Thursday 3 November 2016

ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA



Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan mendatangkan kesan negatif kepada negara yang terlibat.
Bincangkan.

Pendahuluan :  Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan sosial.

Kesan negatif
Isi 1 : Boleh menjejaskan kestabilan politik sesebuah negara – kemasukan warga asing dalam jumlah yang banyak dan tidak terkawal boleh mengancam sesebuah kerajaan yang memerintah – berlaku wujud ketegangan antara parti yang memerintah dengan pihak pembangkang
Isi 2 : Mengancam peluang penguasaan ekonomi dalam kalangan rakyat tempatan – warga asing akan memonopoli peluang pekerjaan dan mengambil peluang berniaga (monopoli tapak niaga oleh warga Indonesia di Pasar Chow Kit dan warga Bangladesh di Jalan Petaling – berlaku krisis pengaliran wang keluar negara secara dalam jumlah yang besar – ekonomi sesebuah negara boleh muflis
Isi 3  Kesejahteraan sosial rakyat tempatan terancam – warga asing mengambil kesempatan mengganggu kawasan petempatan – wujud setinggan baru – membawa masalah kepada masyarakat setempat seperti kotor, penyakit dan budaya yang tidak sihat
Isi 4 : Indeks masalah jenayah yang semakin meningkat – kesukaran memperoleh peluang kerja mendorong perlakuan jenayah –pihak polis  sukar untuk mengesan penjenayah kerana ketiadaan identiti – rakyat menjadi mangsa serangan, samun dan rompak
Isi 5  Penyebaran budaya yang tidak sihat – pendatang asing membawa tabiat buruk dari negara asal – sikap samseng/biadap (warga hitam Afrika), hidup berpuak-puak dan tidak menghormati budaya dan undang-undang negara – berlaku perkahwinan rentas budaya dan warganegara  - timbul masalah anak tidak sah taraf

*Jikalau soalan dalam fokus langkah-langkah, sila pilih rangka isi di bawah;

Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing – kestabilan dalam negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing dengan sewenang-wenangnya
Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara dunia ketiga – berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan penguatkuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)
Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah kemasukan warga asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama Indonesia yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing)
Isi 5 : Komitmen diplomatik yang jujur dalam kalangan pemimpin negara – pertelagahan politik memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa jong pecah yu yang kenyang)

Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis kemanusiaan sejak zaman-berzaman. Jenayah tersebut terus berlarutan hingga kini, cuma yang berbeza hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam.

No comments:

Post a Comment