad Mutawakkil
Masyarakat yang sedar akan kepentingan ilmu
Kebijaksanaan
Kita hendaklah sentiasa mencari ilmu demi memajukan bangsa



PERISTIWA
LATAR MASA
LATAR TEMPAT
Ahmad Mutawakkil melangkah dalam keadaan terhuyung-hayang dan jatuh tersemban di ribaan Imam Ngah Deraman kerana ditembak oleh komunis
Malam Jumaat bulan Ogos 1953
Surau kampung
5 orang komunis memasuki banglo Tuan Booth dan mendesaknya supaya menasihati Ahmad Mutawakkil agar tidak menghasut rakyat menentang komunis
Pukul 9 pagi Khamis
Banglo Tuan Booth
Seorang budak lelaki berbisik sesuatu kepada Ahmad Mutawakkil, yang membawa kepada kehilangan beliau seterusnya kematiannya.
11 malam
Surau
Penduduk kampung sembayang maghrib berjemaah
Senja
Surau




No comments:

Post a Comment